31 December 2010

Setialah penyokong Malaysia!

Entri terakhir sebelum bercuti separuh gaji selama 14 hari, pulang dengan misi menjaga, mencari ikhtiar untuk mencari nurbisa buat mak, abah, Ashraf, mencari ikhtiar untuk percepatkan proses transfer tempat kerja ke hospital lain, mohon doakan segala urusan aku dipermudahkan semudah-mudahnya wahai pembaca sekalian, doa kalian amat aku perlukan saat ini.

 Sumber gambar: Berita Harian Online

Tahun Masihi 2010. Pertama kali Malaysia menang Piala Suzuki AFF. Dulunya Piala Tiger. Apa-apa pun tahun Masihi kali ni, meninggalkan kenangan manis buat peminat, baik yang lama mahu pun yang baru. Kepada yang baru menyokong, selamat datang ke kelab penyokong bola sepak Malaysia. Kepada yang lama dah menyokong, doa dan penantian akhirnya berbaloi juga kan? 

Sekarang pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia dijulang sebab berjaya membawa pulang piala kemenangan. Ramai yang mengucap tahniah, ramai yang memuji, ramai yang mula pakai jersi kebangsaan Malaysia. Kalau lah Malaysia kalah semalam, mungkin yang memuji pada waktu sekarang akan memperlekeh, mengeji, mengutuk kekalahan pasukan kebangsaan. Lumrah. Orang yang berstatus berjaya akan diangkat. Orang yang berstatus kalah, nasib kamu lah. Bukan dalam bola sepak je, dalam kerjaya, dalam akademik, dalam apa-apa je bidang. Orang yang berjaya disanjung sebab logiknya, mereka berjaya sebab berusaha keras, sebab mereka berjihad, bersungguh-sungguh. 

Logik akal mengatakan begitu. Tapi jangan sesekali lupa, kita semua kat atas pentas muka bumi ni tak lebih sebagai hamba yang bertuan. Tuan kita, Yang Maha Esa. Kita berusaha, merancang tapi rancangan Allah lebih sempurna daripada rancangan kita. Dan adakala rancangan Allah memerlukan kita berkorban, memerlukan kita kalah dan kecundang sesekali. Jadi wajar ke kalau kita melabel, orang yang kalah sebab dorang malas berusaha? Ada masa betul, tapi ada masa tak betul.

Kebiasaannya dalam kes pasukan Malaysia, yang selalunya kecundang sebelum-sebelum ni, selepas kekalahan dorang biasanya cemuhan yang dorang dapat. Sekarang dorang menang. Baguslah ramai yang sokong, tapi aku harap semua orang, yang mengaku peminat berterusan la menyokong dorang. Sokongan ramai sebenarnya doa buat dorang. Cemuhan dan kutukan pun satu doa jugak, tapi kita masing2 boleh faham sendiri kan, doa mana satu yang lebih wajar?

Sokonglah pasukan kebangsaan dengan sokongan tak bersyarat. Sebagaimana kasih seorang ibu yang tak bersyarat kepada anak2nya.

p/s Penangan sihir - mak aku tak kenal aku masa aku balik semula ke Sibu hari tu, aku tak dapat nak cium dia. Esok aku balik semula ke kampung, aku berharap sangat2 sebelum cuti aku 14 hari ni habis..mak dah pulih sepenuhnya.

29 December 2010

Sihir, santau, skizofrenia, psychoses, ehsan, khianat, birokrasi

Ape yang ada dalam kepala aku sekarang?

"Kalau berdasarkan tanda-tanda, ada kemungkinan wujud unsur sihir," Ustaz Mahmud, yang merawat emak dan abah semalam.

"Pasanglah ayat-ayat rukyah kat rumah," Hajah Z.

"Baca sendiri Quran lagi baik, kalau pasang CD nanti pesakit mudah diserang balas," Cikgu R.

"Ni bukan santau ni, takde batuk-batuk pun," Abang Lif, sepupu aku.

"Pasang je, tak payah kuat sangat," Ustaz Mahmud.

"Masih awal lagi nak dipastikan, saya tak boleh nak bagi diagnosis, tapi ada kemungkinan skizofrenia," Dr A, yang mengaji perubatan menggunakan kitab perubatan yang tak ada istilah Tuhan, Jin, Syaitan atau Malaikat.

"Sabarlah, banyakkan amalan. Mak Teh kamu tu, 18 tahun tahu..berubat sana sini, buat macam macam amalan, sekarang Alhamdulillah dah lega." Pak Teh bagi semangat.

"Mintak transfer," Abah, Mr N, Khir, Pak Busu, Puan Siti.

"Bla bla prosedur bla bla kerja dulu sebulan dua bla bla bos je yang boleh lobby you bla bla kena tunggu bos balik bla bla you simpan dulu bla bla you datang kerja dulu," Mr N. Takpela, aku faham, sebab bukan mak engkau yang sakit kan,yang sakit sekarang mak aku. Bukannya mak aku yang lahirkan kau, yang bertarung nyawa, tanggung risiko bersalin melahirkan aku 23 tahun lepas.

"Amacam, ok ke?" Madam A tanya aku. Tersengih sumbing, aku jawab, "Tidak ok,"

"Kasi sabar la banyak2. Sekarang siapa pun tarak boleh tolong sama kita, Tuhan juga tempat mahu minta tolong," aku dah lupa brader ni, tapi dia aku jumpa bersama mak dia kat luar operation theater Hosp Kuala Lumpur tahun lepas. Brader ni berbeza akidah dengan aku.

Jam 6:12 petang, waktu kebiasaan gangguan bermula lepas Asar sampai la ke Maghrib. Aku pulak sekarang, 1228 km daripada rumah. Tak tau lagi dapat balik semula ke tak besok. Hanya pada Engkau Ya Allah aku memohon keselamatan ahli keluarga ku, Allahuakbar..

25 December 2010

Kepada tak dapat straight A PMR atau takde A langsung

Aku nak tidur dah ni, esok flight pukul 925 pagi. Tapi kebetulan aku ternampak pulak entri nih. Zaman sekarang ni rasanya ramai je budak2 sekolah menengah yang dah ade blog, atau yang dah reti blogwalk. Teringat semalam result PMR keluar, adik aku pun calon PMR tahun ni. Result dia, ada jugak la A, aku tau kemampuan dia dan aku tau hala tuju dia so aku tak risau sangat. Lupakan pasal entri blog yang aku letak link tuh, meh baca ape yang aku nak berleter kat bawah.

Keputusan PMR tahun ni, 30 863 calon dapat straight A, bermaksud 408 593 calon tak dapat straight, atau pun mungkin takde A atau pun fail terus. 

PMR ni takla significant sangat, tak terlalu penting sangat la dalam nak mencorak laluan hidup. Pada aku PMR ni lebih kepada nak melihat komitmen korang bila belajar, serajin mana korang belajar, hafal notes dan sebagainya. Sebab mengikut logik, makin banyak A yang korang dapat, bermaksud banyak la jawapan yang korang dapat jawab dengan betul, bermaksud banyak la yang korang tau dan punca korang tau banyak, sebab korang suka membaca atau buat latihan. Tahap kerajinan korang ni akan menentukan sama ada korang senang nak pilih masuk kelas apa bila tingkatan 4 nanti - masuk kelas Sains atau kelas Sastera. Kalau nak jadi doktor mesti la kena masuk kelas Sains, sebab bidang perubatan tu bidang Sains, jadi orang yang dapat result yang bagus selalunya dipilih berbanding orang yang dapat result kurang bagus. Begitulah sistem pendidikan di atas muka bumi Malaysia ni.

Tapi katakanlah, korang punya result tak melayakkan korang untuk masuk bidang yang korang nak, korang masih lagi boleh sambung belajar. Kalau tak dapat kelas Sains, dapat masuk kelas Sastera atau Perakaunan. Kalau korang buat betul2 dalam bidang yang korang belajar, masa SPM pun still boleh dapat keputusan yang cemerlang jugak, boleh apply masuk universiti yang berprestij jugak, jadi kesimpulannya, janji korang rajin berusaha, mesti hasil dia setimpal macam yang korang usahakan.

Kepada adik2 yang dapat result selain daripada straight A atau takde A langsung, mungkin korang frust. Benda yang lepas usah dikenang, fokus pada hidup korang yang akan datang. Umur 15 tahun ni muda lagi, banyak lagi perkara2 yang korang boleh contribute untuk diri sendiri dan orang lain. Macam adik aku, dia tak dapat straight A, tapi dia ada kebolehan la jugak bab2 masakan, suka join geng2 katering time kenduri kendara. Dia minat bidang tu, so aku akan cuba sedaya upaya tolong supaya dia sambung belajar lagi dalam bidang katering, sebab bila dia dah minat dan ada motivasi dalam bidang tu, dia takkan stress dan seronok belajar dan akhirnya, harap2 dia dapat perform dalam bidang yang dia nak. 

Apa yang mak ayah, cikgu, kawan atau sedara mara berleter kat korang, pertama sekali korang dengar. Cuba ambik nasihat kalau dorang bagi nasihat, kalau dorang kutuk korang buat tak dengar je. Aku rasa korang boleh bezakan, yang mana satu nasihat, yang mana satu kutukan. Yang penting lepas PMR, cuba sedaya upaya cari bidang yang korang betul2 minat dan mampu perform - kalau minat jadi mekanik, belajar jadi mekanik. Kalau minat nak jadi banker, belajar cara nak jadi banker. Kalau minat nak jadi doktor, belajar cara nak cari doktor. Mungkin susah jugak korang nak tentukan minat korang, aku faham sebab aku dulu pun blur camne nak tentukan minat. Jadi cuba try pulak tengok keupayaan korang, korang suka membaca tak, korang suka mengira tak, korang suka bertukang ke apa..takkan la minat kebiasaan sendiri pun tak tau kot. Tak pun cari sesuatu benda yang korang tak berapa minat, tapi boleh buat. Kemudian berdasarkan minat korang, try tanya pada mak ayah atau cikgu kaunselor, apa jenis kerja yang sesuai dengan korang berdasarkan minat korang.

