30 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 14)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri dalam perbicaraan kes peembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi temerloh pada 1994.Pada posting sebelum ini, Juraimi berceritapanjang lebar mengenai pembabitannya dalam pembunuhan Mazlan. Juraimi disoal peguambelanya Karam Singh Bahl :Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?

JURAIMI: Selepas kunci rumah, saya masuk ke bilik air dan  ambil satu basin. Saya kemudian kumpulkan tulang dan daging (jasad Datuk Mazlan) dalam basin itu.

KARAM: Boleh ingat berapa keping?

JURAIMI: Ketika itu tak ingat berapa keping.

KARAM: Apa buat dengan tulang dan daging dalam basin itu?

JURAIMI: Saya ke belakang, ke bilik stor dan terus curahkan tulang dan daging itu ke dalam lubang (yang sudah siap digali).

KARAM: Ada Juraimi tutup lubang itu (selepas masukkan tulang dan daging)?

JURAIMI: Ada, saya kambus balik.

KARAM: Apa Juraimi buat selepas itu?

JURAIMI: Saya kemudian masuk bilik air itu dan ambil kain, blanket, bantal dan pakaian Datuk yang mempunyai kesan darahSaya kemudian terus ke belakang rumah dan membakarnya. Selepas itu, saya cuci bilik air dan apabila semuanya siap saya mandi.

KARAM: Bila Juraimi simen lubang itu?

JURAIMI: Pada keesokan harinya (3 Julai 1993).

KARAM: Kejadian dalam rumah itu habis jam berapa?

JURAIMI: Apabila saya hendak tidur, saya lihat jam pukul
1.30 pagi.

29 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 13)

AKU nak sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994.

Cerita ini ada aku ceritakan dalam posting yang lalu. Tetapi yang ini lebih terperinci. Aku kena buat transkrip percakapan mereka dalam mahkamah. Bayangkan berapa panjang mereka cakap. Kalau terlaju cakap terkial-kial aku nak 'figure out' apa benda dia cakap. Kalau salah catat, pembaca pun dapat maklumat salah.
Tapi aku ada cara sendiri, minta rujukan catatan peguambela atau pendakwa raya. Kadang kala mereka pun kelabu asap. Pinjam nota aku.Cara terakhir minta rujukan nota hakim. Part ni selalunya berat sikit - kena tahan telinga dan tebalkan muka - dengar 'syarahan' hakim dulu. Dah kerja nak buat macam mana.

Bukan itu aja perbuatan dan riak wajah mereka pun kita kena perhatikan. Dia senyum ke, menangis ke, ketawa ke, marah ke - semua kena 'dirakamkan'. Nampak macam real sebab pembaca tak tahu apa yang berlaku dalam mahkamah.

Berikut adalah petikan keterangan dalam kes pembelaan diri tertuduh ketiks disoal peguambelanya, Karam Singh Bahl (dia ni tak ada kena mengena dengan Karam Singh Wariar - betul ke eja nama dia. Juraimi dalam keterangan di mahkamah menceritakan dari mula dia mengenali pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hingga kepada pembunuhan Mazlan.

KARAM: Pada Hari Raya Puasa tahun lalu (25 Mac 1993), bolehkah Juraimi beritahu apa yang berlaku?

JURAIMI: Raya ke berapa?

KARAM: Raya keempat.

JURAIMI: Kami (termasuk Affandi, Mona dan anak mereka, Mazdiana Affandey) berpindah ke (Kampung Peruas), Ulu Dong,Raub.

KARAM: Dari Tanjung Lumpur, Kuantan ke Ulu Dong?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Siapa yang rancang perpindahan itu?

JURAIMI: Rancangan Affandi.

KARAM: Ada Affandi bincang mengenai rancangan itu denganJuraimi?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi kata hendak pindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong.

KARAM: Affandi beritahu atau berbincang dengan Juraimi?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa sebab hendak pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Untuk beramal.

KARAM: Beramal untuk siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang cadang pindah ke Ulu Dong?

JURAIMI: Affandi yang cadang untuk berpindah ke Ulu Dong.Dia hendak cari tempat sesuai untuk beramal kepada Datuk (Mazlan).

KARAM: Siapa yang pilih Ulu Dong? Mengapa tidak pilih tempat lain?

JURAIMI: Tempat itu sesuai.

KARAM: Untuk siapa?

JURAIMI: Untuk Affandi (pada jawapan ini Mona yang diam sejak Juraimi memberi keterangan mulai jam 9.54 pagi tersenyum).

KARAM: Tahukah Juraimi, tanah di Ulu Dong tanah siapa?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Bagaimana tahu?

JURAIMI: Datuk Mazlan yang beritahu sendiri.

KARAM: Kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi.

KARAM: Adakah Datuk rancang apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya ikut saja.

KARAM: Juraimi ikut siapa?

JURAIMI: Saya ikut Affandi, dia kata pindah, saya pindahlah.

KARAM: Ketika berpindah ke Ulu Dong, ada rumah di situ?

JURAIMI: Langsung tiada rumah.

KARAM: Pada mulanya, tiada rumah, hidup mana-mana?

JURAIMI: Kami tinggal dalam khemah.

KARAM: Semua keempat-empat orang tinggal dalam khemah?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Berapa lama tinggal dalam
khemah?

JURAIMI: Sebulan lebih.

KARAM: Selepas sebulan apa berlaku?

JURAIMI: Saya buat sebiji (sebuah) rumah.

KARAM: Bahan binaan untuk mendirikan rumah, siapa yang beli?

JURAIMI: Affandi dan Mona.

KARAM: Siapa yang keluarkan duit untuk membeli bahan-bahan itu?

JURAIMI: Di antara dua, kalau tak Affandi, Monalah.

KARAM: Ketika rumah itu dibina, ada Datuk Mazlan datang tengok?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan tengok Juraimi mendirikan rumah,
ada dia bercakap apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia hanya cakap dengan Affandi dan Mona.

KARAM: Setiap kali Datuk Mazlan datang ke situ, dia cakap dengan siapa?

JURAIMI: Cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Setiap kali Datuk datang ke situ, ada cakap dengan Juraimi?

JURAIMI: Ada juga (ketika ini kedengaran Mona terbatuk).

KARAM: Sila beritahu mahkamah, apa yang Datuk Mazlan cakapkan kepada Juraimi?

JURAIMI: Datuk bertanya bila rumah nak siap.

KARAM: Selain itu ada Datuk Mazlan merancang dan berbincang
apa-apa dengan Juraimi?

JURAIMI: Dia bincang dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Ada Juraimi terbabit dalam perbincangan itu?

JURAIMI: Tiada, saya sibuk dengan kerja saya.

KARAM: Ada Datuk Mazlan tolong Juraimi mendirikan rumah itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Mona dan Affandi ada tolong?

JURAIMI: Tolong naikkan siling rumah.

KARAM: Berapa lama bahagian dinding, lantai dan bumbung
siap?

JURAIMI: Satu bulan lebih.

KARAM: Apabila rumah siap, ada Datuk Mazlan datang. Apabila datang dia cakap dengan siapa?

JURAIMI: Ada, Datuk cakap dengan Mona dan Affandi.

KARAM: Biasanya berapa kali Datuk Mazlan datang ke rumah itu?

JURAIMI: Setiap minggu datang ke rumah itu.

KARAM: Hari apa Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Kadang-kadang pada hari minggu (Ahad) atau Sabtu.

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang, dia cakap dengan Mona dan Affandi.

Adakah pada bila-bila masa, Juraimi mendengar perbualan mereka?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu tujuan Datuk Mazlan ke rumah itu?

JURAIMI: Tujuan Datuk ke rumah itu, saya tak tahu.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan meminta ubat daripada mereka?

JURAIMI: Ada juga.

KARAM: Ubat apa, terangkan kepada mahkamah.

JURAIMI: Ubat dia macam serbuk.

KARAM: Mengapa Datuk meminta ubat itu, ada Juraimi tahu?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Berkenaan dengan pendawaian, nama dalam bil
cagaran untuk mendapatkan bekalan elektrik atas nama siapa?

JURAIMI: Atas nama saya.

KARAM: Siapa yang bagi wang untuk membayar cagaran itu?

JURAIMI: Mona bagi.

KARAM: Dari mana Mona mendapat duit itu?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ketika di rumah di Ulu Dong, ada Juraimi dengar sesiapa minta wang daripada Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Siapa?

JURAIMI: Mona meminta wang daripada Datuk.

KARAM: Ada dengar berapa banyak?

JURAIMI: RM5,000.

(Peguambela Mona dan Affandi, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan, bangun untuk membuatteguran).

GHULAM: Jika boleh saya berharap Encik Karam tidak membimbing saksi untuk menjawab soalan.

HAKIM: Saya tidak nampak begitu. Ada soalan yang tidak difahami saksi dan perlu diterangkan oleh peguambela.

KARAM: Ada Juraimi nampak sesiapa memberi wang kepada Mona?

JURAIMI: Ada, arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Ada Juraimi tahu, berapa banyak?

JURAIMI: Tahu, RM5,000.

(Juraimi kemudian ditunjukkan bil cagaran mendapatkan bekalan elektrik).

KARAM: Bil ini adalah bil Tenaga Nasional Berhad untuk bayaran cagaran mendapatkan bekalan elektrik. Nampak berapa jumlah yang dicatatkan di situ?

JURAIMI: RM200.

KARAM: Duit RM200 itu, adakah Juraimi minta daripada Datuk Mazlan?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Siapa yang bagi duit itu kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona.

KARAM: Selepas Mona terima RM5,000, lebih kurang dua minggu selepas itu, apa yang berlaku?

JURAIMI: (Juraimi terdiam seketika seolah-olah berfikir sesuatu dan menjawab)...selepas terima wang, Datuk ada datang pada 1 hari bulan malam (1 Julai 1993).

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan ke rumah itu, ada apa-apa berlaku di rumah itu. (Juraimi hanya berdiam dan tidak menjawab soalan itu, dan Karam kemudian menyoal lagi).

KARAM: Lebih kurang seminggu sebelum Datuk Mazlan datang ke rumah itu, ada apa-apa persiapan dibuat di rumah itu?

JURAIMI: Ada.

(Ghulam bangun sekali lagi membantah cara Karam menyoal Juraimi kerana menyifatkan peguambela itu membimbing tertuduh pertama untuk memberi jawapan).

HAKIM: Saya faham maksud Encik Ghulam, tapi saksi tak faham soalan itu.

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan untuk kejadian itu (pembunuhan Datuk Mazlan).

(Juraimi kemudian memberitahu mahkamah bahawa Datuk Mazlan datang ke rumah pada 2 Julai 1993 bukan 1 Julai 1993 seperti yang diberitahunya sebelum ini).

