31 October 2010

Suara hati seorang Ayah



"Anak yang sulung sekarang dah umur 8 tahun kan?" aku saje je tanya soalan tu, memang aku tau pun, cuma nak buat modal berborak.

"Ya, 8 tahun, yang kedua 6 tahun, ketiga 4 tahun," si Ayah menjawab, sambil menghabiskan sisa-sia Dinner Plate KFC kat dalam pinggan.

"Bila ada anak ni, waktu dorang kecik, belajar sampai la belajar kat universiti memang pakai banyak duit la kan. Dorang dah habis belajar baru la lega sikit,"

"Tu pun belum tentu lagi, tengok sekarang berapa ramai keluar universiti menganggur? Kalau macam kita ni, dalam bidang medical, takde masalah la, keluar universiti memang orang nak ambik kerja. Kursus-kursus lain, memang payah sekarang ni," balas si Ayah.

"Tapi apa-apa hal pun, kalau dorang dah kerja memang time tu dah tak banyak bebanan la kan. Dah kerja boleh la jugak nak hulur-hulur sikit kat parents," sambung aku pulak.

"Pada saya la, asalkan mereka boleh kerja cari duit sendiri, boleh hidup sendiri tanggungjawab saya dah selesai. Tak payah mereka tanggung, macam kita ni kerja kerajaan, lepas kerja ada pencen, ada kemudahan lain jadi tak perlukan bantuan dah. Asalkan mereka boleh ada kehidupan sendiri, cukuplah," si Ayah tersenyum.

"Sekarang ni ada la saya simpan sikit-sikit untuk pelajaran anak-anak. Dalam RM500 (tergelak), takpela awal2 ni mula RM500 dulu, nanti sikit2 tambah la sampai dorang besar," terang si Ayah.

Aku senyum je. Lepas selesai makan kat KFC, kami bergerak ke tingkat atas untuk ambik semula laptop baru aku yang dah siap install program tuk bawak balik ke rumah.

Kisah kejayaan tilik nombor



Tengah hari tadi masa aku, Fikri dan Philip nak balik ke rumah lepas Philip bawak aku dan Fikri pergi Delta Mall, Philip ternampak ada risalah diletakkan kat depan windshield kereta dia. Dia ambik, bagi kat aku. Aku rasa mungkin bagus jugak kalau aku kongsikan dengan korang semua.

(Diekstrak secara tulen tanpa penambahbaikan pada susunan ayat/ejaan)

Wat Pra Tang (ejaan tulisan Cina di bawah)


Saya Riched berumur 36tahun. Enam tahun yang lalu, Saya bersama rakan bekerja sebagai pelayan restoran di Jepun. Oleh kerana nasib tidak baik, saya telah ditangkap oleh kerajaan Jepun dan telah dihantar balik ke negara sendiri. Setelah balik dalam beberapa bulan saya dan rakan cuba menceburi diri dalam bidang perniagaan dan kami menjadi rakan kongsi dengan membuka sebuah kedai perabot. Hubungan kami sebagai rakan kongsi sangat baik dan perniagaan semakin hari semakin meningkat permintaan daripada pelanggan kami. Oleh itu saya sepenuh percaya kepada rakan saya itu.
Suatu hari kawan saya tidak datang ke kedai dan saya cuba hubungi beliau tetapi gagal. Saya mendapati daripada khabar angin daripada orang ramai menyatakan kawan saya telah banyak berhutang dengan orang luar dan dia juga telah melarikan wang syarikat sebanyak RM400 ribu matawang malaysia. Dengan kejadian ini saya mula berputus asa kerana tidak dapat membayar hutang-hutang kedai kerana duit saya telah banyak melabur ke dalam perniagaan saya sebelum memulakan perniagaan ini. Mula saat itu kehidupan saya mula tidak stabil dan takut dikerja pemiutang. Pada suatu hari, semasa saya berjalan di tepi jalan saya bertemu seorang kawan yang sudah lama tidak jumpa, saya telah menceritakan perkara malang kepadanya dan kawan saya menasihatkan saya berhubung dengan tok guru yang sudah berjaya memberi bantuan kepadanya menyelesaikan masalah. Dengan itu saya mengambil keputusan nasihat daripada kawan saya dengan menghubungi tok guru dan saya telah mendapat nasihat tok guru dengan membuat apa yang disuruhi, Tok guru memberi nombor ramalan kepada saya dan menang, Dengan itu saya dapat melangsaikan semua hutang dan dapat memulakan perniagaan semula, Dua minggu kemudian, rakan kongsi saya muncul semula dihadapan saya dan dia telah membayar semua hutang kepada saya. Saya bersyukur kerana perkara baik sering berlaku di sekeliling saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tok guru yang telah banyak membantu saya daripada pelbagai masalah.


Terima kasih. DENGAN PENGEDARAN 30000 RIB RISALAH TOK GURU DAPAT MEMBANTU ORANG RAMAI MENYELESAIKAN MASALAH


Dapatkan bimbingan percuma daripada tok guru. SMS nama penuh dengan tarikh lahir ataupun hubungi 
017-511 ****
019-518 ****

Aku pun cakap kat Philip, "Ini bomoh penipu ni, kalau betul senang je tilik nombor macam tu kenapa tok bomoh tu sendiri tak jadi kaya?"

Philip pun ketawa, "Itulah, saya pun pelik macam mana orang boleh percaya benda macam ni"

Menara Warisan dan hab hiburan malam - memahami yang tersirat

Pembentangan Bajet 2011 baru-baru ni, antara salah satu agenda kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan negara tersebut ialah pembinaan Menara Warisan - sebuah menara setinggi 100 tingkat, yang bakal dibiayai pembinaannya oleh Permodalan Nasional Berhad. Kos pembinaan dijangkakan sebanyak RM 5 bilion. Beberapa hari lepas terkeluar pulak cerita berkenaan Program Transformasi Ekonomi, di mana dalam rancangan transformasi ekonomi, antara transformasi yang bakal dilakukan ialah kerajaan bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam dan spa untuk menjana industri perlancongan.

Mana-mana kerajaan yang memerintah pun, bila melibatkan keputusan yang berkait berkenaan dengan ekonomi, selalunya memang keputusan yang bakal dilaksanakan tu akan bertindak sebagai serampang yang bercabang-cabang, maksudnya selain pelan tu bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara, kepentingan politik dan kepentingan peribadi pihak pemerintah pun akan diambil kira. (Masa post ni ditulis, aku masih tak dapat akses ke website kerajaan untuk cari maklumat lengkap Program Transformasi Ekonomi tu). Jadi, analisis dalam post ni terhad kepada dua isu yang jadi bualan hangat sekarang ni, pasal Menara Warisan & hab hiburan malam + spa.

Berkenaan Menara Warisan, memang tak dinafikan pembinaan menara tu bukan sekadar pembinaan menara, tapi lebih bersifat ke arah pelaburan. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan menara tersebut bukanlah atas arahan kerajaan sebaliknya dicadangkan sendiri oleh ahli lembaga pengarah PNB. Pembinaan Menara tu jugak dikatakan boleh membuka peluang pekerjaan kepada profesional dan tenaga kerja mahir sebab pembinaan Menara tu akan mengambil jangka masa panjang, dan dah tentu melibatkan banyak firma dan kontraktor pembinaan, jadi memang ada point la tentang peluang pekerjaan tu. Aktiviti ekonomi yang bakal berlangsung dan bakal dijana selepas Menara tu siap, ok, boleh diterima juga la. (maksud aku boleh diterima tu maksudnya ada logical flow, tapi ada logical flow tak semestinya kita perlu bersetuju dengan logical flow tu)

Baiklah, challenge time. Pembinaan menara tersebut bersifat pelaburan, memang boleh diterima cuma bila kita bercakap tentang pelaburan, dalam masa yang sama kita bercakap tentang untung dan rugi. Ahli perniagaan yang bijak akan melabur untuk untung, bukan melabur untuk rugi. Pelaburan pembinaan dan penyediaan prasarana Menara Warisan tersebut dikatakan melibatkan kos sebanyak RM 5 bilion, jadi pertama sekali, berapa pulangan yang dijangka bakal diperoleh lepas menara tu wujud, adakah RM15 bilion, RM 50 bilion, atau RM 5 trilion? Berapa jangka masa diperlukan untuk dapatkan target pulangan, macam mana cara nak dapatkan keuntungan yag disasarkan tu. Risiko kerugian, ada back up plan kalau kerugian bakal dialami? Aku percaya ahli lembaga pengarah PNB patut dah berfikir lebih banyak dan lebih jauh daripada aku sebelum cadangan tu dibentangkan, cuma kalau tak ada halangan yang memerlukan mereka merahsiakan strategi untuk mendapatkan keuntungan tu, sepatutnya para pelabur dan juga kepada rakyat Malaysia didedahkan secara ringkas tentang macam mana PNB nak buat untung melalui pembinaan menara tu. 

Tentang peluang pekerjaan. Memang betul, peluang pekerjaan akan sentiasa ada, semasa proses pembinaan dan selepas proses pembinaan. Cuma yang pentingnya, signifikan atau tak, tu je. Berapa banyak peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui pembinaan menara tu, selama mana pekerjaan tu akan long-lasting dan mampu menampung kehidupan pekerja-pekerja tu? Peluang pekerjaaan tu bermaksud peluang pekerjaan untuk rakyat asing atau untuk rakyat sendiri? Tu semua perlu dijelaskan.

Tentang nak mewujudkan hab hiburan malam dan spa. Berkenaan dengan spa, aku tak nampak masalah besar pun tapi bila melibatkan perkataan hiburan malam, frasa tu turut membawa konotasi negatif di kalangan rakyat Malaysia. Bagi aku sendiri, mewujudkan lubuk ekonomi daripada aktiviti macam ni tak ubah macam terjun dalam lubuk yang penuh ikan tapi akhirnya lemas akibat ditelan lubuk tu. Kalau dilaksanakan secara bersungguh, tak mustahil Malaysia boleh jadi hab hiburan malam terkemuka di Asia, sebagaimana Malaysia dikenali melalui kewujudan kasino di Genting Highland. Tapi masalah yang bakal timbul selepas tu lebih mahal harganya - keruntuhan moral, penyebaran penyakit berjangkit, lambakan warga asing. Pada aku lebih baik kalau pendapatan daripada industri perlancongan cukup kalau sekadar dioptimumkan dalam sub bidang macam perlancongan kesihatan, perlancongan sukan dan perlancongan riadah.

Sekarang ni, aku tak tau la sama ada government betul-betul nak teruskan rancangan yang tersebut, tapi selalunya apa pun keputusan yang dibuat, rakyat boleh buat apa selain daripada terima, betul tak?

30 October 2010

Dua soalan

1. What is the meaning of love?

2. Apa tujuan hidup kamu?

Soalan yang ditanya oleh rakan sekerja aku.