Lulus cemerlang exam satu perkara yang berbeza dengan kebolehan yang korang mampu buat. Korang tak pandai sangat, tak pick up sangat bab2 trigonometri, bab2 hafal nota sejarah, tapi katakanlah korang suka modified motor, tak pun suka cungkil tombol pintu sampai terbukak, jadi belajar la camne nak guna kemahiran & minat korang ke arah positif. Kalau suka modified motor, belajar la jadi mekanik, contohnya. Sebab menggunakan kemahiran yang ada pada korang tu la sebaik-baik cara untuk korang bekerja.

Mungkin seminggu dua ni sesi muhasabah diri dulu kot. Cuba fikir balik, apa yang korang nak dalam hidup sebenarnya? Jadi serius sikit okeh, pikir pasal masa depan, kemudian buat keputusan lepas bincang dengan orang lain dan lepas korang buat penilaian, mana yang baik untuk korang. Semoga berjaya di masa depan :)

Bill Gates tak ambik PMR pun, boleh je jadi kaya, kan? :D

24 December 2010

Pulang

"Terpulang pada awak la," itu respon Abah bila aku offer untuk balik, lepas Abah bagitau macam mana keadaan Mak.

Selalunya kalau sesuatu perkara tu Abah dapat handle sendiri, jawapan yang aku jangkakan ialah, "Takpe, tak payah balik la, abah ada,"

Tapi kali ni maksud dia, memang Abah perlukan pertolongan aku.

Cuti tahunan aku tinggal 3 hari. Balik pun dapat balik sekejap, aku ada bayangan plan macam mana nak ikhtiar cuma tak tahu setakat mana dapat membantu. Harap betul2 dapat membantu. Tapi sungguh aku perlukan maunah dari Allah, buat kesekian kalinya. Sungguh terasa memang aku hamba yang kerdil, ampunkan aku Ya Allah sebab ada masa aku terlupa.

Sayap Exodus akan gendala seketika. Doakan mak aku sembuh ya, wahai kawan, sahabat, teman bloggers dan pembaca semua.

22 December 2010

Amuk Si Bujang Senang

Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

- Lirik lagu Bujang Senang oleh kumpulan Wings
Hari Sabtu lepas berlaku serangan buaya di Samarahan. Allahyarham Sidi Samad meninggal dunia selepas dibaham buaya masa dia menjala udang secara bersendirian di Sungai Samarahan. Kejadian ni mengingatkan aku kepada Bujang Senang, legenda misteri yang pernah (atau pun mungkin juga masih) mendiami Sungai Lupar, di Bahagian Sri Aman.



Allahyarham Sidi Samad

Bujang Senang, kalau diikutkan dari segi maksud, bujang tu bermaksud belum berkahwin, tapi dalam konteks cerita ni merujuk kepada buaya tunggal, buaya yang takde pasangan. Senang pulak merujuk kepada nama sebatang sungai di mana buaya tu selalu orang nampak. Sungai Lupar tu sungai besar, dan ada beberapa branch sungai yang bersatu membentuk Sungai Lupar, salah satunya Sungai Senang. Jadi senang cerita, Bujang Senang tu bermaksud 'buaya tunggal Sungai Senang'.

Berdasarkan pengakuan saksi-saksi beberapa kejadian serangan buaya di Sri Aman sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, keterangan dorang konsisten berkenaan ciri fizikal buaya yang terlibat - bersaiz besar yang luar biasa dan mempunyai tanda belang putih di atas badan. Jadi secara langsung, serangan-serangan tersebut dipercayai dilakukan oleh Bujang Senang. Antara mangsa-mangsa yang terkorban akibat serangan yang berlaku adalah:

Bangan anak Pali       - serangan pada tahun 1982
Badong anak Apong  - serangan pada tahun 1984
Berain anak Tungging -serangan tahun 1987
Dayang anak Bayang  -serangan tahun 1992

Menurut tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun,beliau percaya buaya yang terlibat dalam serangan yang melibatkan Berain dan juga Badaong serta Bangan merupakan buaya yang sama yang membaham adik beliau, Inchi anak Tunchun pada tahun 1962. Dan yang lebih menakutkan lagi, keluarga beliau mempunyai pertalian keluarga langsung dengan kesemua mangsa-mangsa sebelum ini. Keadaan ini membuka kisah mistik sumpahan Bujang Senang.

Terdapat 2 versi berkenaan kisah sumpahan Bujang Senang ni. Ada yang berkata, Bujang Senang merupakan jelmaan seorang pahlawan Iban yang terkorban ketika cuba menyelamatkan isterinya yang diculik oleh pihak musuh. Ada juga yang mengatakan Bujang Senang merupakan buaya jadian, yang juga asalnya seorang pahlawan Iban yang kematian ahli keluarga, kemudian pergi bertapa sebelum bertukar menjadi buaya jadian untuk membalas dendam ke atas musuh-musuhnya. Ada persamaan dalam kedua-dua versi tu, iaitu melibatkan pahlawan Iban yang bertukar jadi buaya, kemudiaannya bertindak balas membalas dendam terhadap musuh-musuh dan keturunan musuhnya. Mungkin korang akan terfikir, ceh, kalau betul buaya ni nak balas dendam kat family dorang, apsal tak pindah je kat tempat yang takde sungai? Aku pun fikir gitu jugak dulu, tapi lepas datang bekerja kat Sarawak baru la aku tau - ada sesetengah tempat kat Sarawak unreachable by roads. Sebagai contoh, Bahagian Kapit misalnya, cuma boleh diakses melalui bot, kalau pakai bot off course la pakai sungai. Takde jalan darat nak menghubungkan Kapit dengan dunia luar..maksud aku, kalau korang nak pergi area lain macam Sibu, Kuching, Miri, Sarikei, korang kena naik bot, nak bawak kereta, lori..sorry. Kalau tak faham, aku bagi contoh lain. Bayangkan dari KL korang nak pergi Shah Alam, kena naik bot pasal takde jalan darat. Ha macam tu la. Fuck up kan? Hahaha

Sama ada betul ke tak, kalau nak diikut logik akal macam mana pulak orang dah mati atau pun orang yang bertapa boleh bertukar jadi buaya. Tak kisah la, tapi serangan yang melibatkan Dayang anak Bayang pada tahun 1992 tu sedikit ganjil sebab mayat Dayang ditemui dalam keadaan sempurna, mayat yang tiga orang mangsa sebelum tu memang rabak la kena baham, dalam kes Bangan contohnya, mayat beliau tinggal separuh je. Walau macam mana pun, serangan tahun 1992 ni membuatkan geng2 PDRM hangin la kot, sebab dah 10 tahun operasi cari Bujang Senang nih (sejak kes Bangan lagi) dok cari tak dapat-dapat, jadi kali ni PDRM bawak turun sniper, sekali dengan bomoh buaya. Err, agak ironic jugak, sniper kan dah terlatih nak tembak tepat, bawak bomoh buat ape lagi. Cari punya cari, jumpa la buaya bagak tu. Tapi tak mudah jugak la nak bunuh, 4 jam tembak, kejar baru mampus buaya tu. Fuh.. Lepas bawak naik ke darat, ada pulak orang yang claim, yang mati kena tembak tu bukan Bujang Senang. Hmm. 

Selepas Bujang Senang ditembak mati, sebenarnya masih ada lagi kes serangan buaya kat sekitar Sri Aman. Tapi serangan tu tak la berlaku tiap2 bulan, ada musim jugak, kadang ada kadang takde. Berkenaan dakwaan wujudnya great crocodiles Bujang Senang ni, kalau diikutkan sejarah, buaya ni dah wujud sejak zaman Dinosaur - macam mana rupa dia hari ni, zmaan Dinosaur tu pun begitu la jugak. Pada aku tak mustahil kalau ada buaya yang berumur 100 tahun. Pasal serangan buaya ni, sebenarnya pada pendapat aku la, sama gak macam kes serangan harimau contohnya. Benda ni susah nak dijangka, sebab selalunya binatang ni menyerang bila rasa terancam atau pun bila rasa lapar. Kita sebagai manusia yang ada akal, cubalah sedaya upaya ambil langkah berjaga-jaga untuk elakkan kejadian macam ni berlaku. Kecuali la kalau benda dah nak jadi, tak boleh buat apa la.

rujukan: vision of earth, arkib forum Cari, Sarawak Update, Berita Harian Online, Gazet Pemikiranku

21 December 2010

Diperkosa Setan



Kah kah kah.

Apa punya filem pun aku tak tau. Jadah betul.

20 December 2010

Pilihan yang bukan pilihan

Soalan: Masa kecil dulu, cita-cita nak jadi apa?

