28 August 2010

Perkahwinan kanak-kanak - boleh ke tak?

Beberapa bulan lepas, kecoh pasal kes perkahwinan Sudin Ajaib dan budak bawah umur.

Kalau dari segi budaya kebiasaan masyarakat, malah daripada sudut undang2 negara pun perkahwinan individu yang bawah umur 16 tahun tak dibenarkan. Tapi kalau dikaji dari sudut sejarah Islam dan sunnah Rasulullah pulak,perkahwinan Rasulullah dan Saidatina Aisyah berlangsung masa umur Saidatina Aisyah masih kanak-kanak, lebih kurang masa Saidatina Aisyah berumur 9 tahun.

Jadi persoalan sekarang ni, perkahwinan kanak-kanak ni boleh ke tak? Bermoral ke tak?

Pada pendapat aku, boleh.

Mungkin ramai yang akan tak bersetuju dan cakap aku ni pedofilia, atau dah gila (kalau ada yang betul2 tak puas hati mungkin akan buat repot polis, hahaha). Banyak NGO akan cakap, perkara ni mencabul hak asasi kanak2. Tapi cuba kita tengok masalah sosial sekarang ni. Murid sekolah rendah pun dah pandai lakukan perbuatan lucah. Dan kebanyakan kes buang bayi sekarang melibatkan remaja, baik yang masih bersekolah ataupun yang menuntut lagi. Jadi kalau budak-budak dan remaja ni dah sampai ke tahap dah tak boleh dibendung nafsu syahwat dorang, pada aku cara terbaik nikahkan jela. Soal tanggungjawab, nak cari nafkah dan sebagainya - ibu bapa la main peranan - terus didik anak-anak yang dah bernikah ni soal tanggungjawab, secara beransur-ansur sampailah mereka dewasa dan boleh berdikari.

Sekarang sibuklah semua orang nak mencari punca dan penyelesaian. Sebenarnya penyelesaian tu dah ada lama dah, cuma sama ada sanggup nak ikut ke tak.

Tapi aku tak la bermaksud, asalkan budak2 bawah umur dan tak potong kulup ni naik birah, terus nikahkan dorang. Bukan la macam tu. Step by step la, mula2 bagi didikan dulu, bagitau kenapa ada perasaan macam tu, ajak budak2 ni puasa dan apa2 caralah yang boleh bagi tujuan pendidikan. Perkahwinan tu sebagai last kopek la, dah cuba macam2 cara tapi tetap dah tak boleh dikawal kehendak tu.




   

25 August 2010

Kosher

Sekarang ni tengah heboh pasal isu bufet Ramadhan yang tak guna bahan halal untuk masakan, isu halal haram kopitiam dan sebagainya, sebenarnya aku nak beleter panjang pasal isu halal ni, tapi rilek dulu, aku nak cerita pasal satu istilah yang mungkin agak asing bagi kita semua - kosher.

Baiklah, sebagaimana umat Islam yang dituntut untuk makan makanan yang halal lagi baik, agama Yahudi pun turut mempunyai peraturan pemakanan yang tersendiri. Mereka tak boleh makan selain daripada makanan kosher.

Menda ape kosher tu?

Kosher bermaksud, makanan2 yang dibenarkan untuk dimakan dari segi undang2 agama Yahudi. Dalam agama Yahudi, makanan2 kosher ni terbahagi kepada tiga jenis: daging, susu, dan bahan makanan neutral.

Untuk daging, antara daging haiwan yang dibolehkan dalam agama Yahudi adalah daging haiwan mempunyai cloven hoof (sori, tak reti nak translate dalam BM) seperti lembu, kambing, kancil. Haiwan yang takde cloven hoof pulak secara automatik tak boleh dimakan, macam unta, babi dan arnab.Kalau burung pulak, daging burung dari jenis yang tak menyambar (bukan burung pemangsa) dibolehkan. Selain tu, agama Yahudi juga melarang memakan darah, jadi sebelum memasak daging, daging akan direndam dulu dalam air dan kemudiannya dilumur dengan garam untuk mengeluarkan darah dalam daging tersebut. Organ-organ dalaman seperti hati, jantung pulak tak dimakan dan akan dibuang terlebih dahulu sebelum daging diproses. Bagi susu @ produk tenusu, mana-mana susu yang dihasilkan oleh binatang-binatang yang boleh dimakan, maka susu tu boleh diminum. Bagi kategori bahan makanan neutral, contohnya bijirin, buah-buahan, garam, rempah ratus dan sebagainya selain daripada daging dan tenusu. Bahan makanan neutral ni takde masalah untuk dimakan oleh penganut Yahudi, asalkan tak beracun dan memudaratkan.

Nampak macam ada persamaan antara konsep halal dalam Islam dan kosher dalam Yahudi, kan? Tapi berbeza sebenarnya. Arak yang diharamkan Islam, dibolehkan dalam agama Yahudi dengan syarat arak tersebut disediakan oleh orang Yahudi. Dan ada pulak beberapa etika lain dalam pemakanan orang Yahudi, contohnya mesti cuci mulut (berkumur @ gosok gigi) kalau nak makan daging selepas makan ikan atau makan ikan selepas makan daging. Daging peha tak boleh dimakan, kalau ikut ajaran Yahudi.

Jadi senang cerita, bukan sahaja dalam Islam, malah dalam agama Yahudi pun ada etika pemakanan - manusia tak sepatutnya boleh main redah je makan apa-apa pun macam dalam Fear Factor. Bak kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan.

p/s Aku tulis ni bukan nak promote agama Yahudi. Nak cerita je, buatlah sebagai pengetahuan am. Okeh

24 August 2010

Seekor singa di dalam hutan..err, hutan?

Semalam aku tengok rancangan Malaysia Hari Ini (iye, saya masih menganggur, tunggu je epik pengembaraan yang aku akan tulis tak lama lagi bila start keje nanti), ada disiarkan pasal Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi pojaan hati ramai bercerita kepada sekumpulan kanak-kanak masa majlis berbuka (kot?). Ada la sedutan beliau bercerita tu disiarkan sekejap kat tv, lebih kurang camni la..

Pada suatu masa dahulu, ada seekor singa tinggal di dalam hutan..



Seekor singa di dalam hutan? Walawei..pastu ternampak la buku cerita yang beliau pegang..memang betul pun, kat dalam buku tu terlukis gambar singa dalam background hutan. Aku tau cerita ni, pasal singa kena jerat dengan jaring, pastu ade tikus yang datang tolong gigit jaring tu sikit2 sebagai tanda kenang budi sebab singa tu spare nyawa dia dulu.

Ok la, pasal singa kat dalam hutan tu..memang tak dinafikan singa ni binatang mamalia yang bertebaran si merata kawasan, tapi habitat dan tempat tinggal utama singa ialah kawasan padang rumput savanna di sekitar benua Africa. Savanna merupakan salah satu ekosistem yang wujud kat atas muka bumi ni selain paya, tasik, hutan hujan dan sebagainya. Mungkin ada jugak dalam sesetengah kes singa wujud kat area pergunungan (singa gunung aka Puma concolor ) tapi kebiasaannya, dan selalunya singa boleh dijumpai di savanna, seperti juga macam pacat, harimau yang mudah dijumpai di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia dan ular sawa yang mudah dijumpai di paya.


Apa masalahnya dengan cerita tu, setakat cerita aje pun, apa nak serius sangat? Memang la, betul la cerita kanak-kanak tu fiksyen je, tapi at least untuk sesetengah perkara guna la fakta yang betul. Susah weh nak jumpa singa kat dalam hutan, memang takkan jumpa punya la, jadi guna la binatang lain. Harimau ke, harimau kumbang ke, kucing hutan ke. Sebab selain bercerita, sekurang-kurangnya budak-budak tu boleh belajar fakta yang betul. Lagipun lambat laun dorang akan tau jugak, kalau dorang tengok Nat Geo kat tv contohnya, sure2 dokumentari pasal singa akan menunjukkan latar belakang savanna dan bukannya hutan.





   

20 August 2010

Kisah puasa zaman sekolah, zaman matrik, zaman universiti

Ramadhan sekarang dah masuk fasa 2/3, sebab sekarang dah 10 Ramadhan. Bila melihatkan adik pompuan aku teguk air, makan nugget, ataupun masa tengok adik laki aku curi-curi makan kat dapur, aku seakan ternampak diri aku masa umur aku lebih kurang umur budak2 tu.

Zaman sekolah rendah dulu (dah tentunya zaman kulup belum dipotong), tak dinafikan memang aku ni jenis yang selalu tuang puasa. Tapi tuang secara berhemah la. curi-curi makan. Bila time tgh hari, perut dah lapar, benda yang tak lalu nak dimakan pun boleh buat jadi terliur - telur masak gulai, kismis kuih raya, air sejuk. Seingat aku memang tak pernah kantoi pun, hahaha. Amalan tak bermoral ni walaubagaimanapun aku berhentikan bila dah masuk fasa sekolah menengah, dari form 1 sampai la sekarang seingat aku memang aku tak pernah ponteng puasa dah.

