30 November 2010

“Kenapa Aku Tidak Menjadi Daun?” (re-publish from TV3 suku)

 
Update blog dengan cara keji. LOL. Sajak, gambar dan perenggan terakhir merupakan hasil kerja Che'Det, tuan punya website TV3suku. Website tu dah tak aktif, tapi lawak2 haram dalam web tu masih lagi ada jadi boleh la singgah ke sana untuk bergelak ketawa, haha.


“Kenapa Aku Tidak Menjadi Daun?”

Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Ku nampak lori
Ku nampak bulan
Aku melihat pada diri sendiri dan tertanya-tanya
Dalam banyak-banyak benda
Kenapa aku tidak menjadi daun?

Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Ku lihat gari
Ku lihat lokan
Aku melihat pada diri sendiri dan tertanya-tanya
Dalam banyak-banyak benda
Kenapa aku tidak menjadi daun?

Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Ku nampak jari
Ku nampak tangan
Aku melihat pada diri sendiri dan tertanya-tanya
Dalam banyak-banyak benda
Kenapa aku tidak menjadi daun?

Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Ku lihat duri
Ku lihat dahan
Aku melihat pada diri sendiri dan tertanya-tanya
Dalam banyak-banyak benda
Kenapa aku tidak menjadi daun?

Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Ku lihat strawberry
Ku lihat durian
Aku melihat pada diri sendiri dan tertanya-tanya
Dalam banyak-banyak benda
Kenapa aku tidak menjadi daun?




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






























fashasandhaduyong3
Woit! Syioknyerrr jadi DAUN!
Kah kah kah!
Kah kah kah!
Kah kah kah!

Kisah dongeng dan kehidupan sebenar

Kebanyakan kanak2 yang hidup dalam lingkungan keluarga yang sederhana atau pun mewah, malah sesetengah keluarga yang miskin pun selalunya pernah didedahkan kepada kisah2 dongeng. Kisah-kisah dongeng purbakala yang biasa diceritakan oleh ibu bapa, atau tok aki, nenek, wan, opah dalam lingkungan masyarakat Melayu selalunya cerita Sang Kancil, Lebai Malang, Pak Pandir, Singa & Tikus, Arnab dan Kura-Kura. Kalau budak2 yang mak ayah dorang moden sikit, selalunya cerita-cerita macam Sleeping Beauty, Beauty & The Beast, Aladdin, Little Red Riding Hood dan kisah2 lain yang berasal daripada Eropah. Zaman sekarang dah advance, mungkin budak2 pun dah tak layan cerita-cerita yang aku senaraikan tadi, sekarang kan zaman Harry Potter. Tapi biar apa pun kisah dongeng yang wujud kat atas muka bumi ni, memang wujud persamaan antara cerita-cerita tu. Pertama sekali, kisah-kisah tu betujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan dalam masa yang sama mengajar nilai-nilai positif kepada kanak-kanak - bertindak secara bijak, sedia berkorban untuk orang lain, hormat ibu-bapa.

Kebanyakan kisah dongeng, walaupun tak semua berakhir dengan pengakhiran yang gembira (happy ending), tapi kebanyakannya berakhir dengan penutup yang menggembirakan. Penting ke penutup yang menggembirakan dalam setiap cerita dongeng ni? Pada aku memang penting, sebab pada peringkat kanak-kanak, dorang perlu didedahkan sebanyak mungkin pada unsur-unsur positif, unsur-unsur kegembiraan, keceriaan. Perlu ke bercerita kisah yang menyedihkan, kisah yang menjatuhkan semangat atau yang boleh menyebabkan kanak2 menangis? Memang tak patut kan. Jadi seboleh mungkin kalau nak pilih cerita @ kisah dongeng untuk kanak2, pilihlah cerita yang happy ending, takpun yang ending kelakar. Kalau awal peringkat kehidupan kanak-kanak pun dorang dah didedahkan kepada unsur2 suram, kesedihan, macam mana la dorang bila besar nanti. Kesian dorang kalau zaman kanak2, takde cerita yang boleh jadi memori yang menceriakan dorang.

Kisah dongeng memang patut berakhir dengan happy ending, itu pendapat aku. Tapi macam mana pulak dengan kisah fiction rekaan untuk orang dewasa, adakah kita sentiasa perlu mengharapkan pengakhiran yang sempurna dan menggembirakan, sedangkan kita sedar hakikat kehidupan tak sebenarnya begitu? 

Masuk bab politik. Sebenarnya memang aku nak menulis bab politik pun, tadi mukadimah je. Sekarang kita boleh nampak jelas macam mana keadaan politik kat negara kita. Bolok, kata orang Kelantan-Terengganu, atau pun kucar-lanar, atau pun cacamarba. Mungkin tak nampak terlalu ekstrem sampai melibatkan pertumpahan darah atau pengisytiharan darurat, tapi suasana sekarang amat jauh berbeza berbanding suasana 20 tahun lepas. Keadaan kucar-lanar ni sebenarnya paling ketara wujud dalam masyarakat Melayu. Melayu yang sekarang dalam lingkungan 60% populasi rakyat Malaysia sekarang. Dalam politik, ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu DAP (apa kejadahnya masuk DAP, aku pun tak faham), Melayu KeADILan (a.k.a Melayu yang sokong Anwar Ibrahim aka Melayu bekas UMNO), Melayu Perkasa (yang aku tak faham kenapa perlu wujud persatuan ni), Melayu tak berpolitik, Melayu tak mengundi.

Melayu merupakan bangsa yang melankolik. Kalau buat lagu, kebanyakan lagu-lagu jiwang yang penuh dengan keasyikan. Kalau buat syair, gurindam, sajak - maka karya-karya ini kalau kisah sedih, sedih yang teramat. Kalau kisah gembira, gembira yang teramat. Malah dalam sejarah karya sastera Melayu pun, dalam banyak perkara Melayu suka berlebih-lebihan terutamanya dalam mencirikan sifat Raja-Raja mereka. Sifat melankolik dan juga reaktif orang Melayu ni memudahkan mereka dijadikan alat oleh orang politik. Sangat senang untuk memanipulasi orang Melayu. Suatu masa dulu, cara untuk membuatkan kebanyakan orang Melayu supaya senyap membisu ialah dengan cara mengugut dengan ISA. Kalau takut, takut yang teramat sangat. Tak ramai yang berani melawan pada zaman tu. Kalau nak buatkan Melayu marah, keluarkan statement, azan Subuh nyaring sangat, bising waktu pagi. Maka akan wujudlah group2 kat Facebook, kutukan lantang, atau pun perarakan mengutuk statement tu.

Nampak macam dua perkara yang langsung tak berkait. Tadi cerita pasal kisah dongeng, dengan tumpuan pada happy ending kisah dongeng tu. Kemudian bercakap pasal politik, lepas tu pasal Melayu, apa kejadahnya yang nak diceritakan oleh mamat Karl ni? 

Buat Melayu yang melankolik, 

Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai kisah, riwayat, rencana, rancangan yang nampak indah dan sempurna - selalunya daripada ahli politik. Ada ahli politik yang berkata, Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan memerintah. Oleh itu sokonglah mereka supaya kita dapat terus berkuasa. Ada ahli politik yang kata, Melayu dah lama ditipu, dirompak, dan kita tak pernah berubah walaupun dah lebih lima kurun merdeka.Oleh itu sokonglah mereka supaya keadilan dapat dilaksanakan, supaya kemakmuran dapat disuburkan ke segenap pelosok muka bumi ni.