Zaman kecik. Waktu tu memang tak berapa jelas lagi pasal cita-cita. Waktu awal kanak-kanak aku banyak dihabiskan kat kampung. Berkawan dengan anak-anak kampung, main polis sentri, main kejar-kejar, main pukul berapa datuk harimau, main lawan pemadam. Heheh. Pernah sekali masa main kejar-kejar aku terjatuh, kepala terkena base tiang net badminton sampai luka. Jarang sangat ke perpustakaan, internet jauh sekali. Saluran media massa yang paling kerap aku tengok tv jela. Bila tengok drama yang expose pasal dunia korporat - lelaki tipikal, pakai kemeja putih, pakai kot hitam, pakai tie, bercakap dengan telefon bimbit besar - membuatkan aku teringin nak jadi ahli korporat. Atau broker saham. Tapi macam mana nak jadi ahli korporat, nak kena ambik kursus ape kat universiti, nak kena belajar subjek apa secara sungguh aku tak tau. Kemudian bila tengok filem Predator dalam slot Action Movie tajaan Perilly's dengan tagline Hitam Itu Menawan - maka terasa nak jadi askar pulak. Mainan Lego yang abah aku beli, selalunya aku buat bentuk rifle, hahaha. Jarang atau tak pernah pun aku guna Lego tu untuk buat/design model bangunan. Tak terlintas langsung dalam kepala otak nak jadi apa, yang aku tau, belajar, belajar, belajar. Sebab kalau tak score dalam kelas, mak marah. Serius aku tension bila mak marah-marah bila aku tak buat kerja sekolah, atau pun bila dia mak nak check kerja sekolah aku. Susah sangat nak percaya kat aku. Tapi aku faham, mak nak aku berjaya, lebih daripada dia sendiri atau abah. Aku anak sulung, so..tempat diletakkan segala harapan. Jadi zaman kanak-kanak, sampai la awal zaman sekolah menengah maka hidup aku takde cita-cita - yang aku tau aku datang sekolah, belajar, buat kerja sekolah, lepas tu antar kat cikgu. Macam robot.

Apa cita-cita masa sekolah menengah?

Peguam. Sebab apa? Aku pun dah tak ingat, rasanya aku pilih random je. Kemudian suatu hari masa aku Form 2 rasanya, cikgu English aku berleter kat budak kelas aku. Kes tak siap kerja sekolah rasanya. Semua kena berdiri. Lepas tu dia tanya soalan, "Sekarang saya nak tanya awak semua apa cita-cita awak, bagi tau je apa2 pun, saya tak nak awak cakap awak takde cita-cita,". Sorang-sorang pun cakap la cita-cita dorang. Sampai kat aku, dalam hati aku, bedal la ape pun, aku cakap la peguam. Dah habis semua cakap, kemudian dia berleter lagi, "Saya bukan tak suka awak nak jadi engineer, nak jadi lawyer, tapi sekarang ni, doktor Melayu kurang.." pastu dia berleter lagi pasal orang Melayu kurang dalam bidang profesional, kurang yang jadi lecturer kat universiti. Kemudian aku terfikir, zaman aku sekolah tu pun dah start bising pasal graduan universiti keluar pastu menganggur. Ramai engineer yang lepas grad, pastu apply KPLI, jadi cikgu. Tapi kalau jadi doktor..kalau jadi doktor, lepas grad, terus ade kerja. Baik aku aim untuk jadi doktor. Lepas tu aku stick dalam kepala otak aku, nak jadi doktor, kena cemerlang. Cemerlang = straight A SPM. Dengan melihatkan keadaan sekeliling zaman persekolahan aku yang dikelilingi mat ganja, samseng taik kucing, geng2 yang hisap rokok, aku rasa cara terbaik untuk capai cita-cita aku ialah dengan berhijrah. Terliur dengan prestasi sekolah2 asrama penuh & MRSM yang selalu jadik top scorer masa result SPM keluar, aku pun apply la masuk asrama penuh. Lepas PMR, result aku 8A, so dapat la offer asrama penuh. Aku teringat lagi, lepas dapat 8A, mak abah happy jugak la (lagi happy berbanding masa aku dapat 5A UPSR), dapat la dalam RM80. Pas dapat duit RM80 tu, aku keluar bandar, pastu terus beli reference book Fizik, Add Math, Kimia ngan Bio. Punya la determined time tu nak belajar rajin2.

Kat asrama penuh, culture shock gak la. Pertama sekali, sebab sekolah tempat aku masuk ni, SBPI (sekolah berasrama penuh integrasi). Jadah apela, selama ni dok dengar nama sekolah menengah sains je, tiba2 lak ada SBPI. Dah ler nama cam bodoh, cikgu2 semua baru, semua noob. Hahaha. Tapi ape2 hal pun, member2 kat situ masa tu semua jenis yang berkeazaman tinggi, semua jenis senyap je time prep, jenis study memanjang.So, nak bandingkan kalau aku duk rumah, kat sekolah asrama memang rajin sikit la. Masa Form 4 memang teruk result aku. Susah betul nak skor subjek Add Math. Tahap kepayahan Add Math masa tu, kepala otak aku susah nak adapt. Sampai la satu hari, aku tekad bertapa betul-betul buat semua exercise dalam buku latihan Add Math aku, masa final exam form 4 meningkat la sikit. Pastu masa form 5, dah nampak progress, lepas latihan, buat lagi latihan.

Lama kelamaan, bila dah belajar dalam aliran sains hayat ni, aku rasa subjek Bio macam tak berapa ngam pulak dengan aku. Aku jadi lagi minat dengan Fizik & Add Math la pulak. Tapi sebab mak abah nak letak harapan, nak aku jadi doktor, aku gagahkan jugak la. Cita-cita doktor tu, bukan la satu cita-cita yang aku betul2 nak sebab minat. Lebih kepada sebab senang nak dapat kerja, tu je. Tapi tiba2 rasa memberontak pulak, rasa cam taknak la pulak jadi doktor, nak jadi engineer. Hahaha. Krisis betul. Masa berlalu, sampai la SPM. Bab cita-cita pun stop sekejap.

Kemudian lepas SPM, result keluar. Aku tak dapat straight A. Sangkut satu subjek, English aku dapat 4B. Bio dapat 2A, EST pun 2A. Sebenarnya aku berharap subjek Bio tu yang dapat B, kalau Bio dapat B ade point nak apply masuk Universiti Teknologi Petronas. Hahaha. Tapi disebabkan Bio masih lagi dapat A, biar 2A jek, aku gagah jugak lagi untuk sambung study kat Matrik Pahang, ambik Sains Hayat.

Pilihan yang bukan pilihan

Dipendekkan cerita, result matrik aku tak cukup cun. Aku tak skor 4 plate, just 3.83. Mak abah aku masih insists aku pilih jurusan perubatan masa isi borang UPU. Tapi sebab aku rasa takut nanti kena lelong, dan tak nak ambik risiko, aku terpaksa pilih jurusan lain yang aku rasa sesuai dengan pointer aku. Pilihan pertama Farmasi UKM, kedua Farmasi UiTM, ketiga Optometri UKM, keempat Optometri UiTM. Kelima, keenam dah melalut, kejururawatan rasanya, hahahaha. Bangang betul. Tapi kursus yang aku apply semua yang aku rasa dan yang aku tau takde masalah nak dapat kerja. Last-last, dapat pilihan kedua. Bila masuk universiti, baru tau ramai je kawan2 yang pointer sama, dan ada yang dapat rendah sikit dari aku yang dapat kursus Medic, Dentistry. Rasa fuck up la jugak masa tu. Mak la yang nampak frust sikit masa tu, Abah pulak, aku tau frust jugak tapi dia still cakap, " at least kurang sikit risiko kat tempat kerja, tak payah handle jarum, tak bersentuh dengan darah pesakit ". Kata-kata Abah la yang betul2 bagi semangat kat aku untuk pursue study. Aku pun start berjanji kat diri aku, ok la, aku tak mungkin jadi medical doctor atau specialist dah pasni, tapi aku akan pastikan title Dr tu ada jugak. Aku ingat lagi janji tu (kalau tak ingat, takkan la aku tulis pulak kan, hahaha)

Sebenarnya, kalau nak difikir pasal menyesal, takde pun. Sebab niat aku awal2 lagi nak jadi doktor tu sebab nak senang dapat kerja - grad2 terus dapat kerja. Kalau nak ikut,kursus yang aku belajar masa kat universiti - Farmasi ni pun sama jugak, dalam 3 bulan lepas keluar result aku dah start kerja. Nak diceritakan, semua geng batch aku yang lulus dan dapat grad - semua diserap masuk kerja gov. Tak kira la berapa pun pointer atau cgpa dorang. Begitu jugak dengan doktor dan doktor gigi, lagi la best - dorang punya ijazah mana ada kelas pertama, kelas kedua atas, kedua rendah - dorang punya exam lulus gagal je. Takde pointer pun. Bukanlah pilihan yang teruk sangat, dan kalau aku study medic memang sekarang ni aku tak habis belajar lagi. Cuma sekarang aku dah mula rasa - bila kita kerja sebab semata-mata nak ada kerja je, tahap motivasi kat tempat kerja tu, agak lain sikit la. Aku kat tempat kerja, haha tak adil la kalau kata aku malas, aku buat kerja weh. Tapi bukanlah sampai ke tahap kerja gila babi sanggup balik sampai pukul 6-7 petang pasal kerja, selalunya aku punch card memang tepat pukul 5, kah kah kah. 

Kalaulah pilihan yang menyelesakan betul2 ada - maksudnya, tak payah nak fikir pasal, adeh dah grad, susah la pulak nak cari kerja - mungkin aku tak ambik farmasi ni. Mungkin aku terus stick dengan cita-cita nak jadi peguam. Mungkin aku akan pilih nak jadi engineer. Atau mungkin aku pilih akauntan, takpun mungkin apa2 jela. Haha. Tapi sekali lagi, limitation yang menyebabkan aku cita-cita doktor, dan end up jadi pharmacist ialah sebab faktor tahap mudah atau susah nak dapat kerja pas grad. Serius. Kat Malaysia sekarang berapa ramai graduan akauntan, engineer, lawyer dalam setahun. Dah grad ramai-ramai, yang terbaik ajela yang senang dapat kerja. Kalau jadi yang terbaik, tapi macam mana kalau tak tergolong dalam top scorer, bukan yang dapat 1st class honour? Company mesti nak pilih top of the cream punya. Ramai orang condemn, student2 yang top scorer balik2 nak jadi doktor - tapi malangnya selain daripada kursus tu, kursus ape lagi yang ada bright future, in terms of job vacancy? Tapi sebab itu je pilihan yang secure, kursus atau bidang tu tetap jadi pilihan walaupun mungkin bukan pilihan yang sebenar.