Waktu menetap kat asrama, suasana puasa berubah - puasa beramai-ramai dengan kawan2. Kalau dapat keluar outing, dapat la beli makanan best2 sikit tuk buka - ayam golek, burger, murtabak, roti john. Kalau tak makan jela apa yang ada (lauk asrama sangat tak best, kecuali pada hari2 dan masa tertentu). Kat asrama pun ada satu tabiat yang tak berapa elok jugak - scrumb makanan. Keliling makanan, mula-mula tarik makanan elok2, pastu bila sorang je jerit perkataan ni - scrumb!!! maka proses berkongsi makanan tu akan bertukar menjadi ganas secara tiba2. Makanan tu akan direbut secara ganas, pernah sekali murtabak melambung sampai ke siling pasal tabiat nih. Ish3..

Zaman jahiliah pun berakhir - di sekolah asrama. Waktu belajar kat matrik, ada member bawak periuk nasi, jadi masa berpuasa kat sana, beli lauk je, makan ramai2 kat bilik. Takde apa yang pelik dah zaman ni, begitu juga zaman universiti. Belajar kat universiti 4 tahun, 4 kali berpuasa sebagai student universiti. Tapi entah nape, tak banyak kenangan indah waktu berpuasa yang aku ingat. Mungkin zaman ni segala-galanya dah berubah banyak, hidup dalam keadaan serius, banyak sangat perkara dikejar sampai banyak jugak perkara yang aku lupa. Hmm..

Selamat menghabiskan ibadah puasa kpd yang beragama Islam. Ramadhan ni, di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di penghujungnya pembebasan daripada api neraka. Semoga kita dpt ketiga-tiganya, amin..








16 August 2010

sejarah mungkin berulang..ang.... (sila nyanyi macam Tomok masa dia jadi vokalis New Boyz)



Kepada generasi Y yang lahir dan menetap di Malaysia sekitar 80-an dan menjalani zaman usia remaja sekitar awal milenium ketiga, pasti korang pernah tertengok kat TV atau terdengar kat radio #1 kumpulan New Boyz - lagu Sejarah Mungkin Berulang. Band boy yang berwajah cute, balak2 sekolah yang membawakan lagu-lagu jiwang Melayu. Mereka jadi pujaan gadis-gadis innocent yg bersekolah di kampung dan pekan (mungkin juga di bandar, sebab waktu tu globalisasi belum lagi berkembang pesat di Malaysia). Ada awek yang suka, dan ada awekyang benci band ni. Yang suka sebab lagu yang jiwang dan muka2 line up band yang comel, yang tak suka pulak juga sebab lagu yang jiwang, muka2 line up band yang comel, tak bawak lagu omputeh, lagu Melayu jiwang kata mereka (padahal dalam masa sama layan N'Sync, Backstreet Boy.cukup tak faham aku dgn golongan yg ni).

Dan kemunculan band ni sebenarnya satu sejarah dalam industri muzik Malaysia.

Aku bukan nak bercerita pasal New Boyz, atau lagu-lagu hits mereka. Disebabkan Allah beri peluang aku untuk berjaga dan masa panjang lagi sebelum waktu sahur, tambahan pulak aku dah terfikir beberapa hari lepas pasal perkara ni, jadi kali ni aku nak bercerita sedikit tentang sejarah, atau dalam English --> History.

Zaman aku sekolah dulu, subjek sejarah merupakan subjek yang susah aku nak dapat gred A. Time ujian, exam, mesti dapat B, walaupun markah dah tak jauh daripada A. Dan kebanyakan pelajar lain pun kalau pun tak suka, mesti cuak bila membabitkan ujian subjek sejarah. Lepas akhir tingkatan 2, barulah aku dapat konsisten dapat A dalam subjek sejarah sampai la PMR. Lepas PMR, situasi dapat gred A & bukan gred A tu berada dalam equilibrium - kejap dapat A, kejap tak dapat A.

Sejarah ni, secara ringkas, perkara yang telah lampau yang terjadi sebelum masa semasa (current time). Boleh jadi melibatkan manusia, boleh jadi melibatkan alam semesta, boleh jadi apa-apa perkara pun - dengan syarat perkara tu telah berlaku. Sejarah atau pun peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ni kemudian didokumenkan & dirakamkan melalui pelbagai cara supaya perkara tersebut diingati - boleh jadi dalam bentuk hieroglif tamadun Mesir, rakaman gambar perang dunia ke-2 oleh jurugambar perang, surat khabar, melalui ingatan dalam kepala sendiri atau video ceramah reformasi dan sebagainya. Pendokumentasian sejarah amat penting - ketepikan dulu soal bias atau tak - sebab tanpa dokumentasi, peristiwa yang telah berlaku akan dilupakan begitu sahaja.

Bercakap tentang sumber-sumber sejarah, ada satu perkara yang jadi perkara yang perlu diambil perhatian - kesahihan sumber sejarah. Masa belajar dulu, aku diajar yang sumber lisan merupakan sumber yang bersifat lemah. Dan sumber yang kukuh selalunya seperti rakaman bertulis, video dan sebagainya. Pada pendapat aku,pengkelasan sumber lemah & kukuh ni tak betul langsung. Kukuh atau lemahnya sesuatu sumber sejarah tu sukar dinilai - sebab walau apa pun cara sejarah didokumentasikan - unsur-unsur bias mesti gerenti ada, itu satu hal. Dan satu lagi, contohnya sumber lisan. Katakanlah kita menjadikan cerita daripada seorang tua sebagai sumber sejarah, lalu kita klasifikasikan sumber ni sebagai lemah. Macam mana kita nak tau orang tua yang bercerita ni bercerita secara menokok tambah ataupun bercerita secara jujur sejujurnya? Memang ada orang yang suka tokok tambah masa bercerita, tapi ada juga manusia yang jarang sekali berbohong dalam hidup mereka, dan cerita daripada mulut mereka, memang sebijik macam apa yang berlaku. Sumber-sumber tulisan macam video, buku catatan  dan sebagainya - sumber-sumber ni boleh dipalsukan, dan cara sesuatu peristiwa didokumenkan pun boleh ditulis berdasarkan cara pemikiran seseorang penulis tu. Sebagai contoh, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam Utusan Malaysia tulis lain, dalam Harakah tulis lain, dalam Washington post tulis lain. Maka aku yakin bila manusia yang bakal hidup 100 tahun ke depan, bila mereka cari maklumat tentang Anwar Ibrahim, persepsi mereka akan berbeza-beza berdasarkan sumber yang bakal mereka rujuk. Ada yang akan fikir Anwar Ibrahim seorang gay dan homoseks. Ada yang akan fikir beliau seorang tokoh reformis.

Jadi dalam menilai berkenaan sesuatu peristiwa bersejarah dan mengetahui sesuatu kebenaran, cara paling efektif nak mengetahui perkara sebenar ialah dengan mempunyai sumber rujukan yang banyak. Kemudian, cari frasa, description atau apa-apa je yang sama @ berulang @ dijumpai dalam semua sumber tersebut. Maka sekarang aku nak bercakap kepada orang yang bakal hidup 100 tahun dari sekarang yang akan cari maklumat tentang Anwar Ibrahim - perkara yang bakal korang jumpa berulang-ulang dalam sumber rujukan korang ialah - Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau Dr Wan Azizah, beliau pernah ditumbuk oleh bekas Ketua Polis Negara, beliau pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan beliau pernah dipenjarakan.

Nampak cuma sedikit je kebenaran yang timbul, kan? Adakah beliau meliwat Saiful Bukhari? Adakah beliau ejen CIA? Percaya la cakap aku, tentang perkara-perkara ni, cuma Allah je yang akan tentukan sama ada korang akan tau benda ni betul atau tak. Pencarian dan fokus terhadap perkara2 yg berulang ni akan menimbulkan cuma sedikit kebenaran yang sebenar, mungkin tak sampai 5% pun. Tapi yang pasti, lebih baik kita tahu perkara yang sebenar daripada tertipu dengan penipuan, kan?

Banyak sebenarnya aplikasi subjek sejarah, cuma dalam buku teks tak ditekankan sangat. Antaranya:


- pendokumentasian sejarah adalah penting. Sebagai contoh, kalau ada orang berhutang duit dengan kita, kalau surat perjanjian hutang dibuat, maka sejarah yang berlaku (kita meminjamkan duit) dah dicatat dan disahkan, jadi ada peluang untuk kita tuntut balik hutang kita.


- Pakar perubatan perlu mengetahui rekod sejarah perubatan seseorang pesakit seperti penyakit kronik yang dialami pesakit, jenis rawatan yang pernah dilalui, pembedahan yang pernah dijalankan, sejarah alahan terhadap ubat-ubatan dan sebagainya untuk membolehkan mereka memberikan rawatan yang sepatutnya terhadap pesakit


- Rekod sejarah keturunan keluarga amat penting untuk membolehkan saudara mara dan waris yang berkenaan dihubungi bila ada isu yang perlu diselesaikan - contoh dalam hal pembahagian pusaka


- Sejarah boleh dijadikan sumber rujukan untuk mengetahui tindakan yang patut diambil bila berlaku sesuatu. Contoh waktu Malaysia dilanda kegawatan ekonomi - negara menjalankan kawalan modal. Jadi bila kegawatan ekonomi dalam senario yang hampir serupa berlaku sekali lagi, bolehlah dirujuk balik apa yang dah dibuat sebelum ni untuk berdepan dengan masalah tu.