KARAM: Apa persiapan itu?

JURAIMI: Persiapan seperti lubang, stor...

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Kapak, parang, kayu, tayar.

KARAM: Lagi.

JURAIMI: Cukup.

KARAM: Persiapan itu dibuat atas arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Persiapan itu atas cadangan siapa?

JURAIMI: Cadangan Affandi dan Mona.

KARAM: Ada kamu mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai persiapan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada mereka berbincang dengan Juraimi untuk menjayakan rancangan itu?

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Ada Juraimi tahu apa yang akan berlaku?

JURAIMI: Saya sendiri tak tahu.

KARAM: Ada Juraimi korek lubang?

JURAIMI: Ada, atas arahan Mona.

KARAM: Ikat batu pada dinding, arahan siapa?

JURAIMI: Atas arahan Affandi.

KARAM: Ada arahan lain daripada Affandi?

JURAIMI: Affandi suruh saya asah kapak.

KARAM: Tahu siapa asah parang?

JURAIMI: Ada dua parang, satu Mona asah dan satu lagi Affandi asah.

KARAM: Selepas kapak dan parang diasah, ada rancangan dibuatbersama Juraimi?

JURAIMI: Tiada. Saya hanya mengikut arahan Affandi.

KARAM: Apa arahannya?

JURAIMI: Seperti semua tadi, korek lubang, sediakan kayu, kapak, tayar.

KARAM: Berkenaan Datuk Mazlan, ada arahan untuk dia?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bagaimana?

JURAIMI: Affandi suruh saya tunggu Datuk datang.

KARAM: Ada Datuk Mazlan datang?

JURAIMI: Ada pada 2 hari bulan tujuh (2 Julai 1993).

KARAM: Apa jadi pada Datuk Mazlan pada malam itu?

JURAIMI: Pada lebih kurang jam 10 malam lebih, Datuk tiba di rumah itu dengan Affandi.

KARAM: Mereka datang dengan apa?

JURAIMI: Dengan kereta Datuk.

KARAM: Pada masa itu, di rumah ada berapa orang?

JURAIMI: Ada tiga orang.

HAKIM: Siapa?

JURAIMI: Saya, Mona dan Mazdiana.

KARAM: Sebelum Datuk Mazlan datang, ada sesiapa memberi arahan kepada Juraimi?

JURAIMI: Mona arahkan saya supaya standby (siap sedia) sebelum Datuk datang.

KARAM: Standby untuk apa?

JURAIMI: Untuk kejadian.

KARAM: Kejadian apa?

JURAIMI: Satu pembunuhan(ketika Juraimi memberikan jawapan ini jam di dinding mahkamah menunjukkan jam 12.08 tengah hari).

KARAM: Ketika Datuk Mazlandatang ke rumah itu dengan Affandi, siapa yang masuk dahulu ke dalam rumah?

JURAIMI: Apabila mereka tiba,saya buka pintu pagar.

KARAM: Siapa yang memandu
kereta itu?

JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan.

KARAM: Siapa yang masuk dahulu dalam rumah?

JURAIMI: Affandi.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

KARAM: Apa Datuk Mazlan buat?

JURAIMI: Apabila Datuk masuk, Mona kata kepadanya: "Abang
(Affandi) ada menunggu dalam bilik itu"

KARAM: Ada Datuk Mazlan bawa
apa-apa?

JURAIMI: Satu briefcase.

KARAM: Ada nampak dia beri
briefcase itu kepada siapa?

JURAIMI: Tidak nampak.

KARAM: Ada Datuk Mazlan beri
briefcase itu kepada Juraimi atau
Juraimi memintanya daripada
Datuk Mazlan.

JURAIMI: Tiada.

KARAM: Juraimi tahu apa Affandi
buat dalam bilik itu?

JURAIMI: Sebab dia nak buat ibu
duit, ilmu duit (Affandi yang
duduk di kandang tertuduh dan tekun
mendengar keterangan
Juraimi tersenyum).

KARAM: Ketika Mona berkata: "Abang ada menunggu dalam
bilik,"
Juraimi ada dengar?

JURAIMI: Dengar.

KARAM: Apa berlaku selepas itu?

JURAIMI: Datuk masuk dalam bilik Affandi.

KARAM: Adakah Datuk Mazlan pernah masuk bilik itu?

JURAIMI: Tak pernah.

KARAM: Ketika Datuk Mazlan masuk bilik itu, Juraimi ada
di mana?

JURAIMI: Di bahagian dapur.

KARAM: Berapa jauh dapur dengan bilik air?

JURAIMI: Tidak jauh.

KARAM: Boleh Juraimi dengar perbualan dalam bilik itu (Affandi
dan Mazlan berada)?

JURAIMI: Tak boleh dengar.

KARAM: Dari tempat Juraimi berdiri, boleh nampak mereka?

JURAIMI: Tak nampak sebab ada pintu.

KARAM: Ada nampak mereka berdua keluar?

JURAIMI: Affandi keluar dahulu, kemudian Datuk.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Mona ada bertanya kepada Datuk sama ada dia ada
membawa kain atau tidak. Datuk jawab, ada bawa kain, ada
dalam kereta.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar selepas itu?

JURAIMI: Datuk Mazlan kemudian keluar untuk mengambil kain.

KARAM: Apa jadi kemudian?

JURAIMI: Selepas itu Affandi membuka baju dan terus pakai
kain.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Affandi terus mengambil satu blanket (selimut) terus
masuk bilik air dan membawa dua biji bantal (Affandi sekali lagi
kelihatan tersenyum mendengar keterangan ini).

KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang ke rumah, apa dia buat?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk, dia memetik bunga orkid
di luar rumah.

KARAM: Datuk Mazlan bagi pada siapa?

JURAIMI: Datuk pegang dan kemudian beri pada Mona.

KARAM: Apa berlaku seterusnya?

JURAIMI: Sebelum Datuk masuk bilik air, Mona suruh buka baju
dan seluar dan pakai kain saja...kecuali seluar dalam. (Mereka
yang berada dalam mahkamah ketawa berderai).

KARAM: Ada sesiapa yang suruh Datuk Mazlan masuk bilik air?

JURAIMI: Mona suruh.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Saya bangun ke dapur.

KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar dari bilik air?

JURAIMI: Tidak.

HAKIM: Bilik air mana?

JURAIMI: Bilik air yang Datuk masuk.

HAKIM: Ketika itu Affandi di mana?

JURAIMI: Dalam bilik air.

KARAM: Selepas itu?

JURAIMI: Selepas itu, Mona, Affandi dan Datuk ada dalam bilik
air.

KARAM: Ada dengar apa-apa?

JURAIMI: Saya mendengar Affandi berkata kepada Datuk...
(terdiam).

KARAM: Cerita depan Yang Arif.

JURAIMI: (Affandi kata) Datuk baring, nanti ada suara ghaib
berkata, duit sebanyak ini jatuh. (Mona tersenyum mendengar
cerita Juraimi).

KARAM: Apa jadi.

JURAIMI: Sebelum baring, Datuk ada cakap: "Saya tidak boleh
tahan dongak lama-lama."

KARAM: Datuk cakap kepada siapa?

JURAIMI: Kepada Affandi dan Affandi menjawab: "Sekejap aje."

KARAM: Jadi Datuk Mazlan terus baring?

JURAIMI: Datuk terus baring.

KARAM: Ada lampu pada masa itu?

JURAIMI: Lampu elektrik dipasang di bilik air. Ada lilin.

KARAM: Selepas itu apa berlaku?

JURAIMI: Datuk sudah baring, Mona ada meletakkan bunga
pada dahi Datuk. Affandi duduk sebelah Mona dan ketika duduk
Affandi menutup mata Datuk dengan tangannya. Selepas ditutup,
Affandi nampak lampu cerah dan tutup.

Kemudian nyalakan lilin. Setelah lampu padam dan lilin
dinyalakan, Affandi duduk balik di sebelah Mona. Setelah itu,
Affandi menutup semula mata Datuk dengan tangan dan
memanggil saya dengan isyarat tangan. Ketika saya masuk,
anaknya, Mazdiana terjaga dari tidur.

Selepas itu, saya keluar balik. Affandi terus bangun
mendapatkan anaknya dan selepas anaknya tidur, Affandi
berjumpa saya.

Ketika berjumpa saya, Affandi berkata: "Rong (singkatan
panggilan Gondrong), kalau tetak biar kena tepat, jangan salah
tempat. Kalau tidak habis kita."

KARAM: Ketika Affandi keluar untuk menjaga anaknya, Mona
di mana?

JURAIMI: Ada di situ bersama Datuk.

KARAM: Apabila Affandi balik ke bilik air itu apa dia buat?

JURAIMI: Affandi terus duduk di tempat asal dan menutup
semula mata Datuk. Affandi panggil saya dengan isyarat tangan
dan saya terus masuk ke bilik itu dan tetak bahagian leher.

KARAM: Dengan apa (menetak kepala Datuk Mazlan)?

JURAIMI: Kapak.


(Pada masa ini, jurubahasa mahkamah mengeluarkan kapak
yang dikemukakan di mahkamah selepas mendapat arahan
Karam. Ghulam kemudian bangun).

HAKIM: Saya tahu Encik Ghulam. Tak perlu keluarkan (kapak)
dahulu, tunggu arahan peguambela. Jangan tunjukkan dulu
pada saksi. Takut juga Encik Ghulam, juri pun takut juga.
(Bilik mahkamah sekali lagi berderai dengan ketawa).

KARAM: Ini kapak yang digunakan? (menunjukkan kapak itu
yang diletakkan di atas meja peguambela dan pendakwaraya).

JURAIMI: Ya, ini kapak yang digunakan.

KARAM: Siapa yang memiliki kapak ini?
JURAIMI: Ini kira, Affandi yang beli.

KARAM: Selepas tetak bahagian leher, apa jadi kepada Affandi
dan Mona?

JURAIMI: Saya tetak tiga kali, selepas itu baru kepala putus.

HAKIM: Kepala siapa?

JURAIMI: Kepala Datuk (jawapan itu membuatkan mereka yang
berada dalam mahkamah sekali lagi ketawa kerana jawapan itu
mungkin juga merujuk kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.
Menyedari itu Juraimi terus menjawab Datuk Mazlan).

JURAIMI: Affandi dan Mona pun bangun. Affandi terus
mengarahkan saya potong bahagian sendi-sendi. Affandi suruh
lapah sekali dan selepas lapah, Affandi terus keluar ke bilik air
lain.

KARAM: Ada sesiapa masuk bilik air itu?

JURAIMI: Selepas itu tiada. Selepas itu Affandi terus masuk
bilik amal dia. Affandi kemudian keluar dan membawa keluar
satu sampul surat. Dia kepit sampul surat itu.