Tak ada rencana atau rancangan yang semudahnya berjalan macam yang dirancang. Sokong ahli politik yang konon nak jaga Melayu,mungkin akhirnya mereka sekadar jaga perut mereka. Sokong yang konon nak sebarkan keadilan atas muka bumi, silap-silap bila dah di atas, sama je perangai dengan orang yang dikutuk-kutuk sebelum ni. Jadi walau siapa pun yang korang nak sokong, jangan percaya dengan penamat dan janji manis dijanjikan oleh siapa-siapa pun. Letakkan kepercayaan kamu semua pada nilai dan kualiti yang boleh diukur pada manusia yang berjanji tu - siapa dia, pernahkah dia berbohong, pernahkah dia merasuah atau ambil rasuah, macam mana prestasi dia sebagai pekerja, suami, atau sebagi siapa saja sebelum dia jadi calon parti politik yang berjanji pada kamu, mampu atau pun tidak untuk dia menunaikan janji2 happy ending pada setiap rancangan yang telah direncanakan, adakah dengan memilih dia akan membawa kemudahan atau membawa celaka kepada korang. Senang cerita - pilih orang yang betul berdasarkan merit dan rasional, bukan berdasarkan kepercayaan yang melambung pada setiap perkataan dan janji.

Sikap reactive dan melankolik ni, tergolong dalam sifat yang boleh merugikan kita. Cubalah, tolonglah cuba beransur-ansur, buang sikap melankolik dan reactive ni. Gunakan rasional setiap kali nak buat pilihan. Gunakan logik, gunakan model penyelesaian masalah, gunakan apa saja kaedah yang ada untuk buat keputusan. Jangan gunakan perasaan. Pepatah Melayu pun ada cakap, ikut hati mati, ikut rasa binasa (agak ironi sebab pepatah ni wujud dalam sebuah masyarakat yang melankolik). Jadi nak ikut apa? Ikutlah akal dan rasional.

* Entri yang akan disiarkan semula menjelang pilihanraya ke 13 nanti.

29 November 2010

Dimensi Ke 4

Dimensi bermaksud jumlah minimum koordinat yang diperlukan untuk menentukan setiap titik di dalamnya.

Pening, tak faham? Aku pun tak faham. Mari tengok gambar.


Ok, tengok rajah kat atas. Kalau korang ambik ball pen pastu tekan hujung bola pen tu kat atas kertas, akan wujud satu titik kan? Satu titik tu dikira sebagai dimensi sifar, sebab tak melibatkan mana-mana arah koordinat, titik tu wujud sekadar sebagai titik tunggal. Kalau korang gunakan pen yang sama untuk lukis satu garisan lurus, akan ada satu koordinat yang menghala ke kanan (tak kisah sebenarnya ke kiri @ kanan), jadi sebab ada satu arah, sebuah garis lurus wujud dalam satu dimensi. Kalau korang lukis sebuah segiempat sama, dah ada dua arah koordinat, jadi segiempat wujud dalam dua dimensi. Kemudian tengok pulak lukisan kiub tu, dan bandingkan dengan buah dadu, ada tiga garisan koordinat (panjang, lebar, tinggi), jadi lukisan dadu tu merupakan lukisan 3 dimensi.

Lukisan dalam komik, tulisan-tulisan dalam blog aku yang korang baca ni tergolong dalam ruang dua dimensi. Badan kita semua, bantal, laptop, kerusi, meja dan segala apa yang wujud dalam dunia nyata yang kita boleh nampak dan pegang wujud dalam ruang 3 dimensi. Kita, manusia wujud dalam ruang 3 dimensi.

Macam mana pulak dengan dimensi keempat? Dimensi keempat dah dikaji oleh para saintis semenjak lebih 200 tahun dulu, dan sampai sekarang memang dimensi ni sukar dan memang di luar kemampuan pemahaman kebanyakan manusia. Tadi aku dah bercerita pasal dimensi sifar, satu dimensi, dua dimensi, tiga dimensi..setiap dimensi sama ada langsung tak ada arah koordinat ataupun mempunyai satu, dua atau tiga arah koordinat. Sesuatu objek wujud dalam dimensi ketiga bila objek tu boleh diukur isipadunya - bagi membolehkan isipadu diukur, objek tu mestilah wujud boleh diukur panjang, lebar dan tinggi (kecuali sfera la, kena kira pakai pemalar pi). Kalau tiga dimensi bermaksud tiga arah koordinat (panjang, lebar, tinggi), empat dimensi tentulah bermaksud ada satu lagi arah koordinat untuk melengkapkan dimensi tu. Soalannya, arah tu menuju ke mana? Jawapannya, memang sampai sekarang kita tak dapat menunjukkan arah tu ke mana sebab kita terperangkap dalam batasan dunia tiga dimensi je. Hmm..

So macam mana, abis cerita camtu la? Maksudnya dimensi keempat sekadar mainan ahli sains, macam tu?

Kat atas kertas, kita boleh lukis lukisan untuk menggambarkan objek tiga dimensi, kan? Jadi kita boleh jugak lukis objek 4 dimensi, dan objek 4 dimensi yang paling mudah dilukis ialah kiub Tesseract. Walau bagaimanapun, ada satu lagi masalah. Lukisan 4 dimensi @ Tesseract ni susah jugak nak difahami oleh orang2 biasa macam kita ni, jadi aku godek2 sikit dalam Google, dapatlah cari contoh kiub 3 dimensi & 4 dimensi ni, untuk tatapan kita bersama, hehehe.



kiub 3 dimensi



kiub 4 dimensi

28 November 2010

Kisah konvokesyen

Lupakan gambar camwhore daripada blog ni. Kamera kepunyaan mak aku rosak, dan aku pulak tak beli kamera. Sesi bergambar bukanlah penting sangat pada aku, ada takde sama je. Yang pentingnya skrol ijazah tu sebab skrol tu penting untuk tujuan mintak kerja @ sambung belajar. Tapi memandangkan konvokesyen yang melibatkan 1st degree ni sekali je sebab aku dah malas nak buat 1st degree dalam bidang lain (insha Allah akan ada konvokesyen untuk master dan PhD pulak, i'm seriuos bout this), maka aku dengan senang hati menulislah al-kisah konvokesyen yang aku lalui semalam, majlis yang aku lalui selepas 4 tahun berjuang (tak la berjuang sangat jugak pun, selalu jugak tuang/ponteng kuliah, tutorial hahhaa) untuk dapatkan sekeping kertas yang melayakkan aku memegang jawatan sekarang ni.

Alkisah, maka tersebutlah kisah....

Jam 6:45 pagi. Sampai ke pintu belakang UiTM Shah Alam, terus menuju ke parking bertingkat dekat bawah bangunan Budisiswa. Lepas parking, aku tinggalkan mak dan abah aku yang kena beratur untuk masuk ke dalam dewan, kemudian aku pun bergerak ke bangunan HEP sebab graduan-graduan semua kena berkumpul sebelum bergerak dalam barisan ke bangunan Budisiswa (tempat di mana majlis konvokesyen berlangsung). Masa berkumpul jumpalah balik dengan kawan2 satu batch, tak ada banyak yang berubah, walaupun masing2 dah bekerja sekarang.Kalau ikut tentatif 7:30 patutnya dah bergerak ke dewan, tapi macam biasalah, mana pernah majlis tepat berjalan on-time. Sesi pagi je dah dekat 900 lebih graduan yang akan grad, so memang sakit jugak la nak manage.  Masa berbaris dekat lorong yang berdekatan dengan Galeri Seni, kad bertulis nama dan nombor giliran naik ke pentas diberi, aku giliran ke-29. Masuk ke dalam dewan, duduk sekejap, lepas tu nyanyi lagu Negaraku, majlis perarakan masuk lecturer, VIP dan Pro-Canselor, tak lama lepas tu acara majlis yang seterusnya pun - naik ke pentas untuk terima folder skrol ijazah (skrol ijazah ambik kemudian, kat atas pentas tu Pro-Canselor beri folder untuk isi skrol tu je). Terima skrol tu, Pro-Canselor sempat tanya kat aku, kerja kat mana sekarang. Maka aku beritau jela aku kerja kat Sibu sekarang. Nak borak lebih2, member lain ramai tunggu kat belakang, dorang pun nak ambik folder jugak, hahaha. So turun jela pastu duduk balik kat tempat asal tadi.