- Dengan mengetahui sejarah bakal suami/isteri - sbg contoh bakal suami/isteri dulu ada rekod jenayah, pernah jadi bohjan/bohsia - perkara ni boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat keputusan dan menilai risiko yang bakal dihadapi dalam memilih pasangan hidup

Banyak lagi, tapi tu lah di antaranya. Dan satu perkara yang paling penting sekali --> pengajaran daripada sejarah.

Berbagai-bagai pengajaran kita boleh belajar daripada sejarah. Kita boleh belajar, umat-umat terdahulu yang diturunkan Rasul akhirnya musnah akibat melanggar perintah Allah dan ajakan Rasul. Umat Islam dulu mentadbir dunia dalam suasana yang gemilang, tapi rebah sebab meninggalkan suruhan Allah. Umat Melayu dulu tertipu dan ditipu oleh orang British disebabkan nak berebut kuasa. Dan mungkin kalau susah nak faham dengan contoh-contoh ni, aku bagi contoh, korang main semut api, pastu semut tu gigit tangan - merah bengkak jadinya. 7 tahun lepas tu korang berjumpa semut yang sama, jadi melalui sejarah yang berlaku korang pun tau - semut ni berbisa, ada methanoic acid dalam gigitan dia - jadi korang takkan kacau dah semut tu.

Bila kita tak belajar daripada sejarah, maka akan berlakulah...sejarah mungkin berulang (sila nyanyi macam suara Tomok masa dia jadi vokalis New Boyz). Berulangnya sejarah tu bukanlah bermaksud, dulu masa Perang Dunia Kedua, Hitler jadi ketua Nazi, lepas tu 200 tahun akan datang, Hitler yang sama akan bangkit dari kubur dan jadi ketua Nazi balik. Bukanlah macam tu..maksud sejarah mungkin berulang tu ialah, sebagai contoh, kita dah tahu tok moyang kita dulu ditipu British sebab bertelagah berebut kuasa - maksudnya orang akan ambil kesempatan terhadap kita bila ada peluang. Lepas tu zaman kita pulak, ada masalah dengan pemimpin negara, kita pergi hebah serata dunia, minta tolong Amerika, minta tolong turki, minta tolong Perancis, buat report polis kat Perancis, kita lupa apa yang dah jadi pada tok moyang kita..orang luar akan tahu ohh, pemimpin negara ni ada masalah, so ada peluang untuk kita conquer ekonomi dia, kita boleh blackmail dia, kita boleh ugut dia supaya jadikan ekonomi negara dia boleh kita kuasai.

Jadi sejarah mungkin berulang, betul, memang sejarah mungkin berulang, tapi bukanlah dalam bentuk yang sebijik sama betul macam klon, sebaliknya berulang dari segi konteks prinsip pengajaran yang boleh dicedok daripada sejarah tersebut. Oleh itu, marilah kita belajar dan mengetahui sejarah, belajar daripada sejarah supaya kita tak mengulang kesilapan dan kebodohan yang pernah dibuat oleh umat yang terdahulu.

Terfikir juga. Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi, Najib Razak, Nik Aziz, Ibrahim Abu Shah, Zohadi Bardaie..macam mana agaknya manusia yang hidup 50,100 tahun akan datang (kalau belum kiamat la) melihat mereka semua ni nanti. Camne la mereka akan dikenali nanti. Ceh, fikir pasal orang, aku sendiri pun tah macam mana orang akan anggap aku 100 tahun lagi. Mungkin dah tak dikenal orang langsung agaknya, hahaha




15 August 2010

Panduan ringkas memotong kenderaan semasa memandu

Aku dah jadi pemegang full license kelas D & B2 hampir 4 tahun, tapi jarang2 sangat drive kereta. Sebab utamanya, aku takde kereta, dan motosikal pulak baru jual. Kereta mak ayah ada, tapi atas dasar malas nak bertanggungjawab kalau jadi apa2 kat kereta mereka, aku pun malas sangat nak drive, kecuali kalau diarahkan memandu.

Bila jarang memandu, pengalaman pun kurang. Baiklah, aku tak kisah korang nak panggil aku noob, memang aku noob pun, jadi nak dipendekkan cerita, malam tadi masa aku bersembang dengan ayah aku dalam kereta masa perjalanan balik ke rumah, dapat la aku tips ringkas, camne nak memotong kenderaan lain semasa memandu. Lebih kurang macam ni la:-

(a) Khusus utk yang memandu kenderaan bertransmisi gear manual (gear 1,2,3,4,5,R). Pastikan anda menggunakan gear 4 semasa memotong, bukan gear 5.

- Gear 5 memang digunakan khusus setelah kenderaan meluncur laju. Tapi semasa hendak memotong, daya tujah kenderaan (atau mungkin lebih tepat daya memecut) semasa gear di kedudukan 5 adalah amat rendah. Akibatnya kenderaanmungkin mengambil masa yang lama utk memotong kenderaan lain. Jadi gear yang sesuai digunakan - gear 4.

(b) Jangan sesekali memotong di selekoh & di kawasan yang mempunyai persimpangan (simpang tiga @ simpang 4 @ jalan yang mempunyai multiple simpang di sepanjang perjalanan)

- Selekoh tu sebab susah nak predict kalau ada kenderaan lain kat depan, simple je sebabnya. Di kawasan simpang pulak sebab risiko kenderaan lain meluru masuk ke dalam laluan bertentangan secara tiba-tiba, tengah elok potong kenderaan, tak pasal-pasal kenderaan lain masuk line. Nahas la jawabnya.

Panduan lengkap tentang cara memotong ada di blog ni <-- sila klik. Post ni saja je aku nak kongsi pasal nasihat yg ayah aku bagi, tu jela sebab bab pakai gear 4 tu takde dalam link yang aku bagi tu. Okeh, selamat memotong!




-

14 August 2010

Wan


Wan. Tu la panggilan aku pada nenek sebelah mak, Aminah Abd Ghani.

Awal tahun kelima sehingga permulaan tahun kesembilan aku hidup kat atas muka bumi ni, Allahyarham aki aku dan wan aku la yang menjaga aku dan adik-adik (masa tu aku masih lagi tiga beradik) kat kampung. Kedua mak dan abah sambung belajar - abah di Universiti Pertanian (sekarang UPM), mak pulak di maktab perguruan Tengku Ampuan (masa tu MPTAA masih di Semambu, Kuantan). Zaman tadika, zaman awal sekolah rendah, kehidupan aku berlegar di kampung hidup bersama kedua-dua orang tua mak aku.

Waktu aku balik daripada sekolah, makan tengah hari dah tersedia - selalunya nasi, ikan goreng - ada sayur kot, tapi yang aku makan selalunya nasi berlauk ikan goreng berkicap. Tutur kata wan kurang jelas kedengaran, akibat serangan strok. Tapi masa tu tak jadi masalah, sebab Allahyarham aki ada, dan memang aku banyak berkomunikasi dengan aki berbanding dengan wan.

Tahun 1995 - aki jatuh sakit. Lama terlantar dan berubat, akhirnya meninggal dunia. Tak lama selepas abah habis belajar, aku dan adik-adik dibawa berpindah ke bandar yang sejauh kira-kira 30 km daripada kampung. Dan selepas tu oleh kerana kesibukan kerja dan menguruskan rumah tangga, selalunya jarang wan yang keseorangan dijenguk di kampung.

Tahun ni selepas tamat pengajian - wan jatuh sakit. Tulang pinggul retak akibat terjatuh, dan disebabkan kondisi wan yang dah berumur, hampir 3 minggu terlantar di hospital. Waktu tu mak teh, mak itam, pak busu dan mak aku bergilir-gilir menjaga wan di hospital. Seminggu selepas sembuh, wan kemudian bergilir-gilir menetap di rumah anak-anak beliau. Aku pun sempat menjaga wan, walaupun tak sampai seminggu.

Pagi tadi pukul 5, pak busu call. Wan dah meninggalkan kami. Lepas beliau kembali tinggal di kampung dan tinggal bersama mak cik, tak sempat aku nak menziarah wan.Aku tak sempat nak beritau wan, lepas raya ni aku akan ke Sarawak untuk memulakan kerja. Takdir Allah telah menetapkan Ramadhan kali ni merupakan yang terakhir buat wan, dan tak lama lagi mak dan adik beradik mak bakal beraya tanpa wan.

Al-Fatihah buat wan. Semoga Allah mencucuri rahmah & mengampuni segala dosa-dosa beliau. Amin.

13 August 2010

Kau percaya pada Tuhan?

Aku pun percaya pada Tuhan. Ada satu Tuhan yang berkuasa dekat atas muka bumi ni – duit

-  Duit ciptaan manusia. Malang sungguh, kau cetak, kau renyuk, kau masukkan dalam kocek, kau palitkandengan segala najis, kemudian kau bertuhankan kertas ciptaan tangan kausendiri. Murah sungguh martabat kau rupanya. Ingat tak semasa dinar Iraq berharga sama dengan ringgit Malaysia dua belas? Sekarang dinar Iraq sama tarafdengan tisu tandas. Malang sungguh bila Tuhan yang kau sembah kini jadi tisu tandas.


Aku percaya Tuhan. Tuhan tu ialah siapa saja yang paling berkuasa di atas muka bumi ni. Mungkin Presiden Amerika, mungkin ahli Illuminati atau Grand Lodge Freemason. Mungkin juga kau, dan mungkin juga aku.Selagi kau punya kuasa, kau punya akal, kau punya kekayaan lebih daripada yanglain maka kau lah yang akan jadi Tuhan. Manusia akan patuh pada kau, manusia akan sembah kau, manusia akan jadi tak lebih daripada buah catur yang mampu kau gerak, alih atau korbankan bila-bila saja.

