30 June 2010

Sejenak gelintar mencari diri dalam kepayahan

Kadang-kadang, racun yang disangkakan bisa itulah penawar, walaupun ketika saat ia mengalir terasa amat memijar dan membusungkan kepala.

Jatuh. Bangun. Jatuh semula. Bangun kembali. Kalau diukur dengan akal yang sempit diri terasa seakan tak lebih daripada menjadi wayang yang digerak sekadar untuk menghiburkan penonton dan Tok Dalang. Sedangkan itulah kitaran yang menjadi pengukur sedalam mana lubuk keimanan dan ketakwaan.

Zion yang teguh di dasar lautan tak seteguh hati sapien yang berjiwa kerdil, yang rapsodi ketika tangan menyuap manna di ke dalam mulut, dan semudahnya rawan menghaburkan nista saat  dugaan singgah sebentar.

Panas sekelumit bara, panas lagi Jahannam. Tak siapa mampu mendepani Zabaniah, andai di gelanggang fana terbentang di depan mata segala janji dan peringatan yang diberi.

Berikanlah aku kekuatan Ya Rabb, sesungguhnya akulah hamba Mu yang lemah. Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku.

27 June 2010

Countdown sebelum 2020: Analisis ringkas

Kalau tak kerana Wawasan 2020 yang diinspirasikan oleh Tun Dr Mahathir tahun 1991 dulu, rasanya tahun 2020 yang akan datang dalam tempoh lebih kurang 10 tahun lagi tak akan ade sape yang kisah, melainkan pasangan yang nak kahwin pada tarikh 2/2/2020 atau 20/2/2020.

Malas nak cerita panjang, cukuplah aku tulis ringkas je.Wawasan 2020 ni merupakan cita-cita negara, atau mungkin cita-cita Tun Mahathir sorang untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut. Dan kononnya untuk menjadi negara maju, Malaysia kena mengatasi sembilan cabaran. Begitulah ceritanya, dan camtu jugak la akan aku ceritakan pada anak cucu aku kalau aku ade anak cucu nanti, kalau dorang tanya amenda Wawasan 2020 tu.

Masa aku sekolah dulu, pernah cikgu keluarkan soalan karangan: Bayangkan/gambarkan keadaan sistem pengangkutan awam pada 2020 nanti. Waktu tu tahun 1999. Macam-macam la idea keluar, kereta terbang la, kereta api laju la, cuma teleport jek takde sape terfikir sebab budak kampung, takde yang pernah tengok Star Wars.

Sekarang dah tahun 2010. Tak dinafikan sistem pengangkutan awam dah banyak berubah. Kalau kat KL dulu pakai bas mini, pastu Intra Kota, bangkrap Intra Kota sekarang Rapid KL. Dah ada komuter, dah ade LRT, monorail. Dah berubah, dan lebih bagus daripada dulu. Tapi malangnya tak sebagus macam kat negara maju lagi. Monorail, LRT, komuter sesak memanjang. Jalan raya selalu sesak, jadi bas pun susah nak ikut time. Dan agak malang bagi orang kat kampung aku, terutamanya golongan tua yang hayatnya tak pernah jejak kaki kat KL, sebab monorail, LRT, komuter yang canggih-canggih tu ade kat KL je. Aku ni kira bertuah la sebab berjaya further study kat luar dari kampung, dapat jugak tengok2 macam mana majunya KL ni..bersyukurlah (bersyukurlah, itulah pesan mana-mana kakitangan univ @ MPP pro mahasiswa tiap kali ade orang komplen ape-ape hal)

Dan sekarang tahun 2010 Malaysia dah jadi macam pusat berkumpul segala makhluk dari segala pelusuk planet ni. Berjalan sikit kat KL, kau boleh jumpa negro, indon, myanmar, nepal, caucasian, latin..macam2 ada. Semua yang datang tu ade passport ke? Sila tanya Menteri Dalam Negeri negara anda.

Harga barang pulak macam biasa,ditentukan oleh golongan pemodal dan jugak permintaan. Wujud Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, tugas dorang memantau harga. Memantau harga jela, kalau harga naik bukan dorang boleh bagi turun pun, dorang pantau je. Kalau harga gula naik, kurangkan pengambilan gula. Kalau harga daging naik, jangan makan daging, makan ikan. Kalau harga beras naik, kurangkan makan beras. Dan begitulah saranan kementerian tiap kali ada barang naik.

Gaji minimum? Aku pernah nampak iklan gaji > RM450 sebulan untuk jawatan pembantu kedai. Aku tertanya-tanya ade ke orang mampu hidup RM15 sehari zaman sekarang ni, nak pulak kalau yang dah berkeluarga. Gaji pekerjaan profesional lebih bernasib baik, dalam lingkungan RM 3000 - RM 17 000. Tapi harga rumah zaman sekarang, kalau nak dapat yang selesa kurang-kurang RM 200k. Harga kereta, RM 40k - RM 80k (yg sederhana). Jadi kalau bergaji RM 4000k, tolak bayar ansuran rumah, ansuran kereta, potong KWSP, dan segala macam bil..yang tinggal dalam poket mungkin cukup2 nak makan je.

Kat tv sekarang penuh dengan rancangan hiburan. Pagi kartun, tengah hari sikit sinetron/drama, malam drama, dan macam tu la seesokan harinya. Hujung minggu mungkin lain sikit, ade rancangan Mentor. Kalau kat Israel, benda yang paling banyak tayang kat tv ada dua je: yang berunsur pendidikan (mungkin Nat Geo, Discovery, tah la aku tak pernah pergi sana tapi patut rancangan yg lebih kurang macam tu la) dan juga rancangan makanan. Orang Yahudi percaya pendidikan dan makanan dua perkara yang penting untuk menjadikan minda dorang cerdas, jadi dorang boleh jadi maju ke depan dan meyembelih Goyyim yang bertebaran di atas muka bumi ni.

Politik. Lagi la letih. Dalam surat khabar kerajaan kutuk pembangkang, surat khabar pembangkang kutuk kerajaan. Dalam parlimen ahli parlimen kerajaan pembangkang bertekak, tapi kat luar dewan elok je bergurau, minum kopi semeja. Yang jadi penyokong, kadang2 pasal politik sampai pulau kenduri, pulau masjid. Bodoh.

