23 January 2011

Liberalisme, agnostic, atheist

Dunia blogging ni merupakan satu rahmat pada aku. Melalui blog aku kenal macam-macam jenis orang, macam-macam ragam - ada yang mengulas isu politik, ada yang berkongsi isu semasa dengan orang lain, ada yang bercerita pasal dream wedding, ada yang saling berbalas menganjing team bola sepak sesama member2 lain, ada yang cerita pasal buat praktikal, ada yang cerita pasal kena dump dengan awek, ada yang suggest alternative aqidah. Bila kenal ramai orang, banyak la benda yang aku dapat - dapat knowledge & ilmu baru, kadang-kadang dapat dosa sebab baca gosip dan umpatan pasal orang lain.

Berbalik pada tajuk entri nih, tujuan aku nak tulis entri kali ni, sebab aku dah berjumpa beberapa individu, secara spesifiknya blogger yang  terang-terang berfahaman liberal, malah ada sesetengahnya mengaku dorang agnostic (agnostic - orang yang berasakan kewujudan Tuhan tu sukar untuk dibuktikan, mungkin ada mungkin takde, macam tu lah lebih kurang maksudnya). Ada yang mempersoalkan hukum Tuhan, mempersoalkan tentang rasionalnya hidup beragama. Bila tengok benda macam ni, dan sekarang aku pulak ada blog aku sendiri aku rasa ada baiknya aku kongsikan pendapat aku pulak pasal liberalisme, agnostic dan atheist ni, nak setuju atau tak, bab itu aku bukan kerja aku dah. Terpulang pada penilaian masing-masing.

Baiklah. Intro. Aku, dan juga boleh dikatakan semua rakyat Malaysia yang masih bernafas hari ni dibesarkan dengan pendidikan sekular. Sekular bermaksud pemisahan antara kepercayaan beragama dan urusan-urusan  kehidupan yang lain. Sebagai contoh, dalam subjek Biologi, aku belajar pasal benda-benda hidup, macam mana sesuatu organisma tu boleh dikategorikan sebagai benda hidup - Teori Sel (semua benda hidup terdiri daripada sel, sel baru dihasilkan melalui pembahagian sel lama, sel sebagai unit asas benda hidup), belajar pasal metabolisme dalam badan benda-benda hidup yang menghasilkan tenaga kimia melalui glycolysis, Kreb's Cycle, Electron-transport chain bla bla bla. Masa belajar biologi, takde pun mana-mana pensyarah yang mengajar aku bahawa Syaitan, Iblis, Jin itu benda hidup. Takde pun aku belajar konsep nyawa atau roh, macam mana nak tengok roh, kat mana terletaknya roh manusia, roh haiwan dalam badan - agak pelik jugak, kebanyakan orang yang berfahaman sekular mengiktiraf kewujudan nyawa manusia tapi bila ditanya kat mana letaknya nyawa, takde sape dapat jawab. Yang kita semua tau, bila sampai masa mati, badan pun sejuk dan mula perlahan-lahan mereput sebelum jadi bangkai, sebab itu mayat kena tanam dalam kubur. 

Kalau ada orang tanya aku, Allah tu wujud atau pun tak? Maka jawapan aku, Allah itu wujud, cuma kita tak boleh nampak dalam dimensi kehidupan kita sekarang sebagai manusia, terdapat hijab yang membataskan pancaindera kita daripada melihat Allah. Kita tak boleh nampak Allah sama seperti kita tak boleh nampak nyawa kita sendiri, atau pun akal fikiran kita sendiri. Mungkin orang akan argue, akal, nyawa tu sekadar konsep abstrak - dalam erti kata lain nyawa, akal tu sekadar istilah je. Baiklah, siapa percaya nyawa tu sekadar satu konsep abstrak, mungkin boleh bincangkan dengan orang lain yang lebih pakar sebab aku pun dah tak reti nak terang macam mana.

Berbalik kepada soal kewujudan agama ni - kebanyakan agama dinilai berdasarkan tingkah laku perbuatan penganut-penganut agama tersebut. Ambil contoh yang paling mudah - Islam. Kalau ada mesin masa yang boleh travel balik ke zaman Rasulullah S.A.W amalkan ajaran Islam masa Baginda kat Madinah, aku rasa memang banyak la beza dengan zaman sekarang. Confirm kita takkan jumpa kenduri tahlil, perarakan Maulidur Rasul, atau pun promosi besar-besaran jualan Aidilfitri pada zaman tu. Faham tak maksud aku? Amalan ajaran Islam pada zaman sekarang dah pasti tak mengikut 100% macam apa yang berlaku masa zaman Islam tu mula-mula datang - zaman sekarang umat Islam masih lagi solat berjemaah di masjid, masih lagi berpuasa masa bulan Ramadhan, masih lagi mengerjakan ibadah Haji tapi malangnya dalam masa yang sama umat Islam jugak yang ramai jadi suicide bomber, umat Islam jugak yang ramai kena tangkap basah, umat Islam jugak terpecah kepada 2 mazhab - Shiah dan Sunnah, dua-dua mengaku dorang betul, habis siapa yang betul? Jadi bila berlaku variasi dalam amalan agama Islam, ada perpecahan, ada orang Islam buat spoil, maka ternampaklah Islam dan umat Islam ni sebagai sesuatu yang bermasalah. Penjelasan kepada keadaan kucar lanar ni ialah 

1) Kena kaji sejarah la, tak boleh tidak. Melalui sejarah kita akan dapat tahu mengapa wujud fahaman Shiah dan Sunnah, kenapa umat Islam ramai kena tangkap khalwat padahal yang laki kadang2 geng Imam Muda dan yang pompuannya geng tudung labuh. 