- Kau bertuhankan manusia. Tahu tak kau betapa rapuhnya tubuh manusia? Sebutir tembaga yang tak sampai 4 gram dah cukup untuk meledakkan otak kau manusia. Kuasa, kekayaan, akal. Kalau kau hilang semua tu kau dah tak jadi Tuhan, dan kuasa Tuhan akan berpindah kepadayang lebih berkuasa daripada kau, bukan? Maka bersilih gantilah bertukar kuasamanusia menjadi Tuhan. Kalau begitu tak selayaknya kau menyembah manusia, dankau mesti tau, kuasa manusia tidak dapat melengahkan ajal, menentukan qada' dan qadar. Di mana sifat ketuhanan yang kau sembah kalau kemampuan kau terbatas?


Aku tak percaya Tuhan. Kau pernah tengok Tuhan? Mana kau tahu wujudnya Tuhan, kau tak pernah tengok, mata kau tak pernah melihat jasad Tuhan yang kau sembah. Kau sememangnya gila.

- Kau mahu berjumpa Tuhan? Boleh, setelah kau tak lagi bernyawa. Eh, kau ada nyawa? Pernah lihat nyawa kau? Macam mana kau tahu kau ada nyawa, kalau kau sendiri tak pernah lihat nyawa kau? Zahir mata kau letakkan hujah akan ketiadaan Tuhan. Bodoh betul engkau. Lihatlah ke dalam diri mu sendiri!

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) daritanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah SWT sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu setelah itu akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula padahari qiamat" (Al Mu'minun23:12-16).

Kau tahu semasa khabar ghaib di atas diturunkan, manusia belum lagi kenal  mikroskop, CT Scan dan x-ray. Kau belajar sains bukan? Atau mungkin kau punya sumber rujukan sains, semestinya. Ramai manusia atheis yang punya pengetahuan tentang jasad manusia, yang tahu pembentukan embrio, pembentukan neural plate, neural tube, blastosista –peringkat-peringkat pembentukan janin. Tanyakan pada mereka benarkah seperti yang diceritakan dalam perkhabaran ghaib di atas. Dan kemudian tanyalah kepadadiri mu sendiri adakah khabar ghaib sedemikian lahir daripada pemikiran seorang yatim piatu yang buta huruf, atau mungkinkah ada kuasa lain yang menurunkannya.Kau takkan percaya kalau kau tak mencarinya sendiri, aku cuma mahu menunjukkan pintu.



Sekali lagi aku tanyakan. Kau percaya pada Tuhan?

11 August 2010

Akhirnya

Terjawab sudah di mana aku bakal memulakan kerjaya. Terjawab juga persoalan yang bermain di fikiran kawan2 yang lain.

ada yang gembira, ada yang kecewa,aku antara yang kecewa, atau mungkin aku seorang yang kecewa. Bukanlah aku tak sudi nak berhijrah ke tempat baru, cuma aku ada harapan aku sendiri tapi takpela, rezeki Allah kat mana-mana. Cuma sekarang pening sikit untuk mulakan kehidupan baru.

Kalau lapang, harap doakan yang terbaik untuk aku.

09 August 2010

Atavism - hidup yang berpaling kembali kepada jahiliah

Pernah bila kita melihat sesuatu kejadian (tak kira lah dalam tv ke, ataupun kita melihat sendiri dalam real-life situation), maka terlintas dalam fikiran kita, "Ish, macam orang jahiliah, macam perangai orang tak bertamadun?"

Bila aku tengok kes buang bayi, kes letak kepala babi kat masjid, kes bakar rumah ibadah orang bukan Islam, manusia terkinja-kinja masa konsert aku selalu terlintas dalam fikiran pemikiran macam yang aku tulis kat atas tu. Manusia yang dah beribu tahun hidup, dah diutus 313 orang rasul, dah diturunkan kitab Zabur, Taurah, Injil, Al-Quran masih lagi berperangai macam orang zaman batu (bahkan lebih teruk lagi pun ada).

Dalam sains sosial, keadaan macam ni digelar sebagai fenomena Atavism budaya.

Antara ciri-ciri atavism ialah:

- Kecenderungan melahirkan perasaaan melalui keganasan, contoh: pengikut-pengikut Black Metal di negara Scandinavian kerap membakar gereja pada awal tahun 1990-an.

- hidup berpuak-puak, contoh: punk, skinhead

- apa-apa je perbuatan atau ciri-ciri yang menyerupai tindak-tanduk jahiliah yang sudah pun dilakukan beribu tahun dulu.

Malah di negara-negara Eropah, telah wujud gerakan neopaganism - yang menghidupkan kembali kepercayaan-kepercayaan kuno. Contoh gerakan/agama neopaganism ialah Wicca yang mengamalkan ajaran ilmu sihir.

Manusia kelihatan macam semakin celaru, kan?

Semenjak zaman Renaissance, fokus utama manusia ialah untuk mengejar kekayaan. Kehidupan beragama dipisahkan daripada aspek kehidupan yang lain. Sampai satu tahap, manusia dah berasa jelak dan merasakan merasa nilai kehidupan dah hilang - lalu menyebabkan mereka cenderung untuk kembali mengambil semula nilai kepercayaan kuno. Ini antara salah satu faktor kenapa atavism berlaku dalam masyarakat manusia sekarang.

Ada juga teori yang mengatakan, sikap oppressive golongan Gereja Kristian terhadap masyarakat menimbulkan keinginan untuk memberontak, seterusnya membawa masyarakat kembali menyanjung nilai-nilai kuno.

Sebagai orang Islam, aku percaya perkara macam ni terjadi bila manusia menggunakan manual yang salah untuk menguruskan kehidupan mereka. Manual yang terakhir diberikan kepada manusia - Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Jadi kepada umat Islam, jalan telah ditunjukkan - kalau inginkan keselamatan di dunia dan akhirat, berpegang teguh la kepada ajaran Islam yang sebenar. Di samping tu, aktiviti dakwah perlu sentiasa dijalankan, sebagai usaha untuk membawa kembali masyarakat Islam khususnya, dan seluruh masyarakat dunia agar kembali kepada fitrah yang dah ditetapkan oleh Allah buat kita.

08 August 2010

Pengalaman bersua dengan menteri

Lebih kurang 5 atau 4 tahun lepas, ada seorang Menteri datang ke kolej matrik tempat aku belajar. Dah lupa dah apa punya acara/majlis yang nak dirasmikan tu, tapi macam biasa, sebagai rakyat jelata yang taat kepada undang2 firaun (pinjam istilah Ah Chong), maka aku pun berbondong-bondong lah ke dewan serbaguna, merangkap exam hall bila ujian penilaian & exam final sem. Dalam dewan tu, student merupakan kelompok paling ramai, kemudian kelompok pensyarah diletakkan di bahagian tengah dewan. VIP di bahagian depan.

Semasa Menteri tu datang masuk ke dewan, berebut-rebutlah student nak bersalam dengan beliau. Aku dengan beberapa kelompok student yang masih berjiwa rebellious, lepak je duduk atas kerusi, dan beberapa baris di depan pun dipenuhi dengan student yang berat bontot nak bangun.

Tiba-tiba aku tengok barisan student yang kat depan aku sedikit demi sedikit bangun. Apa hal pulak ni? Rupanya menteri tersebut sangat lah mesra alam, dia sanggup berjalan ke area kami yang berat bontot ni untuk bersalam dengan kami. Warggh! Excited, suke3..menteri mau jabat tangan. Ceh! Aku terpaksa berdiri bangun, dan orang yang tadi tak berapa ramai kat sekeliling aku mula berkerumun kat area tempat aku lepak tu. Rimas betul. Adakah aku berjabat tangan dengan menteri tu? Ya, aku berjabat tangan dengan beliau. Itulah first time aku berjabat tangan dengan menteri kabinet. Maka pak menteri pun perlahan-lahan berjalan ke kawasan tempat duduk VIP, dan semua sekali bangun untuk sama2 menyanyi lagu Mamula Moon Negaraku, lagu kebangsaan negeri Pahang dan lagu amenda tah..tak ingat dah.

Macam biasa, ucapan ahli politik. Skip, tak payah cerita atau reka-reka cerita sebab memang aku tak ingat. Kemudiannya sesi soal jawab. Adalah sorang student bertanyakan soalan, lebih kurang macam ni..

"Dato, bolehkah pihak kementerian mempertimbangkan untuk menaikkan elaun pelajar matrik disebabkan harga barang dah mula naik disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ni?" Soalan beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pelajar. Masa tu pakai istilah naik harga minyak lagi, belum pakai lagi perkataan "selaras".

Maka menteri pun memberikan jawapan.

"Saya berasa kecewa dengan anak muda yang tak menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ni. Saudara tahu, harga minyak dunia sekarang telah naik, bla bla bla. Lagi pun saudara nak mintak elaun naik, pasal nak beli apa? Langkah tersebut adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara,"

Kemudian kelompok pensyarah yang tak sampai 70 orang bertepuk. Memang jelaslah dengar dorang bertepuk, sebab? Sebab hampir 2000 student yang lain senyap je, tak tepuk tangan langsung. Melihatkan keadaan tu.