Apa plan aku? Kalau dulu aku pernah ada cita-cita nak jadi doktor, tapi cita-cita tu tak la ikhlas, so takde regret la terlepas pun. Sekarang bila dah kerja, aku dah ada cita-cita lain pulak, hahaha. Lagi pun, janji tetap jani kan? :)

Merenung jauh masa depan. Gambar ni bukan aku punya, dicilok dari blog mamat ni :P


Macam diari dah blog ni. Lantak ler.

19 December 2010

Asal usul perkataan "scapegoat" aka kambing hitam

Scapegoat, atau pun dalam bahasa Melayu istilah sinonimnya kambing hitam merujuk kepada orang yang dipersalahkan atau menangung beban kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh, katakan bekalan ubat tak cukup kat hospital, patient patutnya dapat bekalan ubat selama 5 bulan tapi cuma dapat bagi supply sebulan je, maka pegawai farmasi la yang jadi scapegoat, yang kena marah dengan patient padahal bajet pembelian ubat dan bekalan ubat kat hospital memang terhad, kadang2 jumlah pesakit meningkat mendadak. Macam tu la lebih kurang. Ataupun macam dalam video Namewee, TNB kena carut pasal breakdown dalam bekalan elektrik padahal benda tu terjadi di luar jangkaan. 

Daripada mana asal usul scapegoat ni? Maka kita kena traceback Kitab Taurah versi moden iaitu Leviticus. Buat pengetahuan korang, ini bukan versi asal kitab Taurah, yang kitab asal Allah dah angkat ke langit dah. Yang ni versi tulisan orang Yahudi pun sendiri. Jadi ini versi kepercayaan dorang, so tahap kesahihan cerita ni memang susah nak ditentukan oleh orang Islam jadi tolong anggap ni sebagai cerita je. Menurut Kitab Leviticus, Aaron (atau kalau mengikut sejarah Islam, Nabi Harun A.S.) kematian kedua-dua anak beliau sebab dorang ada langgar peraturan dan hukum Tuhan. Jadi Tuhan kemudian memerintahkan Aaron ni supaya mengorbankan seekor lembu dan dua ekor kambing untuk menyucikan dosa dia dan keluarga dia. Kita terus pergi kepada cerita kambing dua ekor tu. Salah seekor kambing tu dipersembahkan kepada Tuhan dan diletakkan ke pintu masuk Tabernacle, tempat suci untuk membuat persembahan kepada Tuhan manakala seekor lagi kambing bertindak sebagai penanggung segala dosa-dosa Aaron, keluarga dan pengikutnya, akan dilepaskan ke habitat liar.So di sini la bermulanya istilah scapegoat - merujuk kepada kambing tu yang dilepaskan sebagai penanggung dosa-dosa orang lain.

Dalam amalan sihir dan ajaran Satanism pulak, ada satu figure yang digelar Baphomet, gambar kat bawah ni.
Agak-agak ada kaitan tak antara Baphomet ni dengan scapegoat? Itu aku pun tak sure, malas nak cari lagi, heheh.

Polymath, genius, child prodigy

Talent hits a target no one else can hit; Genius hits a target no one else can see
                                                                                                                Arthur Schopenhauer
Beberapa tahun dulu seluruh negara dikejutkan pasal kemunculan Adi Putra, seorang kanak-kanak yang memiliki kepintaran luar biasa dalam bidang matematik. Aku pernah tengok sekali budak ni muncul dalam rancangan AC Di Sini, tapi rancangan tu agak bangsat sebab setakat borak kosong, lepas tu ujian yang diberi pada budak ni macam bodoh je. Setakat suruh hafal nombor, tambah nombor ape jadah. Bagi la soalan trigonometri ke, vector ke, baru la boleh nampak setakat mana cerdik budak ni. Jadi sampai sekarang aku tak pasti setakat mana kebolehan budak ni. Tapi kalau dah sampai bagi lecture kat student univ, rasanya memang pandai sungguh la budak ni.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu-individu yang ada kebolehan luar biasa dari segi daya pemikiran, IQ atau pun bakat. Istilah-istilah tu yang aku guna untuk buat tajuk entri tu. Polymath, genius dan child prodigy.

Polymath merujuk kepada individu yang mampu menguasai beberapa bidang pengetahuan, senang cerita individu yang all rounded - bidang perubatan dia pandai, bidang kejuruteraan dia boleh buat, bidang sastera pun power. Contohnya macam Imhotep (doktor, arkitek,ahli agama dan jurutera zaman Firaun), Ibnu Sina (pakat perubatan, ahli kimia, ahli geologi, ahli fizik Parsi) dan Al Khwarizmi (pakar geografi, ahli matematik, ahli kaji bintang Baghdad). Bila dah banyak bidang yang dikuasai, sumbangan dorang pun secara logiknya banyak la terhadap masyarakat. Al Qanun fi al Tibb (Canon of Medicine), buku teks perubatan yang selesai ditulis pada tahun 1025 tulisan Ibnu Sina sebagai contoh, dijadikan sebagai rujukan di sekolah-sekolah perubatan Eropah sehingga ke abad 18. 700 tahun pakai buku yang sama, bayangkan..hahaha. Imhotep pulak engineer yang terlibat dalam pembinaan piramid Mesir.

Genius pulak, merujuk kepada individu yang menunjukkan kebolehan luar biasa, melangkaui pencapaian individu-individu lain yang turut mendalami bidang yang sama. Sebagai contoh yang mudah dan jelas, Albert Einstein, ahli fizik yang mengemukakan Teori Relativiti yang membawa kepada teori Big Bang (letusan besar yang membawa kepada kewujudan alam semesta).

Albert Einstein

Sehingga sekarang, terdapat 9 jenis klasifikasi genius yang dicadangkan oleh saintis iaitu : spatial (ruang), linguistik (bahasa), logik-matematik, kinestetik badan, muzik, interpersonal (kemampuan berkomunikasi dengan orang lain), intrapersonal (kemampuan mengenal diri sendiri), naturalistik (kemampuan berinteraksi dengan alam sekeliling) dan eksistensial (kemampuan menganalisis data menjangkaui batas yang boleh diukur secara kasar).

Child prodigy, contoh macam Adi Putra - individu yang pada usia yang amat muda tapi menunjukkan potensi dan kebolehan yang setanding atau melebihi orang dewasa. Child prodigy mungkin akan membesar dan menjadi seorang yang genius atau polymath, tapi tak mustahil jugak dorang bakal jadi sampah masyarakat.

17 December 2010

Gay yang tabah...



Aku pernah surf web sosial gay malaysia, saja nak tau ape aktiviti, ape yang dibincangkan dorang. Ada satu thread bertajuk, "Kenapa prefer lubang jubur" lebih kurang macam tu la tajuk dia. Antara jawapan yang diberi ialah, lubang jubo lagi ketat kalau nak bending dengan perempuan punya vagina. 

Kepada pelaku gay semua, tak payah la nak cakap korang punya naluri yang buatkan korang pilih jalan hidup macam tu. Korang ikutkan nafsu dan perasaan, itu sebabnya. Kepada Azwan Ismail, kalau kau pernah terbaca novel Shahnon Ahmad, SHIT, oh nampaknya kau tak pernah baca jadi aku nak bagi tau ape yang ditulis Shahnon dalam novel SHIT. "Lubang keramat (lubang jubo) bukannya untuk dimasuki palat.."

16 December 2010

Blues Demam

Tadi pukul 1:30 pagi tadi aku pergi ke Emergency & Trauma Dept, bawak housemate yang demam. Macam teruk sangat je bunyinya. Boleh la cakap macam tu. Mamat tu tadi sejak balik kerja tengah hari tadi, tidur je. Makan tidak, minum air pun tak. Lepas tu dekat pukul 1 pagi tadi tersandar kat atas sofa, menggeletar semacam je. Tah ape masalah tah, banyak kali dah aku suruh togok air masak tak minum2 gak. Last2 aku bagi gelas yang dah isi air, baru nak minum. Cibai betul ingat aku orang gaji ko ke? Hahaha jahat betul aku. Yela aku faham, tengah sakit, susah nak minum. Nak makan pun takde selera. Jadi aku bersama kawan aku lagi sorang bawak la mamat nih pergi hospital, takut kang dibuatnya fit (kejang sawan) pasal kepala panas kang lagi haru.

Pagi tadinya aku dengan sorang staff dah tolong bawak member aku yang sorang lagi tu pergi jumpa doc. Infuse air untuk hydration, dekat sejam jugak la. Yang mamat yang aku cerita ni pun sama gak la tadi, infuse air gak. Doktor kat E&T tadi doktor yang sama jugak, pagi tadi yang infuse air kat member sorang lagi tu dia gak. Peh, tabahlah kamu yek doc, bapak letih kerja. Start pukul 1:50 pagi tadi, aku pergi check tadi pukul 2:50 pagi tengok banyak lagi baki air. Aku pergi tido la kat surau, mengantuk sial dah la tadi kerja, balik kerja main online game hahaha. Pastu pukul 5 pagi tadi dah settle, mamat tadi pergi surau kejut aku.