Sistem pendidikan? Daripada tahun 1982 sampai sekarang pakai KBSR. Objektif belajar sekolah rendah, kalau pandai membaca, menulis, mengira tu kira berjaya la tu. Sedih jugak sebab fikir balik, apa beza zaman kena jajah dengan zaman sekarang, kalau budak datang ke sekolah semata-mata nak belajar membaca, menulis, mengira..rasanya kebanyakan mak ayah zaman sekarang dorang pun boleh ajar tiga benda asas tu. Pastu KBSM dengan tujuan lulus SPM supaya senang mintak masuk univ, atau mohon biasiswa. Nak jadi negara maju tapi sistem pendidikan macam tu. Tak tau nak kata apa. Univ yang masuk ranking dunia, ada la 4-5 buah. No 169, no 200 lebih, no 300 lebih..

Layak tak layak nak jadi negara maju? Lebih kurang 10 tahun lagi nak baiki keadaan. Tapi sama ada layak ke tak tu bukan isu. Apa-apa hal pun 2020 nanti Malaysia tetap akan diisytihar sebagai negara maju. Persetan sistem pendidikan, keadaan sosio-ekonomi atau sembilan cabaran. Isytihar jela, ape pedulik, kan?

Malaysia Boleh. Sekian.

24 June 2010

Bahan letupan C4



C4 merupakan bahan letupan yang boleh dikatakan popular di Malaysia selepas kes pembunuhan Altantuya kira-kira 4 tahun lalu. C4 bukanlah satu bahan kimia letupan tunggal seperti TNT atau RDX, sebaliknya C4 merupakan campuran yang terdiri daripada 91% RDX (Cyclotrimethylenetrinitramine), 5.3% dioctyl sebacate, 2.1% polyisobutylene dan 1.6% SAE 10 (minyak pelincir). Kekuatan letupan C4 dianggarkan bersamaan 1.34 kali kekuatan TNT.

Bila ada C4, dah tentulah ada C, C2 dan C3. Kesemua jenis campuran tersebut (C, C2, C3) pernah digunakan sebagai bahan letupan, tetapi disebabkan masalah teknikal seperti daya ketahanan dan toleransi terhadap suhu, tahap toksik dan kestabilan, akhirnya C4 dianggap sebagai bahan letupan yang paling sesuai berbanding campuran-campuran sebelumnya.

C4 mempunyai beberapa keistimewaan seperti:

-mudah dibentuk mengikut kesesuaian kerana sifat mudah lentur, jadi boleh dimasukkan ke celah-celah ruang yang sempit, ke dalam jentera, ruang jambatan dan sebagainya

-toleransi terhadap suhu yang dingin

-stabil, tahan gegaran

-sukar dikesan oleh alat pengesan sinar-X

C4 sesuai digunakan untuk memecahkan halangan seperti dinding dan juga untuk meletupkan struktur yang besar deperti tiang dan alang bangunan jadi agak keterlaluan bila digunakan untuk meletupkan manusia. Penggunaan C4 adalah meluas di kalangan pasukan tentera dan juga pasukan taktikal dalam operasi-operasi mereka,

Memahami tanggungjawab sebagai suami dari sudut pandangan Islam

Suami merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang menjadi pasangan hidup kepada seorang @ lebih perempuan, yang dinikahi secara sah. Suami dan isteri merupakan unit paling asas dalam pembentukan sebuah keluarga.

Dalam sebuah buku tulisan Ustaz Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, Indahnya Hidup Bersyariat, telah ditulis bahawa suami bertindak sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan juga anak-anaknya. Antara tanggungjawab suami kepada keluarga ialah:

- memberi sara hidup kepada isteri (makanan, tempat tinggal, pakaian dan kemudahan2 lain)

- memberi nafkah batin kepada isteri

- menyara anak-anak

-melindungi keselamatan dan kesihatan kesemua ahli keluarga

-melindungi maruah keluarga dan harta benda

-memberikan didikan dan tunjuk ajar dari segi agama serta membimbing isteri menuju keredhaan Allah

-mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka memperoleh pendidikan Islam yang sempurna

-menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak, dan juga orang-orang sekeliling (e.g jiran tetangga)

Penting untuk para suami memahami tanggungjawab-tanggungjawab dorang, sebab bila tanggungjawab2 di atas tak difahami, jadi perkara2 tersebut akan diabaikan lalu tak dilaksanakan. Bila tanggungjawab dah diabaikan, keadaan keluarga akan menjadi kucar-kacir.

Masa aku sekolah dulu, pernah seorang ustaz menceritakan macam mana keadaan waktu tu, ramai ayah yang baru mendapat anak, mengupah orang lain untuk mengazankan dan mengiqamahkan anak yg baru lahir. Sedangkan tentulah lagi afdal kalau si ayah sendiri mengazankan anak dorang, dan melaungkan azan & iqamah ni perkara basic dalam Islam, tapi ada juga orang tak mampu nak buat. Selalu jugak keluar dalam surat khabar, suami dera isteri dan anak-anak, lebih malang lagi bila ada yang sampai merogol,meliwat anak sendiri. Bukan saja perbuatan ni tak bertanggungjawab, malah menzalimi ahli keluarga sendiri. Belum lagi cerita pasal yang berhutang dengan ah long pastu lari tinggalkan keluarga, harapkan isteri tanggung keluarga. Perbuatan-perbuatan macam ni tak sepatutnya berlaku sebab benda macam ni mencemarkan imej suami & jugak imej kaum lelaki, sampai menyebabkan golongan perempuan menganggap lekeh institusi kekeluargaan. Akibatnya, membawa kepada masalah sosial yang lain pulak la, bersekedudukan, perempuan simpanan..satu perkara membawa kepada perkara yang lain, macam teori domino.

Jadi kepada suami-suami yang terbaca posting ni, laksanakanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin, sebab anda jugak yg kena menjawab semua persoalan berkaitan tanggungjawab2 tu di akhirat kelak.

22 June 2010

Bila Naib Canselor ada fan page facebook...

Facebook semenjak 2 tahun kebelakangan ni dah menjadi suatu fenomena di Malaysia. Bukan rakyat marhaen je ada account facebook, public figures termasuklah Perdana Menteri kita pun ada account facebook sendiri (walaupun tah sape yang jawab/komen/update status profile, wallahualam).

