27 February 2011

Nota kecil (II)

1. Hiatus

Mungkin sebulan. Banyak yang nak diselesaikan. Aku dah terlalu lama terbang lari daripada masalah dengan sayap exodus ni. Masa untuk melabuh sayap dan berperang dengan kesibukan hidup.

2. Dari Mingguan Malaysia

(a) Khidmat masyarakat

Aku masih lagi beli akhbar yang dah tak popular ni. Sebabnya, banyak pesanan khidmat masyarakat dalam akhbar ni. Ada beberapa pesanan khidmat masyarakat dalam Mingguan Malaysia hari ni

- Buat pelajar Universiti Teknologi Malaysia, ada biasiswa undergraduate ditawarkan untuk korang. Lawat www.utm.my (aku dah visit, tak jumpa la pulak link borang tu)

- Polis Diraja Malaysia dah buka permohonan untuk apply jadi Konstabel Polis. Dapatkan borang permohonan di Ibu Pejabat Polis Daerah terdekat di kediaman korang

- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tawarkan pinjaman pendidikan untuk org Negeri Sembilan yang nak further study kat Timur Tengah. Sila datang ke pejabat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Dato' Hamzah, 70990 Seremban, N9

- Kementerian Pengajian Tinggi tawarkan Diploma Pendidikan untuk siswazah-siswazah yang dah grad tapi bukan lulusan pendidikan, dan berminat jadi cikgu. Kena beli PIN kat Bank Simpanan Nasional dulu, kemudian apply di http://upu.mohe.gov.my

(b) Ku Seman Ku Hussain marah...


Baguslah Ku Seman marah kat dorang. Tak patut dorang buat macam tu. Tapi jangan la berani marah kat rakyat marhaen je, kat orang yang songlap duit rakyat, duit negara pun, patut tibai la sekali.

(c) Grey, bulky cloud

Mendung tak beerti hujan, kata Ella. Tapi mendung berpanjangan menghijab fikiran daripada menjadi optimis. Harap biarlah berlalu mendung yang tebal mengarak, aku dah letih hidup dalam kelam.

3 comments:

Arm_mj said...

wahh..khidmat msyrkat yg bgos (^_^)..

p/s: hujan best kan..membasuh hati yg kelam..angin selepas hujan meniup smngt baru..suke ujan!--> xde kne mngena hahahha

karl said...

mendung menutup cahaya matahari. hujan tu rezeki, panas tu rezeki, mendung pulak kelam yg datang sebelum rezeki

Dark Half said...

kadang terpaksa beli dan baca jugak material yg kita rasa berat sebelah. amik yg mana bermanfaat, skip yg tak relevan dgn kepala otak, lain2 baca, hadam dan kadang leh buat bahan gelak ketawa