31 May 2010

Ranking dan kehidupan

Ranking atau pengkelasan merupakan satu cara di mana manusia membeza-bezakan antara satu dengan yang lain, berdasarkan kriteria tertentu untuk menghasilkan beberapa kelompok yang berbeza.

Kita tak boleh lari daripada ranking @ pengkelasan dalam hidup ni. Contoh-contoh ranking dlam hidup kita:

- orang yang berjaya dapat A+ dalam semua subjek SPM dianggap sebagai pelajar cemerlang, yang tak dapat straight A dianggap kurang cemerlang dalam exam SPM

- USM merupakan Apex University, dan USM jugak terkelompok sebagai universiti penyelidikan bersama-sama UM, UKM, UPM. (aku rasa agak bodoh jugak la sistem ranking camni, maksudnya universiti lain tak buat penyelidikan ke? tugas menjalankan research memang merupakan niche (ciri khusus) universiti, tak kira la apa pun nama universiti tu)

- graduan lulusan luar negara (UK, Australia, USA, New Zealand) dianggap kelompok graduan cemerlang di kalangan employer, diikuti dengan graduan UM, USM, UKM, UPM..

- Brabus, Rolls-Royce, Bentley dianggap sebagai kereta mewah di Malaysia, manakala Perodua Myvi, Potong Proton Saga dan Kelisa dianggap kelas kereta untuk kelompok rakyat marhaen.

- Starbucks, Hard Rock Cafe, Suria KLCC merupakan tempat hang out yang ada class berbanding kalau lepak kat kedai mamak, kedai makan seksyen 2 Shah Alam atau kedai makan kat seksyen 6 Shah Alam.

- student yang belajar kursus medic, dentistry merupakan kelompok pelajar premier berbanding student yang belajar bidang-bidang lain.

Kita tak boleh lari daripada ranking dan "dirankingkan" dalam hidup. Kenapa? Sebab hidup memang macam tu.Selepas kehidupan kat dunia fana ni pun masih ada ranking. Tak percaya? Dalam syurga pun ada ranking, ada syurga tingkat atas, syurga tingkat bawah, begitu jugak dengan neraka.

Jadi terimalah kehidupan ni seadanya, kalau kita dikelaskan sebagai kelompok yang tertentu (pemalas, tak boleh diharap, tak macho, tak cool dsb) maka berusahalah untuk keluar daripada ranking @ kelompok tu untuk melayakkan kita masuk ke kelompok yang boleh membuatkan kita rasa lebih selesa. Atau berusaha menjadikan diri sebagai tergolong di dalam "kelas yang tersendiri". Contoh? Bill Gates merupakan drop-out student daripada Harvard University, tapi kemudian beliau menjadi pengasas Microsoft. Tengok, dia takde ijazah pun, tak dapat 1st class honour degree tapi masih lagi berjaya. Tak perlu bersedih dengan sistem kehidupan yang sedia ada, sama ada kita terima je, buat tak tau atau cipta alternatif lain yang boleh menyenangkan perasaan kita. (Boss)

30 May 2010

Sniper & marksman

Dalam dunia ketenteraan, dua individu ni: sniper & marksman merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah regimen tentera.

Apa beza sniper dan marksman?

Sniper merupakan penembak tepat yang kebiasaannya bekerja secara berpasangan dengan seorang peninjau, dan mereka berdua ni akan ditugaskan jauh ke dalam kawasan musuh untuk menjalankan tugas pengintipan @ pembunuhan target manusia.



Cuba tengok, sniper dan peninjau. Peninjau akan membantu sniper untuk mencari sasaran dengan tepat.


Marksman pulak, salah satu daripada komponen skuad infantri darat (sebuah skuad infantri terdiri daripada gunner (pengendali mesingan), medic, rifleman, dan marksman) . Tugas marksman ialah untuk menembak sasaran jauh yang tak dapat dijangkau oleh anggota skuad yang lain, dan juga berfungsi untuk back-up anggota skuad yang lain semasa melakukan serangan.




Jadi kesimpulannya, kedua-dua individu ni mempunyai tugas yang hampir sama, iaitu sebagai penembak tepat. Cuma sniper tak bekerja sebagai di dalam satu kumpulan, dan marksman pulak merupakan komponen dalam skuad.

Untuk memastikan dorang dapat menjalankan tugas dengan lancar, jadi senjata yang digunakan jugak dah tentulah rifle berkuasa tinggi. Antara rifle yang digunakan oleh sniper dan marksman ialah:



1. Accuracy International Arctic Warfare Magnum

Berat 6.5 kg (14.3 lb)
Panjang 1,180 mm (46.5 in)
Panjang barrel 660 mm (26.0 in)

Kelajuan muncung 850 m/s (2,790 ft/s)
Jarak efektif 800 m (870 yd)





2. Barret 82

 
 
Berat 30.9 lbs (14.0 kg) (with 29 inch barrel) or 29.7 lbs (13.5 kg) (with 20 inch barrel) (M82A1)
Panjang 57 inches (145 cm) (with 29 inch barrel) or 48 inches (122 cm) (with 20 inch barrel) (M82A1)
Panjang barrel 29 inches (73.7 cm) or 20 inches (50.8 cm)
 
Kelajuan muncung 853 m/s (2,799 ft/s)
Jarak efektif 1,800 m (5,906 ft)
 
 
3. H&K PSG-1 
Berat 7.2 kg (15.87 lb)
Panjang 1,230 mm (48.4 in)
Panjang barrel 650 mm (25.6 in)
Kelajuan muncung 868 m/s (2,848 ft/s)
Jarak efektif 800 m

Animasi di Malaysia

Rasanya, animasi pertama yang berjaya diterbitkan sendiri oleh orang Malaysia yang kat bawah ni kot.


Lepas tu, yang terbaru, Upin dan Ipin, 3D animation yang berjaya meraih kejayaan di dalam dan luar negara


Walaupun animasi Malaysia masih lagi tak segempak Final Fantasy, aku tetap rasa gembira dengan breakthrough yang berjaya dilakukan oleh Upin Ipin. Sebab? Sekurang-kurangnya ada jugak yang boleh dibanggakan dengan Malaysia di sebalik isu-isu politik yang semakin menyemakkan kepala, isu sosial yang makin menakutkan dan isu-isu ekonomi yang menyesakkan dada.

29 May 2010

Uncertainty

It's a part from our life. And it's uncontrollable.

So just let it be.