Tengah facebookwalking tadi, maka terjumpalah facebook Naib Canselor Uitm, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Nak dijadikan cerita, setakat tadi dah ada 11 705 pengguna yg jadi fan beliau.


Jadi bila dah sampai 11 000 lebih fan, maka bermacam perkaralah yang di post kat wall facebook beliau. Ada yang mengadu hal tak dapat sambung degree, padahal pointer ok (dorang tulis camtu), ade yang mengadu pasal student portal lembab, ade yang bertanya betul ke tak khabar angin, ade yang mintak tender, ade yang mengaku anak sedara kawan kepada beliau, huii..macam-macam ada!


Dengan adanya facebook macam ni, ramai pengguna facebook dapat berinteraksi direct dengan beliau tanpa sebarang protokol. Dan sebenarnya bagus jugak, sebab bila orang yang nak buat aduan, nak bertanya menulis kat wall page dan kemudian direply pulak, sekurang-kurangnya memberi kesan psikologi kepada dorang. Yang nak tau hal, boleh tau betul ke tidak perkara yang ditanya lepas jawapan diberi. Yang mengadu hal, sekurangnya lega bila direply "dalam perhatian", atau "sila merayu terus". Jadi orang berasa dekat dan berjaya berinteraksi dengan beliau, walaupun tak semestinya masalah dorang selesai. Bila ade komunikasi, sebenarnya komunikasi tu bertindak memberi kelegaan walaupun tak semestinya jadi penawar. Dan secara langsung imej positif dah ditonjolkan.


Tapi perkara yang paling menarik sekali tentulah post-post yang ditulis oleh semua fan page. Ade sesetengah tu memang lebih kelakar daripada lawak majalah Ujang atau Apo?. Malah kalau kartunis-kartunis majalah lawak nak cari idea nak buat lawak pun sila-silakanlah melawat fan page tu. 

Tak percaya? ni antara post-post menarik kat fan page tu
 
aslm DATO'apakabar?maaf. sy dari Indonesia. mau menawarkan batu langka dunia tulisan ALLAH.bisa untuk cincin/liontin tidak ada unsur syirik didalamnya.keistimewaannya ada Asma ALLAH.harga 1 miliar rupiah.trimakasih.wasswllam.bu nova.
  
mase dato baca post2 students ni, dalam hati mesti berkata "budak2 ni tak sabar2 nak check result, kalo 4flat takpe jugak, ni result pon tah pe2, kalut lebih je" hahaha just kidding ok! pe2 pon best of luck kpada students sume, and sistem mmg perlu diupgrade.. supaya kita bukan sahaja menang dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti..
  
assalamualaikum,dato'.saya nak sangat masuk uitm tapi tak dapat.sya cuma dapat matrik je dekat gambang aliran sains..yapi saya tak pergi sebab aliran sains..macam mane untuk nak masuk uitm?dato' boleh tolong tak?

Salam Dato'...saya talah hantar email kepada Dato' tentang permohonan tender saya..terima kasih Dato' UiTM sentiasa di hatiku...
  
Salam Dato'.sepupu saya telah menerima tawaran di UITM dlm diploma pengurusan hartanah senibina perancangan &ukur.bolehkah sepupu saya tukar course ke dip.pengajian p'niagaan?

Hmm..banyak kelebihan jugak bila NC ade fan page ni. :)


P/S Rupanya baru aku tau, konvo nanti mungkin dah tak dijalankan secara berpusat di Shah Alam, ada kemungkinan akan dijalankan di kampus universiti masing-masing. Maksudnya konvo aku nanti kat Puncak Alam la? Hahaha..



21 June 2010

Knowledge and blogging

Sepanjang aku kenal dunia blogging nih, aku berjaya buat satu kesimpulan.

Kualiti posting dalam sesebuah blog bergantung kepada knowledge blogger tersebut.

Dan untuk memperbanyakkan akses kepada pengetahuan, apa yang kita perlu buat? Membaca. Baca buku, baca journal, baca artikel dan sebagainya.

Kalau takde knowledge, bukanlah bermaksud kita tak boleh berblog. Boleh je, tapi penulisan kita akan terhad kepada apa yang kita tau jelah. Kita akan tulis pasal pengalaman kita, dan bila pengalaman pulak terhad, mungkin kita akan merapu-rapu pulak dalam blog.

Jadi, untuk next posting, mungkin lebih baik kalau aku buat homework + research dulu.

Sekadar pesanan kepada diri sendiri

20 June 2010

Housewife

Kalaulah diberi peluang untuk berkeluarga satu masa nanti, aku berharap sangat isteri aku jadi housewife.

Tapi zaman sekarang mana ada orang perempuan nak jadi housewife. Housewife pada zaman sekarang dianggap lekeh, cuma sesuai untuk orang yang tak belajar tinggi dan cita-cita yang sangat tak rock. Orang berlumba nak kerja best2, tiba-tiba ko nak jadi surirumah. Baek takyah sekolah, kan2?

nak buat macam mana? Kehendak zaman sekarang banyak berkiblatkan duit. Nak bayar ansuran rumah, kereta perlukan duit. Nak makan kena ada duit. Nak bayar yuran sekolah anak-anak, nak bayar bil, semua kena pakai duit. Kalau tak kerja, takde duit. Kalau takde duit, kurang pendapatan, susah la nak cope dengan segala jenis kehendak diri.

Dan kita semua, baik lelaki atau perempuan dah dididik sejak kecil -- pasang cita-cita, dah besar nanti nak jadi apa. Doktor, peguam, engineer, akauntan. Housewife bukan cita-cita.

Apa pentingnya housewife ni?

Senang je. Bila ada ibu kat rumah, lebih banyak masa anak-anak dapat berinteraksi dengan ibu mereka. Boleh mintak tolong ibu dorang ajar kerja sekolah. Makan pakai anak-anak terurus, kalau anak-anak ada masalah ade orang kat rumah untuk mengadu dan meminta bimbingan. Jadi anak-anak tak rasa terabai, dan dorang tak perlu beralih kepada kawan-kawan atau benda-benda seperti dadah, gam, rokok dsb untuk release tension dorang.

Aku tak bermaksud nak cakap keluarga yang takde housewife tak sebagus keluarga yang ada housewife. Sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan sesebuah institusi keluarga -- didikan agama, kewangan dsb. Tapi sekurang-kurangnya bila ibu jadi housewife, tindakan tu pun merupakan usaha untuk menjadikan keluarga tu berjaya. Tinggal lagi lepas berusaha, bergantung atas perkenan Allah pulak nak tentukan macam mana nasib keluarga tu seterusnya.