Soalan pertama memang aku tak dapat nak jawab. Soalan kedua, aku jawab setakat lebih kurang je - hidup sebab Tuhan bagi nyawa, jadi kena hidup baik2, dan sebab ada orang di sekeliling yang jadi tanggungjawab aku i.e. family aku.

Ada sape2 yang boleh provide jawapan untuk dua soalan ni?

20 October 2010

Kerja2 yang kerap kena kutuk

Sebenarnya post kali ni takde concrete evidence, maksudnya takde meta-analysis, ataupun randomized control trial. Banyak sebab kenapa orang kena kutuk, selalunya bukanlah sebab kerja dorang tu, mungkin sebab perangai sesetengah daripada kelompok pekerja tu, biasa la sorang dua buat spoil tapi last2 semua kena kutuk, ataupun salah orang yang mengutuk tu sendiri, sendiri buat salah tapi nak gak kutuk orang. Tapi papehal pun, aku bagi la contoh2 kutukan yang dorang selalu dapat, dan kepada yang tergolong dalam golongan pekerjaan dalam post ni, rilek..jangan marah aku, makian2 ni bukan aku sendiri buat, tapi pakcik Google yang bagitau ade orang cakap sekian2, haha

Kerjaya2 yang kerap kena kutuk

1. Pengawal keselamatan UiTM (a.k.a Pak Guard - gelaran di kalangan student)

Contoh2 kutukan:

mak guard pintu depan cam @$&W)(#_, saman kitowg sbb pakai baju x labuh . buta ka apa. org laen pakai ketat mcm lepat pisang x sman lak. dye rambot boley plak. perghh. pastuh buat muke x bley bla~

pak gad bodo

arghh!!!tolong la!benci giler..silap dorang tua je,kalau x,da lama lastik.

KAU SIAP PAK GUARD. KAU SIAP. NANTI AKU LANGGAR KAU BERTUBI-TIBU DENGAN KERETA KEBAL AKU. KAU INGAT AKU HADAP SANGAT KE NAK MASUK UITM TU?  

 

2. Pegawai JPJ

Contoh2 kutukan:

celaka betol jpj tu aku tnye leklok dia jawab mcm tu..nk je aku terajang dia kuar dr kereta tu..huh.. aku marah nie

Rupanya duit untuk suap pegawai JPJ, so kalau you buat salah sikit-sikit, pegawai JPJ tu buat-buat tak nampak. Celaka! Agak-agak la..

Tiba-tiba muncul satu lagi road block JPJ. Celaka, aku mahu cepat ni


3.Kerja hospital (doc, nurse, dan sebagainya)

Contoh2 kutukan:

penyakit gatal2 bagi paracetamol :o mana punya degree doktor tu ~X(

tapi slack bila jumpa dia yg bertugas kaunter farmasi belah malam ni. rasa nak je aku benam dalam lombong

aku tgk camna diorg treat anak abg aku yg br umur tak sampai 2 thn,cukupla..mmg terus ban la spital ni..drpd demam panas,sampai dah nak koma budak tu diorg kerjakan


4. Pekerja Streamyx

Contoh2 kutukan:

I called Streamyx yesterday and the sohai use the same trick again and tell me everything is OK because my connection to the Malaysia server is fast! He said cannot test US server because it is too far. He say, “Jangan. Jangan. Itu jauh lar! Test Malaysia cukup.” lol.

If you do a speedtest at speedtest.net to a Malaysia server, the speed will be blazing fast because cable connecting within Malaysia is not putus. But if you try a US server, your speed is almost 0, tak jalan langsung! Because the international cable kena gigit ikan jerung.

TM-Net! Why send a sohai to my house who just want to waste my time?

extracted from: Ah Yap 



5. Wartawan Utusan


Contoh2 kutukan:

agaknya wartawan utusan x lulus math.depa habaq sekitar 300-500 org jer...Laughing

UTUSAN Menipu – payung jadi semua biru…. hahahahahahahahahah

wartawan utusan siap la... masuk neraka makan daging org laa korang nanti... banyak menipu... terlalu kronik membohong

19 October 2010

A Romzi, daripada pop yeh yeh kepada lagu puisi

Kalau korang pernah dengar lagu Bukan Kerana Nama, korang mesti perasaan bukan Ramli Sarip sorang je yang nyanyi lagu tu, sebaliknya lagu tu disampaikan secara berduet. Lepas google dua tiga kali, baru la aku tau pasangan duet Ramli Sarip untuk lagu tu rupanya A Romzi.



Rupanya sejak zaman akhir 60-an A Romzi ni dah start karier nyanyian dia, tahun 1967 dah wujud kugiran bernama A Romzi & The Hooks. Selepas tu sekitar tahun 1970-an, beliau dah mula bergerak solo dan kadang2 berduet dengan penyanyi S Roha. Lagu duet bersama Ramli Sarip, Bukan Kerana Nama dirakamkan sekitar tahun 1986. Sekitar tahun 80-an beliau dah mula bawak lagu-lagu puisi, sebelum kemudiannya beralih kepada genre dakwah.

Semasa album Wings & Superfriends diterbitkan (album ni diterbitkan sebagai usaha untuk membantu kumpulan Wings merakamkan lagu2 album Opera Dalam Kenangan, sebab time tu Awie baru keluar daripada Wings untuk jadik mat rempit jiwang, hahaha), A Romzi turut serta dalam projek tersebut dan beliau menyumbangkan suara untuk lagu Dari Tuhan dan Alam Barzakh.

Aku ada la cari gak lagu2 A Romzi masa dia dah start nyanyi lagu puisi. Best jugak la lagu-lagu dia, kalau korang berminat nak dengar try la google out lagu-lagu beliau: Tragis, Puisi Orang Asing, Menanti Kepastian.

16 October 2010

Antibiotik dan anda

Mulanya aku nak update blog dengan cara yang keji tapi tiba2 terfikir pasal antibiotik, jadi daripada dapat dosa kering lebih baik aku tulis sesuatu yang bermanfaat, kan kan kan? lol



Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri korang antibiotik sebaik je korang diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang korang terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada korang, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (ni memang tak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau dorang tak bagitau, pastikan korang tanya dia, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la korang baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan korang tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, haha kalau kat Malaysia, paling common jenis ni la, Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim.

Baiklah, bukan tugas korang nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau korang semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau korang dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau korang, makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau korang tiba2 dapat ruam kat badan lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau korang makan antibiotik, selepas 2 jam korang makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang korang.

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau korang ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada korang. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan korang bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau korang nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.

6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau korang antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.

7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan korang diberitahu sama ada boleh ke tak korang minum susu sekali dengan antibiotik tu.

Ok la, tu je takat ni. Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ

Model baru Proton Inspira

Proton dah keluarkan model baru untuk gantikan model Proton Waja, kalau berdasarkan Berita Harian model baru ni, Proton Inspira akan dilancarkan bulan November ni.

 Gambar daripada Berita Harian Online

Model baru ni dengar ceritanya akan muncul dalam versi enjin 1.8 dan 2.0. Harga pulak kalau model yang paling murah dalam lingkungan RM 79 888 seunit.

Sebelum aku habis belajar, time sem 8 hari tu pun dah ada blog yang publish gambar Proton Inspira ni. Gambar time tu menunjukkan design yang boleh dikatakan 90% menyerupai Mitsubishi Lancer model baru yang tak part belakang tak cantik langsung pun. Aku tak sure la pulak kot2 design engineer Proton dah modify design yang nak dijual ni nanti.

Model Proton, walau camne suck pun memang akan dapat dijual nanti. Cuma yang pasti Proton Inspira ni tetap akan dibandingkan dengan model sedan buatan negara lain, yang aku nampak paling jelas sekarang Toyota Vios dan Honda City. Proton Inspira sepatutnya mampu untuk offer sesuatu yang boleh dijadikan competitive advantage berbanding model2 buatan luar, baru orang tertarik nak beli. Sekarang ni model ni belum lagi dapat respon daripada pengguna, so tak adil kalau nak judge sekarang. Model enjin yang ditawarkan ialah 1.8L dan 2.0 L, kalau secara logik memang parak la minyak, kecuali la kalau Proton dah adapt teknologi yang fuel saving untuk Proton Inspira nih. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dan harga bahan api yang terdedah pada kenaikan, perkara ni tetap jadi concern di kalangan pengguna. Dan harap2 pas ni Proton Inspira dapat cover balik insiden2 yang memalukan yang pernah terjadi kat model2 sebelum ni e.g power window yang kantoi, electronic system yang fuck up sampai kereta boleh terbakar sendiri, hahaha.

13 October 2010

Mus, balik ke Semenanjung jugak kau akhirnya

Allahyarham Mustafa Kamal Nayan

Berbadan kurus, kulit sawo matang, first time aku bercakap dengan brader ni masa 1st day sampai ke Sibu. Waktu tu aku bertiga bersama sorang staff bernama Azizi ada dalam Pajero, tengah keliling kawasan perumahan Permai masa nak survey rumah. Aku tersilap call sebenarnya, aku ingatkan brader ni tuan rumah.

Mula bersua muka masa dia dah balik semula bekerja kat hospital. Peramah orangnya, berlainan ngan aku yang masih lagi membara jiwa rocker kat dalam (terpaksa cover, kerja punya pasal), sempat la jugak berborak beberapa kali, sempat jugak brader ni ajar aku teknik, prosedur kat tempat kerja. Pernah jugak dia cakap, dia risau pasal keputusan posting lepas tamat latihan siswazah. Aku cakap la, jangan risau la, insya Allah ko dapat balik semenanjung punya. Pak Lah, staff kat tempat kerja, merangkap ayah angkat Mus, tak habis2 bergurau, tengok la dia ni, sombong, nak balik ke Semenanjung. Beberapa kali jugak Pak Lah berlawak, cakap kat Mus, kau nanti posting kat Mukah.

Mus cakap kat aku, training masa clinical nanti susah. Bila aku tanya, apa yang buatkan training tu susah. Dia cakap, sebab aku sorang je Melayu. Betul, memang dia sorang je pelatih siswazah yang Melayu kat situ time tu. Kalau bercakap dengan pelatih lain & pengajar, selalunya dalam English. Pelatih lain & pengajar pulak, selalu bercakap dalam bahasa dorang. Persetankan 1Malaysia atau bahasa kebangsaan, kau ingat 1Malaysia ni pakai bahasa Melayu je ke? Tapi bukanlah masalah sangat pun, sebab Mus faham English, aku pun faham English.