26 May 2010

quote of today

we live in a world..where most things that you know are wrong - anonymous

25 May 2010

sekadar ingat-mengingatkan...

ingat, kalau rasa nak lempang orang, orang lain pun boleh bagi pelempang kat kita

ingat, kalau rasa hidup kita susah, ramai lagi orang yang berjuta kali hidup lebih susah dari kita

ingat, kalau rasa kita ni sangat best, ramai lagi yang best daripada kita

ingat, kalau rasa orang lain buat silap pada kita, adakah kita tak pernah buat silap?

ingat, kalau rasa duduk dalam rumah panas, @ terpaksa bekerja tengah panas terik, macam mana la agaknya panas kat dalam neraka

ingat, kalau rasa orang lain hina, mulia sangat ke kita?

ingat, kalau rasa orang lain tak boleh harap, kita ni adakah boleh diharap sepanjang masa/

ingat, kalau rasa diri tak berguna dan sia-sia hidup, cuba tanya balik siapa yang jadikan kita? Adakah Allah akan jadikan sesuatu dengan sia-sia?

ingat, kalau hari ni kita senang, bila pulak agaknya kita akan susah?

ingat, kalau kita rasa keluarga, kawan-kawan, orang-orang sekeliling kita menyusahkan, adakah kita tak pernah menyusahkan orang?

ingat, kalau kita teringin nak buat benda yang tak elok, mampu ke kita tanggung akibat & balasan perbuatan kita?

ingat, kalau hari ni kita lapang, bila agaknya kita akan kesempitan waktu?

ingat, kalau hari ni kita takde awek/pakwe, mungkin Allah akan beri kita orang yang terbaik bila sampai masa yang sesuai

ingat, kalau hari ni kita kurang ajar dengan mak abah, sanggup ke kita berdepan dengan anak-anak yang kurang ajar dengan kita suatu hari nanti?

ingat

ingat

ingat

jangan mudah lupa..

24 May 2010

Rahsia tarikh lahir. Antara logik dan mengarut.

Pagi tadi aku ade tertengok rancangan morning-talk bersama seorang penceramah motivasi.

Masa rancangan tu berlangsung, ade gak la beberapa orang telefon, bagi tau tarikh lahir dorang, pastu si penceramah motivasi pun konon2 buat calculation, dapatkan satu nombor pastu bagitau sifat-sifat orang yg bagi tau tarikh lahir dorang.

Ada beberapa benda yang membuatkan aku pelik:

1. Apa kaitan tarikh lahir dengan tabiat & sifat seseorang? Setau aku sifat & perangai seseorang banyak bergantung kpd genetik, pengalaman, didikan, pengetahuan.

2. Kenapa perlu bertanya tentang diri sifat diri sendiri, takkan la diri sendiri tak tau perangai & sifat sendiri macam mana? Tapi yang ni tak la terlalu pelik sebab kadang2 manusia memang boleh keliru dengan diri sendiri.

3. Selalunya pada satu-satu tarikh, akan ada beratus orang kalau tak pun beberapa orang akan lahir pad tarikh yang sama. Maksudnya semua orang yang lahir pada tarikh yang sama akan mempunyai perangai yang sama la, macam tu? Sebab dah boleh tentukan sifat melalui tarikh lahir

Jadi kesimpulannya aku rasa benda-benda camni teramatlah mengarut. Kepada penceramah motivasi tersebut, carilah cara lain nak auta orang. (Boss)

22 May 2010

quote of today

Dalam ekonomi, pengguna adalah raja - customer is the king. Tetapi realitinya, penggunalah yang paling kerap ditipu oleh peniaga hari ni

- YB Dato' Shaharudin Hj Moin, Adun Dong (Parlimen Raub)

Aku bukanlah peminat orang kat atas ni, tapi asalkan apa yg dia cakap tu logik & baik, takde masalah untuk ambik iktibar, kan?

21 May 2010

Berkongsi cerita: Chinese students dan ko kurikulum

Pengetua yang jugak merupakan majikan abah aku berkongsi cerita tentang betapa susahnya nak tengol muka Chinese students waktu petang masa aktiviti ko-kurikulum (unit beruniform, persatuan dsb.)

Disebabkan kadar ketakhadiran yg terlalu tinggi, maka beliau pun memanggil la salah sorang Chinese student yg selalu sangat tuang attemdamce ko-kurikulum. Begini lah lebih kurang dialog dorang.

Pengetua: Kenapa awak selalu tak datang ko-kurikulum?

Student: Macam mana saya nak datang cikgu. Saya kena kerja, cari duit waktu petang kalau nak makan malam.

Pengetua: Aik, takkan mak awak tak masak makan malam?

Student: Tak ada cikgu. Kalau saya nak makan malam, saya kena kerja dekat bengkel, baru boleh beli makanan. Mak saya masak tengah hari je. Kalau saya datang ko-ko, malam saya tak dapat makan la cikgu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, sekarang kita tngok macam mana cara didikan ibu bapa masyarakat Cina terhadap anak-anak mereka.

Nampak macam sucks dan mendera kan? Budak tu sekolah lagi, tapi makan sekali sehari je. Nak makan malam kena cari duit pastu beli sendiri.

Tapi secara terus-terang aku kagum dengan kaedah dorang mendidik anak macam ni. Sejak dari awal zaman muda lagi, dorang dah asuh anak-anak dorang untuk berdikari dan berusaha untuk dapatkan sesuatu. Anak-anak muda diajar untuk bekerja keras dan tak membuang masa.

Memang keras cara mendidik anak macam ni, tapi hasilnya? Sebab itu kebanyakan anak-anak muda dari latarbelakang masyarakat Cina ni walaupun ada sesetengahnya kurang berjaya dalam akademik, tapi masih mampu untuk berdikari, berusaha sendiri mencari nafkah. Bila dari awal lagi diajar hidup susah. lama-lama kesusahan dan kesukaran dalam apa-apa bidang pun tak lagi menjadi penghalang besar buat dorang.

Jadi amacam, apa pendapat korang? :) (Boss)

20 May 2010

Lesen judi bola sepak dan demonstrasi

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu - Malaysiakini (Mei 20, 10 2:05pm)

Pertama sekali, sebagai seorang Muslim, aku bersetuju judi seharusnya diharamkan sebab syariah Islam dah menetapkan judi tu haram untuk umat Islam, dan dalam masa yang sama tabiat judi banyak merosakkan institusi masyarakat, keluarga bukan sahaja membabitkan golongan Islam malah bukan Islam.

