03 February 2011

Gadoh

Aku baru sedar kewujudan sebuah filem yang dah ditayangkan sejak 2 tahun lepas - Gadoh. Filem ni di"ban" daripada ditayangkan kepada khalayak umum, aku tak hairan sangat sebab selama ni pun banyak hasil seni yang membuatkan pihak autoriti sakit punggung diharamkan penyiaran, sebagai contoh lagu nasyid Selimut Putih pun pernah kena ban daripada masuk radio.

Filem ni diarahkan oleh Namron, atau nama sebenarnya Shahili Abdan. Sinopsis cerita ni, berkisar tentang dua kumpulan pelajar yang berbangsa Melayu dan Cina yang bergaduh kat sekolah sampai jadi isu di peringkat kementerian pasal masuk dalam akhbar. Kemudian seorang cikgu mengambil inisiatif untuk menubuhkan kelab teater bagi menyatukan budak2 ni, dengan bantuan seorang aktivis teater yang bernama Azman Hashim. Azman kemudian memberi jalan kepada kelompok pelajar-pelajar ni untuk meluahkan kepercayaan dorang, secara berterus terang tentang apa pendapat dorang berkenaan orang berlainan bangsa - macam2 benda la keluar, yang Melayu kutuk Cina, Cina kutuk Melayu. Tapi kemudian pelajar-pelajar ni, mengalami beberapa pengalaman yang kemudiannya mengubah persepsi dorang - dorang mula sedar tentang apa yang dorang fikir dan percaya selama ni sebenarnya salah. Dorang kemudian bergandingan mempersembahkan pementasan teater kepada pihak sekolah.

Filem ni, macam biasa la, happy ending, tapi cara plot filem tu diperkembangkan pada aku memang sangat menarik. Kesudahan filem tu, pelajar2 tu mempersembahkan teater yang ending pementasan teater tu seakan tak memberi mesej positif kepada penonton (penonton = pengetua & ketua pegarah pelajaran), tapi pementasan tu berjaya menyatukan dorang. Ending filem ni memang brilliant. Dan satu perkara lagi, skrip filem ni walaupun kasar tapi memaparkan realiti yang kita patut terima dan lepas kita terima realiti, barulah minda kita terbuka untuk memilih sama ada nak berubah atau pun tak.

Kalau berminat, boleh tonton filem ni kat bawah:

7 comments:

yanayo said...

pnah tgk cita ni.. jln cita dia mnarik.. kat malaysia ni mmg realiti dia cam2 rsanya.. yg pnting still ad unsur pengajaran la..

Akulah Aqilah Itu said...

mana aku nak carik cite ni?

karl said...

Yana: filem Gadoh ni, jujur. skrip dia tak hipokrit, sebab tu best

Aqilah: taip je Gadoh 2009 Part 1 kat youtube, ade dah orang upload

Dark Half said...

karya jujur dan realiti sebenar orang atas susah nak terima. hipokrit sepertimana mereka

baru semlm aku tau tentang filem ni lepas sorang commenter introduce. salute utk namron kerana berkarya bkn atas faktor profit semata. gedebe jugak sgt jujur

karl said...

karya yang jujur susah nak diterima. sebab kita dah lama diajar untuk jadi hipokrit.

Lee Zha said...

namron mmg slalu datang dengan idea yang realiti dan buat orang 'bajek otai' panas pungkoq.

karl said...

aku cuba cari filem gedebe, tapi tak jumpa. tak tengok lg cerita tu