Pagi Jumaat. Wong bagitau aku masa aku dalam washroom, Mus dah takde. Meninggal dunia sebab kemalangan. Hari ke-11 selepas first time bersua muka, rupanya 10 hari je Allah bagi aku berkenalan dengan dia. Aku sempat jenguk jenazah dia, usung troli ke bilik mayat. Sabtu tu aku dan kawan2 Muslim yang lain berjemaah mandikan jenazah, solatkan jenazah, iring keluarga Mus dan jenazah ke airport Sibu. Sempat berbual sikit2 dengan abang kedua dia, orang yang menggalakkan Mus belajar kursus farmasi. Balik daripada airport, naik kereta Pak Lah, aku nampak Pak Lah kesat mata. Takde air mata mengalir, aku tak nampak, tapi mata dia merah.

Pulang jugak Mus ke Semenanjung. Macam mana pulak aku, Khir, Fikri, dapat ke balik bekerja ke Semenanjung semula pas ni, dan macam mana kepulangan kami, tak tau lagi. Wallahua'alam. Al Fatihah buat Allahyarham Mus.

10 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Akhir)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

 
TANGGAL 10 Februari 1995, itulah kali terakhir aku bertemu muka
dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd
Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin.
Pada hari itu, aku bertemu Monad dan Affandi di Balai Polis
Temerloh, Pahang. Di sini mereka ditahan sehari selepas
didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana dengan
niat bersama membunuh bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan
Idris. Juraimi pula ditahan di Balai Polis Raub.
Dari sini Mona dibawa ke Penjara Kajang, sementara Affandi dan
Juraimi ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu rayuan
masing-masing.



MONA berjalan ke trak untuk ke Penjara Kajang

Memang rezeki aku dapat bertemu Mona. Apa tidaknya, aku
mendapat tips bahawa Mona dan Affandi akan dibawa ke penjara
pada awal pagi itu. Aku bergegas ke balai polis dari hotel,
tempat menginap dengan hanya memakai kemej-T.
Pakai apa saja yang ringkas, takut tidak dapat bertemu mereka.
Nasib baik, Mona baru dibawa keluar dari lokap. Tapi pada waktu
itu, aku tidak sempat bercakap dengannya kerana diiringi polis.
Namun, sebagai wartawan, aku tidak mengalah dan buat apa
saja asalkan Mona buka mulut.
Apabila peluang tiba, soalan pertama yang keluar dari mulut aku
adalah :"Wah glamourlah Kak Mona." Itu kata orang soalan
pemanis mulut - pembuka bicara - untuk memancing dia bercakap.
Nak tahu apa Mona jawab : "Saya tak mahu glamour. Dari dulu
pun saya tak glamour."




GAYA ketika menghadiri perbicaraan.

Mona sering berpakaian cantik dan seksi serta berdandan
sepanjang perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris.

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian cantik.
Jawapanny agak laser, katanya dalam sinis : "Yalah, takkan
hendak telanjang pulak." (Ambil kau, kena sebiji).

Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan
sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.

"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang
tengok," katanya dari trak polis yang membawanya ke Penjara
Kajang.

Pada hari itu, Mona seperti pada hari dijatuhkan hukuman,
kelihatan riang dan ketawa dengan anggota polis yang berada di situ.

Bomoh itu sempat juga bergurau dan mengucapkan selamat
tinggal kepada anggota polis di balai itu.

Mona dan suaminya, Affandi serta Juraimi, didapati bersalah
mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum gantung
sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mereka didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan di rumah

tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada
Julai 1993.



MONA sentiasa kelihatan bergaya

Mona sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua orang
sambil berkata: "Saya sayang orang Malaysia. Terima kasih."

Ditanya perasaannya yang menjadi pesalah dan bukan lagi

tertuduh katanya: "Saya sama saja dari dulu. Orang tengok pun
macam itu."

Sebelum trak polis meninggalkan perkarangan Balai Polis di sini
untuk ke Balai Polis Raub mengambil Juraimi, Mona sempat
berpesan: "Jangan tulis bukan-bukan. Saya tidak suka apa
saya katakan ditokok tambah. Jangan tulis sebarangan, jangan
buat cerita." (Kena sebiji lagi)

Apa yang dibawa Mona ke penjara? Aku nampak lima bungkusan plastik mengandungi pakaian dan alat solek Mona dan suaminya Affandi.

Itu cerita Mona, lain pula cerita Affandi. Aku ingat peluang untuk bercakap dengannya buat kali terakhir tidak kesampaian. Apa tidaknya, ketika sibuk 'memburu' Mona, Affandi sudah masuk ke dalam trak untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Tapi, kata orang kalau ada rezeki, tak ke mana. Ketika trak itu hendak beredar dari balai polis, Affandi berteriak dan memanggil aku.

Dia tahu aku wartawan, mana tidaknya, aku duduk di depan dia setiap hari perbicaraan. Tapi, dia tak tahu nama aku.





JENAZAH Mona dan Affandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurna dan dikebumikan pada hari sama.

Jenazah Modan dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Al-Fatihah- Amin....

Kes bunuh Mona Fendi (Part 31)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack



CERITAKU mengenai Mona Fandey hampir ke penghujungnya. Waktu itu adalah
hari-hari terakhir aku bersama Mona serta dua tertuduh lain - Juraimi Husin
dan Mohd Affandi Abdul Rahman.





Cerita dalam mahkamah sudah selesai. Juri memberi keputusan 7-0. Kalau
main bola sepak ni kata orang kena belasah teruk macam pasukan Malaysia.
Tugas aku tak tamat lagi, aku kena bekejar ke luar mahkamah kena dapat
kenyataan daripada ketiga-tiga tertuduh. Uh, mana dan aje le, hulur perakam
kaset. Nanti ada satu gambar, engkau orang nampak tangan aku saja.
Hasilnya : ""Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu," kata Maznah

Ismail atau Mona Fandey mengenai keputusan sebulat suara tujuh juri bahawa

dia, Affandi dan Juraimi bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Katanya, dia puas hati dengan keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan

di Mahkamah Rayuan.

"Saya menerima keputusan itu. Syukur Alhamdulillah.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat

Malaysia. Saya cintakan Malaysia," katanya ketika dibawa keluar dari bilik

mahkamah untuk ke trak polis.

Menjawab soalan, Mona berkata dia sangat sayangkan suaiminya, Affandi.

"I love Encik Fandi very much," katanya.




Ditanya mengapa sayang Affandi, Mona menjawab: "Affandi adalah hak saya,

hak saya juga adalah hak Affandi."

Mengenai anaknya Mona menjawab: "Anak saya tak kisah, kalau ada laki,

dapat anak."

Mona ketika ditanya sama ada mahu meminta maaf kepada keluarga Mazlan

seperti yang dilakukan oleh Juraimi, katanya:

"Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya."




Affandi pula ketika ditanya perkara yang sama pula menjawab:

"I only (saya cuma) minta maaf to God (pada tuhan). Pada isteri Datuk

pun tidak.

"I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he

the one who do it (tetapi dia yang melakukannya)."





Juraimi pula ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah, berkata dia

macam biasa dan tidak gugup ketika menunggu keputusan itu.

09 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 30)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack



TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN

DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993.
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.




Reaksi tertuduh ketika keputusan penghakiman dibacakan

Tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh

Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika
ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin
bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri
menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar
Sidin.

Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempat

berbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat.

Selepas keputusan dibuat, Mona masih mampu tersenyum dan menjelirkan

lidahnya, sambil tergelak kecil memandang ke arah Affandi yang kelihatan

tenang.

"I am very happy (saya gembira)," katanya dalam kandang tertuduh ketika

di tanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukuman

terhadapnya.

Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan."

Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandang

tertuduh.

Hakim ketika membacakan hukuman itu berkata:

"Berikut adalah hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu satu

hukuman mandatori. Saya tiada pilihan untuk menjatuhkan hukuman itu

seperti berikut.

"Hukuman mahkamah terhadap kamu bertiga ialah kamu akan dibawa dari

mahkamah ini ke penjara yang sah dan kamu akan dibawa ke suatu tempat
di mana hukuman mati, iaitu gantung akan dijalankan."

Affandi, Mona dan Juraimi didapati bersalah membunuh Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Batu Talam itu dan dijatuhkan hukum mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun
yang sama.

Ketiga-tiga mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Hakim berkata, mereka berhak merayu secara automatik ke Mahkamah
Rayuan, walaupun Mona dan Affandi tidak membuat rayuan di Mahkamah
Tinggi Temerloh ketika itu.

Peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal yang membuat rayuan bagi pihak

Juraimi selepas Mokhtar membuat keputusannya, berkata Juraimi yang
berusia 23 tahun ketika melakukan pembunuhan itu tidak mendapat
pendidikan tinggi, setakat darjah tiga.

Katanya, Juraimi anak kedua daripada enam beradik juga tidak
mempunyai pekerjaan.

"Dia juga seorang yang jujur dan taat kepada ibu bapa serta tidak pernah

melakukan kesalahan jenayah sebelum ini.

Saya merayu kepada mahkamah untuk menimbang nasibnya dalam
kesalahan jenayah pertamanya," katanya.

Juraimi pula berkata: "Terpulang kepada jasa baik mahkamah."

Peguambela Mona dan Affandi pula berkata, dia diarahkan oleh Mona dan

Affandi untuk membawa keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.

Affandi dan Mona berkata, mereka menerima keputusan mahkamah

Pendakwa kes bunuh Datuk Mazlan Idris berjaya membuktikan Juraimi,
Affandi dan Mona atau Mona Fandey mempunyai niat untuk membunuh
bekas Adun Batu Talam itu.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin yang menggulung kes perbicaraan itu berkata,
tiga unsur yang menunjukkan pasangan bomoh itu dan pembantu mereka
mempunyai niat untuk membunuh Datuk Mazlan berjaya dikemukakan oleh
pendakwa melalui keterangan saksi.

Katanya, pendakwa membuktikan bahawa unsur pertama iaitu Mazlan mati di

antara jam 10 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah malam 8 Julai 1993 di

sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong Raub.

Unsur kedua kematian Mazlan adalah disebabkan perbuatan ketiga tertuduh

atas niat bersama, sementara unsur ketiga adalah semua tertuduh dengan

niat serta pengetahuan menyebabkan kematian Mazlan turut dibuktikan oleh

pendakwa, katanya.

Menurutnya, ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat Mohd Mazlan

seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala

Lumpur (HKL), Dr Abdul Rahman Yusof turut membuktikan Mohd Mazlan
dibunuh dengan niat.

Sebaliknya, katanya, pembela gagal mengemukakan keterangan sokongan

kepada fakta yang ditimbulkan dalam perbicaraan bagi mewujudkan
keraguan munasabah.

Menurutnya, Affandi berkata tongkat sakti dan songkok ajaib berharga

RM2.5 juta mempunyai hikmat tetapi gagal membuktikannya walaupun
memanggil dua saksi untuk memberi keterangan sewaktu pembelaan.