Berapa ramai orang muflis dan menanggung beban kewangan disebabkan judi? Buatlah kajian aku pasti memang ramai orang yang menanggung akibat daripada tabiat berjudi.

Ada pendapat hasil judi pun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan negara. Ya, boleh. Tapi dengan syarat digunakan untuk membiayai pembangunan kelompok bukan-Islam dan tak dicampuradukkan dengan sumber cukai negara yang lain, kalau macam tu aku setuju. Tapi masalahnya adakah pihak berwajib sedia nak berbuat macam tu?

Ok..pasal demonstrasi tu. Betul lesen perjudian sukan membuka ruang kepada lebih banyak aktiviti maksiat tu berlaku, cuma aku rasa kan lebih elok kalau bukan setakat lesen perjudian sukan je yang ditentang, lesen-lesen perjudian di kasino pulak, macam mana? Harapnya janganlah menentang separuh, tapi berdiam terhadap yang selebihnya. Aku takde masalah kalau mana-mana pihak tak bersetuju dengan lesen judi sukan, aku sependapat dengan dorang tapi jangan setakat menentang judi sukan je, sebab itu cuma sebahagian. Judi-judi lain yang berlesen (Magnum, 4D, kasino) pun membawa mudarat jugak. Wallahualam. (Boss)

19 May 2010

Gejala anak luar nikah: Cadangan penyelesaian

Aku dah bosan dengan berita-berita bayi dibuang, ditanam, ditinggal dekat masjid dan seumpamanya.

Tergamak betul makhluk2 malaun kat Malaysia ni buat macam tu. Zaman Jahiliah dulu orang bunuh anak perempuan je, zaman sekarang laki pompuan asal mak bapak tak bernikah habis kena humban merata-rata.

Jadi sebar-sebarkanlah cadangan kat blog aku ni kepada malaun2 yang bercadang nak buang anak. Dengan semangat 1Malaysia yang berbilang agama, budaya dan bangsa aku akan tulis nasihat yang boleh digunakan oleh mana-mana agama @ bangsa, dun worry, k?

Kepada pasangan beragama Islam yang berpotensi akan berzina dan seterusnya buang bayi:

Ada beberapa cara nak elakkan korang daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut antaranya:

1. Elakkan berzina

Antara cara-cara nak mengelakkan berzina ialah jangan sesekali menjalinkan hubungan couple. Biasa la, tengok orang lain ade pakwe,makwe, korang pun nak jugak. Pernah dengar lagu Cik Minah Raba-Raba? Kalau tak pernah korang boleh cari kat google, ataupun nanti ada masa aku upload kat mediafire. Mula-mula usik-usik, pastu main cinta, pastu raba-raba, lepas tu naik kuda. Oleh yang demikian, elakkan diri daripada benda yang membawa kepada maksiat.

2. Bernikah

Kalau tak boleh nak tahan nafsu, maka jalan senang bagitau mak ayah korang yang korang nak nikah. Aku pasti mak ayah korang akan usahakan jugak supaya korang nikah daripada biarkan korang lahirkan anak luar nikah.

3. Berpuasa

Kalau nikah tak mampu, silalah berpuasa.


Kepada pasangan bukan beragama Islam yang berpotensi akan berzina dan seterusnya buang bayi:

Berbanding dengan pasangan beragama Islam, dari segi moral mungkin takde halangan sangat bagi korang untuk ada anak sebelum bernikah, apatah lagi bagi yang kehidupan lebih kurang cam Westerners. Baiklah, kalau korang taknak ada anak sebelum berkahwin sila lakukan perkara-perkara berikut:

1. Pastikan memakai kondom semasa melakukan seks

Kondom merupakan alat pencegah kehamilan yang paling primitif. Boleh didapati di kebanyakan farmasi @ kedai runcit 7 Eleven. Malah zaman sekarang dah terdapat dalam pelbagai perisa macam strawberi, pisang, epal (aku pun tak faham kenapa dorang letak flavour tu, padahal bukannya nak makan pun).

2. Gunakan hormon contraceptive

Contohnya Regivedon, Postinor, dan Yasmin. Walaubagaimanapun penggunaan untuk jangka masa panjang berpotensi mengakibatkan komplikasi seperti deep vein thrombosis dan kanser payudara.

3. Gunakan spermicide

4. Gunakan kaedah-kaedah seperti IUD, atau yang lebih agresif seperti vasectomy atau oophorectomy.

5. Atau kalau semua cara tak mampu, gunakan je kaedah azal atau istilah perubatannya, coitus interruptus

Kesimpulannya, banyak cara nak elakkan mengandung, melahirkan anak luar nikah lalu membuang bayi merata-rata. Selamat mencuba. (Boss)

18 May 2010

Filem Malaysia. Dulu, sekarang, masa depan

Dulu, zaman P Ramlee kita dihidangkan dengan filem-filem melankolik dan lawak-lawak bodoh.

Setuju tak, lawak-lawak dalam filem P Ramlee merupakan lawak yang bodoh?

Mungkin ada antara korang rasa lawak filem P Ramlee lawak bodoh, jadi baik aku tulis sikit. Filem-filem P Ramlee terutamanya filem-filem lawak beliau (e.g Do Re Mi, Labu Labi, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang) sebenarnya wadahuntuk beliau mengkritik kesakitan sosial pada zaman beliau.

Percaya kepada bomoh dan khurafat, dengki-mendengki sesama sendiri, perbezaan darjat, kebodohan tindakan kurang bijak pemerintah2. Kita dapat nampak semua isu tu dalam filem-filem garapan beliau.

Malangnya, setelah 40-50 tahun filem2 beliau ditayangkan, penonton2 pun sesetengahnya sampai 3 generasi dah..tapi malangnya apa yang beliau kritik melalui filem beliau masih lagi berlaku. Alangkah bebalnya sebahagian daripada kita.

Zaman filem P Ramlee merupakan zaman keemasan filem Melayu.

Kemudian beralih kepada zaman pengarah2 yang lebih progresif. Antaranya Nasir Jani, Othman Hafsham. Dato' Rahim Razali, U-Wei Hj Shaari, Aziz M Osman.

Waktu itu filem Malaysia masih kompeten. Tsu-feh Sofiah, Anak Sarawak, Balada Seniman Jalanan, Rahsia, Kanta Serigala, Fenomena, Isteri, Perempuan dan.....