KARAM: Apa ada dalam sampul surat itu?

JURAIMI: Saya tidak nampak.

KARAM: Ada Juraimi terima apa-apa arahan selepas itu?

JURAIMI: Saya ada bertanya kepada Affandi: "Macam mana
dengan mayat itu?" Affandi jawab: "Tanya ibu (Mona) dulu."
Affandi kemudian bertemu Mona dan datang balik serta
berkata: "Ibu (Mona) kata suruh tanam saja."

KARAM: Ada beri apa-apa?

JURAIMI: Affandi beri duit sebanyak RM180 dan berkata: "Bapak
(Affandi) hendak ke KL (Kuala Lumpur). Seminggu lagi bapak
akan balik."

KARAM: Dia pergi dengan siapa?

JURAIMI: Affandi pergi dengan Mona dan anak mereka. Apabila
mereka keluar dari rumah, saya keluar dari bilik itu dan kunci
pintu depan.

KARAM: Mereka pergi dengan apa?

JURAIMI: Kereta Datuk, nombornya CAA 5115.

KARAM: Juraimi terus tinggal di rumah itu?

JURAIMI: Ya, seorang diri.

KARAM: Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?
Nak tahu kena tunggu lagi..

28 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 12)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack



ADA orang tanya cerita apa ni. Apa tidaknya, ada yang baru membaca catatan ini. Ada yang tak baca daripada awal. Aku nak jelaskan buat sekian kalinya bahawa apa yang aku ceritakan ini adalah liputan perbicaraan kes Mona Fandey pada 1994 dan 1995. Kes ini pada masa tu memang cukup famous - aku cakap orang putih sikit. Budak kecil pun aku agak tahu Mona Fandey tu. Ada tiga watak penting dalam kes ini - tertuduh pertama Juraimi Husin; tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan tertuduh ketiga, Maznah ismail atau Mona Fandey.

Affandi dan Mona kerap dirujuk seebagai pasangan bomoh dan Juraimi pula pembantu mereka.
Ah ada lagi orang tanya berapa Juraimi dapat. Mengikut keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, dia hanya diberi RM180 atas tugasnya - menetak leher Datuk Mazlan Idris. Aku teruskan lagi cerita ini.

Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi,melapah kulit dan daging serta menanam jasad Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Dia memberitahu mahkamah Affandi memberinya wang sebanyak itu setelah semua tugasnya selesai.

"Affandi memberi wang itu sebelum dia, Mona (Maznah Ismail) dan anak mereka, Mazdiana Affendy ke Kuala Lumpur.

"Dia (Affandi) beritahu hendak ke KL (Kuala Lumpur) dan seminggu lagi akan balik," katanya ketika disoal peguambelanya,Karam Singh Bahl.

Juraimi mendakwa melaksanakan pembunuhan itu atas rancangan dan arahan Affandi serta Mona pada malam 2 Julai 1993 di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub.

Menurutnya, seminggu sebelum pembunuhan itu, dia diarah untuk melakukan beberapa persiapan, termasuk menyediakan lubang, parang, kayu dan tayar serta mengasah kapak yang digunakan untuk menetak leher Mazlan.

Katanya, Mona dan Affandi masing-masing mengasah satu parang. "Rancangan itu dilakukan oleh Mona dan Affandi. Saya hanya mengikut arahan tanpa mengetahui perkara sebenarnya," katanya.

Itu bayaran yang dinyatakan Juraimi di mahkamah.Ish2.. sikitnya - kata bebudak sekarang ciput. Ada orang tanya lain macam mana dia tetak Datuk Mazlan. Terus mati ke? Juraimi dalam keterangannya di mahkamah
berkata, dia menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sehingga tiga kali.

Ini kerana kepala Datuk Mazlan tidak putus dari badannya selepas tetakan pertama dan kedua.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan sebanyak tiga kali. Kali pertama tidak putus, kali kedua pun tidak putus dan kali ketiga baru putus.Bagaimanpun, saya sendiri tidak tahu sama ada tetakan kali ketiga itu untuk memastikan Datuk Mazlan sudah mati," katanya.

Menurutnya, Affandi ada memberitahunya supaya menetak leher Mazlan dengan tepat.Juraimi juga mengulangi kenyataannya bahawa dia melakukan pembunuhan terhadap Mazlan atas arahan Mona dan Affandi.

Selepas ada yang nak tahu lagi mengapa Juraimi seorang buat semua kerja. Ada juga tanya mengapa mesti dikerat-kerat.Susah juga nak ceritakan kerana bukan aku yang buat kerja itu.Tapi kalau nak tahu juga baca cerita ini sampai habis.

Dalam keterangannya juraimi berkata, kerja mengerat badan Datuk Mazlan selepas dibunuh pada malam 2 Julai 1993 sepatutnya dilakukan oleh dia, Mona dan Affandi seperti dipersetujui bersama. Bagaimanapun, Juraimi berkata, selepas kejadian itu hanya dia seorang yang melakukan kerja itu.

"Pada peringkat awal (mengikut rancangan) saya, Mona dan Affandi akan kerat bersama badan Datuk Mazlan.Saya sendiri tidak tahu mengapa Mona dan Affandi tidak mengerat sama badan Datuk Mazlan," katanya.Menurutnya, dia juga tidak mengetahui mengapa dan siapa yang arahkan dada hingga ke perut Mazlan dibelah selepas pembunuhan itu.

Juraimi berkata Mona dan Affandi yang mencadangkan supaya badan Mazlan dikerat selepas dibunuh. Ditanya mengapa bahagian-bahagian badan Mazlan yang telah kerat perlu dibakar, katanya: "Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mayat itu perlu dikerat dan dibakar."

Tertuduh pertama juga berkata, Mona dan Affandi yang memilih supaya lubang digali dalam stor di rumah tak bernombor Kampung Peruas, Ulu Dong,Raub untuk menamam mayat Mazlan. Menurutnya, dia mengambil masa lebih sehari untuk menggali lubang itu.Apa cerita selepas ni. Ada orang nak tahu betulkah mereka ini bomoh dan pandai main ayat-ayat.

Nak tahu nanti aku cerita lagi.

27 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 11)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack






AKU sambung lagi cerita bedah siasat jasad Datuk Mazlan Idris. Pada masa ini (1995/94) kaedahnya tidaklah secanggih sekarang. Macam cerita CSI dengan segala bantuan sains dan teknologi sekarang mereka dapat selesaikan semua masalah.Tapi apabila aku dengar keterangan Dr Abdul Rahman Yusof aku tabik pada dia. Orang kita pun tak kurang hebatnya. Keterangannya sukar dicabar terutama dari segi teknikal. Biasanya peguambela pandai putarbelitkan soal teknikal nak lepaskan anak guam mereka.
Ke lain pula aku. Aku sambung balik keterangan Dr Abdul rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.

ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau
sebab kematian?

DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yangmenunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Luka hiris pada bahagian leher adalah luka utama menyebabkan kematian dengan terputusnya struktur-struktur leher. Ini juga dikenali dengan istilah `decapitation of head'.

Berdasarkan kepada bentuk kecederaan di mana tidak ada luka tangkisan (defensive wound). Luka di bahagian leher adalah luka hiris atau satu tetakan menggunakan senjata yang tajam dan berat. Dan luka ini menyebabkan kematian yang serta-merta,iaitu terhentinya sistem denyutan jantung atau pernafasan terputusnya saluran saraf tunjang dan terputus saluran-saluran darah utama yang menyebabkan pendarahan.
Dengan ini saya mengesahkan bahawa kematian dalam kes ini adalah disebabkan "decapitation of head due to sharp and cutting heavy weapon". (terputusnya kepala disebabkan tetakan
senjata tajam dan berat).

ZAKARIA: Ada lima ketulan daging, adalah ia tercerai cara semula jadi?

DR RAHMAN: Bukan sebab semula jadi tetapi diceraikan.

HAKIM: Bagaimana diceraikan?

DR RAHMAN: Paha dipotong terlebih dahulu dan dipisahkan daripada tulang.

HAKIM: Dengan senjata?

ZAKARIA: Boleh doktor jelaskan kedudukan jasad ketika leher terputus, dipancung?

DR RAHMAN: Kalau menurut bentuk kecederaan sebagaimana yang saya sebut tadi, saya tidak lihat luka tangkis atau defensive wound. Luka yang menyebabkan kematian ada pada leher. Tetakan ini adalah bersesuaian dengan tetakan daripada hadapan ke belakang di mana tetakan ini menyebabkan tulang dari depan ke bekalang dipotong, dalam keadaan melentang bukan terbaring atau tertunduk.

ZAKARIA: Boleh doktor beritahu mahkamah jangka waktu kematian?

DR RAHMAN: Ya. Masa kematian yang pasti tidak mungkin. Anggaran masa berdasarkan kepada keadaan mayat dan perubahan selepas kematian. Sebagaimana anggaran ini, mayat ini mati lebih daripada dua
minggu tapi tidak melebihi empat minggu (iaitu ketika ditemui pada 22 Julai 1993).

Ada orang tanya ketika dibunuh bagaimana keadaan Datuk Mazlan - dia sedar atau tidak. Berdasarkan bedah siasat Datuk Mazlan idris dipercayai tidak melawan ketika kepalanya dipancung.Dr Abdul Rahman membuat andaian itu berdasarkan ketiadaan luka tangkis pada jasad Mohd Mazlan selepas pemeriksaan dan
bedah siasat.

"Jika mengikut bentuk kecederaannya, saya tidak lihat luka tangkis. Saya juga dapati tiada kesan tumbukan atau tikaman pada jasad itu.

"Berdasarkan pemeriksaan juga, saya percaya tidak berlaku pergaduhan sebelum kepalanya dipisahkan daripada leher," katanya.

Dia juga percaya Mohd Mazlan masih hidup dan berada dalam kedudukan menelentang dengan mukanya ke atas ketika dipancung. Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa Mohd Mazlan tidak mungkin berdiri atau membongkok ketika kematiannya.

Selain itu, katanya, luka yang menyebabkan kematian adalah pada leher.

Menurutnya, tetakan itu adalah bersesuaian daripada hadapan ke belakang menyebabkan tulang dari dagu ke belakang dipotong. Katanya, adalah jelas bahawa kepala itu terputus keseluruhannya dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang belakang leher.

"Keadaan potongan itu adalah potongan bersih dan licin merintangi bahagian hadapan terus ke belakang," katanya. Selepas ini kita dengar pula keterangan Juraimi bagaimana Datuk Mazlan ditetak.

26 September 2010

Gerakan Freemason - limited overview

Freemason , fahaman freethinker. Baiklah, aku nak kongsi pengetahuan aku la pasal Freemason ni. Aku tak mengaji abis lagi pasal benda ni tapi tau la gak sikit2. Mungkin pengetahuan korang yang sedia ada bercanggah dengan apa yang aku tulis, so i'm really welcoming ur opinion & knowledge sharing.