"Tak payah tepuk tangan. Memang keputusan ni tak popular, dan kerajaan perlu mengambil keputusan tak popular untuk menyelamatkan negara," Pak Menteri bercakap. Melihatkan keadaan yang jadi macam tu, aku tak dapat tahan daripada gelak.

2000 orang anak muda yang tak bertepuk tangan untuk ucapan menteri ni sekarang dah bertebaran ke seluruh negara - ada yang dah bekerja, ada yang dah habis belajar, ada yang masih belajar. Menteri tu sekarang dah bertukar portfolio, tak lagi menjaga kementerian pelajaran. Aku tak tau mereka yang hadir malam tu, ingat lagi tak tentang peristiwa ni. Cuma aku harap, tepukan tangan mereka masih lagi mahal untuk diberikan kepada orang yang berucap, lebih-lebih lagi menteri.

Jam hari kiamat

Baiklah, mungkin kelakar tajuk kat atas. Tapi demi menyahut seruan klon facebook Ibrahim Ali, maka aku akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan bahasa Melayu dalam blog ni (dan sudah semestinya antara sebab lain, sebab English aku kucar lanar, tak seperti Ibrahim Ali @ Englishman)

Jam hari kiamat ni, merupakan suatu simbolik permukaan jam pada kulit majalah  Bulletin of the Atomic Scientists terbitan University of Chicago.



ni la rupanya kulit majalah tu

Untuk setiap edisi majalah, kedudukan jarum minit yang berwarna putih dan panjang tu akan berubah, mengikut suka hati kepala editor isu semasa berkenaan ancaman senjata nuklear, tapi sejak 2007, perubahan jarum minit tu turut berdasarkan perkembangan sains dan teknologi yang boleh mendatangkan bencana besar. Semakin hampir jarum putih tu dengan angka 12, maksudnya ancaman nuklear berada pada tahap yang amat merbahaya, kalau semakin jauh daripada angka 12 maksudnya risiko ancaman nuklear dah berkurang la.

Pada tahun 1947, titik permulaan jarum tu terletak pada minit ke-53 (7 minit sebelum pukul 12 malam) - ni kira baseline reading la. Semenjak tu kedudukan jarum minit tu sentiasa berubah-ubah, paling dekat dengan pukul 12 malam ialah pada minit ke-58 pada tahun 1953 (waktu tu, US & Soviet melakukan ujian thermonuklear selang sembilan bulan) dan paling jauh daripada angka 12 ialah pada tahun 1991 (US & Soviet menandatangani Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik).

Walaupun majalah ni dihasilkan oleh pihak universiti dan berdasarkan evaluation oleh saintis terhadap perkembangan semasa berkenaan teknologi pemusnah, dah tentu la perkara ni tak lari daripada bias - universiti tu terletak di Amerika. Walaupun Amerika menjalankan development senjata yang lebih canggih dan boleh bawak kemusnahan besar kepada manusia sejagat hampir setiap tahun, perkara ni boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri dan tak membawakan impak kepada jarum jam tu. Sebaliknya kalau negara lain yang tiba-tiba come out with weapon of mass destruction, mungkin time tu jarum tu beralih kedudukan. Jadi, senang cerita, nak tengok boleh, nak percaya, assess sendiri pastu pikir la betul ke tak kedudukan jarum tu.

Catatan sebelum subuh - hari hujung minggu

Hari ahad. Kebanyakan negeri di Malaysia, malah di kebanyakan negara menjadikan hari ahad sebagai ahri cuti hujung minggu.

Mungkin hampir semua orang tahu, atau mungkin ada yang betul-betul tak tahu. Tapi takpe, saja aku nak kongsi pengetahuan.

Hari ahad sesuai dijadikan hari cuti untuk penganut Kristian. Sebab? Hari sembahyang (aku tak tau nak guna istilah apa, mungkin istilah lain, hari ibadat) bagi agama Kristian adalah pada hari ahad. Aku tak pernah pergi gereja pada hari ahad, jadi aku tak tau apa aktiviti keagamaan di sana pada hari ahad. Tapi yang pasti, hari ahad confirm hari untuk mereka pergi ke gereja. Hari sabtu pulak, hari beribadat untuk orang Yahudi.

Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Sebab di Malaysia ramai orang Islam, walaupun bukanlah sampai 90%, tapi tetap umat Islam tetap majoriti. Dan agama Islam pula agama rasmi.

Jadi, sesuai la sebenarnya kalau hari jumaat dan sabtu dijadikan sebagai hari cuti hujung minggu. Untuk memudahkan kaum majoriti ni menunaikan ibadah pada hari Jumaat. Dan pada hari sabtu, boleh berniaga pasar minggu pada hari sabtu. Memang ada pun negeri yang cuti hujung minggu hari jumaat dan sabtu, tapi macam yang aku tulis tadi, seragamkan jelah ke semua negeri yang majoriti penduduk beragama Islam.

Benda remeh ke ni? Pada aku penting, sebab hal ni membabitkan keselesaan beribadah aku sebagai Muslim.

Dah la, subuh dah masuk. Jap lagi sambung balik

Revolusi Iran - perubahan politik melalui gelombang kebangkitan anak muda

Revolusi Iran 1979 merupakan rentetan peristiwa bersejarah yang mengubah landskap pemerintahan dan sosial negara Iran. Pemerintahan monarki Shah Mohammed Reza Pahlavi digantikan dengan sistem pemerintahan republik yang bertahan sehingga ke hari ini.

Iran sebelum revolusi

Ulama aliran Syiah memainkan peranan penting dalam struktur sosial masyarakat di Iran, mereka berfahaman menolak proses pencedokan nilai-nilai Barat dan berusaha mengekalkan tradisi kehidupan beragama di dalam masyarakat. Pengaruh mereka terhadap politik dapat dilihat melalui peranan mereka yang membawa kepada kejayaan protes pada tahun 1891 terhadap pengeluaran lesen penjualan tembakau kepada pemodal British.

Sedekad kemudian, Reza Pahlavi, monarki yang berkuasa memansuhkan undang-undang Islam dan menjalankan undang-undang Barat. Pada 1953, Shah Mohammed Reza Pahlavi, anak kepada Reza Pahlavi diaturkan oleh CIA dan MI6 untuk menggantikan Reza Pahlavi, sebuah rampasan kuasa yang didalangi oleh kedua-dua agensi perisikan tersebut berjaya menyingkirkan Perdana Menteri Mohammad Mossadegh yang dipilih secara demokratik. Shah Pahlavi menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika,  memulakan proses Westernization dan modenisasi terhadap negaranya. Rasuah, penyelewengan kuasa dan tekanan terhadap seteru politik berleluasa pada zaman pemerintahannya.

Kebangkitan tokoh-tokoh revolusi Iran


Ayatollah Khomeini antara key figure yang penting dalam proses revolusi tersebut. Beliau pada awalnya merupakan tokoh penentangan terhadap Revolusi Putih - program reformasi masyarakat yang dijalankan oleh Shah Pahlavi. Ayatollah Khomeini kemudian ditahan pada 1963, menyebabkan rusuhan besar-besaran sehingga mengakibatkan kematian lebih 15 000 penyokong beliau akibat tindakan ganas pihak polis. Beliau kemudian dibuang ke Iraq pada tahun 1964, dan kemudian ke Perancis. Walaubagaimanapun, idea dan pemikiran beliau berkenaan jihad melawan ketidakadilan dan kezaliman pemerintah, disebarkan kepada para pemuda di Iran melalui buku-buku dan kaset yang diseludup masuk ke dalam negara tersebut. Selain beliau, tokoh-tokoh seperti Jalal-Al-E-Ahmad, Ali Shariati dan Morteza Motahhari turut memainkan peranan dalam merangsang semangat para pemuda Iran dalam menggerakkan penentangan terhadap nilai-nilai selain daripada nilai Islam Syiah di Iran.

Demonstrasi

Kematian Ali Shariati dan Mostafa (anak kepada Ayatollah Khomeini) membangkitkan kemarahan para penyokong revolusi. Kematian mereka dikaitkan sebagai tindakan rejim untuk melumpuhkan semangat kebangkitan Islam Syiah di Iran. 1977, permulaan demonstrasi besar-besaran di bandar-bandar raya utama di Iran. Demonstrasi tersebut berlarutan sehingga tahun 1978, sehingga menyaksikan pertumpahan darah. Sumber revolusi menyatakan, beratus penunjuk perasaan dibunuh, manakala sumber kerajaaan menyatakan tidak sampai puluhan orang. Sepanjang proses demonstrasi berlangsung, hotel mewah, panggung wayang, pejabat kerajaan dan prasarana yang mewakili simbol rejim Shah Pahlavi dimusnahkan oleh para penunjuk perasaan. Setiap kali ada penunjuk perasaan terbunuh, demonstrasi akan berulang pada hari ke 40 kematian individu tersebut, menyebabkan Iran sentiasa diwarnai dengan aksi tunjuk perasaan. Demonstrasi yang berlanjutan sehingga penghujung tahun 1978, memberikan tekanan terhadap Shah Pahlavi. Akhirnya pada 16 Januari 1979, Shah Pahlavi dan keluarganya meninggalkan Iran.

