27 February 2011

Kau faham orang lain? Kau takkan faham

Pernah tak bila korang luahkan perasaan korang, tak kira la perasaan yang macam mana pun, sama ada (perasaan = gembira, sedih, menyesal, tertekan, terharu dsbnya) kepada seseorang maka orang tu pun berkata:

Aku faham perasaan kau macam mana

Pada aku tu memang ayat hipokrit yang teramat. Tapi jangan ludah atau maki figure yang ucapkan ayat kat atas, sebab dorang cuba nak tenangkan korang. Dan itu lebih daripada mereka berkata

Aku tak faham la, kenapa kau macam ni

yang pasti mengundang ketegangan, kalau pun tak kecelakaan.

Dalam apa-apa keadaan pun, sama ada kita berjaya skor straight A dalam exam, atau pun kena reject mentah-mentah dengan awek player yang perasan cun, keadaan yang kita sedang alami tu cuma dialami oleh diri kita sendiri - kalau kita bercerita kepada sesiapa pun, tak kira la mak, abah, kaunselor, kawan karib sekali pun dorang takkan faham keadaan kita, erti kata lain dorang takkan dapat predict dengan tepat macam mana perasaan kita dan apa yang kita bakal buat sebagai tindak balas stress @ eustress yang sedang kita sedang berdepan.

Begitu juga dengan kita sendiri. Bila orang lain bercerita kepada kita pasal sakitnya hati pasal kena khianat contohnya, kita boleh agak macam mana sakit perasaan orang yang bercerita tu tapi takkan tahu separah mana sakit orang tu. Deep inside his/her heart, seteruk mana ribut perasaan dalam hati orang tu kita takkan tahu.

Atas kefahaman aku yang "orang lain takkan faham keadaan aku", dalam banyak hal selalunya aku diam membatu. Cari alternatif lain untuk selesaikan masalah, dan kebanyakan masa aku mencarut & mengutuk ape yang aku rasa tak betul, apa yang jadi punca masalah aku (dalam hati la). Kadang macam nak gila pun ada. Tapi aku bukan nak mencadangkan kepada korang, kalau ada masalah, shut the mouth and keep it yourself. Luahkan perasaan kepada orang lain tu bagus, korang akan lega, tapi korang tak boleh expect dorang faham keadaan korang.

Case study. Aku follow blog tulisan Obefiend, sorang brader yang umur 8 tahun beza dengan aku. Penulisan dia bagus, critical - dalam tiap2 isu yang dia bangkitkan dia akan kupas dan cabar kepercayaan umum pasal sesuatu isu - paling aku ingat bab dia sokong Azwan Ismail dan video pengakuan jadi gay yang aku bash kat sini hari tu. Kat ruang komen blog dia aku berbalah dengan dia pasal isu gay ni, kenapa Azwan Ismail tak patut buat macam tu. Cara Obefiend defend Azwan Ismail menyentuh pasal liberalisme - setiap orang berhak nak buat ape yang dorang nak asalkan tak kacau undang2 dan orang lain. Tapi bagi aku pulak, Azwan Ismail tu Islam, jadi sebagai orang Islam dia terikat dengan undang2 Islam yang mengharamkan gay. Dia tak boleh jadi gay sebab akidah dia melarang perkara tu, sama jugak kalau kau jadi orang Malaysia, kau tak boleh simpan ganja sampai 80 kg sebab undang2 Malaysia larang ko buat macam tu. Perdebatan pasal video tu membuatkan aku terfikir - Obefiend ni such an arrogant blogger, ikut sedap kepala dia je, dan ditambah pulak dengan beberapa isu lain dalam blog tulisan dia yang provokatif membuatkan mindset aku pasal brader ni makin teruk la. Bagi aku dia ni macam mamat gemuk yang study tak pass, pastu takde kerja, menghadap internet, buat orang marah dengan tulisan sesedap rasa dia sendiri - such a loser yang takde pride langsung. Teruk jugak aku hentam dia, padahal aku baru aje pun jadik follower blog dia ni, hahaha.

But thanks to Google. Aku berjaya cari beberapa stuff yang boleh beri gambaran jelas pasal brader ni. First sekali, aku jumpa kat sini, pasal ade sorang brader mengumpat ngan member dia pasal Obefiend ni la (ade la kes tak puas hati, gerenti blogging punya pasal jugak la). Sumber internet memang tak tepat, tapi kita boleh agak kesahihan sumber tu dengan tengok pattern info tu, lebih kurang sama tak dengan keadaan yang kita lalui. Source yg aku jumpa tu ade asas la, cuma statements dalam source tu tak cukup untuk bagitau aku ape actual cause yg membuatkan Obefiend tu jadi sorang yang annoying buat sesetengah orang. Lalu aku terjumpa la pulak luahan perasaan Obefiend kat sini pulak dan jugak sini. Gah. Walaupun Obefiend ni suka troll orang, dalam hati dia boleh nampak ade perasaan regret yang dia simpan, di sebalik topeng troller yang dia selalu pakai. 

Aku dapat buat kesimpulan aku sendiri (lebih kepada pendapat aku sendiri pasal Obefiend yang sometimes membuatkan aku butthurt) berdasarkan maklumat yang aku dapat. Aku tulis ringkas jela - brader ni tak la teruk mana sangat. Critical thinking dia tu provokatif, ditambah pulak kebanyakan masa dia jadi arrogant untuk hold kepercayaan dia. Tapi pendapat2 dia yang provokatif tu merangsang kita berfikir - in the end, senang je, kalau pendapat dia betul sokong la, tapi kalau pendapat dia salah dan ada asas untuk buktikan kesalahan tu, tak yah ikut pendapat dia. Aku still takkan faham dia secara keseluruhan, tapi at least nampak clue la pasal personaliti brader ni.

To Obefiend, know u'll never read this but peace to you.

5 comments:

MATAHARI said...

i read him for years, dari blog obe, sbenarnya aku sampai sini, n baca kau, provokatif dia ada reasons, ada salah ada betul boleh ikut ikut kita mahu pilih mana.

sebab apa yang kita nak lihat, point yang dia nak utarakan, isi dia, buruk cara nak sampaikan ke aku tak kisah, asalkan dia ada point yang turn on minda, (n i hope you wouldnt stop like before).

karl said...

yeah. in the end we're just human. mesti ada masa silap.

jenanese said...

kadang-kadang pendpaat dia cam bernas..

kadang-kadang macam tak masuk akal..

cuma aku suka tulisan dia buat aku berfikir..

and yeah, aku rasa dia memang takde real life..haha

karl said...

dia ade life, cuma life yg dia pilih tu, kontroversi, keh keh

Dark Half said...

latest entry dia tentang surau dan toilet memang something...liberal2 pun, at least he cares. aku juga suka cara pemikiran dia walaupun kadang2 x setuju

aku rasa dia memang suka mind twisting. dan paling aku respek, he trolls without any hidden identity