21 February 2011

Nota kecil (I)

Pilihanraya kecil Kerdau, Temerloh.

Kerdau, aku kenal pertama kali kira-kira 8 tahun lepas masa bersekolah asrama kat situ. Hari tu Adnan Yaakob keluar statement kat TV, yang penting calon BN kali ni orang ramai suka, isu calon tu sihat @ tak itu tak timbul. Syabas Dato', anda berjaya membuatkan seluruh Malaysia tau betapa bebalnya pengundi2 kat Pahang ni.

Pahang merupakan negeri yang belanjawan sentiasa defisit, boleh dikatakan kubu kuat BN kat Malaysia. Orang Pahang pangkah lambang parti, bukan pangkah calon. Hatta kalau diletak tunggul kayu sekalipun yang jadi calon BN tetap menang jugak. Aku rasa nak menangis pun ada bila fikir balik pasal masa depan negeri asal aku. Banyak perubahan berlaku sejak merdeka - sumber balak yang makin mengurang, tanah rizab Melayu makin menyusut,  tapi satu yang tak pernah berubah, Pahang tak pernah ditadbir ahli politik yang ada wawasan.

Revolusi Mesir dan Teori Domino

Bermula di Tunisia, merebak ke Mesir, dan sekarang dengar khabarnya ke Bahrain. Teori Domino dicadangkan oleh pihak kerajaan USA pada zaman awal 50-an dan 60-an, yang mengatakan kalau sesebuah negara di mana-mana rantau berjaya di"komunis"kan, maka negara2 lain kat dalam rantau tu akan menganut ideologi yang sama hasil daripada penyebaran ideologi tu. Ada unsur matematik dan biologi dalam teori tu, mungkin diwujudkan oleh profesor2 yang narrow minded tapi genius yang berasal dari MIT. Sekarang, teori tu nampak menjadi, cuma dari sudut revolusi anak muda menumbangkan kerajaan.

Malaysia? Jangan risau Dato' Seri Najib, anda akan terselamat. Anak muda Malaysia rata2 tak terdesak macam anak2 muda negara Arab. Anak muda Malaysia dah dididik bahawa untuk mengubah nasib keluarga, mereka perlu jadi artis atau pelakon atau peserta anugerah realiti tv, bukan dengan jadi penjual buah atau penebar roti canai. Anak muda Malaysia tak perlu risau apa - kalau pandai, belajar tinggi2, kemudian jadi doktor atau apa2 kerjaya makan gaji yang senang dapat kerja . Kalau pandai tapi ambil kursus yang susah dapat kerja makan gaji, duduk je menganggur kat rumah. Kalau tak pandai dan tak mengaji tinggi, habiskan duit mak ayah, beli motosikal, merempit, jadi peragut. Tak perlu fikir tentang revolusi, atau tentang masa depan sendiri (apa lagi masa depan negara)

Budak macam ni..apa yang dorang tau pasal revolusi? Jangan bimbang PM, anda selamat!

Troll

Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedang menuju ke Bintulu. Suhu sekitar 25 darjah Selsius, cuaca hujan. Kita dijangka tiba dalam tempoh 20 minit lagi
Begitulah lebih kurang pengumuman kapten penerbangan masa aku dalam pesawat, menuju ke Sibu tadi. Ramai penumpang mula membelek semula boarding pass masing2. Silap naik pesawat ke? Terpaksa landing kat Bintulu ke? (Jarak Bintulu ke Sibu = 208 km)

5 minit kemudian, pengumuman sekali lagi. Maaf tuan-tuan puan-puan, destinasi kita semua ialah ke Sibu. Aku dan dua tiga orang lagi penumpang ketawa.

(Pramugari dalam flight tadi ade dekat dua kali bergesel atau tergesel punggung dorang dengan lengan aku. Lane sempit sangat ke, atau dorang saje troll aku?)

Duit, duit, duit

Hari Khamis duit gaji masuk. Untuk kakitangan kerajaan, macam aku. Bulan Mac, aku akan balik kalau perlu. Harga tiket melambung naik, lagi baik aku salurkan duit untuk beli tiket tu pada Abah untuk support family financial, mak belum sihat untuk bekerja semula. Tanda2 nak sembuh masih samar walaupun ada perubahan positif.

Rumah, kereta..tunggu dululah. Belum diizinkan untuk berharta rupanya. Aku tetap miskin dan sengkek macam zaman belajar dulu walaupun dah start kerja. Ada hikmah, malangnya ada hijab yang melindung hikmah (ada masa aku rasa macam hijab tu tak wujud dan hikmah tu pun tak wujud, Tuhan maafkan aku sebab bersangka buruk).

I gotta keep breathing. Because tomorrow the sun will rise. Who knows what the tide could bring?

Tom Hanks, quote dari filem "Cast Away"

5 comments:

Besi Karat said...

"Anak muda Malaysia dah dididik bahawa untuk mengubah nasib keluarga, mereka perlu jadi artis atau pelakon atau peserta anugerah realiti tv"

HAHAHA.semua boleh jadi artis yeah.jangan sampai satu hari nanti wakil rakyat atau menteri terdiri daripada artis sudah.

Breakeven said...

~ sy kerja berhampiran Mb..bercerita pasal politik ..xkan pernah ada yg semuanya bersih....tak dinafikan..~

karl said...

Besi Karat: kalau fikir balik tak la teruk sangat kalau artis jadi menteri. sedangkan perompak, penipu, pun boleh jadi menteri, hahaha

Breakeven: Mb negeri mana? keh2

MATAHARI said...

haha. serius,

najib tak perlu takut, kerana yang mahukan revolusi hanya minoriti.


terbaikkk

karl said...

Matahari: Itulah demokrasi.