Zaman filem Malaysia dipenuhi dengan idea-idea baru dan segar.

Dan sekarang..zaman pengarah2 seperti Prof Razak Mohaideen, Sharad Sharan, Kabir Bhatia dan produser seperti Dr Rozmey.

Ada yang bagus, ada yang kurang bagus. Trailer Lagenda Budak Setan nampak meyakinkan, cuma harap janganlah berakhir seperti filem Cinta - penuh dengan vid klip.

Kesimpulannya, harapan masih ada. Cuma sebanyak mana harapan boleh diletakkan? Terpulang kepada kita. (Boss)

Self-confusion

Kadang-kadang aku keliru dengan diri aku sendiri. Serius. Aku pasti pasal perkara ni.


Apa yang aku tak pasti, sama ada kekeliruan ni disebabkan kebodohan aku sendiri atau disebabkan persekitaram kehidupan aku.

.........................................................................

17 May 2010

Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Tahniah kepada Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid di atas penganugerahan tersebut.

Kebetulan aku tertengok Selamat Pagi Malaysia hari ni, ngam2 time dia tengah ditemuramah oleh pengacara.

Ada satu kenyataan beliau yang buatkan aku rasa tertarik untuk jadikan entri blog ni. Maaf aku tak ingat satu-satu ayat yang dia sebut tapi ayat yang aku tulis di bawah aku jamin memang hampir serupa maksud dengan apa yang beliau katakan

"sekolah rendah di Malaysia sesetengahnya (di bandar) mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding dengan universiti-universiti di negara lain"

http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/perjalanan-ke-bandar-kapit-sarawak.html

sape2 yang baca entri ni boleh tengok gambar ketujuh dalam link di atas. Macam mana keadaan sekolah rendah di Sarawak.

Mungkin kita patut bersyukur, sebab sekurang-kurangnya ada jugak sekolah walau macam mana pun fizikal sekolah tu. Tapi tahun 2020, sepuluh tahun je lagi. Aku rasa sama ada 9 cabaran untuk menjayakan Wawasan 2020 tu dapat ditangani @ tak, aku pasti Malaysia tetap akan umumkan yang Malaysia dah jadi negara maju 10 tahun nanti. Berkenaaan dengan isu entri ni, sila rujuk cabaran kelapan.

Tahun 2020 nanti, kalau umur aku panjang lagi, waktu tu aku dah berusia 32 tahun. (Boss)

16 May 2010

Ratchaprapop, Tak Bai, peluru, darah, dan Thaksin

The army on Saturday afternoon declared Bangkok's Ratchaprarop area a "live-fire zone" and prohibited the general public from entering the area due to the intensifying clashes between anti-government protesters and soldiers.
Troops have erected signs warning people and journalists not to enter Ratchaprarop.

Earlier, demonstrators blockaded Din Daeng intersection, forcing cars and other vehicles to turn to Ratchaprarop road and into the face of a military barricade.

Reports said soldiers were deployed to areas around Ratchaprarop to monitor the situation closely. (Sumber: Bangkok Post)


Tak Bai, 24 Oct 2004, bulan Ramadhan








Bangkok sekarang berada dalam zon perang disebabkan penyokong Thaksin Shinawatra (Baju Merah)

Tragedi Tak Bai berlaku ketika Thaksin Shinawatra menjadi Perdana Menteri Thailand.

For Thaksin Shinawatra, may you rot in hell! (Boss).

Aku lebih lega kalau Indonesia menang Thomas Cup...

Aku boleh terima Malaysia kalah. Aku tak benci Lin Dan. Aku tak berkenan dengan perangai sesetengah rakyat Indonesia tapi aku tak benci kesemua sekali. Aku tak kisah pun Indonesia ke @ China menang Piala Thomas tahun ni sebab aku nak Malaysia menang, tapi Malaysia dah kalah.

Cuma aku tak suka Lin Dan bukak baju. Dan buat aksi robot. Ya, betul kau dah menang tapi kau bukan berlawan dengan robot.

Jadi aku lebih lega kalau Indonesia menang petang ni.

Korang suka Lin Dan bukak baju? Tu hak korang. Aku pun ada hak untuk tak suka. (Boss)

15 May 2010

Nagasari

Masa minggu terakhir aku kat Puncak Alam, aku terjumpa sejenis kuih yang bernama Nagasaki Nagasari.

Sebenarnya, itulah first time aku jumpa kuih yang bernama Nagasari tu. Disebabkan curious nak tau macam mana kuih tu, aku beli la jugak.

Nak kata sedap sangat tak la sedap sangat pun. Tapi boleh la kalau setakat nak makan. Macam mana kuih tu? Ok, kat bawah ni ada gambar + resepi sekali. Selamat mencuba :D



Bahan I :
  • 150 gram tepung beras
  • 600 ml santan dari 1/2 butir kelapa
  • 125 gram gula pasir
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1 lebar daun pandan
Bahan II :
  • 125 gram tepung kanji
  • 150 ml santan dari 1/4 butir kelapa
Pelengkap :
  • 3 biji pisang tanduk dikukus selama 15 minit lalu dipotong.
  • Daun pisang
Cara membuat :
  • Campurkan semua bahan I, diadun dan dimasak sehingga pekat. Angkat, sejukkan.
  • Dalam mangkuk lain, campur dan gaulkan bahan II.
  • Tuangkan bahan II ke dalam bahan I dan adun sampai sebati.
  • Siapkan potongan daun pisang, sendukkan adunan diatasnya dan letakkan hirisan pisang ditengahnya.
  • Bungkus daun pisang dan kukus selama 15 minit.
Untuk 16 butir.

Kredit: Dapur Adani

5 kerjaya paling stabil

Zaman ekonomi yang makin tak stabil sekarang, penting untuk golongan remaja terutamanya lepasan sekolah untuk memilih kerjaya yang stabil dan ada prospek yang bagus untuk masa depan. Jadi kepada mereka yang masih dalam perancangan untuk memilih kerjaya @ bidang pengajian, mungkin entry kali ni boleh bagi sedikit sebanyak panduan untuk korang.