Isu Freemason di Malaysia ni bukanlah perkara baru, dan entiti Freemason jugak wujud di Malaysia dalam bentuk entiti seperti Rotary Club dan Lion Club. Semasa tahun 1970-an, pertanyaan pernah dibangkitkan oleh seorang ahli parlimen PAS berkenaan kewujudan pergerakan ni di Malaysia dan adakah kerajaan berhasrat nak mengharamkan Freemason, dan kemudian jawapan yang diberikan - Freemason memang wujud dan setakat pada waktu tersebut kerajaan tak berhasrat nak mengharamkan pergerakan tersebut walaupun fahaman Freemason bertentangan dengan Islam.

Kemudian, wujud pulak dakwaan Juara Lagu dan iklan raya TV3 ada unsur Freemason. Malah berlambak blog dan buku yang ditulis yang mengaitkan  dan memberikan fahaman yang macam ni - Freemason menyebarkan dakyah mereka melalui unsur/simbol yang tersembunyi, sampailah seorang blogger counter-act dengan menyamakan lemang, ketupat dan bulan bintang dalam Islam sebagai unsur-unsur Freemason gak. Hahaha

Freemason ni satu ancaman ke? Atau sekadar pertubuhan yang wujud sekadar untuk memenuhi hasrat untuk mewujudkan persaudaraan antara ahli dorang? Untuk menjawab soalan ni kita kena faham dulu susur galur kewujudan Freemason ni macam mana.

Benda ni start masa zaman Perang Salib dulu. Orang Kristian yang berperang lawan orang Islam,yang tawan Baitul Muqaddis digelar sebagai Crusader. Kemudian dalam ramai2 Crusader tu, ada satu group yang digelar sebagai Knight of Templar. Knight of Templar ni kalau tak silap aku dorang ada buat carigali (excavation) kat Baitul Muqaddis, cari Temple of Solomon (Haikal Nabi Sulaiman). Ape kebenda Temple of Solomon ni? Ada orang cakap tempat tu istana tinggalan Nabi Sulaiman, tapi aku pun tak tau gak, maybe sape2 boleh tolong jelaskan dengan lebih baik.

Setelah dorang jumpa Temple of Solomon tu, pendirian Knight of Templar berkenaan agama dah berubah terus, daripada percaya kepada agama Kristian terus jadi freethinker. Maybe ada sesuatu yang dorang jumpa kat Temple of Solomon tu yang menyebabkan dorang jadi camtu (ada yang kaitkan penemuan dorang dengan tinggalan ilmu2 sihir zaman Firaun kat temple tu yang menyebabkan perubahan pemikiran dorang). Bila Gereja Katholik tau yang depa ni dah tak pegang teguh pada Kristian, habis semua kena tangkap, seksa, bunuh. Dalam masa yang sama, ada pendapat yang mengatakan pihak Gereja bersekongkol dengan Raja Philip (Raja Perancis) pada zaman tu untuk membolot kekayaan geng2 Knight of Templar nih. Ada yang terlepas lalu lari pergi ke tempat yang boleh dorang sembunyikan diri, secara spesifik kat Scotland (Grand Lodge Freemason kat Scotland merupakan yang tertua di dunia). Grand Lodge ni, macam port lepak la..kalau budak Melayu KL suka lepak kat mid valley, kat Bintang Walk, geng Freemason ni lepak kat Grand Lodge. Geng2 Freemason ni mendapatkan perlindungan daripada pemerintah Scotland pada masa tu, menyelinap ke dalam persatuan tukang ukir batu kat situ dan lama kelamaan, dorang menjadikan persatuan tukang ukir batu tu sebagai Grand Lodges (perhatikan kat lambang Freemason, kan ada compass - salah satu alat yang digunakan oleh tukang ukir).

Jadi Freemason ni, kalau melalui setakat yg aku tau & baca la, dorang berpegang (ataupun mewujudkan, aku tak pasti yang mana satu) kepada idea humanisme & materialisme. Aku tak sempat nak kaji habis pasal humanisme & materialisme, ada terbaca gak sikit tapi tak khatam, so korang boleh explore la apa falsafah sebenar humanisme & materialisme ni, tapi secara ringkasnya berdasarkan falsafah ni, Tuhan tak wujud bagi dorang. Dan daripada humanisme & materialisme ni kemudian bercabang dan berkembang pulak kepada beratus aliran pemikiran yang lain seperti socialisme, communisme (komunis) malah dalam bidang sains (eg Evolution Theory oleh Charles Darwin). Kesemua aliran pemikiran ni semuanya menolak kewujudan Tuhan. Tapi kalau korang jadi ahli Freemason, antara syaratnya korang kena percaya kepada kewujudan Supreme Being. Jadi benda apa Supreme Being ni masih kontroversi, sebab ahli Freemason sendiri (yg baru join) dibenarkan untuk speculate apa benda Supreme Being ni - mungkin Tuhan, dan ada pengkaji/pengcopy-paste cerita Freemason yang mendakwa Supreme Being ni ialah Iblis. 


 Logo Freemason

Kenapa Freemason berusaha keras nak menyebarkan fahaman anti-ketuhanan dorang melalui falsafah dan teori sains? Aku pun tak dapat nak bagi jawapan yang tepat, tapi for sure yang paling jelas sebab dorang nak semua orang jadi atheis lah, atau pun paling tidak jadi sekular (agama terasing daripada kehidupan). Apa untungnya dorang buat camni? Baiklah aku ada teori, tapi tak perlu ikut/percaya teori aku ni sebab aku fikir berdasarkan logik dan pendapat aku. Bila semua orang tak percaya pada Tuhan, manusia akan hilang panduan dan akan mencari Tuhan, kan? Sebab memang fitrah manusia yang percaya kepada kewujudan kuasa ghaib yang lebih berkuasa daripada dorang. Bila manusia dah tak percaya kepada kewujudan yang sebenar, kemudian geng2 Freemason ni la yang akan bertindak sebagai Tuhan kepada manusia/atau mewujudkan Tuhan baru kepada manusia untuk disembah - dorang jadikan kuasa, harta, pangkat sebagai "Tuhan" sembahan yang baru untuk manusia. Bayangkan semua orang sembah kau jadi Tuhan, kau boleh la nak manipulate dorang, nak buat apa je untuk kepentingan/serakah nafsu ko. Ha itu la pendapat aku. Tapi mungkin betul dan mungkin salah, aku tak mintak korang percaya, aku nak bagitau je.

Walau macam mana pun, usaha ke arah mewujudkan masyarakat dunia yang atheis atau sekular ni ada jugak kepincangannya. Teori Evolusi sebagai contoh, yang menyatakan manusia berevolusi daripada beruk, dah pun dapat disangkal oleh dunia sains sendiri (e.g dalam bidang geologi, ada kajian berkenaan kewujudan bakteria pada zaman Pre Cambrian & Cambrian. Zaman Pre Cambrian dan Cambrian mempunyai spesis bakteria yang tersendiri, jadi geologist boleh predict batuan yang terbentuk tu merupakan lapisan pada zaman yang mana satu. Yang anehnya, bakteria yang wujud pada zaman Pre Cambrian dan Cambrian ni memang berbeza terus, takde langsung ciri-ciri evolusi pada zaman yang terdahulu sedangkan kalau mengikut Teori Evolusi, sepatutnya mesti ada persamaan antara bakteria yang wujud di pada zaman yang bersebelahan je ni. Jadi secara mudahnya, makhluk2 atas muka bumi ni tak berevolusi sebaliknya diciptakan secara berasingan).

Firman Allah
"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya. Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar" (At-Thaariq, 86:15-17)

Dalam salah sebuah sumber buku yang aku baca - Global Freemasonry tulisan Harun Yahya, seorang penulis daripada Turki, menyatakan tak sepatutnya kesemua pengikut Freemason dipersalahkan atas kegiatan-kegiatan anti-agama oleh Freemason, seperti juga tak sepatutnya semua orang Yahudi dimusuhi sedangkan cuma sebahagian yang menggerakkan fahaman Zionis. Bagi aku pulak, memang dah jadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berdakwah macam yang dah dipesan oleh ustaz yang mengajar aku masa kat sekolah dulu, jadi sebenarnya cara nak berdepan dengan fahaman2 palsu oleh Freemason ni ialah melalui jalan dakwah la. Tak perlu la kaji dan kaitkan segala  jenis simbol dengan gerakan Freemason. Betul la memang tak dinafikan ada jugak usaha macam mind-control, subliminal messaging yang dijalankan malah dilakukan eksperimen untuk digunakan bagi menyebarkan fahaman tertentu, tapi rasanya perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan oleh umat Islam ialah dakwah tu sendiri. 

Anyway, kalau ada sape2 nak add on/perbetulkan fakta yg aku tulis, dipersilakan. Sebab setakat ni itulah kefahaman aku pasal Freemason nih. Dorang tak menyebarkan fahaman melalui simbol, sebaliknya melalui aliran fahaman yang jadi falsafah dan ikutan orang.

p/s Aku ni bukan la orang baik, kadang2 macam setan gak. Tapi percaya la aku cuba sedaya upaya nak jadi orang baik. 

Malas nak letak link, internet jam. Kalau nak check kesahihan tulisan aku ni, sila gunakan Mozilla Firefox untuk websurfing, highlight frasa/ayat yang nak ditentukan kesahihan dan tekan right-click,pastu pilih search at Google.

Kes bunuh Mona Fendi (Part 10)

KETERANGAN Dr Abdul Rahman Yusif memang panjang - sampai tiga jam. Aku masih ingat kami dapat rehat sebentar aje.Masa rehat pun perbicaraan diteruskan. Lenguh juga tangan akubuat catatan. Hasilnya yang anda semua baca ni. Sebutir sebutir cakap dia aku kena tulis. Pendekkan cerita aku teruskan catatan keterangan dia.

ZAKARIA: Apakah penemuan bedah siasat?

DR RAHMAN: Pada pemeriksaan luaran, saya menjalankan pemeriksaan pada satu jasad yang telah dipisah-pisahkan kepada 18 bahagian.Saya juga menyediakan satu salinan carta untuk rujukan. Pertama bahagian kepala yang telah terpisah daripada bahagian badan pada bahagian leher. Kedua, bahagian badan yang telah tercerai dengan kedua-dua tangan pada bahagian ketiak dan tercerai kedua-dua kaki pada
pangkal paha.Ketiga, bahagian tangan kanan telah terpisah kepada tiga bahagian iaitu bahagian pergelangan tangan dan bahagian siku.Keempat, bahagian tangan kiri terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku.