Majlis berlangsung sampai pukul 11:30 pagi. Kemudian time keluar, penuh berasak - graduan + family, bayangkanlah graduan sendiri dah 900 orang, kalau tiap2 graduan bawak mak ayah je pun dah 1800 orang paling kurang, campur dengan graduan sekali 2700 orang la berlegar kat luar dewan lepas majlis selesai. Memang penuh, sesak, rimas, panas, berpeluh...fuhh. Masa dah selesai majlis, aku pulak tersilap sebab pulangkan jubah awal sangat - mak abah pulak ajak bergambar kat kedai2 gambar yang ada dekat dataran Menara SAAS. Terpaksa la pinjam jubah member, bergambar kejap pastu dah settle semua, balik ke Intekma Resort. Memang letih gila babi betul konvo ni. Masa konvo abah kat UPM 14 tahun lepas dan konvo mak kat UKM 2 tahun lepas, takde pulak letih teruk camni. Mungkin sebab sesak sangat time konvo, tu yang buatkan aku letih kot. 

Bila tengok skrol ijazah, macam2 perasaan keluar. Mula2 tengok, ish, hampehnya, teruk betul design skrol nih, design sijil TABIKA KEMAS aku pun lagi cantik. Rasa nak koyak pun ada, hahaha. Tapi kalau koyak kang takde ganti dah skrol tu. Nak pulak office Hospital Sibu mintak skrol tu untuk pengesahan jawatan, so redha je la dengan keburukan design skrol tu. Tapi serius memang tak cantik, hahahaha. Tapi walau camne buruk pun, masa aku mula-mula masuk UiTM dulu, benda ni la pun yang aku duk kejar pun. Aku daftar masuk ke UiTM pada tarikh 2 Julai 2006, hari Ahad. Seminggu orientasi, kemudian 10 Julai dah mula pengajian. Masa tu dekat Shah Alam, masa aku final year fakulti berpindah ke kampus Puncak Alam pulak. Kat atas skrol tertulis tarikh pengurniaan ijazah 25 November 2010. Lepas tengok skrol tu rasa macam cepat je 4 tahun berlalu. Dulu masa mula2 masuk UiTM aku rasa, ala belajar sini mesti senang skor kot, tapi bila dah start belajar, memang lain sebenarnya tahap kesukaran belajar masa kat universiti berbanding zaman sekolah atau matrikulasi. Lepas sedar pasal keadaan tu, aku pun tak letak target tinggi, janji pointer atas 3.0 sudah, malas dah nak belajar untuk skor, sebab kalau pointer bawah 3.0 pun government ambik jugak sebab farmasi ni critical course, hahaha. Punya la teruk mentaliti time study dulu. Sekarang aku dah grad, dan Alhamdulillah memang pointer aku atas 3.0, still lagi dapat 2nd class upper. Tapi pointer aku memang betul2 atas 3.0 jela (segan la nak tulis exact figure, tapi memang tak tinggi la walaupun above 3.0). Kalau nak kata rasa rugi, memang rasa rugi jugak, tapi at least tak jatuh ke paras 2nd class lower, so ok la, sebab mak abah aku dua2 orang dapat degree 2nd class lower, so at least aku buat lebih sikit la daripada dorang, biar pointer atas sikittt je daripada mereka. Haha. Dan satu perkara lagi, menerusi result2 exam aku yang lepas2, sekarang aku dah dapat visualize tentang bidang apa yang sesuai untuk aku continue masa nak buat master dan phD nanti.

Pasni ada lagi ke konvo kedua & ketiga? Aku dah tekad nak sambung belajar pasni, harap2 dapat la. So plan lepas ni - kerja dulu sampai habis latihan siswazah kat hospital ni, dalam masa yang sama ambik langkah yang patut untuk sambung belajar.

P/S Abah aku komen lepas habis majlis, ramai betul graduan yang dapat Anugerah Naib Canselor kat UiTM, kalau kat universiti lain takde la ramai macam tu. Aku cakap jela, dah rezeki dorang. Hahaha.

25 November 2010

konvokesyen

Aku sekarang berada kat kampung halaman. Sabtu nanti konvo kat Shah Alam. Jadi blog pun berehat jap.

23 November 2010

Bagi tablet warna putih, boleh?

"Tablet warna putih tu, dia punya strength lain puan, kalau puan nak yang tu jugak nanti kena potong 4 tablet tu," aku explain, elok2. Anak pada makcik yang kat depan aku ni, kena makan sebanyak 0.5 mg clonazepam sebelum tidur. Aku dah pack elok2 supply untuk 1 bulan tablet yang strength dia 0.5 mg, warna perang pudar. Tapi sekarang makcik ni request tablet 2 mg yang warna putih.

"Saya punya anak tak mau makan kalau dia tengok ubat warna ini oo," makcik ni bagitau pulak asbab kenapa dia request tablet warna putih.

 clonazepam 0.5 mg

clonazepam 2 mg

"Ok, boleh tunggu sekejap, saya tukar dengan yang warna putih," Maka aku pun bergegas la ke kunci kabinet dangerous drug. Kabinet dangerous drug ni, kat mana2 farmasi tak kira la farmasi hospital atau farmasi yang kat kedai2 biasa pun, kena sentiasa berkunci. Dangerous drug meliputi ubat2 penenang, ubat tidur dan ubat penahan sakit yang paling extreme - morphine. Ubat-ubat ni dikategorikan sebagai ubat berbahaya sebab, kalau overdose memang harapan nak mati tu tinggi, dan ubat2 ni juga boleh disalahgunakan sebagai ubat untuk lepas gian. Aku pun pulangkan balik tablet 0.5 mg yang dia tak nak tadi. Ambik pulak yang strength 2 mg. Kena kira balik berapa kena supply untuk sebulan, sebab kali ni anak makcik tu tak boleh makan sebiji, dose yang doktor arahkan 0.5 mg je. 2 mg/0.5 mg = 1/4. Jadi dose baru, 1/4 biji sekali sehari sebelum tidur. Ambik pulak envelop, label, masukkan 6 biji tablet tu. Rekod kena ubah, sebab dah return yang 0.5 mg tadi, kena rekod pulak yang 2 mg tadi. Ubat-ubat dalam simpanan kabinet dangerous drug kalau jumlah fizikal dengan jumlah dalam rekod tak sama, puas pulak nak kena bersoal jawab dengan geng2 farmasi penguatkuasa. Dah setel semua, aku pun dispense ubat tadi tu kat makcik tadi.

Customer always right, isnt it? Takpe la dah memang keje aku pun. Tapi terfikir gak, payah sikit la makcik tu nak pujuk anak dia makan ferrous fumarate kalau ditakdirkan anak dia kena makan satu hari nanti, sebab tbalet ferrous fumarate semua warna perang, peran pekat lak tu. Hahaha.

22 November 2010

Banyak sangat makan babi, perangai pun macam babi!

Pernah tak korang dengar atau pun cakap ungkapan kat atas? Aku pernah je dengar orang cakap macam tu. Pernah gak cakap camtu bila time geram + stress dengan perangai sesetengah orang yang makan babi (dah tentu la bukan kat depan2 orang yang makan babi). 