Jadi bila memikirkan angan-angan nak beristerikan housewife, aku teringat lirik lagu Hati Emas dendangan kumpulan Kembara.

Mungkin selamanya...takkan aku temui..

keistimewaan arnab



Arnab selalu dianggap sebagai binatang yang cute. Aku setuju kalau ada yang berpendapat macam tu.

Dekat rumah aku ada 5 ekor arnab - Dora, Comel, Manja, Putih, Tompok (err, adik-adik aku yang bagi nama camtu).

Pada satu hari, adik aku bagilah sebijik kobis kpd arnab-arnab nih. Baik punya, fresh dari Cameron Highland. Letak kat dalam sangkar.

Tapi kemudian adik aku perasan, arnab-arnab kitorang tu tak sentuh pun kobis tu. Dekat semalaman gak la, tak berusik pun. Pastu, adik aku pun kutip la daun-daun kat keliling rumah, bagi kat arnab-arnab tu. Tengok-tengok, habis dorang makan daun2 tu, siap berebut lagi pasal lapar.

Pelikkan, kobis sebijik tu tak nak pulak dorang makan, daun2 rumput jugak yang dorang nak?

Mungkin agak tak kukuh, tapi aku pasti satu sebab kenapa arnab-arnab kitorang tak makan kobis tu - sebab racun serangga pada kobis tu.

Selalunya penanam kobis akan sembur racun pada kobis-kobis untuk kawal serangan serangga. Dan hasilnya - kobis yang cantik, bersih, tak dimakan ulat tapi beracun.

Mungkin sebab tu arnab-arnab tu tak makan.

Sejak hari tu, kitorang satu family boikot kobis. Bagus gak bela arnab nih, hehe. (Boss)

cuci pinggan dan dosa-dosa manusia

Kat rumah aku, pinggan-pinggan kotor akan tiap-tiap hari ada kat dalam sinki. Dengan populasi rumah seramai 8 orang (6 laki + 2 perempuan), maka jumlah pinggan mangkuk dan cawan kotor agak memberangsangkan.

Kotoran-kotoran yang ada kat pinggan mangkuk cawan kat rumah aku terdiri daripada pelbagai jenis: sisa tulang ikan/ayam, gulai lemak, minyak, kicap, sos, cawan bersisa air Milo @ Nescafe, tulang ikan hancur yang dikunyah2 & diludah atas pinggan, lada, dan segala macam bakteria. Kalau kotoran-kotoran ni tak dibersihkan secepat mungkin (dibiar sampai 3-4 hari), segala perkakas makan yang dicemari dengan kotoran tu akan melekat dan semakin susah ditanggalkan, bau busuk hasil pereputan sisa organik akan terhasil dan ulat-ulat berenga akan berkeliaran kat atas sinki. Jadi, semenjak aku menganggur tunggu keputusan final exam ni aku sedaya upaya pastikan pinggan mangkuk dan segala perkakas dapur kat rumah aku ni sentiasa dicuci, walaupun mungkin sampai 2-3 kali sehari.

Masa aku cuci pinggan mangkuk tadi aku berfikir, patutlah manusia sentiasa disuruh bertaubat, memohon ampun kepada Allah walaupun kita berasa tak pernah melakukan apa-apa dosa. Sebab manusia samalah jugak macam pinggan mangkuk yang selalu digunakan kat rumah.

...... (mungkin korang rasa aku melampau bila samakan manusia dengan mangkuk) .......

Baiklah, cuba bandingkan mulut, tangan, lidah dan segala organ-organ & tubuh badan kita seperti perkakas makanan. Hari-hari kita gunakan tangan, mulut, lidah, mata, telinga kita untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Ada orang gunakan tangan untuk ambik upah bawak lori, ada yang gunakan mulut dan lidah untuk berbual dengan kawan-kawan, bertanya soalan kepada orang lain, jugak mencari rezeki dengan mulut dan lidah (e.g DJ radio). Sama seperti pinggan dan mangkuk yang digunakan hari-hari untuk menadah makanan, camtu jugak la dengan tubuh badan kita.

Jadi, kat sini aku nak tanya. Dalam sehari, berapa kali kita gunakan tangan kita untuk ambil barang orang tanpa kebenaran (e.g ambik & guna pen, stapler member sepejabat tanpa mintak izin)? atau berapa kali kita mengumpat orang, atau ter"curse" orang? berapa kali kita skodeng body minah cun/balak hensem dgn menggunakan mata kita? Pernah tak kita rasa berat je kaki kita nak pergi masjid, tapi rasa ringan je time nak pergi konsert Jom Heboh atau kiub karaoke?

Sama ada sedar tau tak, aku gerenti kita semua mesti pernah salah gunakan nikmat anggota badan yang Allah bagi pada kita. Kita salahgunakan tangan dan kaki kita, sedangkan ada orang dilahirkan kudung, tak dapat pun rasa nikmat tu. Kita salahgunakan mata kita, sedangkan ada orang tak pernah melihat disebabkan buta. Kita salahgunakan mulut, sedangkan ada orang tak mampu bercakap sebab bisu.

Tiap-tiap kali kita salah gunakan nikmat yang dah diberi, maka kita dah buat dosa. Kita dah cemarkan anggota tubuh kita dengan daki dan kekotoran dosa.

Sama-sama lah kita muhasabah dan renung balik diri kita dalam cermin. Kalau terasa banyak kesilapan dah dibuat, pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke halkum dan selagi matahari belum terbit dari barat.

Polypharmacy

Pernah tak korang pergi klinik, untuk sakit demam panas contohnya, kemudian bila dapat ubat, tengok-tengok sampai dua atau tiga jenis ubat yang berlabel "demam", lepas tu dua tiga ubat lagi yang berlabel "selsema" atau "antibiotik"?

Ataupun pernah tak jumpa sesiapa je, sama ada keluarga/kawan2 yang terpaksa makan ubat sampai 10-12 jenis ubat sehari?

Situasi di atas dikenali sebagai polypharmacy.

