16 February 2011

Johnny dapat senapang

Entri terakhir sebelum aku naik flight AK5195 yg kalau tak delay, akan berlepas pukul 910 malam esok ke LCCT. Yup, mak aku belum sembuh & belum mula kerja lagi sejak awal tahun ni. Aku dah malas nak fikir sama ada jembalang atau MDD yang merasuk fikiran mak aku, yang aku tau mak aku sakit, dan aku kena balik untuk jenguk. Usaha dah banyak, makbul atau tak itu dah di luar kawalan siapa2 pun



Aku rasa macam pernah tengok masa kecik2 dulu filem ni. Tapi ingat2 lupa.

Filem kat atas ni berdasarkan sebuah novel tulisan Dalton Trumbo, dengan tajuk yang sama iaitu Johnny Got His Gun. Joe Bonham, watak utama. Terkena peluru meriam pada hari terakhir Perang Dunia Pertama. Kesemua kaki dan tangannya terpaksa dipotong, manakala mata Joe buta, gegendang telinga rosak (dia jadi pekak), dan dia juga kehilangan gigi, lidah dan hidung dia. Tapi dalam masa yang sama fikiran dia masih waras dan boleh berfikir, ingat balik apa yang terjadi kat dia. Cuma dia tak boleh berkomunikasi dengan orang lain, dan orang lain tak boleh berkomunikasi dengan dia. Dia tak dapat nak bunuh diri sebab doktor pasang salur oksigen kat tiub yang disambung ke trakea dia, dia tak dapat nak kawal pernafasan dia sendiri dan tentunya, dia tak boleh nak bunuh diri.

Sepanjang dalam keadaan terperangkap dalam badan sendiri tu, Joe banyak mengimbas balik pasal kehidupan masa kecik dia, tentang keluarga, teman wanita dia dan apa yang jadi masa perang. Akhirnya, dia dapat berkomunikasi secara satu hala dengan pegawai-pegawai tentera yang melawat dia dengan cara menghentak-hentak kepala dia ke bantal, dengan memberi isyarat dlaam bentuk kod Morse. Joe meminta sama ada riwayatnya ditamatkan serta-merta, atau diletakkan ke dalam kotak kaca dan dibawa menjelajah ke seluruh negara untuk menunjukkan kepada semua orang betapa dahsyatnya kesan peperangan. Seorang jururawat yang merawat Joe rasa simpati, cuba nak bunuh Joe tapi doktor yang merawat Joe berjaya menghalang dan akhirnya, Joe terus hidup, terlantar atas katil dalam keadaan yang tragik.

Filem ni membawa tema anti perang. Apa yang perang boleh lakukan terhadap manusia, atau lebih tepat apa kemungkinan yang boleh terjadi sebagai kesan peperangan. Bayangkan terperangkap dalam badan sendiri, tak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Tangan kaki takde, tak dapat nak berjalan, nak makan minum. Mata buta, telinga tak dapat nak mendengar, lidah tak dapat nak berkata-kata. 

Sedikit paradoks. Quote daripada Hermann Goering, pengasas polis rahsia Nazi, Gestapo.

Naturally, the common people don't want war; neither in Russia nor in England nor in America, nor for that matter in Germany. That is understood. But, after all, it is the leaders of the country who determine the policy and it is always a simple matter to drag the people along, whether it is a democracy or a fascist dictatorship or a Parliament or a Communist dictatorship

Metallica menghasilkan lagu berjudul One berdasarkan filem ni.

3 comments:

Dark Half said...

aku doakan keadaan mak kau bertambah baik. hang on

thnx for the tip. aku akan cari filem ni

karl said...

terima kasih atas doa tu, brader

Aku Skema said...

wah..suka crita ni..aku nk cari..tenks bro..

moga mk ko cepat sihat..amin