15 February 2011

Buku Fakta CIA

Buat pengetahuan kepada sesiapa yang tak tau, CIA atau pun Central Intelligence Agency merupakan badan perisikan yang berkhidmat membekalkan maklumat kepada pembuat polisi di Amerika Syarikat. Tugas CIA ni selain mengumpulkan maklumat, dorang akan susun strategi untuk bertindak sepatutnya berdasarkan maklumat yang dorang dapat. Contohnya, katakan tiba2 di Malaysia, PAS menang pilihanraya dan Nik Aziz jadi Perdana Menteri. Pihak CIA akan buat penilaian, owh ni orang tua ni kuat pegangan Islam, so kita cari jalan untuk lemahkan pegangan Islam dia supaya kepentingan ekonomi Amerika (syarikat muzik, rokok, arak, hiburan dsbnya) dapat terus buat duit kat Malaysia. Maka mungkin CIA akan gunakan orang2 kat sekeliling Nik Aziz, sama ada penyokong setia, anak bini dia atau siapa2 jela untuk mempengaruhi keputusan eksekutif yang bakal dibuat oleh Nik Aziz. Katakanlah dah buat macam2 cara, Nik Aziz tetap tak nak bagi chance kat kapitalis2 buat duit kat Malaysia, maka nasib Nik Aziz mungkin berakhir macam Saddam Hussein di Iraq dan PAS mungkin terpaksa angkat senjata dan jadi gerila dalam hutan bila CIA bagi nasihat kat Presiden US, ni Nik Aziz ni kita ajar sikit, hantar tentera kita pergi tawan Malaysia, pastu cakap la depa semua ni pengganas. 

Kalau berminat nak mendalami ilmu geografi, aku nak bagi tau yang CIA setiap tahun akan keluarkan sebuah buku yang dinamakan CIA World Fact Book. Korang klik je kat link tu, aku dah redirect link tu dengan website CIA yang dorang fakta-fakta tu. Kat situ korang boleh cari maklumat-maklumat penting, tapi bukanlah maklumat sensitif tentang mana-mana negara kat dunia ni. Kecuali maklumat kerajaan langit Ayah Pin, yang tu aku tak jumpa la tapi maklumat pasal negara2 yang betul2 wujud pasal ada la. Kalau ada masa time cuti2 ni pastu korang nak tau maklumat pasal Malaysia, ataupun korang ada kerja sekolah Geografi yang nak kena buat berkaitan maklumat-maklumat ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara boleh la browse kat website tu.

Adakah maklumat-maklumat kat dalam CIA World Fact Book ni betul2 sahih? Aku rasa kalau Malaysia sahih la kot, sebab Perdana Menteri kita pernah dengan bangganya bagi dalam ucapan beliau berkata, US mempunyai akses terbaik terhadap maklumat perisikan Malaysia. Senang cerita, apa2 je maklumat risikan Malaysia, US boleh tau (aku tak tau nak cakap tahap mana bodonya keadaan macam ni, full access to intel information?? rakyat sendiri pun banyak bendadorang tak tau sebab banyak maklumat dirahsiakan, tapi negara luar boleh akses maklumat kita dengan senang2 camtu je).

4 comments:

Dark Half said...

betulkan kalau aku salah faham. kalau camtu, apsal kerajaan malaysia melatah sgt bila katakan anuar bocor rahsia negara pada negara2 luar termasuk amerika sedangkan org kuat dalam malysia dah awal2 kasi access kat CIA

karl said...

dalam dunia politik ni, penuh hipokrasi. macam yg kau tanya tu, bendanya tak ubah macam periuk mengata kuali hitam la.

Bak kata Lepat , dalam politik ni, yang jujur Gandhi sorang je.

MATAHARI said...

betul. aku setuju. bak kata lepat, yang jujurnya Gandhi sorang je. yang sekarang ni.haih.


you posts are my mind openings.
tapi aku memilih untuk membaca dengan diam.

do keep writing, bro.

karl said...

Matahari - hehe, tq. sebenarnya aku tulis ikut apa yg terlintas je kat dlm kepala, ada masa aku mengarut je lebih. cara ko tulis blog jauh lg mature dari aku