Aku malas nak merungut lebih2 pasal mangkuk member aku yang degil ketegar tak nak minum air tu walaupun aku dah suruh banyak kali, cuma aku nak cerita sikit pasal demam. Demam ni sebenarnya bukan penyakit, tapi tindak balas badan kita terhadap jangkitan kuman. Kadang2 bukan kuman je, makanan, ubat-ubat pun ade sesetengah boleh menyebabkan demam. Jadi yang paling penting masa demam ialah air dalam badan kita. Air ni, meh sini aku nak bagitau, mempunyai specific heat capacity yang tinggi iaitu 4200 J/(kg·°C). Maksudnya, kalau kita nak naikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 darjah Celsius, sebanyak 4200 Joule tenaga diperlukan untuk berbuat demikian. Dalam erti kata lain, air ni boleh menyerap haba pada kuantiti yang besar tapi dalam masa sama melibatkan perubahan suhu yang kecil. Bayangkan korang nak angkat 4200 biji epal dari bawah lantai sampai la ke ketinggian 1 meter..banyak tu la kuantiti tenaga 4200 Joule tu. Sebab tu dalam radiator kereta pun kita pakai air, tak pakai minyak. Tu pun disebabkan sifat air ni la. Bila korang minum air yang banyak masa demam, air tu akan bertindak menyerap haba daripada badan korang. Kemudian bila air tu keluar melalui peluh, pernafasan, atau air kencing, secara automatik korang keluarkan sekali haba yang dah diserap oleh air tu. Jadi bila korang sentiasa kerap minum air + kerap buang air, maka suhu badan pun turun la. Ubat demam, macam paracetamol & ibuprofen tu, memang la berguna jugak untuk turunkan suhu badan tapi kesan ubat tu sekejap je. Kalau korang makan ubat tapi tak minum air, pun tak berkesan jugak. Memang minum air tu dah kira salah satu rawatan untuk demam, sebab tu kalau kat hospital pun doktor akan infuse air dalam badan untuk turunkan suhu.

Jadi pasni kalau korang sendiri demam atau sapa2 jela, adik ke, sedara mara ke demam maka galakkan dorang minum air. Kalau dorang degil, cakap elok2, minum air, atau korang akan hantar dorang ke hospital suruh doktor cucuk air. Minum air dengan cucuk air, yang mana satu sakit? :D Baiklah sekian, aku nak pergi kerja pulak. Hadeh hari Khamis la pulak, kalau Sabtu boleh dah tidur ni :((

15 December 2010

Steven Johnson Syndrome

Sebenarnya aku tak berapa rajin nak menulis pasal hal ehwal perubatan ni. Hahaha, sangat ironic pulak, aku yang belajar dan bekerja dalam bidang nih jadi pemalas pulak. Sebenarnya bukan apa, bila nak tulis sesuatu yang berkait dengan medical issue ni, satu perkara yang aku sangat2 concern ialah kesahihan dan kredibiliti fakta. Aku tak boleh suka hati tulis pasal benda ni ikut sedap rasa, fakta yang ditulis kena tepat dan betul sebab orang ramai baca, kalau silap bagi maklumat..mungkin boleh membahayakan nyawa :S So, jarang2 la aku tulis. Sebab tiap kali nak tulis, aku kena study :S But for this time, rasa rajin sikit so terbitlah entri ni :P

Steven Johnson Syndrome senang cerita la, merupakan salah satu jenis reaksi alahan (allegic reaction) sistem pertahanan badan manusia terhadap ubat-ubatan ataupun ejen jangkitan (virus atau bakteria). Reaksi alahan ni kalau korang takde idea pasal apa yang aku maksudkan ni, contoh macam mak korang sapu sampah + debu kat dalam rumah, debu-debu berterbangan ke udara kemudian korang yang pemalas, duk main PS je kat depan TV, tersedut debu-debu tu. Lepas sedut debu, korang pun bersin. Haa, itu lah contoh paling mudah reaksi alahan. Bila sesuatu benda asing (debu, ubat, bulu ulat bulu, plastik atau ape2 jela) masuk ke dalam badan korang, atau tersentuh kat badan korang, sistem imun badan korang akan detect benda2 asing ni. Sistem imun badan manusia boleh detect, yang mana satu benda asing dan yang mana satu sel-sel badan korang sendiri. Kalau sel badan sendiri, sistem imun kita tak buat apa2 la. Tapi kalau sistem imun badan detect sesuatu yang pelik, selain daripada sel atau pun komponen2 yang berasal daripada badan kita sendiri, sistem imun kita akan bertindakbalas dengan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang kemudian merangsang tubuh kita supaya bertindakbalas agar benda asing tu dihapuskan atau dikeluarkan daripada badan kita. Dalam kes mak korang sapu sampah tadi, tindakbalas badan korang ialah bersin, jadi dengan cara bersin tu benda asing tu dapat dikeluarkan daripada badan korang, ok?

Subjek immunology sangat memeningkan kepala, dan aku pun tak pernah dapat A pun subjek ni. Tapi untuk menceritakan tentang macam mana ubat-ubatan, kuman atau virus boleh menyebabkan Steven Johnson Syndrome, ceritanya begini. Sistem imun bagi setiap individu mempunyai tahap kesensitifan yang berbeza terhadap benda asing. Ada yang tak sensitif, ada yang hypersensitif. Yang hypersensitif, nasib mereka tak berapa baik la sebab ada kemungkinan mudah dapat masalah alergik, termasuk la Steven Johnson Syndrome ni. Dalam kes sindrom nih, sejenis bahan kimia yang merupakan komponen dalam sistem imun badan kita bernama antigen akan melekat pada molekul ubatan, kuman atau pun virus. Bayangkan sebuah seluar panjang yang dikelilingi kemuncup. Bayangkan seluar tu bakteria/ubat, dan kemuncup tu antigen. Kemudian, bayangkan seekor binatang yang lapar, nampak seluar yang penuh kemuncup tu, kemudian binatang tu telan kemuncup dan seluar tadi. Binatang yang telan seluar yang penuh kemuncup tu, boleh diibaratkan sebagai macrophage. Macrophage merupakan sel dalam badan kita yang berfungsi memakan benda-benda asing yang dah dikelilingi dan dilekati dengan antigen. Bila macrophage dah makan benda asing tu, benda asing tu akan tercerna kat dalam macrophage, jadi tamat la riwayat benda asing yang merbahaya kat dalam badan.

Tapi kadang2, macrophage tu tak banyak, tapi benda asing yang dah dilekati dengan antigen tu banyak melampau. Jadi gabungan benda asing-antigen tu akan merata ke seluruh badan, nak pulak kalau benda tu ada dalam darah kita. Gabungan benda asing-antigen tu kemudian melekat ke salur darah, atau pun terlepas ke celah-celah sel kulit. Akibatnya, bila dah melekat kat seluruh tempat dalam badan, sistem imun akan terangsang di tempat yang mana benda asing tu melekat dan mencetuskan pembengkakan kat bahagian badan tu (inflammatory response). Hasilnya macam kat gambar bawah ni..




Macam mana nak tau seseorang tu kena Steven Johnson Syndrome ke atau pun tak, berikut merupakan tanda-tanda yang kebiasaan terdapat pada seseorang yang mengalami sindrom tu:

- timbul ruam/bintik-bintik/lepuh berair kat kulit dan ruang mukus (lidah, hidung, tekak). Biasanya tanda2 ni meliputi ke seluruh badan

- demam, letih badan, sakit tekak. Tanda-tanda ni muncul sekali dengan tanda-tanda kat atas.

Macam aku cerita tadi, sindrom ni mungkin disebabkan jangkitan atau pun disebabkan ubat. Kalau disebabkan oleh ubat, antara ubat-ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni ialah:

allopurinol
diclofenac
etravirine
Isotretinoin aka Accutane
fluconazole
valdecoxib
sitagliptin
oseltamivir
penicillins
barbiturates
sulfonamides
phenytoin
azithromycin
oxcarbazepine
zonisamide
modafinil
lamotrigine
nevirapine 
pyrimethamine 
ibuprofen 
ethosuximide 
carbamazepine 
nystatin

Tak payah hafal, aku pun tak hafal, hahaha. Senang cerita, memang banyak ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni, tapi sebenarnya, ikut nasib sebenarnya. Kalau nak kena, kena la. Allergic reaction memang sesuatu yang kita tak boleh nak jangka melainkan kalau sebelum ni seseorang tu pernah mengalami sindrom alahan tu. Jadi senang cerita, kalau lepas makan ubat (tak kira la ubat daripada hospital, klinik atau ubat tradisional), dalam tempoh seminggu tiba-tiba badan tumbuh ruam + berair, demam, atau pun timbul tanda-tanda kat badan korang/sesiapa saja macam yang aku tulis kat atas, maka usahakanlah supaya dapat berjumpa doktor dengan segera. Steven Johnson Syndrome boleh menyebabkan kematian, jadi memang kena bertindak cepat la kalau timbul reaksi alahan untuk elakkan perkara yang tak diingini.

Sayap Exodus

sayap exodus tu apa dik?? -sharifah nor

Self titled entry, hehehe. Terima kasih kepada kak Sharifah, dah lama sebenarnya tunggu orang tanya soalan tu.

Sayap Exodus ni nama kedua blog ni lepas nama Boss. Boss merupakan nama panggilan aku masa kat sekolah asrama dulu, masa berlakon (deng, need to open this story :S) dalam drama/lakonan kat sekolah sempena minggu orientasi, aku bawak watak Big Boss, samseng yang suka buli budak, LOL. Then after the orientation week ended, I carried the name all along the period during my school time. Cuma lepas tu nama tu dipendekkan - jadi Boss jela.