Contoh anak babi, seperti yang ditunjukkan oleh model di atas

Babi merupakan binatang yang membawa stigma negatif di kalangan masyarakat Melayu Islam. Disebabkan pegangan akidah Melayu Islam menetapkan, babi sebagai najis mughallazah - kalau terkena apa2 pun benda yang berasal daripada babi, sama ada darah, daging, bulu, taik dan apa2 pun kena sertu (sesetengah orang cakap kena samak - sebenarnya istilah yang betulnya sertu). Sertu = menghilangkan najis yang terkena pada sesuatu tempat dengan cara membuangnya terlebih dulu, sebelum mencuci dengan air tanah sebanyak sekali sebelum dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali. Malah kalangan orang Melayu Islam menganggap perkataan sebagai perkataan mencarut, hingga dalam televisyen pun istilah babi tak digunakan dan diganti dengan istilah khinzir, iaitu perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada binatang babi tu la jugak. Satu lagi stigma masyarakat Melayu, perkataan Arab lebih sedap didengar dan sopan didengar berbanding bahasa Melayu. Amat menyedihkan jugak, bayangkan ada orang Melayu Islam bagi anak dengan nama Fasidah. Asal bunyi Arab je, jalan.. tak cari pun amenda maksudnya.

Baiklah, berbalik kepada cerita pasal "makan babi, perangai makan babi". Dalam Islam, setakat yang aku tau la, takde pun dalam hadis yang berkata, "makan babi maka perangai jadi macam babi". Ajaran dalam Islam menyeru supaya umat Islam memilih makanan  halal lagi baik, dan dalam masa yang sama dah diberikan garis panduan makanan yang halal lagi baik tu macam mana. Binatang-binatang yang halal dimakan dan disembelih mengikut syarak - akan menghilangkan darah daripada badan binatang tersebut. Kenapa darah perlu dibuang? Sebab darah merupakan tisu pengangkut yang membawa bersama bahan kumuh dalam darah seperti urea yang boleh menjejaskan kesihatan kalau dimakan bersama dengan daging. Ada pengecualian dalam Islam, ginjal, hati boleh pulak makan, padahal organ2 tu kaya dengan darah apahal pulak? Ginjal dan hati merupakan organ yang menghasilkan vitamin, jadi berbanding dengan darah yang berfungsi lebih sebagai pengangkut nutrien dan bahan kumuh. Tapi walaupun boleh dimakan, organ-organ dalaman sebenarnya tak digalakkan untuk dimakan oleh umat Islam.

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau, kalau ada orang tanya kenapa umat Islam tak makan babi, aku harap rakan2 saudara seIslam aku tak la bagi jawapan, kalau makan babi, nanti perangai jadi macam babi. Berikan justifikasi secara rasional sebab bukti memang ada - babi ni binatang yang jadi vektor kepada pelbagai penyakit merbahaya macam Japanese Enchepalitis, Selsema Babi, penyakit cacing pita/tape worm yang bahaya. Kuman-kuman dalam daging babi tak boleh dibunuh dengan kaedah memasak yang biasa. Bukan apa, kalau kia cakap perangai kita berdasarkan binatang yang kita makan - macam mana pulak kalau orang cakap, kau makan lembu, tu pasal perangai kau macam lembu. Kau makan ayam, sebab tu perangai kau macam ayam. Kau makan ikan toman, sebab tu perangai kau macam toman, makan anak sendiri. Jadi tak nampak logik @ macam mana kita boleh beri justifikasi pada sebab yang kita sendiri berikan. Islam ni ajaran yang berlandaskan ilmu dan hikmah, jadi kena la tunjukkan umat Islam ni berilmu dan berdakwah secara hikmah - barulah senang dakwah nak diterima orang.

Zaid Ibrahim, who's to blame actually?

Bila mendengar cerita Zaid Ibrahim keluar daripada PKR dan ada ura-ura untuk tubuhkan parti baru, membuatkan aku terfikir pasal sesuatu. Sistem vs manusia. Zaid Ibrahim berkata, alasan kenapa beliau keluar parti disebabkan meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti. Dan pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu tak lain dan tak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Semasa berkelintar di laman web dalam tempoh seminggu ni, memang ternyata old-timer lain dalam Pakatan Rakyat memandang pengunduran Zaid daripada pelbagai perspektif yang berlainan. Hishamudin Rais mencanangkan, memang Azmin Ali bermasalah. Sayuti Omar yang terkenal dengan falsafah politik 4C pulak pada satu ketika dulu membantu Zaid menepis tohmah/keji berkenaan isu "mabuk" semasa Zaid bertanding dalam Hulu Selangor, sekarang secara sinis mengatakan Zaid mabuk. Tapi secara umumnya, ramai yang di kem pembangkang mencela tindakan Zaid, manakala di kem BN, isu pengunduran Zaid dijadikan sebagai senjata baru untuk menghentam PKR sebagai parti yang songsang dan tak betul, bonus untuk BN memandangkan pilihanraya dijangka berlangsung pada tahun depan. 

Politik, rakan satu selimut pada hari ni boleh jadi musuh dalam selimut pada pagi esok. Memang jelas kejujuran dalam politik seakan tak wujud langsung.

Aku ni bukan la full time politician, jadi tak adil kalau nak memberikan analisis penuh tentang isu ni. Cuma perkara yang membuatkan aku tertarik dalam hal ni ialah penjelasan Zaid pasal sebab dia keluar parti - sebab meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti.

Meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti.

Semasa meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemudian dipecat daripada UMNO kerana menyertai perhimpunan PKR lalu kemudian menyertai PKR, Zaid berkata tujuan beliau menyertai PKR kerana beliau percaya parti tersebut mahu membela nasib rakyat. Pada pandangan aku dan rakyat2 lain yang melihat Zaid sebagai innocent dan baru bersih daripada dosa semasa dalam UMNO dulu, ok, ini bermaksud beliau percaya pada prinsip perjuangan PKR, nak tengok "keadilan" ditegakkan di kalangan rakyat Malaysia jadi sebab tu dia masuk PKR. Dan bila masuk PKR, dia akan memperjuangkan keadilan yang sepatutnya menjadi hak rakyat yang ditindas (maaf, aku bukan buta, aku tau apa maksud penindasan pada rakyat, macam mana rakyat tertindas tapi aku serahkan pada korang untuk memberi tafsiran sendiri tentang macam mana sebenarnya rakyat ditindas). Tapi sekarang dia keluar daripada PKR, disebabkan meluat dengan pemimpin yang bermasalah?

Di sinilah persoalannya. Zaid percaya PKR sebagai parti yang ada hala tuju yang jelas dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat, tapi akhirnya menggunakan alasan pemimpin bermasalah untuk keluar daripada parti. Kalau dah betul hala tuju dalam parti tu, stay aje la dalam parti tu. Kalau pun ada pemimpin yang bermasalah, bawa bersama penyokong2 yang sama pendapat, gulingkan semua pemimpin yang bermasalah. Kalau tak mampu nak buat macam tu, cubalah jadi pemimpin yang tak bermasalah, tunjukkan pada semua penyokong parti bahawa, aku betul, aku baik, aku cuba nak bawa kebaikan kepada semua - maka insha Allah orang akan berpaling pada kau untuk menyokong engkau. Memberikan alasan kecewa dengan pemimpin bermasalah untuk keluar parti samalah macam keluar daripada Islam atas alasan mufti negeri atau pun imam surau bermasalah. Ada seorang mufti teruk jugak dibantai orang, digelar sebagai ejen UMNO oleh seorang Tok Guru, tapi adakah orang2 yang bantai mufti tu keluar Islam? Tidak kan, sebab walaupun pada pendapat dorang mufti tu bermasalah, tapi prinsip dalam Islam tu benar, yang tak betul ialah mufti tu je.