DR RAHMAN: Kelima, kedua-dua bahagian kaki, kiri dan kanan telah terputus kepada tiga bahagian iaitu pangkal paha, lutut dan buku lali. Keenam, lima ketulan daging telah dikeluarkan daripada tulang panjang iaitu daripada tulang lengan, tulang tangan kanan dan dua daripada tulang paha. Saya juga mendapati bahagian kulit yang telah hilang iaitu kulit, betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan serta otot-otot lengan
kanan.

Semua bahagian yang saya periksa ini dalam proses pembusukandan tidak ada sebarang ulat hasil proses itu. Ada tahi lalat pada pipi kiri. Keadaan mata telah kecut, keadaan lidah juga kecut. Keadaan abdomen tidak bengkak disebabkan ada luka hiris di bahagian hadapan yang telah mendedahkan usus-usus dari tali usus yang sedang bengkak.

Anggaran ketinggian jasad itu kira-kira 1.65 meter. Saya mendapati pada bahagian kepala jelas keseluruhan dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang keempat (tulang leher). Keadaan pemotongan ini adalah potongan bersih dan licin (clean cut) merintangi bahagian hadapan leher terus ke belakang dengan memotong badan keempat dan ada kesan pendarahan di sekeliling badan keempat.Lukis hiris itu memotong keseluruhan struktur bahagian leher daripada kulit, otot-otot, saluran darah, tulang bahagian alat pernafasan dan saraf tunjang yang putus keseluruhannya. Dari bahagian bawah dagu terus ke belakang, luka hiris ini bertembung atau bersambung dengan luka hiris atau tetakan pada bahagian sebelah kiri kepala dan leher. Luka pertama telah memotong sebahagian daripada bawah cuping telinga kiri terus mengarah ke belakang dan ke bawah
menembusi tulang kepala bahagian belakang. Dan ini menyebabkan satu ruang akibat tetakan yang telah
mendedahkan bahagian dalam tempurung kepala. Satu lagi luka berkaitan luka potong pada bahagian bawah,
luka ini adalah luka hiris dan telah menyebabkan terpotongnya tulang belakang kepala berukuran 11 kali 2 sentimenter.




Bahagian badan telah terpisah pada bahagian atas iaitu bahagian kepala, kedua-dua bahagian ketiak dan
bahagian pangkal paha.Luka hiris pada bahu kanan adalah luka potong dan bentuk luka itu adalah terdiri daripada tiga kali hiris atau potong dengan setiap satu panjangnya 13 sentimenter. Selain itu, tangan kanan
yang terputus di bahagian bahu dan juga siku mengandungi hanya sebahagian kecil tisu atau otot-otot.
Lengan kanan yang telah terputus di bahagian siku dan pergelangan tangan menunjukkan disebabkan hiris bersih. Sebahagian besar tisu iaitu otot-otot telah ditanggalkan daripada tulang belakang. Tangan kanan telah terpisah pada pergelangan tangan dengan luka hirisan bersih. Bentuk tangan masih boleh dapat dilihat dengan baik, walaupun proses pembusukan dalam keadaan berat (advance decomposition). Kuku-kuku jari tangan kanan telah tercabut. Tangan kiri telah dipisahkan pada bahagian bahu dan siku, iaitu dengan luka hiris bersih pada paras kepala siku dan kepala tulang radius.

Keadaan otot-otot adalah dalam proses pembusukan. Kaki kananputus akibat potongan cara luka hiris pada pangkal paha. Ini menyebabkan kepala tulang paha masih melekat pada tulang punggung. Paha kiri juga telah terputus pada bahagian pangkal paha dan seterusnya pada bahagian tulang. Kaki kiri terputus pada bahagian  tengah kepala lutut iaitu pada kawasan tengah. Bahagian kaki kedua-duanya terputus akibat luka hirisan pada
melihat perubahan selepas paras buku lali dan sebahagian besar kuku telah tertanggal melainkan kuku ibu jari kaki kanan. Saya juga pembedahan. Selain proses pembusukan, bahagian lapisan luar kulit mudah tercerai
dan begitu juga dengan rambut yang mudah tertanggal.

ZAKARIA: Apakah hasil pemeriksaan lanjut?

DR RAHMAN: Saya teruskan dengan pemeriksaan dalam. Saya akan terangkan mengikut sistem. Pertama, sistem saraf. Keadaan otak adalah dalam proses pembusukan iaitu otak telah cair. Saya tidak mendapati ada kesan patalogi yang jelas selain terputusnya saraf terutama saraf tunjang. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, sistem jantung dan saluran darah utama telah terputus akibat daripada luka hiran pada bahagian bersesuaian pada kecederaan luaran, terutama pada bahagian leher yang telah memutuskan saluran darah utama ke kepala. Bagi bahagian bahu dan pangkal paha, salur nadi utama adalah baik tetapi ada sedikit tompokan lemak. Keadaan jantung adalah biasa dengan beratnya kira-kira 300 gram dan mengalami proses pembusukan, di mana ada rongga-rongga udara di dalam otot jantung.




Saluran darah koronori ke jantung adalah baik,melainkan cabang sebelah kanan ada sedikit tompokan lemak. Tidak ada parut atau kesan fibrosis pada otot jantung. Kedua, sistem pernafasan. Rangka dada adalah baik dan ada perlekatan di antara paru-paru dengan kulit dada pada bahagian kanan.

Saluran pernafasan putus pada paras tulang leher atas bahagian halkum dan juga di atas hiaod. Ada kesan pendarahan di sekitar tisu leher pada kawasan luka hiris. Kedua-dua paru-paru adalah kecut dan berada dalam pembusukan yang berat. Tiada kelainan atau perubahan patalogi atau penyakit pada paru-paru itu. Ketiga sistem GET. Abdomen menunjukkan ada luka hiris di bahagian hadapan dan luka ini adalah luka hiris menembusi keseluruhan dalam kulit abdomen.Saya mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen, telah
tiada. Organ lain yang saya periksa satu persatu termasuk hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang, gester dan usus, kesemuanya dalam proses pembusukan. Selain gester kosong atau tiada makanan, tiada kelainan atau penyakit. Berikutnya, sistem RES iaitu sum-sum tulang, tidak menunjukkan kelainan selain mengalmai proses pembusukan. Sistem limpa juga adalah baik dan tidak menunjukkanpembesaran. Sistem saluran kencing pula, semua organ diperiksa dan didapati tiada kelainan, kelanjar prostat tidak membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat, serta kedua-dua buah zakar didapati hilang. Sistem tulang, selain kesan luka pada tulang kepala, tulang vetebra keempat terputus sama sekali. Begitu juga tulang kedua-dua bahagian bahu, tulang tangan pada bahagian siku pergelangan tangan kanan. Kemudian kedua-dua tulang pangkal paha, diikuti kedua-dua tulang bahagian sambungan lutut dan buku lali. Sistem lain, selepas diperiksa semuanya mengalami proses pembusukan dan tidak didapati kecederaan lain yang bermakna.

Ada lagi ceritanya. Ada bertanya macamana keadaan Datuk Mazlan
ketika dibunuh. Sedar ke atau tidak. kena tunggu lagi

25 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 9)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


RAMAI yang ingin tahu lagi mengenai keadaan jasad Datuk Mazlan Idris yang ditemui di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993. Ada yang pandai buat andaian sendiri. Macam penyiasat persendirian.

Aku tak mahu cerita panjang kerana keterangan dalam mahkamah tidak boleh dimanupulasi. Ia mesti tepat supayatidak menimbulkan kekeliruan pada orang awam.Nak cerita panjang lebar, takut tersilap fakta pula. Jadi aku turunkan petikan keterangan Dr Abduk Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur.

Dr Abdul Rahman disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam





ZAKARIA: Pada 22 Julai 1993,kira-kira jam 3.20 pagi adakah Dr terima panggilan daripadapolis?

DR RAHMAN: Ada.

HAKIM: Daripada siapa?

DR RAHMAN: (Timbalan Penguasa) TPP Takbir (AhmadNazim Mohamad).

ZAKARIA: Apa pesanannya?

DR RAHMAN: Dia memberitahu supaya bertolak ke Balai Polis Raub dan seterusnya ke tempatkejadian (rumah tak bernombor, Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub), di mana satu jasad ditemui.

ZAKARIA: Pukul berapa bertolak ke Raub?

DR RAHMAN: Bertolak kira-kira jam 6 pagi dan tiba kira-kira 7.20 pagi.

(Dr Abdul Rahman kemudian meminta hakim untuk membuat rujukan catatannya.)

ZAKARIA: Apa yang dibuat di tempat kejadian?

DR RAHMAN: Saya bertemu dengan TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad); Pegawai Penyiasat Ketua Inspektor (ketika itu Penolong Penguasa) Mahpop Jaafar; Datuk Zaman Khan dan Datuk Ragib Salleh. Saya ditunjukkan satu lubang yang siap digali di rumah tidak siap. Saya melihat lubang itu telah digali dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter dengan keluasan 1.2 meter kali 1.3 meter. Ketika tiba di tempat kejadian, kerja-kerja menggali sudah dihentikan.

ZAKARIA: Setelah tiba, kerja-kerja menggali di sambung semula?

DR RAHMAN: Kerja disambung semula kira-kira jam 8 hingga 10 pagi.

ZAKARIA: Apa yang Dr saksikan?

DR RAHMAN: Kerja menggali dilakukan oleh pasukan polis hutan. Pada kedalaman kira-kira 1.6 meter jelas kelihatan dalam lubang itu bahagian belakang satu jasad manusia dan satu bahagian dari penjuru kanan ada bahagian atas kepala manusia.Saya telah turun dalam lubang itu untuk membuat anggarankedudukan tangan dan kaki jasad itu. Proses menggali diteruskan dan saya mendapati bahawa jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki. Maksudnya terpisah. Selepas gambar diambil oleh jurugambar
polis, bahagian yang terpisah itu dikeluarkan.






ZAKARIA: Siapa yang keluarkan?

DR RAHMAN: Saya sendiri yang angkat. Pada masa itu saya dapat melihat ada kesan luka, kesan tetakan pada leher. Kemudian saya meminta bantuan anggota polis yang masih berada di bawah untuk mengeluarkan jasad itu.

Bahagian badan itu terpisah akibat proses pemotongan bahagian lengan dan pangkal paha. Dan jelas bahagian tengah abdomen ada kesan luka yang panjang. Selepas jasad dikeluarkan, proses menggali diteruskan.Pada lapisan kedua, ada bahagian paha dan ketulan daging. Pada lapisan ketiga ada tulang betis dan tulang paha serta  tangan kiri. Pada lapisan keempat ada bahagian tangan kanan yang putus. Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai antaranya bahagian kepala, dada, badan, bahagian kaki dan tangan serta beberapa ketul daging. Saya telah susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya. Semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan bentuk semula jadinya dan bentuk tulang, terdiri daripada satu tubuh atau satu jasad manusia. Selepas gambar (jasad) diambil, bahagian tubuh itu dihantar ke Hospital Raub untuk saya jalankan bedah siasat.