Polypharmacy berlaku bila perkara-perkara berikut terjadi pada seseorang mengambil terlalu banyak jenis ubat sedangkan ada sesetengah ubat tak diperlukan pun untuk penyakit tersebut. Sebagai contoh, pesakit diberikan lisinopril dan captopril serentak untuk merawat tekanan darah tinggi, sedangkan kedua-dua jenis ubat tu mempunyai mekanisma tindakan yg sama jadi tak signifikan untuk bagi dua-dua jenis ubat sekaligus. Atau pesakit menghidap demam, tapi dia diberikan panadol dan nurofen sedangkan kedua-duanya ubat demam, bagi satu pun dah cukup.

Antara perkara yang menyumbang kepada polypharmacy:

- bila seseorang individu suka mengambil nutrient dan supplement tambahan macam vitamin, ubat-ubatan over-the-counter (ubat-ubat yg boleh dibeli kat kedai/farmasi tanpa perlu preskripsi doktor macam ubat demam, ubat batuk). Macam-macam jenis makanan tambahan, vitamin, herba semua tibai. Jadi berlambak lah pil yg kena makan tiap-tiap hari

- bila pesakit berjumpa dengan lebih daripada seorang doktor untuk merawat penyakit beliau. Biasalah, kdg2 bila jumpa doktor A tak sembuh, pergi klinik lain jumpa doktor B. Ubat doktor A bagi belum habis, dapat pulak ubat baru yang doktor B bagi. Pastu makan pulak kesemua ubat yang doktor A & B bagi.

- kadang-kadang memang tak boleh elak, bila keadaan pesakit memang memerlukan doktor untuk bagi lebih daripada satu jenis ubat untuk kawal penyakit. Contohnya, lisinopril dan valsartan, dua-dua ubat untuk kawal hypertension tapi disebabkan keadaan buah pinggang pesakit tak berapa elok, doktor pun bagi la dua-dua jenis ubat tu untuk turunkan tahap tekanan darah ke tahap optimum.

- kadang-kadang doktor atau ahli farmasi saje nak buat untung lebih, bagi sampai 2-3 jenis ubat sedangkan satu pun cukup dah.

Bila polypharmacy terjadi, kesannya:

- pesakit mudah terdedah kepada risiko untuk mengalami pelbagai jenis kesan sampingan, interaksi antara ubatan dan kesan toksik akibat pengambilan pelbagai jenis ubat

- pesakit akan merasa malas untuk makan ubat - tiap-tiap hari makan sampai 12 butir tablet, lama-lama gerenti fed up gak

Jadi sebagai pengguna, anda patut:

- tanya doktor atau ahli farmasi, kegunaan setiap jenis ubat yang anda dapat. kalau sampai ada 2-3 jenis ubat yg berlainan tapi untuk sakit yg sama, tanya dorang kenapa sampai nak kena ambik banyak2. kadang2 ada sebab dorang bagi sampai 2-3 jenis tapi sebab yang diberikan mesti lah reasonable (e.g berdasarkan kajian, kadar penyembuhan penyakit lebih cepat dan berkesan kalau ambil  lebih dari satu jenis)

- kalau anda berjumpa dengan doktor lain selepas mendapatkan rawatan di klinik lain, sila bagi tau doktor tu ubat ape yang anda dah makan sebelum tu. Kalau doktor baru tu bagi ubat-ubatan baru pulak, ubat lama tak payah makan dah kecuali kalau doktor kata boleh continue ubat yang sebelum tu.

- pastikan sebelum mengambil makanan tambahan/vitamin/herba, dapatkan khidmat nasihat doktor @ ahli farmasi, patut ke @ sesuai tak untuk ambil pelbagai jenis makanan tambahan/vitamin/herba. Selalunya tak perlu lah beli asing-asing vitamin-vitamin tu, beli je multivitamin yang combine pelbagai jenis vitamin so tak la berlambak pil kena telan. Herba-herba/makanan tambahan pun tak sepatutnya diambil secara berlebihan, sebab apa-apa pun benda kalau dimakan melampau-lampau banyak akan jadi racun jugak akhirnya.

Okeh, kalau ade apa-apa nak tanya, silakan bertanya kepada doktor @ ahli farmasi bertauliah. TQ. (Boss)

18 June 2010

Suppressor dan peluru subsonik

Bagi mereka yang dah biasa bermain permainan video tembak-menembak macam Counterstrike, Call Of Duty dan sebagainya, dalam permainan video tu selalunya akan terdapat pelbagai jenis senjata, termasuklah yang dilengkapi dengan suppressor atau silencer. Kebiasaannya, pemain akan diberikan gambaran bahawa bila senjata (pistol, submesingan, rifle) menggunakan suppressor atau silencer, bunyi tembakan akan menjadi teramat perlahan sampai orang tak berapa perasan atau dengar.




Sebenarnya, penggunaan suppressor untuk senjata tempur jarak dekat macam pistol, submesingan dan assault rifle tak berapa sesuai pun dari segi taktikal (pendapat aku). Sebab tak ada suppressor yang boleh menghilangkan bunyi tembakan secara total, dan kalau mengikut data-data kajian pun paling rendah bunyi yang boleh dihasilkan bila menggunakan suppressor ialah 117 dB. Bunyi tembakan suppressor masih boleh dikesan oleh orang-orang yang berpengalaman, jadi tak sesuai nak gunakan suppressor kalau betul2 nak jalankan stealth mission. Suppressor lebih sesuai dipasang pada rifle penembak hendap, sebab dengan mengurangkan bunyi dan ditambah dengan taktik penyembunyian yang bagus, penembak hendap lebih sukar untuk dikesan.

Baiklah, kita cerita pasal peluru subsonik. Peluru subsonik kalau nak ikut senang cerita, peluru yang bila ditembak, halaju peluru tersebut lebih rendah daripada halaju bunyi (< 330 m/s). Penggunaan subsonic bullet nih bertujuan sama seperti silencer, untuk mengurangkan bunyi tembakan dan juga sonic boom (gelombang kejutan yang terhasil daripada letupan). Bila digabungkan dengan suppressor, bunyi tembakan daripada senjata dapat dikurangkan sehingga ke tahap dalam lingkungan 130 - 140 dB.

Walaupun dapat mengurangkan bunyi tembakan, peluru subsonik mempunyai kelajuan yang rendah, jadi ketepatan dan jarak efektif untuk tembakan akan berkurang. Oleh itu, suppressor dan peluru subsonik sesuai digunakan untuk operasi ketenteraan di tempat-tempat sepit dan kecil spt dalam bangunan dan  kapal terbang.