Mokhtar berkata, bukti juga tidak dikemukakan bagi menunjukkan bahawa

pasangan bomoh itu memiliki RM900,000 seperti didakwa oleh pembela
serta hidup dalam suasana mewah.

Sebaliknya, katanya, Mona dan Affandi berbelanja besar lebih RM200,000

selepas kematian Mohd Mazlan sedangkan pendakwa berjaya membuktikan
Mazlan mengeluarkan RM250,000 pada siang 2 Julai 1993.

Sedangkan, katanya, baki dalam akaun simpanan Mona dan Affandi tidak

banyak iaitu sekitar RM2,000.

Katanya, kebanyakan not RM200,000 yang dibelanjakan oleh pasangan
bomoh itu adalah not RM1,000 sama seperti not yang diterima oleh Mazlan
dari bank.

Ayat-Ayat Syaitan

Satan, being thus confined to a vagabond, wandering, unsettled condition, is without any certain abode; for though he has, in consequence of his angelic nature, a kind of empire in the liquid waste or air, yet this is certainly part of his punishment, that he is . . .without any fixed place, or space, allowed him to rest the sole of his foot upon.


Daniel Defoe, The History of the Devil



Di atas merupakan quotation yang menjadi pembukaan novel The Satanic Verses, tulisan Salman Rushdie. The Satanic Verses yang diterbitkan pada 1988 merupakan novel keempat tulisan Salman Rushdie, dan penerbitan novel tersebut menerima bantahan daripada penganut Islam pada tahun ia dilancarkan. Malahan Kerajaan Iran, di bawah pimpinan Ayatollah Ali Khomeini mengeluarkan fatwa dan ganjaran untuk sesiapa yang boleh membunuh Salman Rushdie. Salman Rushdie masih hidup hingga ke hari ini, dan fatwa tersebut juga masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Nampak gaya memang Salman Rushdie  memang totally fucked up with orang Islam dan kerajaan Iran, kan? Tapi apa yang ditulis dalam novel tu, sampai dia dibenci ke tahap tu?

Secara kasarnya, novel ni berkisah tentang dua orang lelaki, Farishta dan Chamcha, yang terperangkap dalam sebuah pesawat yang dirampas ketika dalam penerbangan daripada India ke Britain. Pesawat tu terhempas di Selat Inggeris, tapi mereka dua terselamat. Mereka berdua mengalami transformasi personaliti, yang Farishta jadi malaikat Jibril, Chamcha pulak jadi syaitan. Setelah mereka dijumpai di tepi pantai, Chamcha ditahan oleh pihak berkuasa sebab disyaki pendatang haram, tapi Farishta yang nampak Chamcha kena tangkap buat derk je, tak masuk campur.

Selepas kejadian tersebut, kedua-dua mereka berusaha keras untuk bina semula hidup mereka. Farishta berjumpa semula dengan kekasih lama beliau, Allie tapi dalam masa yang sama susah nak teruskan perhubungan sebab dia mula mengalami masalah mental. Chamcha pulak, berdendam dengan Farishta sebab Farishta tak buat apa2 masa dia ditahan dulu, dan dia kemudian cuba menjahanamkan hubungan Farishta dan Allie dengan memanipulasi masalah mental yang dialami Farishta. Farishta sedar apa yang Chamcha ni cuba buat, tapi dia maafkan jugak la si Chamcha ni malah dia membantu menyelamatkan nyawa Chamcha semasa dalam keadaan bahaya.

Novel berakhir dengan Farishta membunuh Allie disebabkan tekanan mental, sebelum membunuh diri sendiri manakala Chamcha pulak balik ke India dan bersatu kembali dengan ayah beliau.

Nampak macam takde masalah kan? Macam takde point la orang Islam nak marah novel ni. Jadi kita kena kaji pulak gaya penceritaan dalam novel ni. Ada bahagian dalam novel ni di mana Farishta bermimpi tentang kehidupan Nabi Muhammad (dalam novel ditulis sebagai Mahound, gelaran yang offensive terhadap Nabi Muhammad ketika zaman Perang Salib), bahawa ada sekali tu Nabi Muhammad menerima wahyu yang membenarkan berhala di Mekah untuk disembah, tapi kemudian Nabi Muhammad menidakkan surah tersebut dan mengatakan surah tersebut bukan wahyu daripada Allah tapi akibat gangguan daripada syaitan. Terdapat juga sebuah babak dalam novel yang mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang mendakwa memperoleh wahyu daripada Jibril, dan mengajak orang kampung beramai-ramai berjalan kaki ke Mekah dengan dakwaan yang mereka semua boleh berjalan kaki merentasi Laut Arab tanpa lemas. Walaubagaimanapun, rombongan tersebut berakhir dengan jemaah tersebut tenggelam dan hilang di dalam air laut, dan berlaku konflik di mana orang yang memerhatikan mereka yang tenggelam tertanya-tanya sama ada mereka yang menyeberang telah pun tenggelam ataupun mereka benar-benar mampu menyeberangi laut.

Ada beberapa lagi bahagian dalam novel ni yang dianggap sebagai menghina Islam dan juga Rasul, sebagai contoh Nabi Ibrahim diberi gelaran b*****d kerana meninggalkan isterinya, Siti Hajar dan anaknya Siti Ismail di tengah-tengah padang pasir, dan ketika Nabi Muhammad terlantar sakit sebelum meninggal dunia, dia didatangi oleh Tuhan berhala masyarakat Jahiliah iaitu Latta.

Novel ini diharamkan jualannya di India, dibakar ketika protes di United Kingdom malah mencetuskan tunjuk perasaan ganas di Pakistan akibat isi kandungan novel ini. Tunjuk perasaan ganas di Pakistan menyebabkan fatwa dikeluarkan oleh kerajaan Iran bahawa Salman Rushdie dan penerbit buku tersebut halal dibunuh, malah tawaran wang tunai bagi sesiapa yang mampu membunuh Salman Rushdie masih berkuatkuasa sehingga hari ini. Pada setiap 14 Febuari, kerajaan Iran akan menghantar Valentine Card kepada Salman Rushdie untuk mengingatkan bahawa tawaran untuk membunuh beliau masih lagi berkuatkuasa.

Baiklah, cukup lah serba sedikit tentang kandungan novel ni. Sekarang macam mana kita nak letakkan novel ni, adakah novel ni sebuah karya sastera, ataupun sebuah karya yang menghina Islam?

Dalam Islam, sebarang aktiviti seni, tak kiralah penulisan novel, drama atau filem adalah dibenarkan, asalkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Novel  tulisan Salman Rushdie ni masalahnya, banyak menggunakan offensive words, tu satu hal. Kemudian, babak-babak yang mengaitkan kisah hidup Rasulullah yang diolah atas nama seni, menimbulkan kemarahan orang Islam walaupun kisah tersebut sekadar fiksyen, tapi diolah dalam bentuk yang menghina Rasulullah.

Aku tak tau la apa pegangan agama Salman Rushdie sekarang, tapi buat umat Islam yang lain terutama penggiat seni, kena beringat, tak kira la apa pun karya dan hasil seni yang nak dihasilkan, janganlah sampai menghuru-harakan keadaan. Asalkan ikut apa yang dah digariskan dalam Islam, insha Allah selamat.

p/s teringat novel SHIT tulisan Shahnon Ahmad

Kes bunuh Mona Fendi (Part 29)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

SEBELUM tujuh juri membuat keputusan terhadap ketiga-tiga tertuduh
perbicaraan kes pembunuhan bekas Adun Batu Talam, Datuk idros @ Mohd
Mazlan Idris, Hakim Datuk Mokhtar Sidin menggulung kesnya.
Berikut antara petikan penggulung kesnya.


"TUAN-tuan dan puan-puan para juri.

Sekarang telah tiba masa bagi saya membuat penggulungan. Sebagaimana

yang disedia maklum, perbicaraan telah berjalan lebih daripada tiga bulan

sejak 12 September 1994, sungguhpun perbicaraan sebenar hanya 69 hari.

Pada 12 September 1994, juri berikrar untuk memberikan verdik

(keputusan) yang sebenarnya berasaskan keterangan yang telah diberikan di

perbicaraan ini.telah mendengar keterangan kedua-dua pihak iaitu pihak

pendakwa dan pembela.

Kini kita berada di peringkat terakhir di mana saya dikehendaki

menggulung perbicaraan ini.

Ini juga peringkat juri dikehendaki membuat pertimbangan keputusan dalam

perbicaraan ini.

Inilah masanya juri dikehendaki memenuhi kewajipan seperti yang

diikrarkan dulu.

Sungguhpun saya telah terangkan dengan ringkas
berkenaan dengan kewajipan juri dalam perbicaraan
setelah juri berikrar dulu, namun izinkan saya
terangkan tanggungjawab kita dengan lebih lanjut
lagi.

Kewajipan saya sebagai seorang hakim yang
membuat keputusan atau arahan mengenai
persoalan undang-undang.

Saya hakim dari segi undang-undang manakala juri
adalah hakim dari segi fakta.

Juri bertanggungjawab memutuskan sama ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT)

atau mana-mana daripada mereka bersalah atau tidak, berdasarkan fakta yang

dikemukakan di mahkamah dengan pertimbangan juri.

Untuk mendapatkan keputusan yang wajar, juri hendaklah pertimbangkan

hanya keterangan dan fakta yang dikemukakan di mahkamah.

Juri jangan dipengaruhi apa-apa perkara di luar mahkamah, laporan media

massa, komen di luar mahkamah atau apa cara sekalipun.

Juri adalah bebas untuk membuat keputusan, melahirkan pandangan serta

kesimpulan berdasarkan keterangan yang diberikan dalam mahkamah.

Sekiranya saya memberikan pandangan mengenai saksi, juri boleh mengambil

perhatian mengenai pandangan saya tetapi tidak terikat untuk ikut atau

bersetuju dengan pandangan saya.

Bermakna di sini juri bebas untuk membuat keputusan sendiri mengenai

apa-apa fakta atau keterangan tanpa dipengaruhi pandangan atau pendapat

saya.

Bagaimanapun, ingin saya ingatkan berkaitan
dengan soal undang-undang, juri adalah terikat
dengan apa yang saya kata atau putuskan.

Jika saya katakan bahawa sesuatu itu adalah
undang-undang, juri hendaklah terima kenyataan
itu sebagai salah atau betul.

Juri hendaklah menerimapakai (apply)
undang-undang itu kepada fakta dari

keterangan dalam kes ini.

Saya ingin menerangkan secara ringkas beberapa
prinsip undang-undang jenayah yang perlu diingatkan dan diterima pakai
oleh juri di dalam kes ini.

Adalah menjadi prinsip utama dalam undang-undang jenayah bahawa

seseorang itu dianggap tidak bersalah di sisi undang-undang sehingga

dibuktikan bersalah.