Sebenarnya aku pun dah lupa kenapa aku tukar nama blog ni jadi Sayap Exodus. Hahaha. Tapi sebenarnya mungkin sebab bila aku gunakan nama ni - dapat menggambarkan diri aku yang sebenar - individu yang separa serius, ada masa boleh jadi orang yang poietic, tapi kebanyakan masanya sebagai sorang yang membosankan dan separuh serius =.=' Macam tu la.

Ok la, maksud Sayap Exodus. Sayap bermaksud organ badan yang digunakan untuk terbang & bergerak ke tempat lain. Dalam konteks maksud blog ni, "sayap" ni merujuk sebagai suatu alat la. Exodus, kalau ditanyakan kepada Google, membawa kepada pelbagai maksud. Exodus merupakan salah satu daripada nama kitab-kitab Taurat (baiklah aku kena jelaskan kat sini. Kitab Taurat yang turun kepada Nabi Musa tu dalam bentuk sebuah kitab je, tapi versi agama Yahudi hari ni beriktikad/percaya Taurah terdiri daripada 5 buah kitab - Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deutronomy). Kemudian satu lagi maksud, exodus bermaksud penghijrahan Bani Israel secara beramai-ramai daripada Mesir, melalui Laut Merah bersama-sama Nabi Musa. Untuk konteks maksud blog ni, exodus ni pada tafsiran aku, penghijrahan, penglahiran, penzahiran emosi, pandangan atau apa2 je dari dalam kepala otak aku ke dalam blog ni. Atau mungkin lebih tepat, escapism. Aku ni sebenarnya suka membebel, suka mengkritik..jadi bila takde orang yang nak dibebel atau dikritik, i turn on my laptop then start blabbering in my blog. Atau pun kalau ada idea atau pengetahuan yang aku nak share, aku tulis kat sini. Nak lepas geram pun kat sini. So senang cerita Sayap Exodus (mengikut konteks tafsiran aku sendiri la) - platform untuk escapism buat diri aku sendiri. Sebab bila dah tulis something dalam blog, aku rasa lega dan kurang sikit serabut dalam kepala. Hahaha.

Jadi begitulah lebih kurang :)

Skema jawapan bagi pelbagai isu di Malaysia



Harga Petrol Naik
Jawapan: Harga petrol dan diesel lebih murah berbanding Hong Kong, Singapura, Thailand. Subsidi minyak yang dijimatkan akan digunakan untuk memacu perkembangan ekonomi negara.

Harga gula naik
Jawapan: Jumlah penghidap penyakit kencing manis semakin meningkat di negara ini. Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan gula.

Harga ayam, daging, telur naik ketika musim perayaan
Jawapan: Pihak Kementerian akan memantau harga barangan agar peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati

Kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Jawapan: Kadar pertumbuhan ekonomi negara dijangka pesat dan mampu mencapai 6% (statement yang sama walaupun satu dunia tengah menderita kegawatan ekonomi)

Tok Guru terima hadiah pakej menunaikan umrah/haji
Jawapan: Itulah rezeki Tok Guru, orang berlumba-lumba nak bersedekah pada Tok Guru, berkat rezeki dari Allah

Kerajaan laksanakan projek Mega
Jawapan: Ini projek yang membazirkan wang negara, wang yang ada sepatutnya diperuntukkan untuk kesejahteraan rakyat. (asal ada buat projek je, membazir..takde point lain ke nak guna?)

Kes buang bayi
Jawapan: Institutsi keluarga khususnya ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka (kata Menteri), Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah (kata NGO), pendidikan seks perlu diajar disekolah (yang ni tak tau la siapa yang cakap)

Isu rasuah
Jawapan: Pihak SPRM komited dalam membanteras isu rasuah (kemudiannya masuklah dalam surat khabar, Koperal Polis Trafik, Penguatkuasa Majlis Bandaran kena dakwa sebab kes rasuah..Dato', Tan Sri, takde sorang pun kena dakwa)



Isu kemalangan maut membabitkan bas ekspres
Jawapan: Pihak JPJ akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan maut (kenyataan ni akan diulang ulang dalam seminggu, pastu akan dikeluarkan balik bila terjadi balik kemalangan maut)

Isu Zaid Ibrahim mabuk
Jawapan: Zaid Ibrahim dah banyak berubah lepas pergi umrah (masa dia dalam PKR), Zaid Ibrahim ni mabuk lagi rupanya (lepas dia keluar PKR, kedua-dua statement dikeluarkan oleh orang yang sama)



Isu Helikopter Nuri yang dah outdated
Jawapan: Helikopter Nuri masih boleh berfungsi (memanglah boleh berfungsi, tapi spare part pun kilang pengeluar dah tak produce sampai kena buat sendiri komponen alat ganti, ape cerita?)

Kualiti kereta buatan Malaysia
Jawapan: Kualiti kereta buatan Malaysia setanding dengan kereta buatan import (letih dah aku dengan isu ni, try cari kat Youtube tengok macam mana Top Gear hentam kereta buatan Malaysia)



Semua isu, dah ada default answer. Just paste the template when the issue arise :P

14 December 2010

Inspirasi



Pernah sekali masa aku berlegar-legar kat Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam, aku terbaca profile salah sorang alumni fakulti tu. Mungkin lecturer la kot,aku pun tak berapa pasti kenapa profile dia dengan beberapa orang lagi ditampal kat notice board berpenutup kaca kat kawasan ruang legar fakulti tu. Aku ingat lagi kelayakan-kelayakan pada profile yang format dia ala-ala resume.

Pra Diploma
Diploma
Sarjana Muda
Master
PhD (in progress)

Brader kat dalam profile tu, mulakan langkah pertama dia ke alam universiti ni dengan program Pra Diploma. Pra Diploma ni, merupakan program persediaan untuk student yang keputusan SPM dorang tak layak untuk dipertimbangkan untuk masuk ke program diploma, dan kalau dorang lulus Pra Diploma tu dorang boleh la nak lanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Lepas Diploma, baru boleh sambung Sarjana Muda (1st degree), lepas tu Master, kemudian PhD.

Jom kita kira berapa lama brader yang aku cerita tu ambik masa untuk sampai ke tahap PhD. Katakan dia start masuk Pra Diploma pada umur 18 tahun (standard umur baru lepas SPM).

Pra Diploma         - 1 tahun
Diploma               - 3 tahun
Sarjana Muda      - 2.5 tahun (sesetengah program ijazah, kalau dah ada diploma, terus masuk sem 4)
Master                 - 1.5 tahun
PhD (in progress) - 3 tahun
Jumlah                  - 11 tahun

11 tahun + 18 tahun = 29 tahun

Umur 29 tahun..baru merasa dapat PhD. Fuhh..Dan pada setiap peringkat tu tak kira la Pra Diploma ke, Master ke even PhD, kemungkinan untuk fail @ gagal tu ada. @_@

Tapi 29 tahun dah ada PhD, ok ape. Aku ambik contoh Abah aku sendiri. Lepas SPM, disebabkan pengaruh rakan-rakan sebaya (haha, Abah aku sendiri cakap dia pergi interview sebab member-member dia ajak), Abah aku pergi interview untuk jadi cikgu. Masa tu teramat-amatlah senang nak jadi cikgu, masa interview orang yang interview tu tanya nak kerja kat mana, tu je lol. Lepas lulus interview, setahun belajar peringkat Sijil Perguruan kat Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, lepas tu terus jadi cikgu, hantar kat Felda Tersang, Raub. Tu pun ok ape, dapat tempat mengajar kat dalam daerah yang sendiri, tak macam aku ni kena hantar kerja kat oversea @_@. Lepas tu dah lama pastu baru la sambung Diploma, masa tu umur Abah aku dah dekat 30 kot. Kemudian tahun 1991, masa aku umur 4 tahun dan Abah pulak dah umur 31 tahun, barulah Abah register nama kat Universiti Pertanian Malaysia (haha, zaman old school nih, belum ubah nama jadi Putra lagi). Grad tahun 1996..umur 35 tahun, time tu barulah Abah aku dapat 1st degree. Mak lagi la, umur 43 tahun baru merasa dapat degree. Aku siap tolong mak buat assignment, pastu yang final year project lak..hehe, Abah la pulak macam nak pecah kepala buatkan untuk mak LOL.

Bila tengok balik Mak Abah aku sendiri, ditambah pulak dengan profile brader yang aku tengok tu..rasa macam takde maruah la pulak kalau aku takde PhD. Serius.

12 December 2010

Bila lirik lagu kena sensor...

Maka terhasillah lagu macam kat bawah ni..



Hahaha

Penyanyi kat atas ialah Eduard Khil, dan lagu tersebut dirakamkan pada tahun 1966 di USSR aka Kesatuan Soviet. Tajuk sebenar lagu kat atas ialah I Am Glad, Cause I'm Finally Returning Back Home (Я очень рад, ведь я, наконец, возвращаюсь домой).

Lagu kat atas sebenarnya ditulis berserta lirik. Tapi yang korang tengok kat dalam video tu, Eduard tu buat bunyi je kan, takde satu habuk perkataan pun keluar. Jadi ceritanya macam ni. Pihak censorhip Kesatuan Soviet pada masa tu tak bersetuju dengan sebahagian lirik lagu tu. Berikut merupakan petikan lirik lagu tu.

I'm riding the prairie on my stallion, a mustang as such, and my sweetheart Mary now knits a stocking for me, a thousand miles away from here.