Menjawab tag

1) Thank and link the person that tagged you
thanks Najib for tagging me

2) Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Cursing Malay : Terus Terang
ondscene
AhYap's Blog
DUNIACACAMARBA
labun KulupSakah...

Basuh Baju
Kereta Mayat
Oh Malaysia
Nobisha
Belog Cap Ayam

abdullahjones
hearts on the line
militaryofmalaysia
Sokernet
Merah Tinta


3) Contact that blogs and let them know they've been tagged
Most of them are professional bloggers, no need to do this

4) State 7 things bout yourself
Height: 1.84 m
Weight: 110 kg/+
Ex-student UiTM
Ex-student KMPh
Ex-student SBPI Temerloh
Currrently unemployed
Currently subscribing Maxis's berukband

17 June 2010

A conversation with Cikgu

Al-Fatihah untuk nenek sepupu aku.

Sedang nak menunggu solat jenazah tadi, aku berjumpa dengan Cikgu. Cikgu berjalan ke arah aku, aku hulurkan tangan berjabat. Bersalam.

"Dah habis belajar?"

"Dah, baru je abes," aku menjawab, senyum.

"Lepas ni macam mana pulak, ke mana pulak pas ni?" Cikgu bertanya aku

"Tengah tunggu posting, dah siap temuduga dah,"

"Oh.."

Senyap.

"Anak saya tak habis lagi, sekarang baru habis first year," Cikgu start balik conversation.

"Oh, dia sekarang buat ijazah ape cikgu?"

"Applied science, build environment,"

"Berapa tahun program tu cikgu?"

"3 tahun. Kalau sambung kat uitm 2 tahun je tapi dia cakap nak tukar arah pulak, sambung kat usm, tu yang 3 tahun tu,takpe la, dia atas dia la,"

"Takpela cikgu, sampai jugak tu nanti. Beza cepat lambat je,"

"Yela, tapi bidang dia tu, applied science, tak tau la prospek macam mana,"

"Suruh dia sambung master, phd la cikgu. Government skang target 100 000 phd holders. Tapi atas dia la, tengok perancangan dia macam mana pulak,"

"Senang la awak skang ni, tunggu kerja je,"

"Hari tu dah temuduga SPA. Sistem dorang macam ni, dorang interview student final year untuk medic, dentist, pharmacy,"

"Anak saya susah betul belajar kat sana. Tak tau la, hari tu pointer first sem 2.6 lebih, second sem pun lebih kurang je. usm kan, universiti apex, dorang nak sangat jaga kualiti tu yang susah kot,"

"Mungkin dia tengah nak adapt dengan sistem kot cikgu. Tapi sebab tempoh pengajian dia 3 tahun je, kena cepat-cepat la cover pointer,"

"Tu la, hari tu dah borak dengan lecturer dia, cakap kalau skor 3 ke atas, boleh dapat scholarship sambung master, pastu boleh la nak berkhidmat dengan universiti,"

- anak Cikgu dulu satu sekolah rendah dengan aku dulu. Lepas upsr, anak dia sambung belajar ke sekolah berasrama penuh. aku pulak sambung belajar kat kelas rancangan khas.

- perbualan ni tadi menyedarkan aku, aku patut bersyukur sebab perjalanan aku sedikit sebanyak dah dipermudahkan

- kalau korang yg baca blog ni masih lagi muda (sekolah menengah, sekolah rendah, matrikulasi, asasi,stpm, atau 1st yr univ)..usaha la yang terbaik dalam peperiksaan korang. untuk korang jugak sebenarnya, atau kalau korang ada perasaan nak berterima kasih kpd mak ayah korang yang berhabis beribu ringgit setahun nak membesarkan korang > buatlah yg terbaik utk mak ayah korang. belajar kat asrama penuh bukan murah-murah belanja, aku pun pernah sempat belajar 2 tahun kat situ, setahun utk yuran je dekat rm1000. kalau tiga empat orang anak serentak masuk asrama, berapa ribu? well yes ur financial is their responsibilities tapi seksa woo mau cari wang, bukan senang bila ada keluarga. banyak perbelanjaan nak berhabis untuk anak-anak

- bila kita dah cipta kejayaan, bermaksud kita TELAH mencipta kejayaan, dan bukannya kita akan sentiasa cemerlang. Last time aku skor straight A dalam exam masa 1st sem kat matrikulasi. Kat universiti, aku siap kantoi paper masa sem 6.

16 June 2010

quote of today

we are hoping for the best
tapi kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

- by somebody who teach me how to communicate properly with other person. TQ sir.

15 June 2010

Huh!!!

tengah sibuk-sibuk orang bercerita pasal subsidi, kalau tak tarik subsidi nanti negara bankrap..tahun depan pulak biasiswa pengajian luar negara dah nak ditarik balik..boleh pulak keluar pulak berita camni? bina istana RM 0.8 billion..baguslah

 

Kos pembinaan Istana Negara kini RM800 juta

14/06/2010 7:40pm

KUALA LUMPUR 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini. - Bernama

14 June 2010

reality shows..owh..real la sangat..

Bermula dengan Akademi Fantasia, sekarang dah bermacam-macam reality shows sama ada local or international dah diterbitkan di Malaysia.

Malaysian Idol
Malaysian Top Host
MyStarz LG
Mentor
Biggest Loser Asia
...

Banyak lagi la. Reality shows tak semestinya berunsurkan hiburan. The Apprentice, Hell's Kitchen, Extreme Makeover..ni contoh2 reality shows yang tak berteraskan persaingan merebut peluang kerja, persaingan untuk memasak dan makeover rumah.

Tapi yang sedang banyak diterbit dan ditayangkan kat saluran tv Malaysia banyak reality shows yang bertujuan untuk mencari penghibur yang bakal menghiburkan rakyat Malaysia.

Berhibur tak salah. Tapi bila overdose hiburan, kepala otak pun benak lah. Sebab lalai sepanjang masa.

Bila aku tengok sekali sekala rancangan Akademi Fantasia, aku terfikir jugak ape yang boleh penonton belajar daripada rancangan macam ni? Belajar mengkritik, membagi nasihat yang bunyi macam gempak tapi isi habuk tarak, dan susah nak diaplikasi dan difahami oleh peserta? Nangis ramai-ramai bila ade yang dapat undi rendah? Menari ramai-ramai atas pentas? ahh..