Zakaria kemudian meminta izin hakim untuk menunjukkan gambar-gambar bahagian jasad Mazlan untuk pengecaman. Hakim juga meminta supaya gambar-gambar itu diberikan kepada juri. Dr Abdul Rahman kemudian mengesahkan gambar-gambar itu.

ZAKARIA: Di hospital (Raub) adakah (bekas isteri Mohd Mazlan) Datin Faridah (Zainuddin) datang membuat pengecaman mayat?

DR RAHMAN: Untuk justifikasi jasad si mati, saya mendapat keterangan dengan membawa isteri untuk mengecam mayatyang dipercayai Datuk Mazlan dan sepupunya (Mohd Mazlan), Zainal Abidin Ibrahim untuk membuat pengecaman.

ZAKARIA: Bolehkan Datin Faridah dan Zainal Abidin mengecamnya?

DR RAHMAN: Boleh.

(Faridah dan Zainal Abidin kemudian dibawa masuk ke bilik mahkamah untuk pengecaman oleh Dr Abdul Rahman. Beliau kemudian meneruskan keterangan).

tutup dengan kain putih. Mula-mula saya membuka bahagian DR RAHMAN: Datin Faridah tiba dulu dan kemudian Zainal Abidin. Datin Faridah ditemani oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri (kini Tun) Mohd Khalil Yaakob, memasuki ruang pembedahan. Saya kemudian tunjukkan jasad yang telah dibersihkan. Saya susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya dankepala dan Datin Faridah berkata ia mempunyai misai dan rambutnya yang telah dicam oleh beliau. Kemudian saya tunjukkan bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki. Ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut Datin Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya.

ZAKARIA: Boleh beritahu mahkamah letak tanda itu?

DR RAHMAN: Pada hujung ibu jari kanan.

ZAKARIA: Adakah Zainal Abidin cam jasad itu?

DR RAHMAN: Ya.

ZAKARIA: Dr kata tadi, sebelum pengecaman mayat dibersihkan. Apakah pendapat Dr sebagai pakar, jasad itu boleh dicam oleh orang yang biasa melihatnya?

DR RAHMAN: Ya.

Selepas itu ditanya bagaimana keadaan mayat. Ceritanya agak terperinci. Potong kat mana. Apa yang ada. Apa yang hilang. Malas nak cerita panjang, kau orang tunggu aje.

24 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 8)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

Kemesraan Mona Fandey dan suaminya, Affendy dalam mahkamah.

KERATAN bahagian-bahagian jasad bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Mohd Idros @ Mohd Mazlan Idris, ditemui dalam empat lapisan tanah selepas digali sedalam kira-kira 1.6 meter.

Bahagian-bahagian itu ditemui dalam lubang seluas 1.2 kali 1.3 meter di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993.

Perkara itu diberitahu oleh saksi kelapan, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof, ketika memberi keterangan perbicaraan pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey serta pembantu mereka Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi pada 1993.

Dr Rahman berkata ketika ke tempat kejadian, lubang itu sudah digali sedalam 1.5 meter oleh pasukan polis hutan. Menurutnya, pada kedalaman kira-kira 1.6 meter, kelihatan bahagian belakang satu jasad manusia dalam lubang itu.

Katanya, di sebelah kanan hujung jasad itu pula, ada bahagian atas kepala manusia yang terpisah.

"Jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki," katanya.

Beliau berkata, jasad itu kemudian dikeluarkan dan proses menggali lubang diteruskan.

Menurutnya, pada lapisan kedua, ada bahagian-bahagian paha dan ketulan daging.

Katanya, pada lapisan ketiga pula, mereka menjumpai tulang betis dan tulang paha serta tangan kiri.

Dr Rahman berkata, pada lapisan keempat, mereka menjumpai bahagian tangan kanan yang terputus serta kedua-dua kaki kiri dan kanan yang terpotong di bahagian buku lali.

"Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai, termasuk bahagian kepala, dada, badan, bahagian-bahagian kaki dan tangan serta beberapa ketulan daging," katanya.

Menurutnya, beliau telah menyusun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya.

Katanya, semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan keadaan semula jadi dan bentuk tulang itu menyamai satu tubuh atau jasad manusia.

Dr Rahman berkata, jasad itu kemudian dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

Menurutnya, jasad itu dicam sebagai (Datuk) Mazlan oleh balu Allahyarham, Datin Faridah Zainuddin, dan sepupu Mohd Mazlan, Zainal Abidin Ibrahim.

"Saya bersihkan jasad itu dan susun mengikut keadaan semula jadinya serta menutupnya dengan kain putih.

"Mula-mula saya buka bahagian kepala dan (Datin) Faridah berkata, ia mempunyai misai dan rambut yang dicam olehnya. Kemudian ditunjukkan pula bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki.

"Pada ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut kata (Datin) Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya," katanya.

Mayat Datuk Idros @ Mazlan Idris dicam oleh isterinya, Datin Faridah Zainuddin berdasarkan tanda-tanda pada badan Mazlan.

Tanda-tanda itu adalah kaki yang penuh, jari kaki yang panjang, tanda hitam pada kuku ibu jari kaki kanan, gigi bahagian atas yang bertampal, misai nipis, dahi yang luas serta rambut yang ikal. Faridah memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh semua tanda-tanda membolehkannya cam mayat suaminya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, Faridah berkata sesi cam itu dijalankan di Hospital Daerah Raub pada awal pagi 22 Julai 1993 dengan disaksikan oleh Dr Abdul Rahman Yusof.

Cerita aku selepas ini lepas suspen. Bukan apa ia lebih terperinci.

23 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 7)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

KETIKA perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 - keterangan saksi pendakwa Dr Abdul Rahman Yusof - aku kira paling menarik.

Dr Abdul Rahman yang pada waktu itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan selama tiga jam 18 minit di mahkamah. Tugas dia memang mencabar membuat bedah siasat jadad Datuk Mazlan. Ia bukan pertama kali dia menjalankan bedah siasat mayat, tetapi kali ini berlainan sekali.

Beberapa tahun selepas kes itu, aku bertemua semula Dr Abdul Rahman secara kebetulan ketika menyaksikan satu perembahan di Istana Budaya. Pada waktu itu, dia masih mengenali aku. Aku pula
ingat-ingat lupa wajahnya.

Selepas memperkenalkan dirinya, aku bertanya khabarnya. Kami hanya sempat berbual ringkas. Tapi dia ada memberitahu selepas kes Mona Fandey, keadaannya tidak 'stabil'. Dia kemudian dihantar ke luar negara sebelum kembali bekerja di HKL.

Dr Abdul Rahman dalam keterangan di mahkamah turut ditunjukkan tiga senjata tajam iaitu sebilah kapak dan dua bilah parang untuk mendapatkan pengesahan sama ada senjata itu boleh menyebabkan kecederaan hingga membawa kematian.



Senjata yang mungkin menyebabkan kematian Datuk Mazlan

Dr Abdul Rahman memberitahu kapak yang matanya berukur 17 sentimeter itu boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut.

Sebelum itu, beliau meminta izin mahkamah untuk mengukur kapak berkenaan apabila Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, bertanya sama ada senjata boleh digunakan bagi memancung.

Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah, senjata yang berat seperti parang panjang, kapak dan pedang boleh digunakan bagi memancung, sebagaimana kecederaan yang dialami oleh Mazlan.

ZAKARIA: Parang kecil ini boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa kepada kematian mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Senjata ini (sambil mengukur) mempunyai blade (mata) sepanjang 35 sentimeter daripada handle (hulu). Lebarnya adalah lebih kurang 4.5 sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah senjata itu membawa maut kepada mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Saya rasa agak sukar walaupun boleh untuk hasilkan luka pada bahagian leher.

ZAKARIA: Adakah senjata ini boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut? (sambil menunjukkan parang panjang).

DR ABDUL RAHMAN: Parang ini blade (mata) berukuran 30.3 sentimeter panjang. Lebarnya lima sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah ia menyebabkan kecederaan yang membawa maut?

DR ABDUL RAHMAN: Tidak sesuai kerana ia ringan.

ZAKARIA: Pada kecederaan lain, daripada tiga senjata yang mana mungkin menyebabkan kecederaan lain?

DR ABDUL RAHMAN: Ketiga-tiga boleh menyebabkan kecederaan lain iaitu seperti luka hiris pada abdomen.

KISAH buah zakar Datuk Mazlan Idris hilang mendapat perhatian ramai baik di dalam atau luar mahkamah. Aku ingatlagi bagaimana orang ramai berminat dengar kisah ini.Tahu ajelah - yang hilang itu benda sulit. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Ke mana perginya, apa hendak dibuat dengan benda tu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Dr Abdul Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, berkata kedua-dua buah zakar pada jasad yang ditemui dalam lubang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993, didapati hilang.



Dr Abdul Rahman membuat keterangan hasil pemeriksaan dan bedah siasat terhadap jasad yang kemudian dicam sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap jasad itu, mendapati sistem saluran kencing si mati adalah baik dan tidak mempunyaikelainan.

"Semua organ dalam sistem itu diperiksa dan saya mendapati tiada kelainan.Kelenjar prostate tidak membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat serta kedua-dua buah zakar sudah
hilang," katanya.

Dr Abdul Rahman juga mendapati bahagian kulit betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan, serta otot-otot lengankanan si mati hilang.

"Saya juga mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen jasad itu telah tiada. Saya juga mendapati hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang dan usus pada jasad itu dalam proses pembusukan," katanya.

Dr Abdul Rahman juga memberitahu mahkamah bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging.

Katanya, bahagian kepala telah dipisahkan daripada bahagian badan pada leher.Sementara, bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada bahagian ketiak, serta kedua-dua kaki pula tercerai pada pangkal paha.

Menurutnya, bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pada pergelangan tangan dan siku, sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku.

Katanya, kaki kiri dan kanan jasad itu terputus kepada tiga bahagian iaitu pada pangkal paha, lutut dan buku lali.Aku rasa lepas habis baca cerita ni, ramai tak 'jumpa' kisah pasal buah zakar tu.Aku terangkan sikit, mana tahu ada yang 'confuse' - yang hilang tu buah zakar. Dalam bahasa mudah telurnya, batangnya masih ada.

Aku pun nak tahu ke mana perginya buah zakar tu. Siapa yangmengambilnya, untuk apa. Hingga selesai keterangan dan kes ini tamat, aku sendiri tak menemui jawapannya. Aku ingat engkau orang fikirkan sendiri apa yang boleh dilakukan dengan buah zakar tu.