Kepulangan Ayatollah Khomeini

Tanggal 1 Febuari 1979 - Ayatollah kembali menjejakkan kaki ke Iran selepas 14 tahun dalam buangan. Pada 9 Febuari, pertempuran berlaku di antara kelompok tentera yang setia kepada Shah Pahlavi dan pemberontak pro-Khomeini. Pada 11 Febuari, Majlis Tertinggi Tentera mengambil keputusan untuk bersikap berkecuali terhadap mana-mana kuasa politik bagi mengelakkan pertumpahan darah yang berterusan. Tarikh tersebut juga akhirnya dipilih sebagai Hari Kejayaan Revolusi Islam - hari kebangsaan yang disambut di Iran sehingga ke hari ini. Republik Iran yang ditubuhkan, mengalami beberapa lagi dugaan seperti pertikaian kuasa antara revolusioner dan Perang Iran-Iraq, namun semua keadaan tersebut berjaya diatasi dan Iran muncul sebagai sebuah negara republik yang berlandaskan Islam Syiah, hasil daripada gerakan revolusi.

Dosage form design

Aku tak pasti, aku masih ingat lagi ke tak first lecture dengan pensyarah yang sorang ni.

Cuma mungkin ayat first daripada dia yang aku ingat, tentang betapa kecilnya dunia kerjaya yang aku bakal ceburi - bila buat kesilapan, nama akan jadi famous sebab kesilapan yang dilakukan tu.

Gaya pengajaran beliau boleh dikatakan agak skema, masa peringkat awal aku belajar dengan dia, gaya mengajar tu skema. Skema maksudnya most of the time in serius mood - kurang atau takde langsung gurauan. Tapi aku boleh nampak perubahan secara beransur-ansur - bila bilangan semester bertambah dalam tempoh pengajian aku di UiTM, dah makin mesra, dan dah kerap sikit budak2 ketawa.

Banyak menggalakkan student berfikir dengan kritis dalam memikirkan sesuatu hal dan perkara. Memanglah, subjek yang diajar pun subjek pharmaceutics yang berkait rapat dengan physical chemistry. Nota kuliah ringkas je, tapi elaboration yang panjang lebar diberikan semasa kuliah. Polymorphism, glass transition temperature, crystal structure, hydrate, solvate - istilah yang berulang-ulang hampir setiap semester, dan cara menjawab soalan yang sama - tumpukan kepada jawapan yang logik & kreatif (aku tak berapa pasti tentang perkara ni, sebab selalunya apa yg diajar dalam kuliah tu la yang jadi jawapan soalan2 exam).

Soalan exam - kalau MCQ, gerenti masuk yang past year. Soalan esei tak dipecahkan, selalunya satu soalan, dengan jumlah 20 markah. Lepas tu kalau tak ingat point yang dah belajar masa lec, pandai2 la goreng.

Tapi yang menariknya, salah satu yang jadi niche pada beliau dan juga beberapa kerat lagi lecturer - nasihat dan peringatan yang beliau bagi - people will always differentiate you with others, so be humble and work hard. Yang paling kerap sekali nasihat be humble tu lah.  Ada lagi sebenarnya, tapi tah kenapa time aku tulis post ni aku tak ingat pulak. Tapi apa pun beliau memang profesional dan menjalankan tugas sebagai pendidik, bukan sekadar pengajar. (Pendidik: memberi ilmu + tarbiyyah, Pengajar: mengajar ilmu)

Walau apa pun, a teacher will always be a teacher, even he or she just taught you only one word. Aku harap aku dapat ingat balik nasihat2 lain yang aku tak ingat sekarang selepas ni.

Thank you very much AP Dr Wong.

07 August 2010

Sepintas lalu - brief comments on various issues

Perpaduan UMNO & PAS

- ideologi pun dah berbeza, macam mana nak bersatu?
- kalau UMNO & PAS tak bersatu, tak boleh ke orang Melayu bersatu sendiri? Oh, naifnya komen. Orang Melayu kan akan mengikut pemimpin, kan?
- orang Melayu bukan dari dulu tak bersatu ke? Hidup berpuak mengikut negeri, mengikut fahaman politik, mengikut fahaman mazhab
- kalau nak bersatu dari segi politik - asas politik tu sendiri berkenaan perebutan kuasa. Mengharapkan orang politik yang berlainan bulu bersatu tak ubah macam mengharapkan dubuk dan singa berkongsi bangkai impala.
- jadi, carilah jalan lain kalau betul nak menyatupadukan umat Melayu yang sentiasa berpecah belah ni.

Sime Darby 

- rugi RM 1.36 bilion
- yang baru didakwa atas tuduhan baru ni, seorang daripada pengurus yang bekerja di situ. Nilai rasuah = RM 99 000
- jauh lagi tu RM 99 000 kalau nak banding dengan nilai RM 1.36 bilion.
- apa khabar Tun Musa Hitam?

Isu pasir di Selangor

- itu je ke kebolehan UMNO Selangor? kalau setakat isu pasir nak guna modal nak rampas balik Selangor, kempunan la korang.
- orang Selangor sendiri cakap kat aku, perkara tu dah berlarutan sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor lagi.
- lagi pun dalam isu tu, yang dibela sebenarnya siapa? kontraktor lombong pasir yang tak dapat sambung kontrak, atau rakyat Selangor?

Guru DG 41 - 48 dibenarkan berpolitik

- sebelum ni, cuma guru-guru bukan siswazah dibenarkan berpolitik - yang gred dibawah DG 41. ramai di antara mereka yang memegang jawatan penting - Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Exco dsbnya
- sekarang dah ramai guru-guru tu yang sambung belajar, jadi gred mereka dah naik ke DG 41. Kalau peraturan tak diubah, tak boleh la mereka join politik lagi.
- jadi nampak tak apa punca sebenarnya?

Keruntuhan moral - isu buang bayi

- banyak faktor - akses kepada bahan porno, pergaulan bebas, faktor galakan media.
- bahan porno - VCD, internet download
- pergaulan bebas - bukan sekadar pergaulan interaksi fizikal je. Zaman sekarang dah bermacam jenis media yang menggalakkan benda ni - Facebook, Tagged, dsbnya. Belum masuk lagi cinta sms, cinta ym.
- galakan media - setahun berapa banyak konsert? konsert Jom Heboh, konsert AF, konsert hari merdeka, konsert sambutan tahun baru. dekat konsert tu bergaul lelaki perempuan, bukan semua datang dengar lagu. benda lain buat dorang buat.

Angkatan Tentera Malaysia tak pakai C4,  tapi pakai PE

- aku dah pernah tulis pasal C4 ni.
- tambahan: C4 merupakan kod nama bahan letupan plastik yang digunakan oleh sesentengah negara seperti USA, Greece dan Norway. Manakala sesetengah negara seperti UK & France menggunakan istilah PE4.
- Malaysia? mungkin PE, sebab Kementerian Pertahanan dah keluarkan kenyataan mereka tak guna C4
- PE4 - plastik explosive 4, manakala C4 - compound 4. Kedua-duanya bahan letupan plastik
- tak payah la nak membelit.

Lambakan warga asing

- dah tau dorang bawak masalah, sekat & kawal la kemasukan. Kementerian Dalam Negeri, what the hell are you doing?
- polis bukan main ramai kalau ada ceramah politik. Tapi jarang-jarang aku tengok polis peronda tahan warga negara asing, check mintak passport.

Ramadhan al-Mubarak

- selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tak lama lagi
- oh ya, malam kemerdekaan nanti - serentak dengan permulaan 10 malam terakhir Ramadhan. Buatlah pilihan yang tepat.

Program Imam Muda

- tahniah kepada pemenang, sepupu kepada member serumah aku sendiri masa belajar kat UiTM
- cuma sekiranya ada 2nd season - harap selain daripada memaparkan perjalanan & aktiviti bakal-bakal imam ni, ada baiknya kalau rancangan tu fokus untuk educate penonton tentang perkara-perkara ibadah ni - jadi penonton pun boleh grab something - kalau dulu penonton tak pandai baca Al Fatihah, pas tengok Imam Muda jadi pandai baca Al Fatihah, kalau penonton tak pandai nak solat jenazah, pas tengok program tu mereka dapat belajar macam mana  nak buat - maksudnya penerangan kaedah tu dilakukan secara terperinci kepada penonton

Tun Mahathir tak faham 1Malaysia

- lain kali nak buat slogan, buat dalam format macam ni

Slogan  :- 1 Malaysia
Definisi : -
Objektif: -
Kaedah perlaksanaan: -
Kaedah mengukur kejayaan perlaksanaan: -
Alternatif penyelesaian sekiranya objektif belum berjaya dicapai: -

Baru orang senang faham.

Tarik balik subsidi

- subsidi tu duit kerajaan atau duit rakyat? Kalau duit subsidi tu hasil duit poket mak bapak politician, atau daripada gaji dorang - maka takde masalah nak guna perkataan subsidi tu.
- kalau subsidi tu hasil cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, cukai jalan, cukai tanah dan segala macam cukai yang dibayar oleh rakyat marhaen, maka celakalah batang tubuh yang mengatakan subsidi akan membangkrapkan rakyat.
- yang membangkrapkan rakyat - rasuah, penyelewengan, pembaziran. Dah ada istana, buat satu lagi istana baru. Buat stadium, lepas setahun runtuh. Swastakan badan berkanun, lepas tu bangkrap, kemudian duit rakyat digunakan untuk ambil alih semula. Itu yang akan membangkrapkan negara.