Lirik tu berkisarkan tentang seorang cowboy naik kuda balik ke kampung halaman dia. Tapi masalahnya, perkataan-perkataan dalam lirik lagu tu tak bersesuaian dengan doktrin pemerintahan Soviet Union pada masa tu. Perkataan "cowboy" akan membuatkan pendengar terbayangkan salun rambut dan permainan poker (perniagaan diharamkan di Soviet Union). Perkataan "farm" dalam lirik lagu tu pulak jadi kontroversi sebab kat Soviet Union, tak wujud ladang penternakan milik persendirian, semua industri kat Soviet Union merupakan hak milik kerajaan. Hahaha. Pihak berkuasa meminta supaya lirik lagu tersebut diubah keseluruhannya, tapi nak tulis balik lirik lagu memang payah la, satu kerja pulak nak cari idea untuk dapatkan lirik yang sesuai dan menepati kehendak pihak berkuasa tu. Nak pulak, ramai penyanyi lain berebut nak menyanyikan lagu tu jadi sebagai langkah penyelesaian, Eduard memilih untuk menyanyikan lagu tersebut secara buat bunyi & nada jela, tanpa lirik atau perkataan. Cuma mungkin tak nak bagi orang bosan sangat, dia takde la buat bunyi "la la la" memanjang, dia buat la beberapa bunyi sepanjang lagu tu. 

Ok tak Eduard buat macam ni? Aku rasa ok la, lagi pun secara halus tindakan ni sebenarnya menganjing geng2 authority Soviet masa tu, haha. Kalau nak pikir balik, zaman Radio RTM berkuasa dulu (masa dorang takde saingan, takde radio swasta) lagi la teruk lagu kat Malaysia, langsung kena ban terus. Contohnya, lagu Selimut Putih - Orkes El Suraya (lagu nasyid pun kena ban, gilo betul), Kita Insan Biasa - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Penunggu - Sweet Charity, Kau Bukan Brader - Wings dan banyak lagi la. Nape la takde artis Malaysia yang terfikir nak buat macam ni, hahaha

11 December 2010

Anak Emmet Butterfingers yang cute

Butterfingers merupakan kumpulan muzik alternatif yang tak perlu diperkenalkan lagi kot, rasanya kebanyakan budak2 muda tau la band ni. Anyway, aku bukan nak bercerita pasal latest album dorang, pasal private life Emmet aka vokalis Butterfingers. Dia sekarang dah ada dua orang anak, hasil perkahwinan dengan Terrina Hussein, bekas wartawan kat Malay Mail (gulp, aku teringat lagu Merpati Sejoli yang terang2 kutuk wartawan hiburan, hahaha). Mereka menetap di Kanada sekarang sebab Emmet bekerja kat sana sekarang.

Cuba tengok reaksi anak dia, Isabel Ines masa mama dia acah dia buat konon2 marah. Cute kan? ^^







Gambar-gambar dicilok daripada blog pak mentua Emmet , keh keh keh.

Down Memory Lane: Michael Jackson Malaysia (Malaysian Idol 2004)

Rakaman Malaysian Idol 2004. Aku tengok aksi Micahel Jackson nih kat tv masa hari Sabtu lepas habis prep pagi 6 tahun lepas, ramai2 sekali dengan junior + dua tiga orang member lain.

Mahkamah Kangaroo..*toink toink toink*

KUALA LUMPUR Dis 9 – Imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa tercalar di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional apabila mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dilabel sebagai ‘mahkamah kangaroo’.


Gelaran itu yang diberikan oleh anggota bebas parlimen Australia, Senator Nick Xenophone susulan usaha jawatankuasa itu untuk menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa dipanggil pembelaannya berkaitan isu Apco- 1Malaysia-One Israel.

Semasa mengadakan sidang media di lobi parlimen bersama Anwar semalam, Xenophone berkata beliau mendapati keengganan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Ketua Oposisi itu mempertahankan dirinya adalah suatu yang amat mengejutkan.

“Saya sedar akan kewujudan jawatankuasa ini kerana saya tahu di Senat kami pun terdapat jawatankuasa yang sama. Saya amat terkejut dan hairan anda mempunyai sebuah jawatankuasa yang tidak membenarkan anggota dewan yang dituduh tidak diberi peluang untuk membela diri.

Petikan dari Harakah Daily



Hmm, mahkamah kangaroo? Apasal pulak ada gelaran mahkamah kangaroo?

Baiklah, mari belajar sejarah dan jugak sedikit biologi. Kangaroo merupakan sejenis binatang yang terdapat di benua Australia, yang kebiasaannya bergerak dengan cara melompat daripada satu tempat ke satu tempat.

Pada suatu masa dulu kat Amerika, sistem kehakiman kat sana agak sucks. Gaji sesetengah hakim dibayar berdasarkan berapa banyak denda diperoleh hasil bayaran orang yang tertuduh. Senang cerita, makin banyak perbicaraan maka makin ramai la orang kena denda, lalu makin banyak la income hakim time tu. Jadi dorang tak berapa kisah pasal keadilan, dorang fikir pasal nak banyakkan perbicaraan je. Sikap hakim yang dengan cepat menjatuhkan hukuman dan menjalankan perbicaraan demi perbicaraan sebanyak yang mungkin diibaratkan macam kangaroo la, dalam erti kata lain lompat ke perbicaraan yang lain, lepas tu kejap je melompat ke perbicaraan lain pulak...hahaha. Kat situ la datangnya istilah mahkamah kangaroo ni.

Dalam konteks zaman moden sekarang, mahkamah kangaroo digunakan untuk menyifatkan sesebuah perbicaraan atau mahkamah yang tak jujur, dibayangi dengan penipuan atau rasuah, keputusan boleh diubah atau diketahui/dijangka sebelum sidang perbicaraan berakhir. Jadi itulah maksud ahli parlimen Australia tu, maksud dia mahkamah Malaysia ni takde integriti la.

Kalau nak bukak cerita pasal sejarah kehakiman negara ni, aku cerita secara ringkas jela..sebenarnya zaman 60-an, 70-an, awal 80-an dulu sebenarnya sistem kehakiman Malaysia tak la diperlekehkan sampai ke tahap ni. Nak2 pulak zaman ada ketua hakim yang tegas macam Tun Salleh Abas, yang bertegas bahawa keputusan pengharaman UMNO pada 1988 oleh Allahyarham Hakim Harun Hashim adalah muktamad. Orang tua yang keras kepala tu telah membangkitkan kemarahan Tun Mahathir, last2 Tun Salleh Abas dengan beberapa orang lagi hakim diberhentikan atas tuduhan salah laku. Maka bermulalah episod hakim boleh diatur, keputusan boleh diadjust..sila refresh balik memori anda berkenaan kes video VK Lingam dan Tun Mahathir berkenaan pengaturan hakim dalam perbicaraan bagi membolehkan peguam tersebut menang kes.

Jadi betul ke tak apa yang ahli parlimen Australia tu kutuk sistem mahkamah kita, benda tu kita masing2 boleh fikir sendiri. Secara peribadi, memang aku tak suka la dia cakap macam tu, apahal pulak nak kutuk2 sistem negara orang, jaga negara sendiri dah la. Tapi gasak dia la, malas nak dilayan. Itu pendapat dia, selagi dia tak campur tangan hal negara kita so takyah layan la. Dia punya mulut, macam mana nak tutup, kalau rakyat Malaysia boleh la senang2 nak di-adjust biar kena ISA, tak pun letak dadah 2 kg dalam beg dia pastu tangkap, hukum gantung.

10 December 2010

Galeri Manusia dan Kemanusiaan

Father Alec Reid, seorang paderi berbangsa Irish membacakan 'last rite' kepada Korporal David Howes, tentera British yang diculik, diseksa dan ditembak mati oleh IRA. Pembunuhan ini antara episod kekejaman yang berlaku sepanjang konfrontasi di antara IRA dan kerajaan United Kingdom


Seorang lelaki Muslim Chechnya berdoa selepas solat dengan latar belakang pohon terbakar. Wilayah Chechnya didiami oleh Muslim Sunni, menjadi medan peperangan antara pihak pejuang kemerdekaan Chechen dan kerajaan Rusia. Chechnya menuntut kemerdekaan selepas USSR berpecah tetapi enggan dilepaskan oleh kerajaan Rusia kerana wilayah tersebut menjadi laluan penting gas dan minyak


Seorang ahli keluarga Sohaib Kadiah meratapi kematian beliau. Sohaib Kadiah, 13 dan ayahnya, Adel Kadiah, 40 terkorban ketika Angkatan Udara Israel melancarkan serangan udara terhadap penempatan Palestin di tebing Gaza pada 2006


Seorang anggota polis India memberikan tabik hormat di hadapan gambar salah seorang pegawai kanan polis yang terkorban semasa serangan pengganas di Mumbai pada 26 November 2008. Serangan tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 175 orang terkorban, membabitkan kematian anggota keselamatan dan orang awam.


Saat-saat terakhir Sarjan Leornard G. Siffleet sebelum dipancung oleh askar Jepun, Yasuno Chikao pada 24 Oktober 1943 di Papua New Guinea. Sarjan Leornard merupakan anggota M Unit, pasukan Komando Australia yang melakukan penyusupan di Papua New Guinea ketika Perang Dunia Kedua.


Darah merah membasahi lantai Masjid Al Furqan, Narathiwat Thailand. 11 jemaah masjid terbunuh setelah beberapa orang lelaki bertindak memasuki masjid dan melepaskan tembangan rambang menggunakan raifal automatik. Kejadian berlaku pada 1 Jun 2009.

Video kumpulan muzik Black Metal masa awal kemunculan dorang

Istilah Black Metal yang digunakan dalam muzik digunakan untuk merujuk genre muzik yang dimainkan dengan pantas, ketukan dram yang upbeat serta teknik permainan gitar secara "tremolo picking". Vokal penyanyi pulak kebiasaannya dorang akan tuned kepada style vokal jenis "shriek", bermaksud suara yang serak-serak, susah gak nak cerita, kalau nak contoh mudah boleh try dengar lagu Cradle of Filth, cari lagu Her Ghost in Fog (yang part suara bunyi macam setan tu, ha style macam tu la). Lirik-lirik lagu pulak, kebanyakannya berkisar berkenaan pemujaan syaitan, alam mistik, sihir, kekejaman manusia, cerita-cerita seram dan anti agama. Aku dah go through dan dengar bermacam jenis band black metal kat Youtube dan jugak kat files mp3 yang available kat google nih, memang takde pun band black metal yang buat lirik ajak pergi masjid, ajak orang derma kat rumah anak yatim atau marilah bersolat. Hampir semua bercerita pasal keganasan, pasal setan dan segala unsur2 tak baik yang bermacam-macam lah.