Undang-undang tidak memerlukan OKT (orang kena tuduh) membuktikan
yang ia tidak bersalah dalam mahkamah. Sebaliknya pula, undang-undang '
memerlukan pihak pendakwa membuktikan bahawa OKT adalah bersalah
seperti yang dituduh.

Kewajipan untuk membuktikan sesuatu di sisi undang-undang adalah
disebut sebagai beban (burden) membukti.

Beban membuktikan kesnya melampau sebarang keraguan yang munasabah
di dalam bahasa Inggeris `beyond reasonable doubt' adalah
dipertanggungjawabkan kepada pendakwa.

Undang-undang tidak memerlukan pendakwa membuktikan kesnya hingga ke

tahap 100 peratus sehingga tidak ada sebarang keraguan langsung.

Sekiranya juri setelah menilai semua keterangan
yang dikemukakan dalam perbicaraan ini, juri
masih khuatir sama ada OKT bersalah atau tidak,
maka itu adalah keraguan yang munasabah.

Ini adalah keraguan atau kekhuatiran yang wujud
dan bersemadi dalam pemikiran juri.

Keraguan yang munasabah ini ialah satu-satunya
keraguan yang serius yang menyebabkan juri
teragak-agak mengenai keputusan yang hendak
diberikan.

Keraguan ini hendaklah timbul dari keterangan
yang telah dikemukakan atau pun tidak
dikemukakan dalam mahkamah.

Keraguan inilah bukan keraguan yang tidak nyata
yang hanya wujud dalam fikiran juri yang tidak
ada keterangan yang memadai.

Sekiranya pendakwa telah menghapuskan semua keraguan dalam fikiran
juri, yang saya telah huraikan, maka barulah boleh dikatakan pendakwa
telah membuktikan kes terhadap OKT hingga melampui keraguan yang
munasabah.

Beban pembuktian pembela tidak berat. Kewajipan pembela hanya

menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap OKT.

Pendakwa tidak perlu meyakinkan juri mengenai kes ini.

Adalah memadai bagi pembela mengemukakan cerita OKT dan menimbulkan

keraguan yang munasabah serta mungkin benar. Berikan manfaat kesangsian

kepada pembelaan juri tidak pasti sama ada OKT bersalah atau tidak

berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pembela dan pendakwa.

Juri harus ingat bahawa juri bukan saja bertanggungjawab terhadap OKT

tetapi juga kepada masyarakat dan negara bagi memastikan OKT mendapat

perbicaraan yang adil.

Saya yakin juri dapat menjalankan tanggungjawab sambil menegakkan

keadilan.

Menurut Seksyen 300 Kanun Kesesakan ada lima pengecualian bagi

mengetepikan tuduhan membunuh dengan niat.

Bagaimanapun kelima-lima pengecualian ini tidak diterima pakai dalam kes

ini.

Sekiranya juri berpuas hati pendakwa membuktikan ada rancangan untuk

membunuh si mati (Mazlan) untuk ambil wang maka ia tidak mengambil kira

siapa yang melakukan pembunuhan itu.

Bagi membuktikan ada niat dalam pembunuhan itu pendakwa perlu

membuktikan unsur berikut:

* Bahawa Mazlan mati di antara 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah

malam 8 Julai 1993.

* Bahawa kematian si mati adalah disebabkan perbuatan ketiga-tiga OKT

atas niat bersama.

* Bahawa ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan dengan niat dan

pengetahuan bersama.

Unsur pertama - (antaranya) si mati kali terakhir dilihat berada bersama

OKT 2 berdasarkan keterangan saksi yang dikemukakan di mahkamah oleh

pendakwa.

Keterangan saksi menunjukkan si mati dilihat kali terakhir bersama OKT 2

pada 2 Julai 1993, jam 11 malam sebelum si mati dilaporkan hilang.

Unsur kedua - (antaranya) pendakwa berjaya membuktikan bahawa kematian

si mati berpunca daripada perbuatan ketiga-tiga OKT yang melakukan

pembunuhan dengan niat bersama.

Unsur ketiga - (antaranya) penemuan sijil saham si mati di rumah

tertuduh dan keterangan itu tidak dipertikaian oleh pembela.

Pemberian jam tangan si mati kepada abang OKT 2 menunjukkan OKT 2 berada

di tempat pembunuhan.

Tambahan pula dia sendiri mengaku meniru tandatangan si mati bagi

menukar hak milik si mati.

OKT 3 sendiri ketika dibawa oleh polis ke tempat kejadian pada pagi 22

Julai 1993 telah menunjukkan tempat mayat si mati ditanam dengan muncung

mulut di samping menunjukkan tempat beberapa barang kes ditemui.

Tempat penemuan mayat tidak dipertikaian oleh pembela kerana pendakwa

telah membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT tinggal di rumah berkenaan ketika

pembunuhan berlaku.

Mayat yang ditemui di rumah itu turut disahkan oleh isteri dan sepupu si

mati dengan keterangan sokongan pakar gigi.

Keterangan pakar forensik bahawa kemungkinan si mati ditetak dengan

kapak serta ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat si mati membuktikan

ada niat dalam kes ini.

Pendakwa juga membuktikan bahawa pembunuh si mati mahu wang si mati

kerana sebelum kematian si mati mengeluarkan lebih RM250,000 daripada

beberapa bank dan ini disokong oleh keterangan saksi.

Simpanan wang ketiga-tiga OKT ketika kejadian tidak banyak. Sebelum si

mati hilang mereka ada sekitar RM2,000.

Selepas si mati hilang Affandi dan Mona telah berbelanja besar lebih

RM200,000 dalam masa dua minggu. Juraimi turut dikatakan mendapat

RM15,000.

Kebanyakan not RM1,000 yang dibelanjakan oleh Affandi dan Mona mempunyai

hubungan dengan wang yang dikeluarkan oleh si mati yang kebanyakannya not

RM1,000.

Affandi dan Mona juga berusaha menjual kereta si mati sementara

keterangan saksi turut menunjukkan Affandi berusaha memindahkan harta si

mati dengan mendapat perkhidmatan peguam.

Keterangan keadaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi

turut perlu dipertimbangkan sewajarnya serta teliti. Percakapan beramaran

tidak boleh diambil kira oleh juri kerana ia hanya menyokong.

Juri juga jangan mengambil kira kejadian lain yang terkandung dalam

percakapan beramaran tertuduh kerana seperti yang saya katakan tadi

seseorang yang dituduh itu tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah.

Percakapan beramaran tertuduh tetapi keterangan pendakwaraya semata-mata

untuk menyokong kes mereka.

Juraimi dan Affandi memberikan keterangan membela diri lebih dua minggu.

Juraimi mengaku dia yang menetak si mati. Dia berkata dia tak sedar apa

yang dilakukan dan hanya ikut arahan.

Pembelaan Juraimi adalah tiada niat untuk membunuh si mati tetapi hanya

mengikut arahan. Juraimi berkata, ada rancangan dua minggu sebelum

pembunuhan berlaku.

Affandi berkata, dia menjual tongkat dan songkok kepada si mati dengan

harga RM2.5 juta di mana RM500,000 sudah dibayar manakala bakinya

dijelaskan secara ansuran.

Affandi berkata dia tidak tahu
mengapa Juraimi menetak si mati.

Dia berkata dia seorang yang
hidup mewah, pakai kereta mewah
tetapi

keterangannya tidak disokong.
Jadi timbul persoalan bagaimana
dia memiliki wang yang banyak.
Terpulang kepada juri untuk
membuat andaian mengenainya.

Affandi berkata dia ada simpan
RM400,000 sejak di Petaling
Jaya (pada 1992) tetapi saya hairan kerana adalah tidak logik wang
sebanyak itu dibawa ke sana kemari ketika hidup di beberapa tempat.

Walaupun dia kata ada wang sebanyak itu namun keterangan saksi

menunjukkan dia berhutang untuk membeli keperluan dapur.

Pembela juga gagal mengemukakan keterangan sokongan bagi menunjukkan

Affandi dan Mona hidup senang lenang dan memiliki kereta mewah sedangkan

semua itu dibuktikan dengan mudah sekiranya benar.

Malah dakwaan Affandi bahawa tongkat dan songkok yang dijual kepada si

mati berhikmat tidak disokong oleh keterangan yang diberikan saksi pembela

walaupun saksi pernah terbabit dengan penjualan benda itu kepada beberapa

orang.

Pembela juga mendakwa Affandi dan Mona menjual surat sokongan berharga

di antara RM2,000 dan RM3,000 tetapi gagal mengemukakan keterangan

sokongan bagi menyokong kenyataan itu.

Hanya isteri Affandi, Mona yang memberikan keterangan menyokong

suaminya. Tetapi keterangan itu tiada nilai kerana kebenarannya tidak

dapat ditentukan.

Mona pula memberikan dari kandang tertuduh menyebabkan keterangannya

tidak dapat diperiksa balas bagi membuktikan kebenarannya.

Juri boleh mengeluarkan keputusan berdasarkan tiga keadaan.

Pertama, sekiranya setelah menimbangkan semua keterangan yang

dikemukakan oleh pendakwa dan pembela, juri berpuas bahawa pendakwa telah

membuktikan kesnya terhadap ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT hingga

tidak ada keraguan yang munasabah maka juri hendaklah memberi keputusan

bersalah.

Kedua, sekiranya juri tidak berpuas hati atau berasa ragu-ragu yang

ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT telah melakukan kesalahan mengikut

Seksyen 302 Kanun Kesesakan tidak terjumlah kepada lima pengecualian maka

juri boleh menimbangkan keputusan kesalahan mengikut Seksyen 304 Kanun

Keseksaan.

Ketiga, sekiranya juri berpuas hati bahawa pendakwa telah gagal

membuktikan kesnya atau ada keraguan yang munasabah bahawa OKT yang

menyebabkan kematian si mati, maka juri hendaklah memberikan keputusan

tidak bersalah.

Seterusnya reaksi tertuduh ketika keputusan juri diumumkan...

08 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 28)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


TIMBALAN Pendakwaraya, Zakaria Sam menggulung hujahnya di Mahkamah
Tinggi Temerloh pada 1995.




Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:

"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan

kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."

Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:

1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampir

RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.

2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh

Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.

3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh

pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.

4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.

5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum

kejadian.

6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yang

digunakan dalam pembunuhan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab

dalam pembunuhan itu.


- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahan

Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuat

rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama.

Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.

- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadian

ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi

dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif

Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.

Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan

bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.

Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh,

pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan

Seksyen 30 Akta Keterangan.

Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:

"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang

bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada

mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-

olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."

Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa

maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka

bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.

Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama oleh

ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya

dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.

Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:

- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari

sebelum kejadian,

- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah

sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,

- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat

ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,

- Juraimi akan menetak leher Mazlan,

- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam

lubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.

Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:

"Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan

yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat
oleh seorang daripada mereka

yang menjejaskan dirinya dan beberapa orang
lain itu terbukti, mahkamah

boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi
menentang orang yang lain itu

dan juga bagi menentang orang yang membuat
pengakuan salah itu."

Ini membawa maksud apabila Juraimi
mengaku menetak leher Mazlan di atas

arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi
mengesahkan pembabitannya

dalam rancangan pembunuhan itu boleh
digunakan terhadap Affandi dan Mona

untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.

Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan

beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang

oleh mereka bertiga.

Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancangan

mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadap

Juraimi dan Affandi.

Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untuk

membunuh Mazlan.

Percakapan beramaran Juraimi dan keterangannya di mahkamah jelas

menunjukkan pembabitan Juraimi dalam pembunuhan itu.

Juraimi tahu akan niat Affandi dan Mona untuk membunuh Mazlan bagi

mendapatkan wangnya, tanah dan harta lain yang berharga.

Beliau bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada Affandi dan Mona

dalam melaksanakan rancangan itu.

Menurutnya, perancangan telah dibuat sebulan sebelum kejadian.

Peranannya telah ditetapkan seperti mengasah kapak, menggali lubang,

mendirikan stor, mencari kayu dan tayar buruk.

Dia ditugaskan untuk menetak leher Mazlan hingga putus, mengerat-ngerat

jasad Mazlan, melapah dan seterusanya menanamnya.

Juraimi dengan jelas mengatakan dia telah menetak leher Mazlan tiga kali

untuk memutuskannya. Ini untuk memastikan Mazlan mati seperti dirancangkan

bersama.

Percakapan beramaran Juraimi jelas menunjukkan dia akan menerima habuan

sebanyak RM15,000.

Walaupun Juraimi dalam keterangannya mengatakan dia tidak mempunyai niat

dan sebab serta tidak memperolehi sebarang kepentingan dari segi kewangan

dalam pembunuhan itu, itu tidak relevan.

Dia menyertai rancangan itu dari awal lagi dengan penuh kesedaran.

Katanya, dia diminta bekerjasama dan mengikut saja dan dia mengaku

menetak leher Mazlan. Kapak yang diasahnya dengan tajam itulah yang

digunakan untuk menetak leher Mazlan.

Niat dan motif tidak penting kerana ada keterangan nyata bahawa Juraimi

di atas pengakuannya menetak leher Mazlan.


Dia tahu perbuatannya salah. Apabila sepupu Mazlan datang bertemunya

seminggu selepas kejadian bertanyakan
mengenai Mazlan dia mengaku menjadi

takut dan terus menanam semua
senjata yang digunakan dalam
pembunuhan itu.

Hujah saya, apabila sepupu Mazlan datang
sekali lagi pada 12 Julai 1994

mencari Mazlan dan mengugut untuk
laporkan kepada polis, Juraimi jadi

takut dan ke Kuala Lumpur mencari
Affandi dan Mona, kerana takut rahsia

pembunuhan terbongkar.

Keterangan Juraimi ini dan percakapan beramarannya boleh digunakan

terhadap Affandi dan Mona untuk menunjukkan niat bersama mereka bertiga

untuk membunuh Mazlan. Ini diperuntukkan mengikut Seksyen 30 Akta

Keterangan.

Juraimi dalam keterangan dan percakapan beramaran jelas mengatakan

bahawa rancangan pembunhan Mazlan datang dari Affandi dan Mona.

Mona telah arahkan korek lubang dan Affandi arahkan ikat batu.

Affandi dan Mona asah parang untuk pembunuhan, Affandi menyuruh Juraimi

menunggu Mazlan datang.

Pada 2 Julai 1993 sebelum Mazlan datang pada sebelah malam, Mona telah

memberitahu Juraimi bahawa Mazlan akan bawa banyak duit malam itu dan

telah suruh Juraimi standby untuk pembunuhan.

Keterangan Juraimi, sebulan sebelum kejadian Affandi dan Mona telah

memberitahu rancangan mereka kepada saya.

Apa yang jelas di sini, rancangan membunuh Mazlan telah dibuat oleh

Affandi dan Mona sebulan sebelum Mazlan dibunuh.

Ini memberikan masa yang cukup untuk Affandi dan Mona merencanakan

rancangan mereka dengan rapi.

Mereka menunggu masa yang sesuai iaitu apabila Mazlan membawa duit yang

banyak.

Saya berhujah, Mazlan mengeluarkan wang yang banyak ini bukan untuk

diagihkan kepada penyokongnya, tetapi dibuat ibu duit kerana dia

memerlukan wang yang banyak bagi pemilihan Ketua Bahagian Umno

Ini berasaskan dalam kenyataan saksi pendakwa ketiga, Ramlan Majid yang

tidak menyebut Mazlan mengagih-agih duit pada
malam itu. Encik Gulam ketika menyoal balas Ramlan '
tidak mengemukakan soalan mengenai pengagihan

wang.

Juraimi pula mengatakan dia ada mendengar
Affandi memberitahu Mazlan,

nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

Adalah jelas pada 1 Julai 1993 lagi, Affandi sudah
tahu bahawa pada keesokan harinya Mazlan akan
keluarkan banyak wang.

Dengan itu dia memberitahu Mona pada 2 Julai
1993 sebelum ke Kuala Lumpur supaya beritahu Juraimi untuk bersedia untuk
pembunuhan pada malam

itu.

Mona menyampaikan arahan itu kepada Juraimi sekembalinya dari menghantar

Madiana ke sekolah.

Peranan Mona dalam pembunuhan ini jelas dilihat dari percakapan

beramarannya.

Para 41 mengatakan rancangan pembunuhan itu adalah rancangan pembunuhan

mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada Juraimi

untuk menetak leher Mazlan.

Kemudian dia dan Affandi telah mencuci darah di luar bilik air di

bahagian lantai.

Jadi adalah jelas ada niat bersama dan perancangan di antara mereka

untuk membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993.

Pembelaan Juraimi ialah ketika kejadian dia tidak sedar apa yang

berlaku.

Dia tidak sedar dari tarikh kejadian dan hanya sedar pada 22 Julai 1993

apabila Affandi memegang bahunya.

Hujah saya, cerita Juraimi bahawa dia tidak sedar ketika kejadian

hanyalah rekaannya semata-mata bagi melepaskan diri dari pertuduhan. Ini

berdasarkan alasan berikut:

Perkara dia tidak sedar, tidak ada perasaan, saya khayal semacam sesuatu

masuk ke badan, langsung tidak disebut dalam percakapan beramarannya.

Encik Gulam juga ada bertanya sebanyak dua kali kenapa tak beritahu

polis dalam percakapan beramaran bahawa dia khayal, Juraimi tidak beri

jawapannya.

Kalau inilah pembelaannya adalah mustahil bagi dia tidak menyebutnya

dalam percakapan beramarannya kerana perkara ini amat penting.

Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh mencari Affandi di Tin Mines,

beli cincin dan rantai emas di Kuala Lumpur, bermalam di rumah kawan di

Klang dan ceritakan dengan terperinci kejadian pembunuhan dari awal hingga

akhir.

Juraimi juga mengaku membohongi Penolong Penguasa Mahpop Jaafar ketika

ditanya di mana Affandi dan Mona berada pada 19 Julai 1993. Pembohongan

itu untuk menutup fakta bahawa ketika itu Mazlan telah mati dan

menunjukkan Juraimi sedar apa yang berlaku.

Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh sedar Affandi beri RM180 pada

malam kejadian, Mona beri RM1,000 dan Affandi suruh tambah RM500 pada 8

Julai 1993.

Juraimi juga ingat pesanan Mona RM1,000 untuk makan itik dan RM500 untuk

makannya.

Cerita Juraimi bahawa dia hanya sedar apa yang berlaku setelah Affandi

menyentuhnya di Balai Polis Raub pada 22 Julai 1993 dan memintanya

menceritakan apa yang berlaku adalah rekaan Juraimi kerana:

- Kalau dia tidak sedar, dia tidak akan tahu Affandi menyentuh bahunya.

- Juraimi memutuskan untuk menceritakan pada peringkat ini apa yang

sebenarnya berlaku kerana Affandi telah beritahu polis rahsia pembunuhan

itu.

Jadi, tiada sebab untuknya menyimpan rahsia itu.

- Sebelum Juraimi sedar dia boleh mengingati dengan terperinci di mana

Affandi dan Takbir berdiri dalam bilik di Balai Polis Raub, siapa berada

dalam bilik itu termasuk jarak Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd

daripadanya.

Juraimi juga boleh mengingati dengan jelas telah menetak leher Mazlan

tiga kali kerana dua tetakan pertama leher Mazlan tidak putus.

Juraimi juga melukis kedudukannya, Affandi dan Mona dalam rajah kasar.

Kalau tidak sedar masakan dia boleh ingat dan melukiskan kedudukan itu.

Apakah yang dimaksudkan oleh Juraimi bahawa dia tidak sedar? Adakah dia

tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman? Beban membuktikan bahawa dia

tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman terletak di bahunya.

Pembelaan Affandi dan Mona pada malam itu ketika mereka sedang

memandikan bunga ke atas Mazlan, tiba-tiba Juraimi datang dan tetak leher

Mazlan.

Menurut Juraimi, tidak ada mandi bunga, itu hanya alasan Affandi dan

Mona.

Upacara yang dijalankan pada malam itu ialah upacara membuat ibu duit

untuk menggandakan duit Mazlan kerana:

1. Juraimi ada mendengar Affandi memberitahu Mazlan dalam bilik air,

nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

2. Untuk mandi bunga Mazlan tidak perlu berbaring.

3. Dalam upacara mandi bunga tidak perlu mengeraskan semangat.

4. Tidak perlu Juraimi mengangkut bekas air mandi bunga untuk buang

keluar kerana di bilik air itu ada laluan air.

5. Hanya sekuntum bunga orkid digunakan. Untuk mandi bunga beberapa

jenis bunga digunakan.

Adalah saya berhujah upacara membuat ibu duit malam itu sebenarnya

hanyalah alasan untuk Mazlan disuruh berbaring supaya senang lehernya

1. Besen diletakkan di bawah kepala Mazlan untuk menakung darah yang

keluar dari lehernya supaya tidak keluar melalui laluan air keluar rumah

yang mana akan dilihat orang.

2. Juraimi ada mendengar Mazlan berkata kepada Affandi bahawa dia tidak

tahan mendongak lama-lama. Untuk mandi bunga tidak perlu kepala Mazlan

didongakkan lama-lama kerana air mandian akan masuk ke teling dan hidung.

Ketika berbaring kepala Mazlan diletakkan di atas bendul batu yang agak

tinggi.