Zaid Ibrahim nak tubuh parti baru? Hehe. Macam mana pulak dengan parti baru tu nanti, kalau semua ahli majlis tertinggi dalam parti baru tu pun bakal mengecewakan Zaid adakah parti yang ditubuhkan oleh beliau sendiri tu pun nak dibubarkan? Mungkin kalau jadi begitu, dalam lipatan sejarah nanti boleh la disamakan Zaid Ibrahim dengan apa yang berlaku pada Allahyarham Dato' Onn Jaafar dulu.

Baiklah, cukup. Tulisan kat atas tu, ditulis dari sudut pandangan mata hati yang tulus dan innocent. Apa pendapat aku sebenarnya pasal hal ni? Ada beberapa kesimpulan yang aku boleh bagi berdasarkan beberapa kemungkinan yang mungkin mencerminkan keadaan sebenar :

(a) Kalau Zaid Ibrahim keluar parti betul2 sebab kecewa dengan kepimpinan parti, tindakan ni menunjukkan beliau tak matang dalam berpolitik. Adat la dalam mana2 parti pun kalau kita nak ubah corak parti tu mengikut kehendak kita, kita kena sabar - perlahan-lahan daki ke atas, dah pegang jawatan baru la boleh buat ikut apa yang kita suka

(b) Kalau dia keluar sebab dah bajet kalah dalam pemilihan PKR, maka terpaksa la aku cakap - padan muka kau! Hahaha. Gelojoh sangat, merasa la ko.

(c) Kalau dia keluar selepas selesai tugas sebagai ejen UMNO dalam PKR - maka kesimpulannya, memang ada effect bila dia buat macam tu, terutama kepada warganegara yang innocent, tak tau apa2 pasal politik, yang atas pagar - golongan ni mungkin tertarik kepada UMNO sekarang atas kritikan beliau pada Anwar dan Azmin. Tapi kalau golongan2 warganegara yang aku sebut tadi terbaca blog aku ni, sia-sia lah usaha kau, tolong jangan marah saya, saya tulis pendapat saje ok, hahaha

Who's to blame actually? Sorry to say, tapi nampak macam salah sendiri. Walau macam mana busuk pun Anwar atau Azmin Ali, apa yang dilakukan terhadap mereka dulu pada zaman reformasi dulu tak ubah macam vaksin. Mereka tak mati sebaliknya jadi lebih kuat. Cuma yang sedikit menakutkan dan menimbulkan sedikit kegentaran dalam hati aku - adakah dorang jadi lebih kuat sebagai hero penyelamat, atau pun jadi lebih kuat sebagai raksasa pemusnah.

21 November 2010

keep in view

pharmacoeconomic

social pharmacy

toxicology

pharmacogenomic

master of law















[ fikiran tergantung di awang-awangan memikirkan bidang pengajian untuk master]

19 November 2010

Kisah Yakuza

Lupakan sebentar cerita samseng Melayu yang tau gaduh sama Melayu je (selalu keluar dalam majalah Mastika dulu) seperti Double Seven & Pekida. Dalam senarai Interpol, kumpulan jenayah terancang yang menjadi perhatian dorang bukan la samseng kampung yang lekeh, sebaliknya organisasi seperti Mafia, Triad Society (kongsi gelap) dan Yakuza.

Yakuza merupakan organisasi jenayah terancang yang berjalan sejak turun temurun di negara Jepun. Sebagai mana Pekida yang ada Ayahanda dan abang long, dalam Yakuza pun ada hierarki yang tersendiri, sebagai contohnya shatei (adik), kyodai (abang), wakagashira (orang kanan pertama), shateigashira (orang kanan kedua), oyabun (bos/ketua keluarga). Selalunya yang banyak kena buat kerja kotor yang geng2 pencacai dan orang bawahan ni la, ketua keluar perintah je. Bila bercakap pasal kerja, Yakuza bukanlah sebuah syarikat MLM yang jual gelang magnet ataupun penapis air teknologi nano, mereka mendapatkan keuntungan melalui kegiatan haram contohnya penjualan dvd lucah, pelacuran, penjualan/pengedaran dadah, jual barang2 cetak rompak. Pasal apa dorang involve dalam benda2 macam ni? Aku tak reti jugak nak jawab sebab apa tapi kalau tengok sekali imbas, bidang perniagaan yang dorang join tu kebanyakannya modal kecik, pastu untung berlipat ganda. Cuma agak pelik gak, takde pun kepala Yakuza yang masuk majalah Forbes dan jadi top 10 dalam senarai orang paling kaya kat dunia, mungkin sebab rezeki tak berkat kot. 

Kalau bercakap tentang kongsi gelap, tak sah kalau tak bercerita pasal ritual-ritual dalam organisasi ni. Korang ingat Freemason aje ke ada ritual, Yakuza pun ade gak. Antara ritual yang terkenal dalam Yakuza ialah yubitsume (potong jari) dan irezumi (buat tatu badan). 

Yubitsume ialah ritual yang dijalankan sebagai tanda permohonan maaf kepada bos besar - biasanya bila ade buat spoil/kesalahan besar. Logik pada pendapat dorang, bila dah potong jari, seseorang tu dah susah nak grip tangan dan susah nak buat jahat dah berbanding sebelum ni, so lepas kena potong jari dorang akan insaf dan terima cahaya kebenaran agar tak buat silap lagi. Heheh.



Pasal tatu kat badan, tatu ni macam simbol macho pada dorang, makin banyak tatu, makin takut orang lain kat dorang. Proses melukis tatu pada badan dilakukan secara manual menggunakan tangan - proses yang mahal, dan mengambil masa bertahun-tahun.



Walaupun dorang ni geng jahat, ada masa dorang ade gak buat amal (tapi dah tentu la tak cukup untuk cover kejahatan dorang). Sebagai contoh masa gempa bumi di Kobe pada tahun 1995, organisasi Yakuza iaitu Yamaguchi-Gumi menyalurkan bantuan secara besar-besaran kepada mangsa gempa bumi, dorang bekalkan barang keperluan harian dan makanan. Waktu tu kelam kabut dan bantuan rasmi daripada pihak kerajaan datang secara tak konsisten dan kacau bilau, jadi dengan pertolongan geng Yakuza ni sedikit sebanyak meredakan kesusahan mangsa gempa bumi.

Aktiviti Yakuza bukan setakat terhad di Jepun je, ada sesetengah aktiviti dorang melarat ke serata dunia. Dari satu segi, dorang memang lebih berjaya daripada kongsi gelap Melayu yang poyo lebih kan? Haha. Bak kata Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah, kalau buat jahat bukan kepalang, memang buat sungguh2. Walau macam mana pun, aktiviti dorang kebiasaannya dipantau oleh Interpol dan pihak berkuasa tempatan. Tengok nasib la, kalau ada point yang boleh buatkan dorang kantoi, kantoi la.

Kau nak tau tak?

"Nak tau ape?" aku tanya balik.

"Sape orang yang kerja dekat A&E yang selalu gosip dengan Soot tu," tanya Mat Pendek pada aku.

"Siapa dia?" aku tanya balik.

"La, kau tak tau ke?" Mat Pendek tanya balik kat aku. "Takpela, ko cari sendiri, nanti takut orang cakap aku sebar fitnah pulak,"

"Tak payah bagitau la, aku pun malas nak tau," penutup perbualan daripada aku.

Memang tersumbat betul Mat Pendek nih.

18 November 2010

Sayang sayang sayang...