Walaupun cuma 5 kerjaya yang disenaraikan di sini, tak bermakna kerjaya-kerjaya lain takde prospek yang bagus. Apa yang disenaraikan di sini berdasarkan senarai2 yang terdapat di beberapa buah website kerjaya, tapi aku sesuaikan jugak dengan apa yang relevan dengan iklim kerjaya kat Malaysia ni. Senarai ni tak mengikut ranking, jadi aku akan gunakan huruf (a) - (e)

(a) Guru/pensyarah

Buat masa sekarang kat Malaysia dah ada lebih kurang 10 000 buah sekolah, dan 300 000 orang guru di Malaysia. Bilangan sekolah akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun disebabkan pertambahan populasi dalam negara. Begitu juga dengan bilangan IPT, terutamanya IPTS, so pensyarah pun antara kerjaya yang highly demanded buat masa sekarang. Untuk menjadi cikgu, kelulusan yang diperlukan biasanya Bac of Edu (Hons.), ataupun apa-apa ijazah + diploma perguruan lepasan ijazah. Kalau nak jadi pensyarah pulak sekurang-kurangnya kelayakan yang diperlukan ialah Master.

(b) Doktor gigi

Berdasarkan statistik KKM, pada tahun 2008 nisbah dentist : penduduk Malaysia = 1 : 7618. Ditambah pulak dengan tempat pengajian yang terhad di IPTA, pengeluaran graduan yang sedikit pada setiap tahun menyebabkan profesion ni teramatlah kurang di Malaysia. Untuk menjadi dentist, kelayakan yang diperlukan ialah Bac Dental Surgery (BDS) atau Doctor of Dental Surgery (DDS)

(c) Penguatkuasa undang-undang

Terdiri daripada penguatkuasa undang-undang persekutuan (Polis, Kastam, Imigresen) ataupun penguatkuasa undang-undang majlis pentadbiran tempatan. Selalunya untuk melayakkan diri ke dalam kerjaya ni, displin amat dititik beratkan. Buat masa sekarang, kelayakan untuk menceburkan diri ke dlaam bidang ni bergantung kepada jawatan yang bakal dipohon, contoh untuk memohon jawatan Inspektor PDRM, kelayakan minimum ialah diploma. Tapi most preferably, sudah tentulah lulusan undang-undang (e.g Bac Legal Study (BLS) atau Bachelor of Law (LLB) ).

(d) Pentadbiran universiti/kolej

Terdiri daripada semua kerjaya yang terdapat dalam bahagian pentadbiran universiti/kolej (pembantu tadbir, penolong pendaftar, pegawai eksekutif, pegawai bahagian pengambilan pelajar dsb). Setiap tahun bilangan pelajar yang mendaftar masuk ke universiti/kolej bertambah menjadikan kerjaya dalam bidang pengurusan universiti ni antara kerjaya yang stabil. Tiada ijazah khusus diperlukan, tetapi yang diutamakan kebiasaannya graduan daripada Bac of Administrative Study, dan mana-mana ijazah yang bersesuaian daripada bidang sains sosial

(e) Jururawat

Bidang kerjaya ni sentiasa diperlukan, memandangkan sektor perkhidmatan kesihatan sentiasa berkembang di negara ni. Kelulusan yang diperlukan kebiasaannya Diploma in Nursing, tapi memandangkan Malaysia sekarang menuju ke arah status negara maju, Bac of Nursing adalah satu kelebihan buat jururawat-jururawat sekarang.

Tapi macam yang aku tulis awal-awal tadi, bukanlah bermaksud kerjaya dalam bidang lain takde prospek yang bagus, cuma analisis entry ni berdasarkan analisis yang aku buat berdasarkan beberapa senarai yang diperoleh daripada website-website yang berkaitan dengan kerjaya. Sebelum memilih bidang kerjaya, banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira juga seperti kebolehan/keupayaan untuk melayakkan diri melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan, minat/kecenderungan dan pasaran kerjaya terkini pun perlu diambil kira. Walau apa pun bidang yang dipilih, ketekunan dan inisiatif untuk menjadikan diri sebagai sumber tenaga kerja yang kompeten merupakan kunci kepada survival dalam kehidupan. (Boss)

14 May 2010

Melayu dan Hantu

Masyarakat Melayu memang sinonim dengan pelbagai kepercayaan berkenaan hantu. Mungkin kalau nak dibandingkan dengan kepercayaan masyarakat lain, jumlah pantang-larang berkenaan dengan hantu, jenis-jenis hantu dan perkara-perkara mistik lain antara yang terbanyak terdapat dalam masyarakat Melayu.

Aku terfikir jugak, kepercayaan-kepercayaan dalam masyarakat Melayu ni sebenarnya, mungkin ada rasional mengapa dorang percaya. Kalau nak dibuat perbandingan, sebagai contoh masyarakat Melayu percaya adanya pontianak, masyarakat Irish percaya kepada kewujudan banshee. Ilmu harimau jadian dalam masyarakat Melayu, kalau di kalangan masyarakat Eropah dorang percaya kepada kewujudan werewolf @ serigala jadian. Bila dua masyarakat yang berbeza dari segi demographic dan geografi, mempunyai kepercayaan yang hampir sama, maka tak mustahil lah benda-benda tu wujud, kan?

Cuma berbeza dengan masyarakat Melayu, hampir kesemua tempat dorang percaya hantu tu wujud. Jembalang angin, jembalang hutan, jembalang tanah,langsuir, hantu kubur, pocong, toyol, suluh bidai, penanggal, bunian..dekat hampir semua tempat ada hantu - hutan, lombong, sungai, tasik..Tak dinafikan memang makhluk2 ni wujud, malah orang Islam wajib percaya pada kewujudan perkara ghaib - salah satu daripada Rukun Iman.

Pada aku tak salah nak ambil tahu pasal benda-benda ni, semua ni sebahagian daripada budaya kita. Jati diri kita. Cuma yang tak betulnya bila kita taksub, mempercayai yang hantu-hantu ni semua lebih berkuasa daripada Allah, jadi hamba pada kepercayaan ni..itu yang tak betul. Senang cerita, kita kenal kepada nama-nama dan kewujudan hantu ni tak lebih daripada mengambil tahu tentang budaya kita, dan jangan jadikan kepercayaan ni semua satu penghalang kepada kemajuan kita. Takkanlah takut nak meneroka hutan disebabkan takut pada jembalang hutan, takkanlah pasal takut pada jembalang tanah kita terpaksa lupakan niat nak berburu, atau lupakan hasrat berkayak, berakit sebab takutkan suluh bidai. Makhluk halus memang wujud, tapi manusia yang jadi khalifah, bukan mereka. (Boss)

Selamat hari jadi mak :)



Selamat harijadi kepada Puan Fazidah binti Lazim. Love u so much mak! :)

13 May 2010

7 tips menghadapi kegagalan percintaan seperti Dani @ Adamaya

Tadi aku tengok Adamaya, episod last kot. Scene terakhir drama tu agak menarik bagi aku. Dani, yang gila bayang terhadap Maya, menangis-nangis kat tepi longkang (anak sungai?) sambil membuang gambar-gambar kenangan bersama Maya. Tapi last2 dia ubah fikiran, kutip balik gambar-gambar yang dah dibuang pastu ternampak sorang awek yang seakan Maya. Mula2 dia approach, panggil awek tu dengan panggilan B tapi setelah disergah, barulah Dani sedar, awek tu bukan Maya. Nampak pulak kawan awek tadi, pun dia nampak muka awek yg kedua tu nampak macam muka Maya, tapi sekali lagi dia tersedar awek tu bukan Maya setelah disergah. Scene berakhir dengan Dani berlari ke arah hilir anak sungai sambil menjerit nama Maya.