 Band black metal Norway, Gorgoroth masa perform kat atas pentas. Ngeri kan?

Sebelum istilah Black Metal ni diguna pakai, industri muzik kat atas muka bumi ni belum lagi menyaksikan kehadiran kumpulan muzik yang ganas gila babi yang cucuk kepala kambing kat atas stage, atau simbah darah kat atas stage. Rasanya time tu muzik punk tu dah abis ganas dah, dan daripada muzik punk tu la berkembang jadi muzik thrash. Muzik thrash ni muzik yang jenis memberontak, bunyi gitar dan dram lebih padu dan laju daripada band2 heavy metal (contoh muzik thrash: rujuk lagu-lagu Metallica dalam album-album mereka sebelum album Load). Genre muzik Black Metal diambil bersempena dengan tajuk album kumpulan Venom yang berjudul Black Metal. Ironinya, Venom bukanlah kumpulan yang memainkan muzik black metal sebenarnya, lebih tepat kalau muzik dorang dikategorikan sebagai thrash atau heavy metal. Tapi disebabkan dah dorang yang start pakai nama tu, jadi peminat muzik Black Metal menganggap dorang sebagai "God of Black Metal" (peh, Tuhan..nanti dorang mati baru tau sape Tuhan yang betul).

Video muzik kumpulan Venom yang jugak kumpulan Black Metal yang pioneer ni ada kat bawah ni. Kalau nak fikir, takdelah ganas pun kan?



Wopps, disclaimer. Bukan nak promote black metal ok, entri ni untuk aku share video klip yang pada aku agak lawak la kalau nak ditakrifkan sebagai video band black metal :D

09 December 2010

Pembendaharaan kata Melayu

Entri yang mungkin membosankan. Aku faham, kalau kat sekolah pun tak ramai yang suka subjek Bahasa Melayu ni. Aku pun tak berapa suka sebenarnya, tapi bahagian yang aku tak berapa suka bila kena belajar bab2 kata nama am, kata nama adjektif, kata nama khas, bab2 tatabahasa (grammar) aku tak berapa ngam. Malah aku pernah fail ujian Bahasa Melayu masa form 2 sebab cikgu aku masukkan 100% soalan yang berkait dengan tatabahasa.

Tapi aku suka bila belajar bab2 maksud perkataan, bab2 ayat2 tersirat. Bahasa Melayu ni walaupun banyak influence daripada bahasa Sanskrit dan bahasa2 penjajah tapi bahasa Melayu ni tetap unik, ditambah pulak dengan ciri budaya melankolik masyarakat Melayu ni yang turut diterapkan dalam gaya penulisan bahasa jadi rasa seronok bila membaca. Kalau dulu medium perantaraan yang digunakan untuk menulis bahasa2 berbunga dan ayat2 indah ni selalunya sajak, syair, gurindam..zaman pasca merdeka medium tu turut diambil alih oleh lirik2 lagu dan jugak penulisan moden, kalau dalam dunia penulisan ada Allahyarham Usman Awang, A Samad Said, dalam bidang penulisan lirik pulak ada orang2 macam M Nasir, Allahyarham Rosli Khamis, S. Amin Shahab.

Ok la, sebenarnya yang kat atas tu intro je, apa yang aku nak kongsi dalam entri kali ni perkataan2 Bahasa Melayu yang jarang digunakan dalam urusan rasmi tapi mungkin korang pernah jumpa dalam lirik lagu, dalam novel, cerpen atau pun kat manuskrip Melayu lama. Maksud-maksud diperoleh melalui rujukan di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka @ Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Perkataan                     Maksud

Pawana                          angin, bayu

Pawaka                         api

Suluk                             1. mengasingkan diri 2. tasawuf

Sirna                              hilang, lenyap

Kirana                            indah

Nyali*                            hempedu

Naksir                            berkehendak

Kisikan                           bisikan

Talun                              gema

*Perkataan nyali biasanya digandingkan dengan perkataan kecil atau besar. E.g nyali kecil bermaksud penakut, nyali besar bermaksud berani

Amacam, familiar tak dengan perkataan2 nih? :D

07 December 2010

Ujian Allah

Tadi aku baru lawat Kak Aalia, pengunjung dari UK yang setia menyumbangkan trafik kepada blog aku, terbaca pasal entri ringkas pasal Mas Afzal. Pelajar perubatan yang brilliant, yang cemerlang serba-serbi tapi diuji dengan penyakit kanser. Khabarnya sekarang sedang bertarung dengan penyakit tu, so aku harap mana2 Muslimin & Muslimah yang terbaca entri ni turut sama mendoakan kesejahteraan beliau, sebagai salah sorang saudara seIslam kita.

Aku terbaca entri di blog Mas Afzal. Dia menulis, dah 26 tahun hidup, tapi sekarang dia masih bergantung pada mak dia disebabkan penyakit yang dihidapi beliau. Diceritakan tentang betapa tabahnya ibu beliau menghadapi dugaan bersama dengan beliau. Boleh lawat blog beliau di sini.

Hakikatnya setiap manusia yang hidup kat atas muka bumi ni sedang diuji. Yang sedang bersenang lenang diuji dengan nikmat kesenangan. Yang sedang sakit, ditimpa musibah ditimpa dengan kesusahan. Ujian Allah ke atas kita ni bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan oleh Allah tanpa sebarang tujuan atau alasan, sebab kalaulah Allah berbuat macam tu dah tentulah bertentangan dengan sifat Allah tu sendiri, iaitu yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Orang yang bersenang-lenang diuji Allah untuk melihat sejauh mana dorang mampu ingatkan Allah masa dorang senang. Orang yang menghadapi kesukaran diuji Allah untuk melihat sejauh mana dorang mampu redha dengan ketentuan Allah kepada dorang. Markah daripada ujian2 ni akan menentukan darjat kita, makam kita, di mana syurga yang bakal kita diami, kat neraka mana yang kita bakal duduki (Nauzubillah), neraca timbangan amalan kita nanti berat kat kebaikan atau kejahatan..Itulah antara tujuan ditimpakan ujian kepada manusia.

Biar apa pun ujian, sama ada kita sedar atau pun tak, perkara yang paling utama sekali buat Muslimin dan Muslimah sekalian ialah sentiasa ingatkan Allah. Segala yang di atas muka bumi dan langit ni kepunyaan Allah, kita tak lebih daripada hamba yang perlu patuh ke atas kehendak Allah kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik buat hamba Nya.

Firman Allah:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.” 

Surah Al-Ankabut ayat 2-3




Keindahan alam ciptaan Allah. Macam dalam lirik lagu Lukisan Alam daripada kumpulan Hijjaz, setitik derita melanda, segunung kurniaan Nya.

Malah kalau ada siapa2 pernah tengok filem Forrest Gump, cuba ingat balik scene di mana Forrest bercerita pasal setiap keindahan yang dia pernah tengok, macam mana dia tengok bintang-bintang kat langit masa bertugas di Vietnam, macam mana dia menikmati keindahan tasik, gunung masa dia berlari merentasi negara Amerika. 



Entri ni sebagai peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada pembaca semua.

Selamat tahun baru buat Muslimin & Muslimah

Hari ni tahun baru Hijrah yang baru. Dah genap 1432 tahun ulang tahun perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Hijrah yang membawa Islam ke Madinah, ke Andalusia, ke Eropah, ke Afrika, ke Malaysia, ke China, ke seluruh dunia. 

Apa resolusi baru? Aku takde target baru, cuma berharap dapat sentiasa konsisten untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kadangkala musuh utama yang menghalang manusia berhijrah menjadi yang lebih baik bukanlah syaitan, iblis, ataupun manusia jahat yang menghasut, sebaliknya musuh utama tu ialah diri kita sendiri.

Salam hijrah. Semoga kita semua sentiasa berhijrah ke arah kebaikan, amin..

Al Fatihah buat Atok rocker



IPOH: Pengasas kumpulan rock SYJ, Syed Yusuf Jamalullail, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manjoi di sini hari ini kerana sakit tua.  Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap selepas solat zohor hari ini.

Kumpulan SYJ yang ditubuhkan oleh Syed Yusuf pernah menggegarkan dunia muzik 80-an dengan genre rock keras.

Selain SYJ, kumpulan muzik yang pernah diuruskan Syed Yusuf ialah Ariwatan yang melahirkan penyanyi Aris Ariwatan.

Anaknya yang juga anggota SYJ, Syed Noor Eduat, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru. - BERNAMA 

SYJ, Sofea, Ariwatan...tiga nama berbeza, tapi diasaskan oleh seorang rocker yang sama - Syed Yusuf Jamalullail. SYJ dan Sofea, band yang aku sentiasa ingat sebab lirik2 lagu dorang yang mengkritik isu sosial secara terang-terangan melalui lagu mereka seperti Orang Timur yang bersemangat mengajak anak muda memajukan bangsa, Anak Liar yang mengkritik isu pergaulan bebas, Syurga Di Hujung Jarum pasal isu penagihan dadah dan banyak lagi. Kebanyakan lagu dorang banyak digam oleh RTM, sebab lirik-lirik dorang yang jujur.

Al Fatihah.