(Memang tajuk entri ni macam bodoh, tapi aku takde idea, sorry lol)



Bercakap pasal sayang, aku teringat semasa ceramah sorang ustaz zaman aku muda remaja dulu. Camni la ayat dia lebih kurang,

Cinta ni sesuatu yang hebat, jadi jangan sekali-kali salah letak cinta kita pada sesuatu

Perkataan yang digunakan tu ialah cinta, tapi sayang dengan cinta walaupun berbeza tapi saling berkait, bak kata orang (tah sape cakap,mungkin aku sendiri reka kata ada orang cakap), mula2 sayang, lepas tu cinta. Sayang ni, keadaan di mana kita menghargai sesuatu dan tak nak kehilangan sesuatu, untuk describe perasaan sayang ni, ada sesetengah orang sayang laptop dia, ada yang sayang motor, ada yang sayang mak, ayah dia. Tapi bila bercakap tentang cinta, cinta ni merupakan perasaan sayang yang pada tahap lebih tinggi la, contohnya saya cintakan negara, saya cintakan bini, saya cintakan mak ayah saya (jarang pulak orang cakap depa cinta mak abah depa, dengan bini/suami boleh pulak cakap, pfft).

Kali ni aku nak bercakap pasal sayang. Sayang ni, memang suatu naluri yang diberikan pada manusia, bertujuan supaya manusia berbuat baik sesama manusia, menghargai alam, appreciate apa yang ada kat sekeliling dorang. Bayangkan manusia tanpa perasaan sayang, semua tak ada perasaan untuk appreciate apa2 pun dalam hidup dorang, tak kisah langsung pasal family, pasal kawan, pasal barang2 sendiri, pasal kehidupan kat sekeliling dorang..peh, haru kan? Jadi perasaan sayang ni penting. Teramat penting. Perasaan sayang ni kadang kala jadi pembeza antara binatang dan manusia.

Walaupun begitu, seperti jugak cinta, perasaan sayang ni perlu dizahirkan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kalau ade pakwe, nak tunjuk sayang, korang telanjang depan dia bagi dia rasa semua benda, sebab sayang punya pasal. Itu bukan sayang, itu bangang tahap ekponen kuasa infinity. Apasal bangang pulak? Sebabnya, bila buat macam tu, secara langsung korang mendorong pakwe korang masuk neraka sekali, sebab perkara tu ditegah dalam Islam. Korang mendorong pakwe korang buat maksiat, lepas korang bagi dia buat macam tu, dia akan ketagih, pastu mungkin dia akan cari orang lain, tutuh pelacur ke, tak pasal dapat penyakit AIDS. Kan baik, kalau korang syaang pakwe/makwe korang, korang elok2 ajak dia kahwin, buat anak, pastu bina keluarga bahagia. Lagi contoh aku nak bagi, korang sayang anak-anak atau adik beradik korang, korang pun janji nak belikan PS3 atau Xbox untuk dorang kalau dorang score dalam exam. Itu bukan sayang, itu pun bangang jugak. Sebab ape pulak bangang? Sebab elok2 dorang dah semangat dan boleh fokus pada study, korang bagi pulak racun, benda yang melalaikan dorang, yang ade harapan membuatkan dorang lingkup. Kan lagi baik korang janjikan sesuatu yang bakal bagi manfaat pada dorang, e.g bukak akaun ASB ke, bukak akaun simpanan bank tuk dorang, sekurangnya ada gak manfaat untuk masa depan dorang. 

Sayang tu sesuatu yang perlu, cuma bila disalah tafsir dan dizahirkan dengan cara yang salah - membawa keburukan la. P Ramlee pun dah bagi tau lama dulu, tengok dalam filem Anakku Sazali, macam mana kasih sayang yang tak bertempat dan tak betul cara menjadikan seseorang jadi jahat. Macam mana cara yang betul nak tunjukkan atau berikan kasih sayang? Macam aku orang Islam, memang dah ada panduan melalui Al Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W pasal macam mana cara nak menyanyangi orang. Kalau ada non Muslim terbaca ni, apa yang aku boleh bagitau, kalau sayangkan seseorang atau sesuatu, please make it in right way. Pastikan cara kita menunjukkan kasih sayang tu tak membawa bala bencana pada kehidupan kita atau pada siapa2 pun.

Indie music

Ramai orang cakap muzik Indie adalah muzik bebas yang tak terpengaruh dengan arus semasa muzik. Bila tanya budak2 muda sekarang, apa contoh band Indie, maka akan keluarlah nama-nama macam OAG, Bunkface, Carburetor Dung, Tilu, Hujan..hmm

Aku ada definisi sendiri pasal muzik Indie. Contoh muzik Indie? Dengar lagu kat bawah ni (format video)

video

17 November 2010

Blues malam selepas raya Aidil Adha

Memandang semula masa yang lepas bukan satu perkara yang bagus untuk orang yang sedang cari motivasi.

Sigh

Aku ni bukan la tua sangat pun nak bernostalgia lebih2. Nak2 pulak blog ni bukan la diari peribadi aku pun, aku cuma nak share pendapat aku pada sape2 yang sudi nak baca. Tu pun kalau scroll balik post2 yang lepas2 berapa kerat je yang berminat nak komen tulisan aku. Tapi aku tak kisah, janji ada gak tempat untuk aku voice out benda2 yang berselirat dalam kepala otak aku. Selalunya bila benda2 yang aku nak luahkan tu takde orang yang berminat nak tau atau nak dengar. Pathetic kan? Hahaha

Berterus-terang dalam semua perkara, tu perkara yang aku harap aku boleh buat setiap masa. Tapi hakikatnya memang tak boleh buat macam tu. Aku orang Islam, dalam Islam, Muslimin & Muslimah kena jaga perkataan, kena jaga tutur kata, tak boleh bercakap benda yang menyakitkan hati orang. Betul, memang apa yang dalam ajaran Islam tu betul, mungkin aku yang banyak sangat fikir, banyak sangat peduli..atau pun sifat aku ni reactive sangat. Lagipun kalau dalam segala benda nak berterus-terang, memang habis la segala keaiban aku sendiri terdedah pada semua orang.

Siapa aku sekarang? Umur 23 tahun, tak pernah ade awek, badan tinggi gemuk, gaji empat angka sebulan, ada mak abah, adik2 5 orang, macam blur je kat tempat kerja, bekerja pulak kat tempat yang aku tak mintak pun masa apply dulu (argh celaka sungguh MOH Human Resource!). Pfft

Kemudian sisi lain dalam kepala otak aku cakap, aku bertuah..bertuah daripada warga Afrika Selatan yang peratusan HIV kat dalam negara tinggi giler, bertuah daripada orang lain yang grad univ tapi 2-3 tahun menganggur, bertuah daripada orang2 yang bekerja keras jadi kuli batak..memang aku bertuah, dan aku tak boleh tolak perkara tu. Aku terfikir jugak, kalau la aku tak pilih kursus yang aku ambik sekarang, mungkin aku kena lelong pasal tak dapat belajar medic, atau mungkin aku dapat kursus yang mak abah aku harapkan, dan aku mungkin sekarang belajar lagi kat universiti, atau..macam2 kemungkinan lain. 

Aku teringat apa yang member kat fb (aku dah delete fb, baru je tadi). Kita tak boleh overwrite apa yang dah jadi pada masa lepas, tapi kita boleh gunakan masa yang Allah bagi kat kita, pada waktu sekarang dan pada waktu esok, lusa dan akan datang (insha Allah) untuk berusaha jadi orang yang lebih baik. Betul, memang betul apa yang dia cakap. Dan satu perkara lagi yang membuat aku beruntung, walaupun perangai aku ni serabut, banyak orang kat keliling aku yang bagi nasihat, tunjuk contoh baik..cuma terpulang pada aku je nak terima ke tak. Ada masa aku ikut, ada masa aku tak peduli. Aku mengaku la memang salah aku bila aku sendiri yang tak ambik manfaat. 