Ini akan menyebabkan lehernya terlindung.

Dengan mendongakkan kepala Mazlan di atas bendul yang tinggi leher

Mazlan akan terdedah luas bagi memudahkan Juraimi menetaknya dengan tepat

seperti dirancangkan.

3. Selimut yang diletakkan di bawah badan Mazlan untuk menyerap darah

yang mengalir bagi kurangkan kesan darah.

4. Bilik air itu sempit untuk empat orang. Tanpa perancangan rapi, bukan

mudah untuk Juraimi menetak leher Mazlan.





Jadi keterangan Affandi dan Mona bahawa Juraimi masuk dengan tiba-tiba

menetak leher Mazlan adalah rekaan mereka untuk mengenakan Juraimi

seorang, kerana:

1. Jika benar Juraimi masuk meluru dan menetak leher Mazlan, tangan

Affandi dan Mona akan tertetak sama kerana masa itu Affandi kononnya

sedang mengusap muka Mazlan dan Mona sedang menjirus muka Mazlan.

2. Apabila kepala Mazlan didongakkan dan Affandi menutup mata Mazlan

pada ketika itu Affandi memberi isyarat tangan kepada Juraimi supaya masuk

dan tetak leher Mazlan.

Sementara itu Affandi dan Mona beralih ke belakang untuk memudahkan

Juraimi menetak.

4. Kalau Juraimi meluru masuk dalam keadaan hilang pedoman dia tidak

akan dapat menetak dengan tepat leher Mazlan. Ini menunjukkan ada

perancangan rapi.

5. Keterangan Affandi dan Mona yang mengatakan Juraimi masuk secara

tiba-tiba dan menetak leher Mazlan juga bercanggah dengan percakapan

beramaran Affandi:

"Gondrong bangun dan telah mencapai kapak besar yang berada di tepi

pintu dekat kami mandikan Mazlan dan terus menetak pada halkum Mazlan."

Cerita Affandi yang tidak konsisten ini jelas menunjukkan dia berbohong

mengenai kejadian sebenarnya.

5. Cerita Affandi dan Mona bahawa Juraimi meluru masuk dan seperti orang

hilang pedoman menetak leher Mazlan adalah cerita rekaan mereka berdua

untuk meletakkan beban keseluruhan ke atas bahu Juraimi.

6. Sebelum menetak Mazlan, Affandi ada berpesan kepada Juraimi: "Rong

tetak biar tepat jangan salah tempat, kalau tidak habislah kita." Inilah

perancangan mereka bertiga.

7. Menurut Juraimi, perancangan awal adalah mereka bertiga akan bersama-

sama mengerat badan Mazlan kerana itulah Affandi dan Mona masing-masing

mengasah satu parang. Tapi pada malam kejadian Juraimi seorang yang

mengerat dan melapah daging Mazlan. Mona dan Affndi ke Kuala Lumpur,

tinggalkan Juraimi melakukan kerja itu sendirian.

8. Adalah hujah saya bahawa mayat Mazlan dikerat-kerat dan dilapah

supaya cepat busuk dan senang dihapuskan.

9. Juraimi juga ada bertanya kepada Affandi bagaimana dengan mayat ini.

Affandi jawab, tanya ibu dulu. Affandi keluar dan jumpa Mona, masuk semula

dan berkata, ibu suruh tanam saja. Ini jelas menunjukkan adanya rancangan

niat bersama.

10. Selepas kejadian sebelum ke Kuala Lumpur, Affandi telah memberikan

Juraimi RM180 dan pada 8 Julai 1993 mereka beri Juraimi RM1,500.

Keterangan ini tidak dicabar dan ini menunjukkan ada perancangan

bersama. Kalau Juraimi melakukan pembunuhan itu atas sebab-sebab sendiri,

tidak ada sebab Affandi dan Mona berinya wang itu.

11. Juraimi menafikan dia ada memberitahu Affandi selepas kejadian. Bapa

dan ibu keluar, orang macam ini lebih baik mampus. Ibu bawa adik lari

mana-mana, biar Gondrong tanggung. Ini adalah rekaan Affandi untuk

melepaskan dirinya dan Mona.

Kalau benar Juraimi ada berkata begini, kenapa pula Juraimi hendak

membabitkan mereka berdua?

Jika benar Juraimi ada berkata demikian kenapa Juraimi tidak disoal

dalam soal balas mengenai perkara ini.

Hujah saya bahawa apa yang tercatat dalam percakapan beramaran Juraimi

dan keterangan di mahkamah serta percakapan beramaran Mona mengenai

perancangan dan kejadian pembunuhan adalah perkara sebenarnya berlaku.

Jika pembunuhan itu tidak dirancangkan oleh Affandi dan Mona, tidak ada

sebab untuk Juraimi mengait atau membabitkaan Affandi dan Mona dengan

kejadian itu.

Affandi dan Mona tidak ada mengemukakan sebarang keterangan kepada

mahkamah bahawa Juraimi ada berselisih faham, dendam, sakit hati dengn

mereka untuk menganiayai mereka.

12. Menurut Affandi dan Mona, Juraimi menetak leher Mazlan malam itu

kerana Juriami cemburu dengan Mazlan yang mempunyai hubungan sulit dengan

Noraini.

Ini dinafikan oleh Juraimi dan Noraini.


Dengan ini jelas Affandi dan Mona gagal menimbulkan keraguan munasabah

ke atas kes pendakwaan mengenai pembelaan mereka dalam pembunuhan Mazlan.

Pembelaan Mona. Pihak pendakwa telah membuktikan kepada mahkamah bahawa

Mona telah memberi percakapan beramaran kepada Takbir pada 14 Ogos 1993

dan mahkamah memutuskan percakapan itu diberi secara sukarela dan diterima

sebagai barang kes.

Dalam percakapan itu, Mona menjelaskan akan rancangan pembunuhan Mazlan

oleh mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada

Juraimi untuk menetak leher Mazlan dan dia kemudian telah mencuci darah di

luar bilik air.

Menurutnya, tujuannya dan Affandi kembali ke Ulu Dong pada 8 Julai 1993

untuk memeriksa ke atas rumah dan Gondrong tentang kematian Mazlan.

Mona telah memilih memberi penyataan dari kandang tertuduh.

Apa pembelaannya? Hanyalah penafian semata-mata.

Mona telah menafikan memberi percakapan kepada Takbir. Dalam

kenyataannya Mona tidak langsung memberi penjelasan jika dia tidak

terbabit dalam rancangan pembunuhan kenapa tidak laporkan kejadian itu

atau menasihatkan Affandi laporkan kepada polis.

Mona juga tidak menjelaskan kepada mahkamah selepas menyaksikan satu

pembunuhan ngeri dan dalam keadaan terkejut dan tergamam, Mona boleh

membeli kereta mewah tujuh atau 8 jam selepas pembunuhan, membeli-belah

barang kemas dan perabot, menyanyi di music lounge Hotel Park Royal dan

menjalani pembedahan plastik.

Tindak tanduk atau kelakuannya bukanlah kelakuan orang yang munasabah.
Selanjutnya keputusan juri dan penghakiman.  

Kes bunuh Mona Fendi (Part 27)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


HANYA orang tidak siuman akan melakukan pembunuhan ngeri
ke atas Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris yang dipotong kepada
18 bahagian.

Peguambela Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan berkata, mengikut
keterangan Juraimi ketika melakukan pembunuhan itu, dia tiada
perasaan, hilang akal dan seperti sesuatu masuk ke dalam
badannya.

Katanya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau
Mona Fandey dalam keterangan mereka pula menyatakan Juraimi
seperti orang hilang pedoman dengan giginya terkancing ketika
pembunuhan itu.





"Adakah di sini hendak dinyatakan
kemungkinan Juraimi tidak
siuman ketika itu?

"Di sini, saya meminta pihak juri
memberi perhatian terhadap
perkara ini," katanya ketika
menggulung hujahnya di Mahkamah
Tinggi Temerloh pada 1995.

Menurutnya, hanya pakar atau
psiktrik yang dapat menentukan
keadaan Juraimi.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada
keterangan menyokong
bahawa Juraimi tidak siuman atau
tidak sedar seperti dalam
keterangannya.

Peguambela Affandi dan Mona itu juga mempersoalkan
mengapa peguambela Juraimi tidak mengemukakan laporan
mengenai keadaan tertuduh pertama yang diarah menjalani
rawatan sakit jiwa di Hospital Kuantan, Oktober 1994.

Pada soalan ini, peguambela Karam Singh Bhal bangun
membantah dan berkata, perkara itu telah diberitahu kerana
Hospital Kuantan tiada kemudahan untuk menjalankan rawatan
itu.

Ikmal Hisam Idris kemudian menambah, tujuan Juraimi dihantar
ke hospital itu bukan untuk menentukan sama ada dia siuman
atau tidak, tetapi bagi menguji tahap IQnya.

Gulam yang tidak puas hati dengan jawapan itu kemudian
menyoal, mengapa tiada laporan mengenainya.

Pada peringkat itu, Hakim Datuk Mokhtar Sidin berkata, perkara
itu telah diperjelaskan kepada semua peguambela dan timbalan
pendakwaraya di kamarnya.

Gulam kemudian berkata tiada laporan mengenainya.

Hakim kemudian menjawab dengan nada marah: "Encik Gulam
jangan berlagak, berlakon. Saya panggil semua orang dalam
kamar saya dan jelaskan perkara itu.

"Saya kurang senang dengan kenyataan Encik Gulam, seolah-olah
Encik Gulam diabaikan, tidak diberitahu langsung mengenainya."

Gulam kemudian berkata: "Maksud saya, mengapa tiada ada
susulan pemeriksaan itu."

Ikmal kemudian bangun dan berkata: "Kami meminta mahkamah
supaya pemeriksaan itu tidak diteruskan."

Peguambela Affandi dan Mona seterusnya berhujah.





Yang Arif dan juri, seperti yang telah saya katakan sebelum ini,
sejauh mana kita hendak mempercayai keterangan Juraimi Husin.

Ini terletak kepada keterangannya di mahkamah dan rakaman
percakapan beramarannya yang menjadi barang kes.

Untuk menentukan kewibawaan Juraimi, saya membawa juri
kepada beberapa perkara mengikut keterangannya di mahkamah
dan rakaman percakapannya.

Dalam percakapan beramarannya, Juraimi ada memberitahu:
"Lebih kurang seminggu sebelum pembunuhan, Haji Fendi (Affandi)
telah beritahu saya supaya siap buat Datuk."

Dalam keterangannya, Juraimi berkata cadangan itu datang
daripada Mona dan Affandi yang suruh buat persiapan.

Apabila disoal balas oleh saya, Juraimi berkata, bukan Mona
tetapi Affandi yang arahkan.