Eh, cerita aku ni belum habis lagi. Engkau orang tunggu aku sambung lagi. Kali ini cerita macam mana jasad Datuk Mazlan disembunyikan.

22 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 6)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack






GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Nak tahu apa yang tersirat dalam gambar rajah ini. Nanti aku ceritakan...

Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.Memang mengerikan. Aku yang diberi pelung melihat foto-foto cebisan tulang keratan itu tidak tergamak hendak melihatnya kali kedua. Malam tu aku tak boleh tidur terbayang-bayang apa yang dilihat siangnya.Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan. (Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian).

"Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.




"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl. Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan
arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.

Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi. "Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan
Mazlan.

Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutup mata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin. Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidak habislah. Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetak leher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan
Juraimi.

Ada lagi cerita aku. Kalau nak tahu kena tunggu.

21 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 5)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


CERITA Mona Fandey cantik, lawa, menawan, anggun dan seksi rupa-rupanya menjadi perhatian bukan saja dalam mahkamah,  malah di luar sana. Aku sebenarnya pernah tengok gambar Mona ketika dia menjadi
penyanyi. Aku tak mahulah komen buruk pasal orang lain.Lagipun siapalah aku nak komen orang tu cantik atau tidak.

Aku bukannya pakar kecantikan, tapi sekadar wartawan cabuk.Nanti bebudak sekarang cakap cantik ke dia nak mengata orang.Tapi, hakikatnya Mona tidaklah semenawan ketika perbicaraan kesnya. Lain benar Mona yang aku tengok dalam akhbar,  majalah dan tv dengan Mona ketika 1994.Tak tahulah aku - dia tu kan bomoh 'handal'. Tak mahu aku buruk sangka. Dapat dosa aje.





Tapi, sewaktu perbicaraan mahkamah diberitahubahawa Mona pernah menjalani pembedahan plastik di bahagian muka, dahi dan hidung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.Motifnya tentulah supaya kelihatan lebih muda dan cantik.


Pembedahan oleh pakar bedah plastik, Dr Wong Kang Shen di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu itu dijalankan pada 15 Julai 1993. Dr Wong memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa kos rawatan untuk pembedahan itu lebih RM13,000.Menurutnya, pelanggannya itu, Maznah Ismail, menemuinya di pejabatnya di Plaza KL pada 5 Julai 1993 untuk mendapatkan penerangan mengenai pembedahan berkenaan.

"Dalam pertemuan itu, dia (Mona) meminta saya menjadikannya lebih muda dan cantik," katanya. Dr Wong
berkata, pembedahan untuk menegangkan kulit muka dan dahi serta hidung itu berjalan hampir lima jam.

Pembedahan itu adalah dari belakang teling kanan, merentasi atas kepala dan ke bawah bahagian belakang teling kirinya. Dr Chua menyifatkan pembedahan itu sebagai biasa, walaupun agak intensif.

Doktor pakar itu juga memberitahu mahkamah, Mona keluar dari hospital itu dua hari kemudian.  

19 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 4)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack






CANTIK ke si Mona Fandey? Persoalan itu sukar untuk dijawab. Pada aku cantik atau tidak terpulang kepada mata orang yang memandangnya.Tapi apapun, Maznah Ismail atau Mona Fandey yang muncul kali
pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya sebelum itu. Pada mata aku, dia pada masa itu kelihatannsemakin cantik dan seksi.

Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampirn40 tahun pada waktu itu. Ada yang kata Mona bukan 38 tahun, tetapi sebenarnya lebih 50 tahun.Tertuduh ketiga kes itu memang mendapat perhatian ramai ketika tiba di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang - tempat perbicaraan kesnya.




Malah, ketika dia keluar mahkamah untuk menaiki trak,orang ramai yang berdiri di luar pagar mahkamah
berteriak: "Mona makin lawa! Mona makin lawa!"

Mona hanya membalas dengan senyuman berikutanbpujian orang ramai itu.

Beberapa anggota polis, saksi dan wakil media massa juga berpendapat Mona semakin anggun dan berseri-seri. Mona pada hari itu mengikat rambutnya dengan riben biru muda, menampakkan lehernyayang jinjang.

Dia yang memakai blaus merah berbintik hitam tanpa lengan serta seluar ketat berwarna hitam tersenyum
lebar melihat reaksi orang ramai menjerit-jeritkan namanya.

Dia yang memakai rantai manik berwarna ungu gelap dan gelang tangan merah berjalur hitam kelihatan sihat dan riang berbanding tertuduh kedua, Mohd Affendy Abdul Rahman, dan Juraimi Husin (tertuduh pertama).

Aku juga masih ingat pada hari kedua perbicaraan Affendy turutmemuji-muji kecantikan isterinya. Aku tengok Mona cukup gembira dengan pujian suaminya.Pada aku Mona ada aura tersendiri. Kata orang dia pakai
'pemanis'. Almaklumalah seorang bomoh. Tapi itu aku tak pasti. Itukan cakap-cakap orang. Mana boleh pakai.

Tapi yang pasti dalam keterangan di mahkamah dia mengakumembuat pembedahan plastik. Yang ini bukan cakap-cakap kosong, tetapi fakta dalam mahkamah.Cerita pasal Mona bergaya pun menjadi perhatian ramai. Ada yang suka dan tidak kurang menyampah. Adatlah di dunia ini -  tak semua orang suka pada apa yang kita buat walaupun tak ada kena mengena dengan mereka. Dalam hal ini Mona berhak memakai pakaian yang disukainya pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Makhamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin, yang mendengarperbicaraan itu boleh meminta Mona berpakaian lebih sopan, jika berpendapat pakaian tertuduh itu tidak sesuai dengan suasana mahkamah. Alasannya Mona hanyalah tertuduh kes itu dan dan belum dibuktikan bersalah. Mona mempunyai kebebasan untuk memakai pakaian yang disukainya di samping berhias. Mona hanya tahanan polis yang dipercayai terbabit dengan kes bunuh dan bukannya banduan yang perlu memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penjara.

Selagi tiada teguran daripada Mokhtar, selagi itu Mona boleh memakai pakaian yang diminatinya. Apapun pada aku si Mona ni pandai menjaga imejnya. Pakaiannya walaupun tidak begitu banyak dia pandai
memadankannya. Tetapi kadang kala'over' pula aku tengok. Ada ketikanya tidak kena tempat. Ada beberapa kali pakaiannya nampak seksi dan terpaksa ditutup dengan selendang dan jaket. Memang si Mona ni suka glamour kot.

Aku masih ingat apabila persoalan itu dikemukakan kepadanya sewaktu dia dibawa keluar dari lokap Balai Polis Temerloh ke Penjara Kajang selepas sehari didapati bersalah.

Aku dapat bercakap dengannya - tak sampai seminit minit pun.Itu pun dah kira bagus kerana mengikut peraturan tidak boleh cakap pun dengan dia. Tapi berlaku secara spontan ketika aku mengikutinya dari belakang ketika dibawa ke trak. Tak silap aku menegurnya wah glamourlah Mona. Tak sangka pula dia membalas dengan berkata : "Saya tak mahu glamour (melaram). Dari dulu pun saya tak glamour."

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian antik, Mona berkata: "Yalah, takkan hendak telanjang pulak." Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.
"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang tengok," katanya.

Tapi yang aku tahu ketika dibawa ke Penjara Kajang dia membawa lima beg plastik yang berisi pakaian dan aksesorinya. Ada lagi cerita pasal Mona cantik ni. Tunggu cerita Mona buat pembedahan plastik. 

Dari Raub ke Sibu



 Kat sana kalau berkawan, jangan sampai pergi ke rumah kawan tu sorang-sorang.

Kat tempat orang bahasa, mulut kena jaga.


Kalau nak pergi mana-mana majlis, pergi dengan kawan, jangan pergi sorang2.


Tak payah kerja elok2 sangat, kalau buat elok2 kena stay kat sana.


Pasni sangkut dengan orang sana la ye!

Kat atas ni antara benda2 yang keluar daripada mulut old-timer di kalangan sedara-mara bila aku cakap first station aku kat Sibu. Macam-macam lah yang dorang cakap, termasuk la salah sorang sepupu yang menerima laknat aku dalam blog ni (well yes, i've become emotional during that time, kalau kau tak buat mak aku risau mungkin aku tak tulis macam tu, what can i say is you deserve to be curse lol)

 Emosi yang tak stabil ditambah dengan bitching menghasilkan complex maniac disorder okeh

Kisah yang diringkaskan seringkas mungkin.

13 September aka Raya ke-4

Bertolak ke Putrajaya, tidur kat rumah Abang Zimi & Kak Lia (Kak Lia sepupu aku) di Putrajaya. Tiga kereta, family aku (3 orang adik laki bujang aku stay kat rumah, malas nak ikut), Mak Teh, Mak Andak, Mak Uda, Aton (sepupu), family Mak Itam (minus sepupu2 perempuan aku). Sempat berjalan ke Alamanda, beli barang2 sikit. Malam tu buat online check-in, tidur lebih kurang pukul 12 kot.


14 September aka Raya ke-5

Bertolak ke LCCT, pukul 5:30 pagi. Sampai sana dalam pukul 6:15 pagi. Scan beg, bawak ke check-in luggage (shit, i thought my bag was too heavy, 10 kg je rupanya! Burn 10 kg lagi - max weight is 20 kg). Jumpa dengan Fikri & ayah dia, bergambar dengan keluarga, salam-salam, dengar pesanan + nasihat sebelum naik flight, kemudian pergi ke departure gate no 14. Seat aku 8A (dekat tingkap), tapi Fikri pulak duduk situ (dia seat 8B), malas nak bising, duk jela kat situ, lagi pun 1st time aku naik flight jadi tak kisah sangat. Tu la first time naik flight, jadi lihatlah kalian betapa perapnya aku, anak teruna yang tak pernah naik flight. Sampai kat Kuching pukul 10 pagi, jumpa Shah & Shukor kat tempat teksi, kemudian ambik teksi direct ke JKN Sarawak.

Cerita kat JKN agak panjang. Baiklah, urusan kat JKN settle hari tu jugak, tapi disebabkan masa taklimat kesemua bakal PRP (provisional registered pharmacist - ahli farmasi berdaftar bersyarat, kat Malaysia fresh grad farmasi kena buat latihan siswazah selama setahun, then baru layak to be entitle as ahli farmasi berdaftar penuh) yang datang hari tu - Aku, Fikri, Shukor, Khir, Shah, Firun, Solleh, Imah, Fatimah Fadzil, Azeila, Priscilla (lupa lak cara eja nama minah ni) berlangsung pada waktu petang, maka aku yang kena hantar ke Sibu bersama Khir dan Fikri ni, dan jugak Shah dan Shukor yang dihantar ke Miri kena tunggu sampai hari esoknya sebelum dapatkan waran tiket untuk ke tempat masing2. Terima kasih banyak kepada Mr Patrick, Mr Joseph, Mr akulupanamadia, dan semua staff kat situ, serius memang dorang sangat2 helpful.

