24 February 2011

Hikayat Bujang Susah

Hari ni masuk gaji. Berapa banyak gaji aku? Nak tau boleh la klik kat word gaji tu. Campur-campur elaun dapat la, ade la lebih sikit rezeki aku, tapi memang duit gaji aku tak banyak, gaji tipikal orang2 yang baru grad, baru start keja.

Maka nak dijadikan cerita lepas dapat gaji, kena la settlekan payment-payment yang terjunjung kat atas batu jemala aku. Tolak duit ansuran motosikal (aggrement 3x bayar, sekali bayar RM1087), tolak duit bagi kat Abah aku (aku bagi kat Mak & Abah aku, tapi sebab mak aku tak sihat & bagi kat dia pun x guna, aku bagi je bahagian Mak pada Abah), tolak duit sewa + bil rumah, maka duit dalam bank aku tinggallah tiga angka je. Nasib baiklah aku bujang teruna yang takde bini, takde awek, takde anak. Kalau ade extra responsibilities nak kena tanggung, memang sakit la nak survive duit tiga angka nak bertahan sebulan.

Terkenanglah aku kisah hidup dan kisah ekonomi zaman lampau. Dulu zaman sekolah belanja sekolah RM 1 sehari, kat sekolah kalau beli nasi lemak 50 sen + air oren 20 sen ada la baki 30 sen. Sebulan dapat la simpan RM6-7. Haha. Zaman zero, takde ape nak fikir, takde kemahuan menggunung jadi ape nak kisah kalau duit dalam tabung takat RM6 sekalipun. Cuma bila nampak sepupu lain main game Brick Game, atau pun terdengar & ternampak kawan2 main mercun time raya, masa tu la nak pakai duit pun.

Zaman duit belanja sekolah RM1 berubah ke zaman RM2 pulak. Masa ni dah boleh simpan banyak sikit, dapat la kot dalam RM30 sebulan kalau istiqamah. Dah boleh bukak akaun bank. Tapi bila duit dah berlebih sikit, kemahuan pulak dah start ade. Nak selalu main game kat cyber cafe, nak beli kaset, nak beli walkman, nak beli aksesori budak2 remaja, alahai..Haha. Dan sekali lagi, sumber terbatas, maka kemahuan walaupun tak terbatas kena control. Aku bukan jenis budak yang dapat RM200-300 masa hari raya, dan bukan jugak jenis yang bila nak Playstation, pau duit mak bapak, jadi hiduplah aku dengan ekonomi yang masih lagi, terkawal.

Zaman matrikulasi. Duit elaun RM 1000/sem. 1 sem = 6 bulan. Sebulan = RM 166.67. Macam malas pulak nak cerita. Memang tak cukup la kalau nak ikut RM1000 sebulan. Jadi kat matrikulasi, masih lagi bergantung kat mak bapak. What a loser, orang lain tunggu result SPM pergi kerja dulu, aku lepak kat rumah. Cis, lepas tulis entri ni baru aku sedar, memang aku jenis anak tak guna, kah kah kah. Duk rumah memperabih beras je, pastu merungut duit tak cukup. Bab berdikari aku mengaku memang aku fail. Deng!

Zaman universiti. Zaman duit masyuk bermula sejak Tun Abdullah Badawi naikkan payment rate untuk duit scholarship aku & kawan2. RM5400/sem = RM 900 sebulan. Tapi tah macam mana time belajar pun duit tak cukup jugak. Nak kata aku beli laptop baru, beli Iphone, beli PDA takde la pulak. Awek pun takde, patutnya duit tebal la. Beli buku tebal fotostat tu ade la, pastu beli buku2 tebal yang jarang2 gak aku selak. Makan minum, memang ikut hawa nafsu time tu. Berat badan naik. Tapi dalam keadaan ekonomi yang macam tu pun aku takde investment, takde duit simpanan. Pfft. Maka berlanjutanlah hikayat kehidupan aku sebagai bujang sengkek. Cis!