Di sini, menimbulkan satu keraguan yang mana kita hendak
pakai bagi membuat keputusan. Versi yang mana satu yang
betul.

Juraimi telah bercakap bohong. Di sini, dia tidak bercakap
betul dan ini menimbulkan keraguan terhadap Affandi dan Mona.

Dalam keterangan di mahkamah, Juraimi berkata: "Saya tidak
ada apa-apa rancangan dibuat olehnya. Affandi dan Mona tidak
berbincang dengan saya dan saya sendiri tidak tahu."

Dalam percakapan beramaran, Juraimi kata: "Semuanya telah
dirancang."

Ini adalah satu perancangan yang hebat dan saya minta juri
mengambil kira perkara ini sedalam-dalamnya.

Pihak juri perlu memberi penilaian terhadap perkara ini dengan

membandingkan percakapan beramaran dan keterangan Juraimi
di mahkamah.

Bolehkah kita korbankan dua nyawa (Affandi dan Mona) dengan
hanya mendengar keterangan daripada Juraimi?


Dalam keterangan mahkamah, pihak pendakwa bergantung
semata-mata kepada keterangan Juraimi (pengakuan pembunuhan
Mazlan dan rancangan membabitkan Mona dan Affandi).

Saya berani berkata tanpa keterangan Juraimi, tiada keterangan
kuat atau prima facie bagi pihak pendakwa.

Dalam keterangan Juraimi ada berkata Affandi mengambil selimut
dan bantal ke bilik air.

Dalam percakapan beramarannya pula, Juraimi kata Mona ambil
selimut dan bantal ke bilik belakang.

Lihatlah juri, percanggahan ini. Ini adalah satu lagi untuk kita
menguji sejauh mana kewibawaan keterangan Juraimi. Hendakkah
kita percaya keterangan Juraimi untuk korbankan dua nyawa.

HAKIM: Encik Gulam, jangan cakap untuk korbankan nyawa.
Kita belum buat sebarang keputusan lagi.

(Gulam kemudian mengemukakan beberapa fakta dalam
keterangan dan percakapan Juraimi yang bercanggah).

Affandi dan Mona telah menafikan bahawa mereka memberi
arahan kepada Juraimi (untuk melakukan pembunuhan itu).

Yang Arif dan juri, saya ingin membawa kembali kepada perkara
tidak sedar yang dibangkitkan oleh Juraimi ketika saya menyoal
balasnya.

Juri, jika Juraimi tidak sedar bagaimana dia sedar ketika
menerima arahan.

Di sini tiada niat bersama. Di mana kedudukan niat bersama.

Di sini, sukar untuk dinilai keadaan tidak sedar, hanya pakar
dan psiktrik yang dapat membantu kita di sini (untuk menentukan
keadaan Juraimi).

Tapi, kita tidak mendapat perkhidmatan mereka untuk
menolong kita.

Juraimi kata dia tidak sedar dua minggu sehingga disentuh oleh
Affandi pada 22 Julai 1993.

Mengapa Juraimi tidak disentuh sekarang supaya Juraimi tidak
boleh berkata apa-apa mengenai pembunuhan itu.

Kalaulah Affandi dan Mona mempunyai kuasa seperti itu sudah
itu mereka menggunakan kuasa itu pada bila-bila masa.

Di sini, saya meminta juri berfikir, ini adalah sesuatu perkara
yang pelik sekali.


Adakah pengakuan Juraimi itu
benar. Itu yang juri perlu fikirkan
dengan teltiti tanpa keterangan
pakar dan psiktrik.

Peguambela Juraimi yang
bijaksana telah mencadangkan,
Juraimi diberi minum segelas
air jampi sebelum pembunuhan
supaya Juraimi menurut
arahannya. Affandi berkata tidak.

Ini satu tuduhan yang
dilemparkan kepada Affandi,
yang mana
tidak berasas sama sekali.

Jika Juraimi tidak sedar ketika melakukan pembunuhan,
bagaimana dia boleh sedar ketika Affandi menyentuh badannya?

Ini semua cerita dongeng dan karut, alasan yang tidak berasas
dan tidak boleh diterima sama sekali.

Perkara tidak sedar dan diberi air jampi tidak timbul langsung
dalam percakapan beramaran Juraimi. Ini fakta, bukan saya
merepek di sini.

Mengapa tidak sebut kerana perkara ini tidak berlaku langsung. Ini

adalah rekaan yang datang daripada pembelaan Juraimi.

Apabila saya soal balas mengapa tidak sebut, Juraimi berkata
dia terlupa, tak ingat.

Saya katakan perkara tidak sedar dan disentuh ini, sengaja
diada-adakan untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam keadaan tidak sedar, Juraimi boleh menetak tepat
ke leher Mazlan.

Jika dalam keadaan tidak sedar Juraimi menetak leher Mazlan,
tentu Affandi dan Mona sudah habis.

Juraimi hentam saja, tetak di mana-mana tubuh Mazlan, tak
perlu tumpu pada leher.

Di sini saya mahu juri membuat pertimbangan kerana keterangan
Juraimi bahawa dia tidak sedar datang dari dirinya sendiri. Tiada
keterangan sokongan seperti daripada pakar atau psiktrik.

Sudah tentu jika dia tidak sedar, Juraimi akan tetak
di mana-mana. Ini tidak, jasad dipotong kepada 18 bahagian,
lebih bijak dari pakar bedah atau tukang potong daging.

Affandi ada berkata: "Kita semua habis." Affandi berkata
demikian dengan secara spontan kerana perbuatan Juraimi, kami
semua terbabit.

Dalam keterangan Affandi, dia ada berkata Juraimi berkata
kepadanya: "Bapa dan ibu hanya ada, tapi saya yang buat."

Ini bermakna kejadian pembunuhan itu telah berlaku tanpa niat
bersama oleh Affandi dan Mona.

Percakapan beramaran Affandi telah diambil pada 23 Julai 1993,
sehari selepas ditahan polis.

Affandi tidak mempunyai masa
untuk mereka-reka cerita ketika
memberi percakapan beramaran
itu.

Jadi apa yang berlaku ke atas
Affandi dan Mona seperti yang
diceritakan dalam percakapan
beramaran itu adalah benar.

Tiap-tiap alasan pihak pembela
ialah Juraimi tidak sedar, tanpa

keterangan menyokong.

Alasan yang diberikan Juraimi
adalah sesuatu untuk
membebaskan dirinya sendiri.

Kalaulah dengan menggunakan
taktik ini dan telah menerima
arahan dia tidak bersalah dan
dibebaskan, tidak selamat kita
semua. Juraimi boleh

melakukannya lagi dan menggunakan taktik yang sama.

IKMAL: Yang Arif, tuduhan itu tidak adil.

HAKIM: Encik Gulam, berlaku adil.

GULAM: Dalam keadaan sama ada Juraimi sedar atau tidak,
sama ada dia siuman atau tidak, mahukah juri sama sekali
percaya dengan keterangannya, mahukah mengorbankan
kedua-dua nyawa (Mona dan Affandi).

HAKIM: Bagaimana dengan nyawa tertuduh pertama?

GULAM: Mahukah juri korbankan ketiga-tiga nyawa, jika betul
Juraimi tidak sedar.

Oleh sebab tiada keterangan sokongan atau bukti dari pakar
dan psiktrik, kita tidak boleh terima keterangan Juraimi.

Pihak pendakwa gagal membuktikan satu kes pembunuhan
terhadap Affandi dan Mona tanpa sebarang keraguan.

Sekarang saya pergi kepada motif pembunuhan. Kita tidak ada
satu pun keterangan bahawa Affandi dan Mona telah mengambil
wang milik Mazlan yang ditunaikan pada 2 Julai 1993.

Pihak pendakwa cuba mengaitkan pembelian barang kemas,
perabot dan kereta oleh Affandi dan Mona dengan
wang RM298,850 yang ditunaikan oleh Mazlan pada hari itu.

Kita tidak ada bukti sama ada wang yang dibayar oleh Affandi
dan Mona untuk pembelian barang itu diambil dari Mazlan.

Di sini kita tidak boleh kata motif Affandi dan Mona beri
arahan kepada Juraimi supaya membunuh Mazlan kerana wang.

Sebaliknya Affandi dan Mona memang mempunyai wang
RM400,000 sejak tinggal di Petaling Jaya (pada 1992)
dan RM500,000 lagi cengkeram penjual tongkat, songkok dan
azimat kepada Mazlan.

Keterangan ini tidak dipatahkan oleh mana-mana pihak

Berkaitan dengan RM298,850, wang itu telah diagih-agihkan
kepada ahli Umno ketika mesyuarat oleh Mazlan secara sulit
pada malam kejadian terbabit.

Pendakwa tidak ada keterangan yang mereka menggunakan
duit Mazlan.

Angka-angka itu diberikan oleh pegawai-pegawai bank yang
memberi keterangan di mahkamah.

Kita juga mempunyai cukup keterangan Affandi dan Mona hidup
mewah. Ini berdasarkan keterangan Mona dan Affand sendiri,
serta abang Mona, Tengku Yahya Tengku Abdullah dan abang
Affandi, Azmi.

Mengenai mengapa Affandi dan Mona tinggal di rumah buruk
di Tanjung Lumpur, Kuantan, itu tidak menjadi persoalan.

Itu terpulang kepada budi bicara seseorang, ada orang tidak
suka menunjuk-nunjuk. Orang kampung pun tidak
menunjuk-nunjuk, tapi ada banyak harta.

Begitu juga dengan mengapa mereka ada kereta kecil. Itu juga
terpulang kepada budi bicara.

Bagi mereka cukup hidup mewah dengan tinggal dan makan
di hotel-hotel.
Affandi dan Mona tidak rancang untuk membunuh Mazlan, jika
mereka rancang sudah tentu Affandi tidak mahu mendedahkan
dirinya pada hari pembunuhan itu.

Affandi mengikuti Mazlan ke Kuala Lumpur, jumpa adik Mazlan,
jumpa anak bekas Menteri Besar, pergi mesyuarat Umno dan
jumpa ahli-ahli Umno.

Jika mereka merancang untuk bunuh Mazlan sudah tentu
Affandi tidak mendedahkan dirinya kepada orang ramai.

Tiada keterangan menyatakan Juraimi dipaksa atau diugut
supaya membunuh Mazlan.

Tiada keterangan Affandi dan Mona mengambil bahagian dalam
pembunuhan itu, mereka berada di situ cuma untuk menjalankan
upacara mandi bunga.

Saya katakan bagi pihak pembela Affandi dan Mona telah
menimbulkan keraguan. Mereka tidak berniat bersama untuk
membunuh Mazlan.

Mereka tidak harus didapati bersalah mengikut Seksyen 302.
Mereka harus dilepas dan dibebaskan.

Sekian hujah saya.

Lepas ni hujah pendakwa.