Fuhhh..tragis2..teruk betul kesan kena reject, lebih kurang macam kesan propofol

Psychosis yang disebabkan oleh putus cinta @ direject oleh awek secantik Lisa Surihani amat-amat merugikan negara. Bayangkan betapa membazirnya tenaga muda, dengan cerebral cortex yang boleh dimanfaatkan untuk menjana ekonomi negara disia-siakan dan terpaksa disumbat dengan anti-psychotic yang banyak side effects seperti clozapine. Jadi, aku pun ambik la masa sikit untuk tulis tips2 putus cinta & direject khusus buat laki2 seperti Dani, dan apa-apa juga kes putus cinta yang lain

TIPS2 MENGHADAPI TEKANAN AKIBAT PUTUS CINTA @ DIREJECT AWEK

1. Hembus nafas perlahan-lahan, kemudian tarik nafas dalam2 kemudian tahan untuk 5 saat sebelum dihembuskan keluar.

Rasional: Apabila mengetahui anda telah direject, sympathetic system anda akan terangsang. Jadi langkah pertama ni untuk membolehkan cukup oksigen menyerap masuk ke dalam badan anda, dan yg penting cukup oksigen masuk ke dalam kepala otak anda bagi mengelakkan anda melakukan perkara-perkara yang bodoh.

2. Berdoa kepada Allah (kepada Tuhan jika anda non-muslim) agar diberi kekuatan.

Rasional: Segala yang berlaku, adalah di atas kehendak dari Nya. Oleh yang demikian, penting bagi anda memohon kekuatan daripada Allah agar anda tidak hanyut @ kecundang dalam hidup anda disebabkan dugaan yang anda alami sekarang.

3. Ambil pen, tulis apa perasaan anda sepuasnya. Kemudian, bakar catatan anda tersebut.

Rasional: Kebanyakan lelaki akan merasa malu, dan susah nak cerita kat orang. Takpe, tulis ape yang anda tak puas hati dalam kertas/notes tentang apa saja yang anda tak puas hati bila kena reject @ putus cinta. Luahkan segalanya. Lebih afdal sekiranya anda mencarut-carut dan memaki hamun seluruh keturunan awek yang reject anda, puaskan segala nafsu amarah anda. Kemudian, hapuskan bukti supaya anda tak kantoi dengan adik, kawan sebilik, mak ngah anda atau supervisor anda. Kegagalan menghapuskan notes ni akan menyebabkan kemaluan besar terhadap anda di kemudian hari.

4. Cari hobi yang boleh menjadikan anda berasa seronok

Rasional: Bila anda putus cinta @ direject, anda akan kehilangan sesuatu untuk difokus, kalau dulu anda ade seseorang untuk bermanja-manja, main SMS, ym, komen-mengomen di facebook sekarang anda dah tak boleh melakukan perkara2 yang menyeronokkan tersebut. Jadi cari keseronokan lain. Mainlah game2 seperti Modern Warfare 2, GTA atau pergi ikut kawan memancing ikan di laut. Cari satu pasukan bola sepak yang jarang kalah seperti Man Utd dan sokong mereka setiap kali perlawanan. Pendek kata, cari sebuah hobi untuk membolehkan anda fokus.

5. Putuskan hubungan anda dengan awek yang mereject anda

Rasional: Bila anda masih lagi menyimpan no telefon, facebook atau twitter awek yang mereject anda, anda pasti berasa tertekan bila melihatkan facebook mereka sedangkan mereka takkan lagi menjadi milik anda. Ditambah pulak bila awek tersebut mengupload gambar boyfriend baru dorang, peh..serius panas kan,kan? Jadi, cut all connection with her at all cost. Anda boleh menyambung kembali hubungan, sebagai kawan atau rakan sekerja setelah emosi anda stabil. Kebiasaannya lelaki akan mengambil masa purata 7-8 bulan untuk kembali stabil, jadi agak2 la bila korang dah rasa ok, then kalau nak kawan, kawan la balik.

6. Buang segala memori anda bersama dia

Rasional: Memori terbahagi kepada dua, memori indah dan memori pahit. Tapi bila dah break up atau direject, takkan ada memori yang manis, semua akan jadi racun berbisa. Jadi, kumpulkan semua barang-barang yang pernah diberi oleh awek tersebut, dan lupuskan dengan cara memulangkan semula, membakar, menjual kepada sesiapa yang berminat atau melelongnya di Mudah.my. Pendek kata, barang yang lepas, lupuskan sahaja.

7. Lakukan Post-mortem

Rasional: Mesti ada sebab kenapa anda direject, contoh dalam kes Dani (drama Adamaya), memang patutlah kena reject sebab Maya tu dah jadi isteri orang. Setelah segalanya tenang dan mood kembali stabil, ambil pen dan kertas, senaraikan apa yang telah anda lakukan yang mungkin menjadi sebab anda direject. Jujur dengan diri sendiri, kerana jika anda menipu diri sendiri, tiada siapa lagi yang boleh membantu anda. Kenalpasti apa punca sebenar yang membawa kepada perpisahan @ direject oleh awek tersebut e.g anda terlalu gelojoh?, anda bermain kayu tiga? anda terlalu mengongkong? dia main kayu tiga? dia mata duitan? dia memang playgirl?.... Dalam hal ini ketepikan ego. Dengan mengenalpasti punca sebenar, anda akan dapat memperbaiki diri dan seterusnya membolehkan anda berjaya dalam kehidupan di masa akan datang.