23 tahun dalam hidup aku dah berlalu 9 November lepas. Kalau diizinkan Allah mungkin aku berpeluang nak tengok dunia 23 tahun lagi. Takpelah, itu semua terpulang pada Allah nak bagi aku hidup lama mana. Selagi ada kesempatan, aku tau hidup ni kena diteruskan jugak, no matter what form life is it. Aku tak tau lepas ni aku akan jadi orang yang lebih baik ataupun yang lebih buruk (nauzubillahi min zalik, mintak jauh), tapi aku akan cuba sedaya upaya jadi orang yang lebih baik, insha Allah.

14 November 2010

Mesej bawah sedar

Mesej bawah sedar atau pun dalam bahasa Inggeris, subliminal message merupakan mesej yang disampaikan secara tidak langsung dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan seseorang. Senang cerita, mesej yang disampaikan dengan cara berlapik la, tak terlalu obvious sangat, macam gambar kartun kat bawah


Ok la, memang nampak terlalu jelas sangat kan, tapi kalau nak mudah faham gambar atas ni la yang contoh yang aku rasa sesuai. Tengok macam setakat board yang digunakan oleh ahli optometri untuk menguji tahap penglihatan seseorang, tapi bila perhati betul-betul, susunan perkataan tu membentuk ayat yang bermaksud, anda perlu membeli cermin mata baru.

Secara saintifik, memang subliminal message ni boleh mempengaruhi tindakan awal seseorang dan mencetuskan aktiviti emosi pada tahap sederhana. Mesej bawah sedar ni boleh disampaikan sama ada melalui visual atau pun audio. Walau macam mana pun, mesej subliminal melalui audio dikatakan kurang berkesan kalau berbanding mesej visual. Pada aku la, berkesan atau tak tu bergantung kepada banyak faktor - macam mana mesej tu disampaikan, kemampuan individu sasaran untuk terpengaruh. Yang ni tak payah pening kepala, serahkan kepada psychologist untuk handle benda2 ni.

Aplikasi mesej bawah sedar ni, kebiasaannya dalam iklan la. Selain daripada melalui audio atau pun visual, antara cara lain yang digunakan oleh pengiklan/peniaga yang secara tak sedar boleh mempengaruhi jualan sesuatu produk ialah:

(a) Sifat fizikal sesuatu produk

Aku cerita pengalaman aku dan kawan aku pergi pasar untuk beli barang dapur. Ada selonggok sotong, sekilo RM6, lepas tu dalam masa sama ada jugak sotong yang dijual dalam pinggan, macam dah siap ditimbang lepas tu diletak atas pinggan dengan label RM3. Sotong dalam pinggan dengan sotong yang berlonggok tu sotong yang sama je. Tapi member aku nampak sotong yang dalam pinggan tu macam banyak, so dia suruh la, ok, kita beli la dua pinggan, RM6. Masa nak beli aku tanya tauke sotong tu, satu pinggan tu berapa gram berat dia? Tauke tu cakap, tak tentu la, sebab dia main ambik je sotong tu agak2 dah nampak penuh pinggan, tak timbang pun. Deng! Most probably kitorang rugi la, sebab mungkin tak sampai sekilo pun berat sotong dalam 2 pinggan tu, padahal sotong yang sama je.

(b) Tempat asal sesuatu produk

Ada dua baju kemeja, sama warna, sama saiz. Tapi satu label Made in USA, satu pulak tulis, made in China, yang mana satu korang beli? Begitu jugak dengan barang lain macam perfume, kalau ada yang tulis Made in Paris, mesti orang tertarik nak beli, walaupun barang tu mungkin locker punya barang

Banyak lagi contoh dalam kehidupan seharian. Dalam rancangan TV contohnya, kartun2 daripada luar kadang2 menunjukkan watak2 yang pakai pakaian yang tak tutup aurat, laki perempuan boleh peluk2..tu pun boleh dikira sebagai subliminal message - secara halus kanak2 diajar untuk menerima nilai-nilai dalam kartun tu. Iklan minuman macam Coca-Cola, Nike, semua nak tunjuk bila pakai atau pun beli barang2 macam tu, kira korang cool la, bergaya. Lalu orang pun beli. Dan seperkara lagi, kalau dah boleh digunakan sebagai aplikasi dalam pengiklanan..mestilah boleh digunakan jugak dalam bidang lain macam pengajaran dan pembelajaran, ketenteraan, perisikan.

Kelengkapan standard pasukan khas tentera

Rencana dan sumber asal gambar: Mindfully

13 November 2010

Lawak Klasik

Saje je re-post balik lawak2 klasik ni, yang dah wujud sejak zaman aku sekolah rendah. (Taken from Aidid Mu'addib's blog, Copyright Controlled)

1.   Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
2.   Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3.   Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4.   Biar lambat, asalkan tak cepat.
5.   Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6.   Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
7.   Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8.   Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9.   Secupak takkan jadi 18 cupak.
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, 
      manusia mati meninggal dunia.
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
17. Hidup segan, mati di tanam.
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.
20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.
     (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
23. Membujur lalu melintang pukang.
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, 
      lebih baik hari tak hujan.
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

12 November 2010

Senarai Ubat-Ubatan dan Kosmetik yang Dibatalkan Pendaftaran di Malaysia



Untuk pengetahuan pembaca-pembaca (ceh, macam ler ramai sangat baca blog aku ni, lol) sekalian, setiap ubat-ubatan yang nak dijual di Malaysia ni perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kosmetik pulak, beberapa tahun lepas kosmetik pun perlu didaftarkan terlebih dahulu, tapi sekarang tak perlu pendaftaran tapi pihak pengeluar perlu declare atau beritahu pihak Biro tentang  kandungan bahan kosmetik mereka, sama ada mematuhi  Arahan Kosmetik Asean ataupun tak (ni politik punya cerita, payah sikit ler aku nak cerita kat sini). Bagi kosmetik, proses pemberitahuan berkenaan pematuhan syarikat kepada Arahan Kosmetik Asean digelar sebagai notifikasi. Agensi dibawah KKM yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubat dan kosemetik ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan dalam biro tu pulak, ada satu la badan eksekutif yang digelar sebagai Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Apa pentingnya pendaftaran ubat-ubat dan kosmetik ni? Ceritanya macam ni, sebelum produk tu didaftarkan, pihak Biro akan meneliti kandungan bahan dalam ubat melalui ujian makmal bagi memastikan ubat-ubat dan kosmetik tu tidak mengandungi bahan kimia ataupun dadah yang berbahaya. Untuk memastikan keselamatan pengguna la, senang cerita. Di samping tu, bila sesuatu ubat-ubat atau kosmetik tu berdaftar, katakanlah terjadi kesan sampingan pada pengguna lepas mereka guna produk tu - senang la tindakan susulan nak dibuat, maksudnya kalau kesan sampingan tu serius, pihak kementerian boleh trace balik data berkenaan ubat u, apa kandungan dia, apa rawatan yang sesuai untuk mangsa yang mengalami kesan sampingan tu, apa punca sebenar kesan sampingan tu terjadi - sebab alergik ke, sebab penyakit lain ke, atau sebab ubat tu sendiri. Bayangkan kalau pesakit datang ke hospital, cakap kat doktor, saya makan tablet warna ungu untuk kuruskan badan, bila buat medical examination, tengok2 rosak dah buah pinggang pesakit tu. Lepas buat semua ujian - tengok2 takde sebab lain yang logik yang boleh menyebabkan buah pinggang member tu rosak selain daripada ubat warna ungu tu. Bila tengok kotak ubat, tengok warna ubat, maklumat berkenaan ubat tu mungkin tak mencukupi untuk membolehkan doktor ambik tindakan susulan, ye la mana nak tau ape ke benda yang dimakan pesakit tu. Kalau ubat tu berdaftar, bukan saja mudah untuk doktor tu ambil tindakan susulan, tapi dalam masa yang sama memudahkan produk tu ditarik balik daripada pasaran untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang jadi mangsa.

