16 February 2011

Meeting of water

DIA membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya kedua-duanya bertemu. Antara kedua-duanya ada batas/sempadan yang tidak dilampaui antara satu sama lain. - Surah Al Rahman ayat 19-20
Meeting of water atau pertembungan air, merupakan fenomena pertembungan antara dua takungan air. Selalunya  kita boleh tengok kat muara sungai la, air sungai bertembung dengan air laut. 

Dulu masa aku kecik2 dulu aku selalu ingat, air daripada darat, turun mengalir ke laut. Kalau ikut logik pun patutnya macam tu la kan. Tapi ayat Surah Al Rahman ni, dan jugak gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan air yang berlainan ketumpatan memang tak bercampur. Dari sudut saintifik memang benda ni menepati hukum fizik pun, cecair yang berlainan ketumpatan (density) tak bercampur. 


Pertembungan air sungai Bhagirathi (warna hijau) dan sungai Alaknanda (warna pasir) di India. 


Pertembungan air sungai Negro (warna hitam) dan sungai  Solimoes (warna pasir) di Brazil


2 comments:

Dark Half said...

aku suka jugak baca kisah2 sainstis yg memeluk islam selepas kajian diorang tentang sesuatu terlebih dulu disebut dlm A-Quran tmasuk tentang kisah pertembungan air berlainan ketumpatan ni

karl said...

kalau ada kesempatan & rezeki nak jugak aku pergi ke tempat2 dalam gambar ni, tengok sendiri kat depan mata benda ni