Baiklah, terima kasih. Sekian. (Boss)

Malaysia vs China = Man United vs Barca??

Tahniah kepada pasukan badminton negara kerana berjaya mengalahkan Denmark malam tadi. Tak sia-sia family aku sekeluarga tak tukar channel tv9 sampai pukul 11 malam.

Pertarungan seterusnya: Malaysia vs China.

China merupakan juara bertahan Piala Thomas semenjak tahun 2004.

Kalaulah perlawanan badminton untuk semi final nanti diumpamakan dengan football match, aku rasa tak keterlaluan kalau aku samakan perlawanan tu nanti tak ubah seperti Man United vs Barca.

Dalam arena badminton, Malaysia antara negara yang kompeten. Tapi kompeten sahaja belum cukup. Sebab dah 16 tahun Piala Thomas gagal berada dalam genggaman Malaysia.

Bola bulat, apa-apa boleh jadi. Sama gak macam shuttlecock yang berbulu lebat, macam-macam kemungkinan boleh jadi. Ape2 pun aku doakan yang terbaik untuk skuad badminton negara. (Boss)

12 May 2010

Rosli Khamis dan keintelektualan lirik Melayu

Rosli Khamis. Loloq. Nurbisa.

Masa awal-awal jadi peminat muzik rock, aku ingatkan Nurbisa dan Loloq tu dua individu yang berbeza. Dah lama sikit, baru tau, nama pena lain-lain tapi orang yang sama. Nama sebenar tuan punya nama tu: Rosli Khamis. Kalau korang minat lagu-lagu kumpulan Search, Wings, Spider, ataupun penyanyi macam Ella, Aris Ariwatan confirm korang akan jumpa lagu-lagu yang ditulis oleh mamat ni.

Ramai orang anggap muzik rock ni, muzik kampung. Macam tak ade nilai education dari segi muzik mahupun lirik. Mungkin ye, bagi sesetengah lagu. Tapi bagi aku berbeza dengan lirik-lirik tulisan Allahyarham Rosli Khamis ni, tak keterlaluan  kalau aku cakap lirik-lirik tulisan beliau seakan mengajak pendengar untuk mencari maksud-maksud di sebalik perkataan dalam lirik-lirik lagu yang beliau tulis. Lirik-lirik lagu yang ditulis mendekatkan pendengar-pendengar muzik rock dengan perbendaharaan bahasa Melayu dan bahasa asing yang lebih luas. Sebagai contoh: cuba baca lirik lagu kat bawah ni -

Kau Masih Berdegil - Wings (album Double Trouble)

Kerana sumbu pelita
Kau bersorak beriya-iya
Lantas mendabik bebas
Dari kekusutan labyrinthmu

Tetapi jiwa rapuhmu kemusykilan
Mengapa berwayang pilu
Masih menagih manna
Dari syurga sana...

Cuba tengok, memang nampak bahasa rojak digunakan. Walaupun nampak macam mencemarkan bahasa, tapi sekurang-kurangnya pendengar akan berfikir, eh, ape maksud benda alah ni. Labyrinth tu apa? Manna tu ape? Mengajak mamat rock cam aku mencari ilmu di samping berhibur.

Masa pelancaran album USA, album penyanyi Ella, Allahyarham pernah ditanya tentang maksud Syuga (USA = Unik, Syuga, Asli). Ada wartawan bertanya, syuga tu ada kaitan dengan Madame D Syuga ke? Ceh, ke situ pulak lepasnya, memang dasar wartawan picisan betul. Allahyarham menjelaskan, takde kaitan pun, dia saje guna perkataan Jepun tu untuk membuatkan pendengar/pembeli album berfikir untuk mencari maksud perkataan tu. Syuga bermaksud "the greatest beauty".

Falsafah hidup juga banyak diterapkan dalam lirik-lirik lagu beliau. Mungkin disebabkan latar belakang yang unik, pernah hidup merempat dek najis dadah, belajar tasawuf, pastu dikenali sebagai salah seorang penulis lirik yang prolifik di Malaysia.

Apa-apa pun, serius pemergian Allahyarham memang merupakan kehilangan besar bagi peminat-peminat muzik rock kat Malaysia. Mungkin ramai lagi yang boleh jadi lebih baik daripada Allahyarham, tapi nampaknya setakat ni tak nampak lagi ada sape2 yang at least on par dengan beliau. Al-Fatihah. (Boss)

Saiful Bukhari -- Anwar Ibrahim -- Kes liwat.

Walaupun isu ni orang dah tak peduli sangat pun, dan ada beribu lagi bahan-bahan ulasan, kritikan termasuh caci-maki, hina-menghina yang berkait dengan isu ni dalam mass media, takpe, aku tak salah kot kalau aku nak kongsi pendapat aku. Ketepikan dulu semua sangkut-paut dengan politik dan sebagainya, aku nak komen kes ni sebagai kes liwat, bukan sebagai teori konspirasi @ plot jahat dalam politik. Ok, sebagai kes liwat.

Memandangkan bahan-bahan, artikel dan keterangan-keterangan mahkamah dah berlambak kat internet, tak perlu la aku ulas satu-satu kot. Ada beberapa yang berkait dengan kes yang nampak menimbulkan keraguan, yang tu kita tengok sama2. Ok..

1. Kenyataan bersumpah Saiful Bukhari dengan menggunakan Al-Quran

“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.


“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”

Baiklah, Saiful Bukhari dah bersumpah dengan nama Allah yang beliau telah diliwat. Betul, sumpah dah dilafaz, dan bila sumpah dilafaz dengan nama Allah, kita sebagai orang Islam harus bersangka baik yang beliau tak berbohong. Letakkan diri kita sebagai seorang yang teraniaya, tak ada cara lain melainkan dengan sumpah laknat (lian) untuk membebaskan diri kita. Tentu kita semua berharap semua orang percaya pada kita, kan? Sama ada beliau nak berbohong atau tak itu dah jadi urusan beliau dengan Allah. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan melafazkan sumpah balas, memang menimbulkan keraguan dalam kes ni. Kenapa tak bersumpah juga untuk membebaskan diri daripada tuduhan tu? Wallahualam. Kita tak pasti betul atau tidak perbuatan liwat tu berlaku tapi Saiful Bukhari dah meletakkan beban pada diri dia, jika dia berdusta, laknat Allah kepada dia sampai hari kiamat.

