23 February 2011

Lebuh Raya Karak dan kisah hantu


Kat atas ni trailer filem Karak, terbitan KRU Production

Sebagai penduduk negeri Pahang (aku orang Pahang, walaupun kod negeri kat no IC aku ialah no 14), sejak zaman aku sekolah rendah lagi aku dah banyak dengar cerita pasal Lebuh Raya Karak-KL yang dikatakan berhantu. Kononnya ramai orang jumpa hantu kat lebuh raya tu, ramai yang kena kacau masa bawak kenderaan kat situ. Malah ade satu cerita tahap brutal 18 SG, pasal kononnya kepala tercabut lepas keluar check condition kereta waktu malam

Lebuh raya Karak ni bukan la highway yang panjang pun sebenarnya, malah kat highway tu ade dua plaza tol je, Plaza Tol Bentong & Plaza Tol Gombak. Kat Plaza Tol Bentong dulu pernah sekali ambulan yang bawak mak aku masa mak nak bersalin lahirkan aku pecah tayar, dan lebih haru driver ambulan tu tak reti tukar tayar. Nasib baik la ade sorang pakcik posmen yg bernama Sulaiman (siyes, kalau aku jumpa pak cik ni aku cium tangan dia, pasal tangan dia yg tukar tayar ambulan tu la mak aku dapat bersalinkan aku kat hospital bersalin KL). Ok la, melalut lak, sambung balik. Jarak antara Plaza Tol Gombak dan Bentong dalam 60 km je, tak jauh. Sepanjang laluan ke Kuala Lumpur korang akan lalu beberapa tempat macam Hentian Hutan Lipur Lentang, R n R Genting Sempah (simpang nak naik ke Genting kat situ la), terowong yang jarak lebih kurang 900 m. 

Satu benda yang aku pasti sepasti-pastinya, cerita hantu kat Karak highway ni terlalu exaggerated sangat - over sangat. Karak highway tu pendek jela, bukan macam PLUS yang panjang 960 km tu. Jadi kat mana sangat la hantu-hantu tu nak lepak, maksud aku kalau dah jarak highway tu pendek, mesti la port lepak jembalang2 kat situ sikit je, compare dengan highway lain yang jarak dia lagi panjang. Lagi satu, jumlah pengguna kat Karak highway ramai jugak la, last time aku lalu situ dalam area pkul 1 pagi pun banyak lagi kenderaan lalu kat situ, so kemungkinan untuk kena ganggu tu rendah la pasal laluan sibuk, lain la kalau jalan sunyi.

Tapi kalau nak bercerita kisah hantu kat situ 20-30 tahun lepas, tu tak mustahil la. Sebab Karak highway ni dulu, tahun 1977 dah start dah. Zaman firaun dulu, memang hantu syaitan berleluasa, huhu. Tapi zaman sekarang pun hantu setan banyak jugak kalau nak ikut kan, yang buang anak kat dalam longkang, yang lari tinggal suami & anak sebab lari ikut Bangla @ kekasih lama pas jumpa balik kat facebook, yang bawak motor ragut beg tangan pompuan tu semua setan la tu. 

Alang-alang dah letak trailer filem Karak kat atas tu, nak komen sikit pasal filem seram. Hantu-hantu dalam filem seram pun, selalunya pun sama la, exaggerated. Aku rasa filem seram yang betul-betul hampir serupa macam keadaan gangguan makhlus halus yang real filem Paranormal Activity. Tapi bila buat filem macam tu, rasa bosan la pulak kan, walaupun dari segi teknikal rakaman dan plot cerita tu hampir menyerupai real life situation.

3 comments:

MATAHARI said...

Tapi zaman sekarang pun hantu setan banyak jugak kalau nak ikut kan, yang buang anak kat dalam longkang, yang lari tinggal suami & anak sebab lari ikut Bangla @ kekasih lama pas jumpa balik kat facebook, yang bawak motor ragut beg tangan pompuan tu semua setan la tu.
keh3.

sengal lah cerita zaman sekarang. entah. hanya menambahkan kekejangan perut.

Dark Half said...

nak buat filem kaut untung juta2, mesti mau exaggerate, baru kotak pejabat!

aku tak penah tgk filem paranormal activity tapi aku suka tgk siri reality tv ghost adventures yg penah on air kat ntv7. cuma seekers je aku skip..

karl said...

Matahari: setan hidup sampai kiamat.
tapi filem pasal setan tiap2 org buat. pelik jgak kenapa org tak jemu

Dark: paranormal activity yg first tu ok la, yg 2nd dah mengarut dah.