Baiklah, jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubatan (secara spesifik, ubat-ubat tradisional la, sebab memang ubat tradisional je yang selalu spoil) dan juga pembatalan notifikasi kosmetik-kosmetik di Malaysia. Para pengguna & peminat produk-produk ubat tradisional dan kosmetik yang disenaraikan dibawah, dinasihatkan supaya tidak lagi membeli atau menggunakan ubat-ubat tersebut sebab produk2 tersebut didapati mengandungi bahan kimia/ubat terjadual yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius kepada pengguna (sebenarnya bila arahan pembatalan pendaftaran dan notifikasi dikeluarkan, produk-produk tersebut sepatutnya ditarik balik serta-merta dari pasaran, tapi faham2 la, orang bisnes, mesti ada gak yang jual stok dorang sampai habis).

Senarai Ubat-Ubat Tradisional Yang Dibatalkan Pendaftaran
Tahun 2009
Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Phyto-Hape MAL05101774T Sibutramine
2 Phyto Shape MAL20051399TE Sibutramine
3 Etumax Eurycoma Active Plus MAL05101707T Sildenafil analogue
4 Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea MAL20001175T Paracetamol
5 Jinglida MAL07031203T Aminotadalafil*
6 Bodybeaus MAL06030982TCS Sibutramine
7 Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm MAL19992654TC Diphenhydramine
8 Senna Plus Capsule 400mg MAL06100615TC Sibutramine

Tahun 2008

Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) MAL19971673T Ephedrine
2 Bionex MAL20041038TC Sibutramine
3 Edoly Kapsul MAL07090970T Chlorpheniramine
4 Pronoton MAL20033871T Sildenafil & analogue
5 Venergy capsule 300mg MAL04125617T Sildenafil analogue
6 ML Spring Returns MAL06121139T Sildenafil analogue
7 ML Viraken capsule MAL05041920T Sildenafil analogue
8 Tribulus Plus capsule 400mg MAL06081348TC Sildenafil analogue
9 Epimedi Plus capsule 400mg MAL06100617T Sildenafil analogue
10 Primalex MAL06121124T Sildenafil analogue
11 Spartan MAL06121203TC Sildenafil analogue
12 Xiao Tang Ling MAL20031850T Glibenclamide
13 Xanthium plus MAL06100693TC Ibuprofen & Budesonide
14 Slimway Herbs MAL19992643T Sibutramine


Senarai Kosmetik Yang Dibatalkan Pendaftaran

Tahun 2010


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
6 De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin
  
Tahun 2009


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
3 Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE Hydroquinone
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE Hydroquinone
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone &Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Tahun 2008

Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin






* Aminotadalafil merupakan ubat terjadual yang tergolong daripada jenis phospodiesterase 5
inhibitor,ubat yang digunakan untuk merawat masalah erectile dysfunction (kegagalan zakar
untuk menegang). Contoh ubat-ubatan yang tergolong daripada kumpulan yang sama:
sildenafil (jenama: Viagra),tadalafil (jenama: Cialis). Walaubagaimanapun, tiada data klinikal
dan laporan daripada pakar-pakar perubatan berkenaan ubat ini, menjadikan pengambilan
ubat ini berisiko tinggi untuk mendatangkan bahaya kepada pengguna.






Sumber senarai ubat-ubatan dan kosmetik: laman web rasmi Biro Farmaseutikal Kebangsaan.
Klik di sini untuk senarai ubat-ubatan tradisional dan di sini untuk senarai kosmetik-kosmetik
(senarai-senarai tersebut tertakluk kepada pindaan, anda digalakkan untuk melayari
laman web Biro untuk mendapatkan senarai terbaru yang berubah dari semasa ke semasa.



















Gelojoh

Aku teringat lagi rancangan realiti, The Apprentice yang ditaja oleh Donald Trump. Salah seorang calon yang jadi pengurus kumpulan yang menang pada minggu sebelumnya, bertindak mengetepikan pengecualian yang diberikan oleh Donald Trump dan memilih untuk bersama-sama ahli kumpulan yang lain menghadap Donald Trump dan 2 orang lagi tu tah sape nama tah aku dah lupa, semasa kumpulan tu kalah pada minggu yang berikutnya. Akibatnya, dia pulak yang kena pecat. Sebabnya, Donald Trump beritahu, calon tu buat keputusan yang gelojoh - dah elok2 dapat exemption, boleh pulak nak join member lain menghadap lembaga pengarah. Menurut Trump lagi, teramatlah bahaya kalau individu macam tu memimpin sebuah organisasi yang besar, organisasi tu boleh hancur disebabkan orang2 yang gopoh membuat keputusan.

Apasal aku tulis pasal benda ni, pasal gopoh? Sebab aku selalu sangat nampak dan berdepan dengan orang yang macam ni (sebenarnya, aku sendiri pun kadang2 gitu gak, shame on me =.='). Contohnya, bila tengok tajuk berita pasal kemalangan kat online news, dan2 tu jugak tulis komen, Al Fatihah, semoga Allah merahmati roh Allahyarham, takde pun nak baca full artikel dulu, pastu tengok2, laa, Hindu rupanya mangsa accident tu. Bila kerajaan cadang je projek itu ini, terus bangkang, membazir..takde la nak dengar dulu outline & briefing pihak yang berkenaan pasal rancangan tu. Dapat je SMS yang dari tah nombor mana, tak kenal pun,tulis mesej Melayu gaduh dengan Cina, Melayu ramai mati - terus tiba-tiba meluap-luap darah nak menetak semua orang Cina, silap-silap Melayu hak yang kulit cerah sikit pun kena ligan sekali, pasal nampak muka macam Cina. Bila dengar orang cakap, woo ini gelang magnet boleh sembuh penyakit, terus beli, takde la nak selidik2 dulu betul ke tak. Orang bagi kad gores menang, pastu suruh bayar duit dulu baru tuntut hadiah, lurus je ikut cakap malaun penipu tu. Apa lagi, ha korang cari la sendiri memang banyak contoh kat sekeliling kita.

Apa masalahnya dengan sikap gelojoh ni? Banyak masalahnya - membahayakan diri, membuatkan orang buat keputusan yang tak sepatutnya, memudahkan diri ditipu. Tak elok la, memang serius banyak akibat tak baik daripada sikap gelojoh ni.

Jadi, perkara penting sekali dalam buat apa-apa perkara, terutamanya dalam buat keputusan ialah - kena tenang. Kemudian jangan jump into the conclusion sekadar berdasarkan pandangan pertama, sebab kemungkinan besar memang kita akan tertipu kalau setakat pandang sekali. Selidik dulu betul ke tak sesuatu perkara sebelum buat keputusan untuk percaya atau tak. Sikap gopoh ni, bila dah terbiasa, maka dalam perkara-perkara lain pun kita akan gopoh jugak. Sebab tu dalam masyarakat Melayu pun ada sebut, biar lambat asal selamat. Kalau cepat dan selamat tu tentulah lagi baik, tapi lebih baik ambil masa sikit untuk faham sesuatu, untuk kaji sesuatu sebelum kita buat apa-apa tindakan.