Felda bangkrap?

- bentangkan hasil audit firma akauntan bebas. baru boleh tau betul ke tak nak bangkrap ke tidak

Saiful Bukhari entot Farah Azlina?

- sebab itu dalam Islam, nak tuduh orang berzina kena kemukakan 4 orang saksi. Kalau tak ada saksi, kena bersumpah li'an (sumpah laknat) untuk menuduh orang berzina
- Raja Petra Kamarudin tak buat pun salah satu daripada cara yang aku tulis kat atas. Aku pun boleh tulis, sape2 pun boleh tulis dan cipta suasana havoc tanpa bukti.
- jadi sama ada betul ke tidak, wallahua'lam.
- tapi kali ni, Saiful bukhari senyap je. tak nak bersumpah lagi ke?
- kesian Janna Mohd Zaki. Semalam tengok dia baca berita kat Nightline TV3. Muka senyum, dalam hati, sapa tau. Takziah juga diucapkan kepada tunang Farah Azlina. Dah hantar kad jemputan nikah, tiba2 cancel. Sabar la. Dugaan Allah.

Bila pilihanraya umum?

- selagi Selangor belum ada harapan nak jatuh semula ke tangan BN, dan selagi Sarawak & Sabah tak dapat dipastikan sama ada boleh jadi fix deposit - selagi tu PRU takkan diumumkan

Skim cepat kaya dan MLM

- dah berapa puluh tahun pun ramai lagi kena tipu. Belajar la daripada sejarah.
- kalau masuk bisnes macam ni boleh untung, ramai dah non-Melayu yang masuk dari dulu lagi.
- yang ramai kena tipu - Melayu

Mahasiswa - perlu ke diberikan kebenaran berpolitik?

- apa masalahnya? kalau mereka aktif berpolitik, abaikan pelajaran pastu dismiss, bukan salah orang lain, salah mereka jugak. Ada susahkan HEP atau naib Canselor ke?
- nak suarakan pendapat pun dah bermacam jenis filter dikenakan. Macam mana nak hasilkan mahasiswa berminda global, sedangkan minda mereka disekat?

Sekian

Imam Al-Mahdi

Imam Al-Mahdi merupakan seorang pemimpin yang bakal muncul di peringkat akhir zaman, di mana beliau akan menjadi pemimpin kepada ummah Islam dan menegakkan kembali syiar Islam di atas muka bumi ini.

Menurut Sayyid Sabiq di dalam buku karangan beliau, Akidah Islam:Pola Hidup Manusia Beriman, secara ringkasnya ciri-ciri Imam Al-Mahdi adalah seperti berikut:

- muncul di akhir zaman
-bernama Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah (menurut hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmidzi)
-beliau merupakan keturunan Rasulullah S.A.W - anak cucu daripada Fatimah, puteri baginda (hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
- akhlak dan budi pekerti beliau serupa sekali dengan akhlak Rasulullah S.A.W, tetapi bentuk fizikal beliau seperti wajah dan tubuh badan tidak menyerupai baginda (diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Saidina Ali R.A.)
- beliau akan melaksanakan keadilan dan kejujuran dalam memerintah, sedangkan sebelum beliau pemerintahan dicemari dengan penganiayaan dan kezaliman
-beliau akan menegakkan syiar Islam dan menghidupkan semula sunnah2 Rasulullah S.A.W
- beliau akan menyebarkan harta dengan merata ke seluruh rakyat tanpa dihitung-hitung. Kedudukan beliau kuat dan mantap, dan kelapangan hidup merata di zaman pimpinannya. (menurut riwayat Muslim)
- beliau akan menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun (hadis riwayat Abu Daud)
- kemudiannya, Dajjal akan muncul, lalu Nabi Isa A.S turun semula ke bumi dan membantu Imam Al-Mahdi membunuh Dajjal. Kemudian Imam Al-Mahdi akan wafat, dan disolatkan oleh kaum Muslimin.

Pada fasa ini, agama Islam akan kembali kukuh dan syariah Islam akan dilaksanakan secara menyeluruh di atas muka bumi ini. Walaubagaimanapun, kemudiannya sesudah itu kemunduran akan berlaku kembali, umat Islam kembali berpaling daripada agama Allah. Setelah semua manusia meninggalkan ajaran Islam dan kembali kepada kesesatan, maka fasa terakhir pun akan berlangsung - hari kiamat.

06 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tahun ni tahun 2010. 31 Ogos nanti ulang tahun ke-53 pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, tarikh yang sama digunakan sebagai takrifan tarikh ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Malaysia.

Aku rasa selagi aku hidup dan selagi blog pinggiran ni berfungsi, maka tiap2 tahun la aku akan tulis posting yang sama pasal sambutan pengisytharan kemerdekaan ni. Ulang, berulang-ulang berkali-kali. Tapi ape nak kisah kan, begitu jugak dengan sambutan perayaan tu, bukan ke tiap-tiap tahun lebih kurang sama je - konsert, nyanyi2 lagu merdeka, baca puisi - tapi berduyun juga orang dtg ke majlis sambutan tu.

Merdeka tu apa sebenarnya?

Kalau nak senang cakap, bahasa yang mudah difahami oleh orang kampung macam aku ni, merdeka tu maksudnya bebas. Tak ditakluk, atau dijajah sesiapa. Antonim perkataan merdeka ialah hamba. Hamba kan manusia yang ditawan, yang tertakluk kepada pemiliknya.

Kalau erti merdeka dari konteks sesebuah negara, maksudnya sebuah negara yang bebas daripada pengaruh luar. Pengaruh luar dalam erti kata lain, penjajah.

Dah merdeka ke kita ni?

Kalau soalan ni ditanya kepada kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin kebanyakan akan menjawab ya, negara ni dah merdeka. Perdana Menteri, Menteri, Adun, Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat. Ada pilihanraya. Pemerintahan dijalankan oleh rakyat negara ni sendiri. Maka kita telah merdeka. Lama dah merdeka, dah 53 tahun. Jangan la bengap sangat, soalan macam ni pun nak tanya ke?

Pada pendapat aku, ya kita dah merdeka. Tapi merdeka kita, merdeka separuh masak yang banyak lagi tempat yang mentah.

Apasal pulak separuh masak? Merdeka ni daging panggang ke, ada mentah, ada separuh masak, ada masak hangus?

Kita ada perlembagaan. Tapi perlembagaan kita Suruhanjaya Reid yang gubal. Kenapa tak diubah, kenapa perlu orang asing yang buat undang2 negara kita?

Kita ada ramai anak muda. Dan ramai anak muda yang berfikir cara Barat, hidup dengan gaya Barat. Orang Barat buat American Idol, So You Think You Can Dance dan segala macam jenis realiti show yang haram jadah tu, lalu ramai juga anak-anak muda kita masuk rancangan-rancangan macam tu, menghabiskan masa menonton, habiskan masa dekat konsert. Orang Barat mengandung anak haram, anak muda kita pun mengandung anak haram jugak, walaupun mereka Islam. Orang Barat enjoy dekat konsert, nite club, gig..orang kita pun sama, enjoy dengan cara yang sama.

Kita sibuk bercerita tentang mengharapkan FDI sebagai sumber ekonomi. Bila kita mampu nak bergantung sepenuhnya pada janaan ekonomi sendiri, bangunkan industri-industri mega kita sendiri?

Dan merdeka yang ke 53 kali ni akan menyaksikan, ada lagi rakyat yang merempat. Ada rakyat yang masih tak dapat akses air bersih, tak dapat tenaga elektrik. Rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa masih lagi bermaharaja lela.

Malam sambutan merdeka kali ni bakal disambut pada permulaan 10 malam terkahir Ramadhan. Dan bakal bersorak, berpesta, bergelimpangan lah manusia di dataran2 pelusuk tanah air ni menyambut kemerdekaan. Dan paginya nanti meninggalkan segala macam sampah - botol plastik, bendera, pembungkus makanan, kondom bertaburan menunggu untuk dibersihkan. Mungkin 9 bulan selepas tu bertambah ramai la anak2 haram lahir hasil sambutan malam merdeka nanti.

Merdeka kita sekadar atas kertas walaupun dah 53 tahun. Merdeka kita dilakarkan bersama keruntuhan sosial. Bersama kerapuhan ekonomi yang entah bila akan jadi teguh. Bersama ketidakstabilan politik.

Mungkin kalian boleh bertanya kepada diri sendiri, kita dah merdeka (kalau kalian tetap berasa demikian), dan dalam kemerdekaan ini, adakah kita gembira dengan keadaan sekeliling kita?

Aku rasa sambutan kemerdekaan kali ni pun, tetap hambar bagi aku, seperti sambutan2 yang sebelumnya. Masih banyak yang belum selesai, atau mungkin takkan selesai.

Aku tak mengharapkan utopia, sebab Allah dah menjanjikan syurga. Cuma biarlah kehidupan di dunia ni menjadi jambatan ke syurga, bukan jambatan yang menghala ke neraka.