Masa tengah hari, aku, Fikri, Shukor & Shah (Khir pun sampai awal tapi dia stay ngan abang dia kat kuarters kem tentera) berjalan cari hotel kat area hospital tu. Jumpa la jugak, lepas tiga kali tanya orang (dua staf hosp, sorang penolong pegawai keselamatan - tulis pak guard kang kecik hati, bagi la title penuh). Duduk kat Hung Hung Inn, lepas second wave members datang (lebih kurang pukul 3 petang - Solleh, Firun dan semua girls except Priscilla sampai ke JKN), maka kitorang yang dah check in pun tunjuklah hotel tu kat dorang, tolong bawak barang sekali.

Malam tu aku, Fikri, Shukor, Solleh, Shah & Firun berjalan kaki sejauh 1.2 km ke Jalan Satok (Mr Patrick yang suggest tempat ni). Memang banyak gerai kat kawasan tu, lebih kurang macam area...aku tak tau nak samakan macam area mana, kalau bagitau pun mungkin korang pun tak tau, jadi lupakan pasal analogi. Tapi area situ memang banyak la stalls (area kedai makan ni berdepan dengan Wisma Satok, pastu kalau berjalan macam kitorang ni from Jalan Abang Zaidi Adruce kemudian turn left ke Jalan Satok, korang akan lalu KFC sebelum melintas jalan ke kawasan gerai ni). Aku rasa kebanyakan gerai makan ni gerai makan orang Muslim, tapi pasal ni 1st time datang, dan 1st day kat situ, maka kami pun..makan kat KFC. Kepada orang JAKIM, kitorang buat keputusan makan kat KFC sebab ada logo halal JAKIM kat KFC tu jadi sama ada valid tak valid tu, kitorang tak leh buat apa la, tawakal jela. Habis makan, berjalan kejap ke Wisma Satok. Lebih kurang macam Wisma PKNS Shah Alam je, cuma Wisma Satok tu lagi tinggi.

15 September aka Raya ke-6

 Hospital Sibu

Lepas dapat waran flight kat JKN, kitorang yang kena hantar ke bahagian lain kat Sarawak ni pergi la naik teksi ke Kuching International Airport. Aku bertiga dengan Fikri & Khir bertolak pukul 2, sampai sana pukul 3 petang. Kat sana sorang staff, Azizi dah standby dengan Pajero bawak kitorang pergi kat area perumahan kat depan hospital, setakat tengok rumah sewa kosong, ambik nombor jela. Pastu ke hospital. Briefing kejap dengan Madam Martina, pergi ke pejabat am untuk settlekan urusan pendaftaran kat pejabat,. Sampai pejabat, dorang taknak guna salinan dokumen yang dah siap2 disahkan, nak yang plain je. Cilakak btol, buat penat aku + habiskan duit je fotostat banyak2. Gambar pun nak kena ambik kat kedai yang hospital dah tetapkan, kat Sibu. Ok la, dagang hamba dagang merempat, ikut jelah malas nak bising. Pastu salah sorang PPF, Madam Jasmi (aku ingat lupa nama dia, rasanya betul la kot) tolong tunjuk surau kat kitorang, kemudia dia ngan suami dia Mr Franklin bawak kitorang ke rumah sewa kawan suami dia kat housing area yang sama jugak (yang Azizi bawak kitorang masa datang tadi), sampai la kat area rumah teres 2 tingkat, 4 bilik. Sewa RM 600 sebulan. Pas masuk rumah, tengok ada air con, tapi takde kipas. Ada satu set sofa, meja makan, langsir - nasib baik elektrik ngan air ada jugak. Time tu jugak setuju - daripada serabut nak pergi hotel ke bandar (dah la jauh gak tu), tido jela kat situ malam tu jugak. Time keluar cari makan, hahaha ni special sikit, nanti ada bab lain pasal makanan kat sini. 

16 September aka Raya ke-7

Cuti umum sempena tarikh Anwar Ibrahim kantoi konon nak tubuh kerajaan baru Hari Penubuhan Malaysia. Cuci-cuci rumah. Beli bantal, baldi, cerek air, sterika, kemudian usung macam bangla (teringat Musa Hassan usung katil masa kes Anwar dulu, hahahaha tapi ni lagi sadis la, kat depan orang ramai tengah hari panas). Jumpa tuan rumah, Mr Wong. Bagitau benda2 yang rosak, mintak pasang kipas kat living room. Tak banyak sangat benda dibuat hari tu.

17 September aka Raya ke-8

Dah start kerja dan punch card. Sesi orientasi, penerangan, tak buat kerja sangat pun. Gi masjid, sorang PRP yang dah nak tamat latihan, Grace tolong bawak kitorang bertiga ke masjid. Hoho, tolong jangan jadikan isu kat dalam TV3 kecuali kalau ko memang nak aku tutup blog ni. Takde aktiviti sangat la, setakat jumpa pharmacy-in-charge untuk briefing, pastu tolong bawak barang ke satellite pharmacy - tu jela. Hari Isnin minggu depan start kerja. Aku kat Drug Information Services (bahagian yang berfungsi menjawab segala persoalan pasal ubat-ubatan daripada seluruh warga hospital), Fikri & Khir kat Out Patient. 

18 September (mood raya berakhir)

Wisma Sanyan

Pergi ke Sibu, naik van sewa (teksi la kot, tak tau nak describe camne). Ambik gambar kat kedai gambar yang pejabat hospital suruh pergi. Kat dalam kedai nampak macam-macam jenis gambar, termasuklah gambar berjudul "Old & Young" - sorang orang tua lanjut, sorang lagi awek - dua2 tak berbaju duk kat tingkap. Boleh tahan la awek tu, sila datang ke Sibu kalau nak tengok sendiri. Pastu pergi ke Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sarawak. Nak cari ATM CIMB Bank tapi tak jumpa, kat sini DVD cetak rompak rilek je jual dalam kedai, berbanding dengan Shah Alam yang memang susah nak dapat kalau pergi Plaza Alam Sentral. Balik rumah, lepas Zuhur membuta sampai pukul 6:15 petang. Maghrib masuk pukul 6:33 petang.

Macam tu la lebih kurang setakat ni. Mintak maaf takde gambar selain gambar internet, towkey blog ni papa kedana, cuma dagang merantau. Nanti aku post tips sikit pasal Sarawak ni (particularly about Kuching & Sibu lah) - pasal makanan, transport, accomodation. Shalom.





   

17 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 3)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum http://www.cakap.net/index.php?showtopic=2040 sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack





Hari pertama (12.9.1994) Mona Fandey dibawa ke mahkamah

PASANGAN bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin tenang ketika tuduhan terhadap mereka dibacakan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada hari pertama perbicaraan - 12 September 1994. Aku dapat melihat riak wajah mereka dengan jelas dari tempat  duduk media. Pada waktu tuduhan dibacakan aku mesti tengok reaksi mereka untuk dilaporkan dalam akhbar. Mereka memang 'cool' ketika itu. Lagipun, itu baru tuduhan  sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah atau tidak.Mereka yang menghadapi tuduhan pindaan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,  Datuk Idros @ Mazlan Idris, Julai tahun lalu, faham dengan  tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, M Muthualagu dan mahu dibicarakan.

(Pindaan dibuat ke atas tarikh pembunuhan iaitu dari di antara jam 11 malam 2 Julai 1993 hingga 13 Julai 1993 kepada di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam 8 Julai 1993).





Juraimi adalah tertuduh pertama perbicaraan itu, Affendy (tertuduh kedua) dan Mona (tertuduh ketiga).

Mona dan Affendy yang berdiribersebelahan ketika tuduhan  itu dibaca bercakap sesama sendiri selepas tuduhan dibaca. Juraimi pula hanya berdiam dan memandang ke arah peguambelanya.

Dalam perbicaraan itu, Mona dan Affendy diwakili oleh Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan,sementara Juraimi pula oleh Karam Singh Bahl dengan dibantu Ikmal Hisam Idris.

Affendi masuk ke mahkamah

Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam dengan dibantu Timbalan Pendakwaraya AC Fernandis dan Saiful Edris Zainuddin pula bertindak sebagai pendakwaraya dalam perbicaraan yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.

Mokhtar juga menetapkan perbicaraan dijalankan terus menerus dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta memperuntukkan waktu rehat tidak lebih 15 minit.



Juraimi keluar dari trak polis


Peraturan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan perbicaraan. Memang mencabar membuat
liputan kes ini. Aku dan seorang lagi wartawan kena buat transkrip  percakapan dalam mahkamah. Kadang-kadang ada juga perkataan yang 'miss' kerana percakapan mereka kurang jelas.Dalam hal ini, kalau tak minta
bantuan rakan media lain, aku merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim. Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku.

Tapi, apapun aku cukup seronok membuat liputan kes ini. Aku tumpang bangga menjadi - part of the history.

Macam aku kata tadi perbicaraan ini cukup mencabar pada semua pihak. Semua orang mahukan perbicaraan berjalan lancar. Hakim Datuk Mokhtar Sidin beberapa kali menegur pihakpendakwaraya dan peguambela supaya tidak membazir masa dan memastikan perbicaraan berjalan lancar.

16 September 2010

Why so serious?


Heath Ledger sebagai Joker dalam filem Dark Knight, dengan tagline "Why so serious?"

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar 

sumber: Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes selesai (Berita Harian, 16 Sept 2010)

Selama ni kes orang hilang disiasat macam mana? Adakah secara tak serius? Ataupun disiasat secara serius tapi siasatan gagal diteruskan?


Macam mana pulak dengan siasatan kereta hilang, lembu hilang, dompet hilang, laptop hilang, motor hilang..akan disiasat dengan serius jugak ke?


p/s Bukan nak condemn, cuma berharap tak kira la apa kes pun, siasat la dengan serius. Takkan nak tunggu great shit happen first baru nak jadi serius. Peringatan tuk diri sendiri jugak.

15 September 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 2)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum  http://www.cakap.net/index.php?showtopic=2040 sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack





yg pompuan 2 laa mona fadey.. yg pakai cermin mata 2 laa pembantu die.. yg rambut cam pacak2 tuee suami mona fandey... hihih..

TARIKH 12 September 1994 - tidak mungkin dapat aku dilupakan dalam hidup ini. Bukan apa, aku membuat liputan kes paling sensasi pada abad ke-20 Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.

Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya. Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. .

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.

Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.

Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.

Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam.

Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993.
Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.