Sebab bila aku tengok rancangan The Apprentice misalnya, ada beberapa perkara yang aku dapat belajar pasal dunia korporat. Contoh dalam satu episod, seorang peserta yang dah jadi manager dan pasukan dia menang dalam last episod tapi kalah dalam next episod bertindak mengetepikan pengecualian untuk masuk dalam bilik mesyuarat. Donald Trump punya marah, dia pun cakap, "Baik, saya terima kebodohan awak. Awak dipecat". Donald Trump kemudian dalam satu temu bual beri sebab dia pecat orang macam tu sebab orang tu telah buat keputusan impulsive, mengikut perasaan. Sesebuah organisasi boleh tumbang kalau diketuai oleh orang yang suka bertindak macam tu. Dalam episod yang lain pulak, panel pemecatan peserta bercakap kepada peserta, "Awak yang kena bagitahu kami kenapa kami perlu ambil awak bekerja, bukannya kami yang kena observe awak sorang2 untuk tau sape yang layak kami ambil". Maksudnya kalau nak orang nampak kita buat kerja, nak tak nak kita kena menonjolkan diri, baru boleh naik.

Aku tak tau berapa juta rating reality shows yang menyanyi-nyanyi kat Malaysia ni. Tapi disebabkan AF pun dah nak masuk season 9, maksudnya masih ada permintaan la kot.

Reality shows berasaskan nyanyian ni, banyak diterbitkan disebabkan permintaan ke atau memang dorang saje nak buat banyak2? Instinct aku kuat mengatakan memang ada rancangan jelas yang penerbitan reality shows macam tu sengaja diperbanyakkan. So sebagai pengguna yang bijak, boikot jela. Takyah  tengok, takyah hantar sms. Ape yang korang dapat tengok dan support reality shows camtu? Yang menang tu tah iye tah tidak orang yang dapat sms tertinggi, korang bukan nampak pun komputer @ orang yang kira sms2 tu. Tiap-tiap kali ade student kena tendang nangis, murah betul air mata. Bukan ape, bila fikir balik bila tengok rancangan camtu, itu bukan realiti, nampak cam lebih kepada proses pembodohan yang berterusan. (Boss)

Selamat hari jadi Abah aka Mr Zainal Abidin Eya


Semoga hidup Abah dirahmati Allah, dipanjangkan usia dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Amin..

12 June 2010

Senarai panjang terima kasih...

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya tamat sudah pengajian program. Semua syarat program dah dipenuhi, dan semua subjek yang disyaratkan lulus dah pun lulus.

2nd class upper. Tapi pointer paras hidung.

Terima kasih kepada

Mak dan abah, sebab redha dengan kursus yang Naim ambik kat universiti, i'm not going to become a medical doctor as both of you wish, but i promise i'll prove myself in my own way

Adik-adik, korang jadi inspirasi untuk aku terus belajar

Guru-guru, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi..tanpa kalian siapalah aku

Pensyarah-pensyarah, atas ilmu yang kalian berikan dan atas gred markah yang kalian berikan

Rakan-rakan, yang membantu, yang menegur, yang memapah aku saat aku terjatuh

Kenalan-kenalan yang membantu mengajar aku sepanjang aku berada di universiti

Kakitangan pengambilan pelajar ke universiti yang memilih aku untuk mengambil jurusan yang aku pilih




Permulaan hidup baru selepas tamat pengajian di universiti. Alhamdulillah.

Hidup baru di hadapan lebih mencabar. Berikanlah aku kekuatan ya Allah untuk menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang

07 June 2010

Membezakan antara kesyukuran dan kritikan

Mungkin agak pelik bila kesyukuran dibandingkan dengan kritikan, kan?

Jadi macam ni lah. Katakan anda seorang pelanggan bank. Anda nak tunaikan cek bayaran anda, lepas tu pegawai bank pun bagitau anda, "5 hari bekerja baru boleh clear encik,"

Anda pun bercakap, "Eh, lambatnya! Apa kata awak clearkan check ni dalam tempoh 2 hari je? Kebanyakan bank lain dalam tempoh 2-3 hari jek"

Pegawai bank membalas, "Kami ada prosedur bla bla bla jadi kami perlukan 5 hari,"

Anda balas balik, "Perbaiki lah prosedur tu, supaya check boleh clear dalam tempoh 2-3 hari je,"

Pegawai bank dengan sinis bercakap, "Encik ni patut berSYUKUR. Zaman dulu sampai 30 hari bla bla bla demi kebajikan bla bla bla. Kalau encik rasa khidmat kami tak memuaskan, maka encik silalah gunakan khidmat bank lain"

Anda nampak tak disini?


Bersyukur beerti berterima kasih di atas rahmat, anugerah, atau pemberian daripada Allah (kepada Tuhan bagi orang yang tak percaya pada Allah).

Jadi bila orang berkata yang orang lain tak bersyukur di atas jasa dan khidmat yang dorang dah bagi, mungkin kita boleh tanya: korang ni sape, Tuhan ke?

Baiklah, jangan buat macam tu, tak baik. Ini perkara sebenar yang aku nak cakap sebenarnya. Dalam situasi kat atas, seorang pelanggan bank dah mengkritik perkhidmatan perbankan yang dia rasakan perlu diperbaiki. Teguran yang dibuat tu, pertama sekali untuk memberitahu pegawai bank, sila tingkatkan kualiti perkhidmatan anda, supaya urusan saya lebih mudah.

Adakah pihak bank akan mengalami kerugian kalau dorang baiki perkhidmatan dorang? Aku tak rasa dorang akan rugi. Sebaliknya, dengan meningkatkan mutu perkhidmatan, pelanggan akan semakin percaya kepada mereka, dan pelanggan yang berpotensi akan tertarik untuk menggunakan khidmat mereka.

Perlu ke kritikan dibalas dengan jawapan, "Anda patut bersyukur..", atau "..keadaan di tempat lain lebih teruk, anda ni tak bersyukur" dan segala macam lagi ayat yang menggunakan kalimah syukur?

Jawapan yang memanipulasi kalimah syukur ni, maaflah, pada aku, merupakan jawapan daripada manusia yang bacul, yang sengaja nak menutup kelemahan supaya mereka tak perlu berubah.