04 August 2010

Teknik menembak: Double tap & hammer

Baiklah, bercerita tentang teknik melepaskan tembakan daripada senjata - double tap & hammer. Semasa melepaskan tembakan ke atas sasaran (sama ada papan, ataupun ancaman manusia seperti perompak, lanun dsbnya) perkara paling penting sekali sudah pastilah ialah memastikan peluru yang ditembak kena tepat pada sasaran. Apa guna menembak tapi tak kena, kan? Teknik biasa yang digunakan oleh orang awam kebiasaanya, halakan pistol, sasarkan tepat pada sasaran dan lepaskan tembakan, lepas tu tak kisah la sasaran tu kena kat kepala ke, badan ke, atau tangan. Tapi berlainan pula dengan anggota pasukan elit dan komando, mereka perlu memastikan tembakan yang dilepaskan dapat memaksimakan kecederaan dan menyebabkan kematian secepat mungkin, supaya ancaman dapat dineutralkan secepat mungkin. Perbezaan ketara antara pasukan elit dan komando berbanding tentera biasa adalah kepantasan pergerakan - termasuklah dari segi tembakan. Jadi aku kali ni aku nak bercerita pasal dua common teknik ni.



i. Double tap

Double tap bermaksud, dua das tembakan yang dilepaskan dalam selang masa recoil sesuatu senjata, di mana penembak mensasarkan kepada target, menembak, kemudian mensasarkan semula kepada target dan menembak semula dalam selang masa kurang daripada 1 saat. Senang cerita, dua kali tembak, dua kali bidik. Teknik ni dipercayai dicipta oleh Fairbairn dan Sykes, dua orang polis British kira-kira 80 tahun lalu. Kelebihan teknik ni, bila penembak membidik setiap kali menembak, tembakan kedua akan terkena berhampiran dengan tembakan pertama, memberikan impak hydrostatic yang maksimum untuk kepada sasaran dan membolehkan sasaran ditumpaskan secepat mungkin. Teknik tembakan ni paling popular di kalangan pasukan elit dan komando. Walaubagaimanapun, latihan intensif diperlukan untuk menguasai teknik ni, sebab jarak masa antara dua tembakan tu sangat singkat, dan perlu pulak nak membidik tepat sebelum menembak.

ii. Hammer

Hammer merupakan teknik yang hampir sama dengan double tap, cuma bezanya, penembak cuma menyasarkan sekali je senjata kepada sasaran, tembak sekali lepas tu tembakan kedua dilepaskan terus selepas recoil, tak kira la tembakan tu kena berhampiran dengan tembakan pertama tadi. Maksudnya, kalau tembak sekali kena kat perut, mungkin tembakan kedua kena kepala. kalau double tap, tembakan pertama kena jantung, tembakan berikutnya sepatutnya kena berdekatan area jantung jugak la (close proximity). Selalunya orang awam la kot kalau tembak macam ni. Tapi tahap bahaya teknik ni hampir sama dengan teknik double tap, cuma double tap tu kira tahap lagi professional la.

Walau apa pun, pada pendapat aku, teknik apa pun yang diguna, janji kena sasaran sudah. Sebab penggunaan senjata api ni turut bergantung kepada keselesaan dan style penembak tu sendiri.

03 August 2010

Kisah seorang hakim dan seorang penoreh getah.

Dialih bahasa daripada laman web Indian Malaysian

Oleh: Baradan Kuppusamy

Merujuk kepada artikel penghargaan Kit Siang kepada Allahyarham Harun Hashim bertarikh Nov 6, 2003.

Izinkan saya untuk menceritakan kepada para pembaca kisah penoreh getah, Govinda Pillai dan pertemuannya dengan Hakim Harun Hashim yang telah ditakdirkan berlaku kira-kira 30 tahun lalu.

Pertama sekali, sedikit latarbelakang.

Seperti yang anda semua maklum, penoreh getah tidak bekerja ketika hujan. Ini kerana bukan disebabkan mereka tak mahu bekerja atau takut basah, tapi disebabkan batang pokok getah mengeluarkan susu getah yang sedikit apabila basah dan torehan baru terhadap batang pokok getah yang basah akan merosakkan pokok. Atas sebab ini, pihak estet lebih suka untuk merehatkan pekerja mereka di berek semasa hujan.

Anda mungkin berfikir bahawa ia merupakan hari bercuti setiap kali hujan, tapi sebenarnya tidak. Penoreh getah dibayar gaji secara harian dan mereka tidak dibayar sekiranya tidak bekerja semasa hari hujan.

Semasa musim hujan ketika hujan turun hampir setiap hari, penoreh getah mengalami kemerosotan gaji yang drastik. Kelaparan mencengkam perut mereka dan mereka meminjam untuk membeli makanan and akhirnya mereka terpaksa berhutang - sama ada kepada kedai atau lintah darat. Tidak lama kemudian mereka terperangkap di dalam kitaran kejam kemiskinan, hutang dan terus berhutang.

Untuk mengurangkan beban mereka, kerajaan penjajah memperkenalkan konsep "gaji hidup"untuk penoreh getah. Ini bermaksud penoreh seharusnya dibayar gaji secara harian untuk membolehkan mereka hidup jadi mereka mampu meneruskan kehidupan dan bekerja.
.
Konsep gaji harian ini dijamin di dalam Seksyen 16 Akta Kerja 1955. Seksyen tersebut menjamin bahawa penoreh getah akan mendapat gaji untuk 24 hari sebulan sama ada hari hujan atau panas. Ia merupakan jaring keselamatan yang melindungiorang-orang miskin daripada ketidaktentuan cuaca.

Sebagai contoh, sekiranya untuk tiga hari di dalam sesuatu bulan penoreh tidak bekerja akibat hujan, pihak estet mesti membayar gaji untuk tiga hari tersebut. Tetapi pemilik estet dengan jarang mematuhi seksyen 16 dan sering mencari jalan untuk melaksanakan kewajipan terhadap undang-undang. Mereka tetap berpegang kepada undang-undang yang tidak fleksibel terhadap penoreh getah: tak bekerja, tak ada upah.

Pada Jun 1973, hujan turun dengan kerap dan Govinda Pillai, seorang bekas penoreh getah di sebuah estet di Kinrara, Puchong cuma mampu bekerja selama 17 hari pada bulan tersebut. Dia cuma dibayar upah untuk 17 hari dan bukannya minimum 24 hari, seperti mana yang dijamin dalam Seksyen 16. Pihak estet berhutang sebanyak 7 hari gaji.

Govinda Pillai membuat keputusan memfailkan tuntutan kepada mahkamah buruh di kajang untuk mendapatkan baki gaji 7 hari sebanyak RM 22.40. Dia tidak menyangka tuntutan tersebut akan membuatkan kesemua pengusaha dalam industri perladangan terkejut.

Sudah tentu, mahkamah buruh membantu beliau dan mengarahkan pihak estet Kinrara membayar sebanyak RM 22.40 kepada Govinda Pillai. Perkara selesai? Tidak sama sekali.

Setelah menyedari tuntutan tersebut berjaya, walau sekecil manapun tuntutan tersebut, akan membawa kepada tuntutan undang-undang yang lebih serius, estet Kinrara, dibantu oleh kelab peladang, mengupah peguam terbaik di dalam negara dan memfailkan rayuan terhadap tuntutan ganti rugi di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Risikonya terlalu besar. Jika setiap penoreh getah dibayar RM 10 setiap bulan disebabkan hujan, jumlah yang ditanggung ialah RM 120 setahun. Untuk 100 000 penoreh, jumlah tersebut akan menarik keluar RM 12 juta ringgit daripada poket pemilik estet.

Keadaan menjadi semakin keruh.

Tidak dapat dipastikan sama ada Hakim Harun hashim mendengar kes tersebut dan menangguhkan penghakiman atau file tersebut "hilang" atau "dilupakan". Tetapi penghakiman ditangguhkan selama 21 tahun.

Pada 29 Jun, 1994 - 21 tahun selepas kes tersebut difailkan, sehari sebelum hari persaraan beliau, Harun Hashim menyampaikan penghakiman yang memihak Govinda Pillai. Estet Kinrara perlu membayar RM 22.40 kepada Govinda Pillai. Pada masa yang sama, Govinda Pillai dan peguamnya DP Xavier telah lama meninggal dunia. Estet tersebut telah dijual dan dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Pemilik estet tersebut berkemungkinan telah pun meninggal dunia.

Saya menulis tentang penangguhan yang pelik ini dalam The Star edisi Julai 1994. Sehari atau dua hari kemudian Hakim Harun Hashim memberitahu wartawan The Star yang lain, tanpa ragu-ragu, menyatakan bahawa fail tersebut tersalah letak dan staf mahkamah terjumpa kembali 21 tahun kemudian dan memberikannya kepada beliau untuk diselesaikan - sehari sebelum dia bersara.

Pada bulan yang sama, saya menjejaki isteri Govinda Pillai dan cucu mereka yang hidup dalam serba kedaifan di sebuah pondok yang uzur di kawasan petempatan yang bertebaran di landasan kereta api berdekatan Jalan Ipoh.

Dia telah pun hampir hilang penglihatan. Saya memberitahunya, "Govinda Pillai telah menang kes!"

"Dia pasti gembira sekiranya dia masih hidup," isteri beliau memberitahu. Semasa saya melawatnya kemudian sekali lagi, beliau memberitahu kos guaman adalah sebanyak RM 500 untuk menuntut tuntutan yang berjumlah RM 22.40 tersebut.

Dia tidak menuntut lagi tuntutan tersebut. Hujan masih turun, dan penoreh getah tersebut masih tidak mendapat gaji minimum 24 hari.