Zaman bekerja. Sebenarnya aku dah plan nak ada rumah, nak ada kereta time bila dah keje nih. Tapi bila belum sah jawatan, nak buat loan tak boleh, so rumah kena kiv dulu la. Kereta? Tah la, bukan taknak beli, cuma kalau aku keje kat area dekat2 dengan rumah aku sure2 aku beli dah. Kerja kat tempat jauh macam skang ni, cam haru pulak nanti kalau nak beli kat sini, nak bawak balik kang satu hal pulak. Tapi geng2 aku yang keja kat Sabah rilek je sambar kereta, ade sorang member dah angkut Inspira, tapi merasa la insuran tahunan RM2k setahun. 

Uh, aku jadi konpius aku nak cerita pasal ape sebenarnya.

Masa lepas dan masa sekarang aku dah cerita. Sekarang jom tengok ape yang akan berlaku kat aku, dalam tempoh tak berapa lama lagi, kalau panjang umur lagi la.

Hidup kat negara Malaysia Boleh ni, nisbah pendapatan dan keperluan aku rasa sangat kecik. Nak beli kereta yang agak2 selesa, kena spend at least RM70k - RM80k. Nak ada rumah, zaman sekarang kalau buat sendiri pun mau cecah RM200k. Kalau beli rumah kat perumahan area bandar mungkin dalam harga RM300k - RM400k. 

Kalau korang kerja makan gaji macam aku, gaji korang mungkin dalam purata RM3k sebulan. Nak ada rumah, kereta, perkakas rumah kalau nak beli cash, keh keh, aku rasa kena spend dalam RM500k la kot. RM3k/RM500k = 0.006. Gaji bulan korang tu, 0.006 = 0.6% daripada jumlah duit yang korang kena ada kalau korang nak dapatkan semua benda yang korang nak secara cash. Tapi takde problem, takde duit cash pun korang boleh beli rumah, beli kereta. Tapi korang kena berhutang la. Kena buat pinjaman bank, kena bayar ansuran setiap bulan. Dan bila buat pinjaman, korang kena bayar sekali faedah pinjaman tu sekali. 

Bila fikir balik, rupanya aku belajar rajin2..ok la, aku belajar dari sekolah, masuk universiti, keluar universiti pastu kerja, semata-mata untuk hidup membayar hutang. Teruk ke hidup macam ni? Selagi kerja sebagai orang yang makan gaji, itulah hidup yang kena dilalui oleh kebanyakan orang. Tak kira la engkau doktor pakar ke, engineer ke, jururawat ke,  macam tu la. 

Nak capai economic freedom (bebas dari segala hutang)? Jalan terbaiknya jadi peniaga. Selalu jugak aku dengar orang cakap ada hadis yang cakap berniaga tu 9/10 daripada  punca rezeki, tapi disebabkan aku tak pasti siapa perawai hadis tu aku malas la nak quote. Tapi memang ade kebenaran statement tu. Orang yang top 500 jutawan, yang kaya-raya akan terdiri daripada dua golongan je - peniaga dan perompak. Aku rasa korang mesti tak faham kenapa aku cakap perompak pun ade yang jadi kaya raya. Perompak yang aku maksudkan, senang cerita kapitalis la. Lebih awesome lagi, kapitalis ni bukan sekadar merompak, malah sampai tahap mengawal dan jadikan manusia hamba. Err, mungkin korang konfius, so tengok la video kat bawah ni, cuba faham cerita kat dlm video tu. Ade masa nanti aku nak tulis jugak pasal isu dalam video tu.


2 comments:

PapaseedSuarez said...

bdk farmasi rupenye. setahu aku gaji yg govt byr kt bdk2 farmasi skrg ni ble thn masyuk. bdk2 prp aku tgk hepi je ngan gaji diorg..

anyways ape yg ko cite kt atas tu, well itu adat hidup di dunia ni la. nothing comes cheap n easy. look at the bright side, skrg govt dh cepatkn proses naik pgkt. pejam celik je dh u48..

tp sementare nk tgu naik pgkt ke u48 tu, kdg2 agak sesak la jugak. so kene la pndi wat monthly budget ek..

karl said...

besar periuk, besar kerak. memang takkan cukup duit. sebab tu orang ambil rasuah