Bila orang mengkritik, cubalah fikir, betul ke tak kritikan tu? Apa inisiatif yang boleh diambil untuk memperbaiki keadaan supaya kritikan tu akan berubah menjadi pujian. Kan lebih baik kalau macam tu? Itu lebih baik daripada menuduh pengkritik sebagai orang yang tak bersyukur dan lepas tu, orang yang dikritik, meneruskan rutin keadaan yang tak menyenangkan. Lebih teruk lagi bila keluar cadangan seperti tukar bank lain la, buat ape guna khidmat kami..ape punya perangai ni? Nasib baik dorang guna khidmat korang, kalau korang takde pelanggan, korang ingat korang boleh stay kerja kat sini?

So, fikir-fikir la, ape aku tulis ni betul ke tak. Kalau tak betul, kat ruang komen tu boleh letakkan pembetulan. (Boss)

* Situasi di bank tu contoh sahaja. Anda boleh gantikan "bank" dengan institusi-institusi lain seperti pejabat pos, pejabat kolej kediaman, HEP universiti, kedai mamak dan apa-apa jugak jenis perkhidmatan kat atas muka bumi ni.

06 June 2010

Isu Palestin

Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang lah isi @ pengetahuan untuk dikongsi bersama orang lain.

Jadi untuk post kali ni, aku nak berceloteh jela.

Minggu ni dunia dikejutkan dengan serangan komando terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Perangai ganas puak Israel ni bukanlah perkara yang asing, malah sejak dulu lagi lebih-lebih lagi selepas peristiwa atlet Israel dibunuh semasa temasya Olimpik pada tahun 1972, pelbagai misi pembunuhan dan pencerobohan negara luar dah dijalankan oleh Israel, cuma bezanya dulu dorang cover la jugak tak la terang-terangan sangat. Serangan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ni dikira sebagai melampau sebab kapal tu masih lagi berada di perairan antarabangsa, dan takde motif kukuh untuk justify serangan tu (e.g kapal tu bawak senjata @ tentera untuk serang Israel).

Tiap-tiap kali keluar berita pasal rundingan damai,pelan damai, resolusi dan segala macam jadah lagi perjanjian damai yang bakal diadakan antara Israel dan Palestin, aku terfikir jugak, puak-puak Arab ni tak baca Al-Quran ke? Dorang kan orang Arab? Takkan tak faham Al-Quran? Sebab kalau dorang baca mesti dorang akan jumpa ayat ni.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(Al-Baqarah, ayat 120)

Dan jugak ayat ni: 

  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim

(Al-Maidah, ayat 51)

Jadi Allah dah bagitahu kepada semua orang Islam, nature orang-orang Yahudi dan Nasrani ni macam mana. Baiklah, mungkin ada yang tak nak percaya dengan bukti naqli ni. Kita beralih kepada bukti aqli. Dalam berpuluh rundingan damai yang dah diadakan (Camp David dsb) yang mana satu berjaya capai objektif? Lepas berdamai, berperang jugak balik. Malah sentiasa ade je jalan nak menekan umat Islam kat Palestin. Malah ada Perdana Menteri Israel yang berlembut sedikit nak berdamai, Yitzhak Rabin dibunuh. 

Jadi apa penyelesaian pada isu Palestin?  Tak lain tak bukan, jihad fi sabilillah menentang Israel dan sekutu dorang, itu je jalannya. Sepertimana cogan kata pergerakan Hamas, Menang atau Syahid.

Mungkin aku nampak macam pro-perperangan, pro-pengganas. Tapi pengganas sebenar ialah Israel, selama 62 tahun penjajahan ke atas Palestin, Israel lah pengganas sebenar. 

Walau apa pun, umat Islam baik di mana sahaja patut melakukan apa saja yang termampu untuk membantu, bukan sahaja saudara seIslam kita di Palestin, tapi jugak yang tertindas di seluruh dunia, di Afghanistan, Iraq, Chechnya, Bosnia, Kosovo, Thailand, Filipina, Myanmar, China dan mana-mana jugak di atas bumi ni. Kalau tak mampu dengan kudrat, sumbangkanlah harta. Kalau takde harta, berdoalah untuk dorang.

02 June 2010

tag request

Ok la, disebabkan Mama Aizara sudah tag sama saya, maka layan la..

(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

1. 
Nama panggilan biasa = Naim

2. 
abg sulung daripada 6 adik beradik

3.
tengah tunggu result exam final sem

4.
 bujang, belum berkahwin

5. tinggal di sebuah pekan di negeri Pahang

6. 
lahir melalui caesarean

  7. 
umur, 22 tahun 6 bulan.
 
 8. 
belajar sains hayat masa sekolah menengah

9. 
pernah merokok

10. 
pernah accident masa tahun kedua kat universiti

11.
jenis berterus-terang, tapi memilih tuk senyap dalam banyak perkara sebab sedar masyarakat sekeliling benci pada orang yang berterus-terang

12. 
minat muzik rock, tapi malangnya bila karok vokal hanya sesuai tuk muzik ballad
13. 
mak dan abah dua-dua bekerja sebagai cikgu
 
14. 
sangat tidak aktif dalam ko-kurikulum masa sekolah menengah

15. 
tak suka meminjam duit daripada orang, kalau dah betul-betul mampu bayar memang aku akan bayar hutang secepat mungkin
 
16. 
bukanlah pelajar yang cerdik, even perform masa exam pun sebab rajin

17. 
overweight, walaupun badan tinggi (1.84m)

18.
boleh memasak, tapi tak berani nak masak untuk orang lain, takut tak sedap pulak pada orang lain

19.
pernah kena demam campak, tapi chicken pox tak pernah kena lagi

20.
pernah kena libas dengan arwah pengetua masa form 3

21.
dah bosan dengan keadaan semasa negara, banyak sangat masalah tapi terkilan tak tau nak buat apa tuk tolong ringankan beban

22.
dalam banyak perkara banyak utamakan keluarga. duit boleh cari balik, penat boleh hilang lepas rehat, marah boleh cool down wpun amik masa lama tapi family, wpun sekusut mana pun yang tu jela 1 yang kita ada

23.
masa kat sekolah menengah atas (form 4 -5), kawan2 laki panggil dengan panggilan Boss
 
(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang )

tak payah la kot..malas :P

 
:)
camne kak Mama Aizara?