2) Kena tengok dan kaji falsafah Islam bersumberkan Al Quran dan Sunnah, dan kemudian bandingkan dengan keadaan sekarang barulah nampak, sama ada masalah-masalah yang berlaku sekarang disebabkan oleh sikap sesetengah umat Islam atau pun disebabkan oleh ajaran Islam tu sendiri.

Agnostic dan atheist menolak kepercayaan tentang kewujudan Tuhan, liberal pulak menuntut hak sama rata antara semua orang. Baiklah, satu-satu la. Kita jom kita tengok balik sejarah Islam diturunkan. Ajaran Islam diturunkan untuk membawa kembali manusia ke arah tujuan hidup yang sepatutnya, ke arah kehidupan yang lebih baik, bertamadun dan beretika. Senang cerita untuk ajaran dalam Islam ni mengajar tentang moral yang sepatutnya, cara hidup yang sepatutnya. Mungkin orang yang berfahaman atheist dan agnostic akan cakap, tanpa agama pun manusia boleh tentukan moral dalam kehidupan mereka sendiri. Orang yang liberal akan cakap, orang Islam cakap Islam betul, orang Kristian cakap dorang betul, jadi senang cerita biarkan masing-masing hidup dengan cara dorang sendiri. Ikut suka hati masing-masing la nak buat apa pun. Jadi biar aku bagi contoh keadaan macam kat bawah ni.

Individu A: Aku kerja keras siang malam untuk perniagaan aku, aku bayar gaji pekerja aku untuk dorang kerja keras siang malam, buat apa aku nak sumbangkan kekayaan aku untuk orang lain, buat apa aku nak bayar zakat. Usaha aku, duit aku, jadi tak salah kan? (moral dari sudut pandangan kapitalis)

Individu B: Aku kerja siang malam cari rezeki, tapi duit sentiasa tak cukup, anak aku sakit kronik, perlukan bantuan tapi takde sape nak bantu. Aku perlukan duit, jadi cara senang ialah rompak duit orang yang banyak duit. Aku rompak untuk selamatkan anak aku, untuk bayaran wang perubatan dia, jadi tak salahkan kalau aku rompak orang? (moral dari sudut pandangan orang yang terdesak)

Jadi macam mana sekarang, setiap orang ada definisi sendiri pasal moral, yang kaya berasa tak salah mengumpul kekayaan, sebab dia berusaha keras. Yang terdesak rasa tak salah merompak, sebab dia merompak untuk anak dia. 

Islam ada penyelesaian dalam hal macam ni. Dalam sistem Islam, yang kaya kena bayar zakat. Zakat digunakan untuk membantu orang yang terdesak dan susah, supaya orang-orang yang terdesak dan susah tak merompak yang kaya untuk meringankan kesusahan dorang. 

Baiklah - manusia boleh cipta mekanisme sendiri, tak perlukan agama untuk selesaikan masalah kat atas. Ada sistem cukai, boleh buat bermacam-macam sistem, falsafah untuk atasi masalah. Di sinilah sebenarnya punca masalah - bila manusia menggunakan akal sendiri sampai mengenepikan shariah yang dah diturunkan oleh Pencipta dorang. Kalau tak percaya tengok balik sejarah - berapa banyak dah falsafah yang dicipta manusia - kapitalisme, sosialisme, materialisme - aman tenteram ke hidup manusia dengan falsafah2 tu? Boleh tengok sendiri la sejarah peradaban manusia berapa banyak peperangan dah tercetus, dan mungkin tak perlu pergi jauh, tengok keadaan masyarakat sekarang ni - makin ke arah kesempurnaan atau ke arah kebinasaan?

Disebabkan aku ni orang Islam, jadi entri ni bercerita macam, liberal, agnostic, atheist vs Islam. 3 lawan 1. Aku dah hilang bakat untuk menulis idea dengan baik, tapi inilah sedikit sebanyak yang aku rasa aku boleh kongsi setakat ni.

3 comments:

Akulah Aqilah Itu said...

saya setuju.
dan saya tak mahir mengulas isu ni.

Cuma sedikit ilmu dan paradigm shift diterima hari ini.

pon dah ok. =)

MATAHARI said...

masa renaissance, bermulanya agama dipisahkan dari sistem(kuasa gereja), dan bermulanya evolusi agama dipisahkan dalam pentadbiran.dan masing-masing menafsir dan mewujudkan teori masing-masing. peperangan wujud kerana perebutan dan superior.pemenang sebenarnya ialah mereka yang akur dengan kembali semula kepada asal. yang hanyut ialah mereka yang enggan menaiki kapal. (kisah nabi Nuh).

karl said...

Aqilah: terima kasih sebab sudi membaca

Matahari: dari pemerhatian aku sesetengah orang menentang kepatuhan terhadap agama sebab dorang ada tafsiran sendiri berkenaan soal moral, baik buruk.

sepatutnya aku ceritakan dengan lebih detail pasal macam mana manusia akan musnah kalau hidup berlandaskan akal semata-mata, tanpa ada panduan. aku mengaku aku kurang mahir dari segi pengetahuan pasal hal ni. dari semasa ke semasa Insha Allah aku terus mencari kefahaman dan bukti.