2. Liwat secara paksa

Saiful Bukhari mendakwa beliau diliwat secara paksa. Atau secara gross, beliau mendakwa dirogol. Baiklah, satu soalan. Apa yang korang akan buat kalau seseorang nak masukkan alat kelamin dia ke dalam rongga badan korang (vagina, dubur, mulut, telinga, hidung dsb) secara paksa? Aku yakin mesti lebih 90% orang akan jawab dorang akan lawan, for sure. Tapi dalam keterangan Saiful Bukhari semasa kat mahkamah, tak menyebutkan pulak apa2 perkataan seperti "melawan" atau "diugut" atau "meronta-ronta" atau "cuba melepaskan diri" semasa beliau nak diliwat oleh DSAI. Kenapa tak berlaku sebarang konfrontasi, cubaan nak melarikan diri masa perkara tu nak terjadi? Atau mungkin tak cubaan melepaskan diri tu ada tapi tak disebutkan (kalau ini yang jadi, memang bangang betul pihak pendakwaan sebab tak masukkan hal ni dalam keterangan). Jadi fakta kes nampak mengelirukan. Diliwat secara paksa, jadi aku membayangkan tentu lah ada berlaku pergelutan, even kalau perkara ni berlaku pada orang perempuan pun mesti mangsa akan meronta-ronta nak lepaskan diri. Jadi, nampak macam pelik dah kes ni


2. Pelincir
Anwar Ibrahim memakai towel. Saiful juga memakai towel. Anwar Ibrahim memeluk Saiful, mencium mulut lalu meraba tubuh Saiful.

Lalu Anwar mengarahkan Saiful mengambil KY JELLY dalam begnya. Anwar Ibrahim meminta Saiful menyapukan KY JELLY di kemaluannya (Anwar).

Anwar Ibrahim tidak mahu mengadakan seks liwat di atas katil sebaliknya liwat dilakukan di lantai.

Anwar Ibrahim menghamparkan towelnya di atas karpet. Anwar Ibrahim meminta Saiful menyapukan KY JELLY di lubang duburnya (milik Saiful). Anwar Ibrahim menyuruh Saiful menonggeng.

Saiful menonggeng, lututnya hampir kena badan.

Anwar Ibrahim menyuruh Saiful guide (mengarahkan) batang Anwar Ibrahim dihalakan kepada lubang dubur Saiful.

Anwar Ibrahim meliwat Saiful lebih kurang 5 minit. Air mani Anwar dipancutkan ke dalam dubur Saiful.

Saiful mendakwa Anwar melakukan liwat pada ketika itu secara kasar dan beliau merasa sakit dan senak perut. Semasa operasi liwat itu, KY JELLY yang dipegang oleh Saiful terpicit dan tertumpah di lantai.

Selepas selesai, Saiful ke tandas tapi tak mandi. Sekadar cuci ala kadar sahaja. Lendir air mani Anwar masih ada dalam dubur Saiful.

Lepas cuci , Saiful duduk di meja makan. Anwar pada waktu itu makan karipap lalu bertanya 'are u okay' ?

KY Jelly. Bahan pelincir ni selalunya digunakan semasa hubungan seks, untuk mengelakkan geseran berlebihan yang mungkin mencederakan/menyakitkan organ seks semasa persetubuhan. Baiklah, dalam keterangan di mahkamah, KY Jelly tu milik Saiful Bukhari. Milik Saiful Bukhari? Apa yang Saiful Bukhari nak buat dengan benda tu? Baik tu kita tak perlu tau. Sekarang DSAI nak meliwat Saiful Bukhari, lalu suruh Saiful Bukhari sapukan jelly tu kepada kemaluan DSAI.

Semakin memeningkan kepala. Macam yang dah dibincangkan tadi, kenapa tak melawan? Seolah dengan rela pulak nak sapu jelly tu, pastu menonggeng. Dan macam mana DSAI tau dalam beg Saiful Bukhari ada KY Jelly tu? Kalau berdasarkan keterangan ni nampak macam DSAI dan Saiful Bukhari ni pasangan gay yang masing-masing rela nak buat hubungan seks songsang, bukan kes liwat secara paksa.

4. Keterangan pakar perubatan terhadap keadaan dubur Saiful Bukhari


"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)


KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa


KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.


(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)


KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"


KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

Laporan doktor menyatakan tiada penemuan klinikal yang kukuh yang menunjukkan kemasukan di anus.

Kalau dah diliwat, takkan pulak doktor tak boleh jumpa sebarang kesan-kesan benda tumpul masuk ke dalam dubur Saiful Bukhari? Bila benda tumpul dipaksa masuk ke dalam rongga badan, dimasukkan secara paksaan dengan kuat dan keterlaluan, sekurang-kurangnya akan ada lesion kalau pun tak koyak atau berlaku pendarahan. Owh, terlupa..ada pakai jelly tadi, kan? Tapi tu tak bermaksud langsung tak ada kesan kemasukan, walaupun dengan adanya pelincir. Doktor sepatutnya masih boleh kesan sebarang kemasukan ke dalam dubur Saiful Bukhari, kalau pun tak luka, kesan masuk tu mesti ada.

Konklusinya: Walaupun Saiful Bukhari dah bersumpah laknat, tapi keterangan beliau sendiri tak memihak kepada beliau. Begitu juga dengan laporan doktor. Siapa yang bersalah? Mungkin semua orang dah boleh nampak, tapi sekali lagi, ulasan ni bukan untuk menghukum siapa2. Apa yang ditulis ni sekadar satu perbincangan berasaskan logik untuk mencari kebenaran. Wallahualam. (Boss)

09 May 2010

Kerja..kerja..kerja..

Campur hari ahad ni, dah 4 hari kehidupan aku sebagai pelajar universiti..er..ditamatkan melalui peperiksaan. Penamatan rasmi bila dah keluar result exam aku nanti, kalau lulus semua, atau kalau (mintak dijauhkan, Amin..) ada yang sangkut.

Memandangkan mungkin 4-5 bulan ni berkemungkinan besar baru posting, takkan nak melangut kat rumah je kot. Malu besar doe..umur 23 duk umah saje. Jadi langkah pertama tadi, aku dah isi resume kat website Genting. Dapat ke tak? Tah la, tengok la nanti. Tadi aku ade nampak iklan penempatan tempat kerja kat Pejabat Sumber Manusia 12 May ni..aku ingat aku pun nak pergi gak kot..bawak sijil SPM yang kurang 1 A tu pergi interview..huh

Kat mana nak cari kerja lagi? Seriusly, aku rasa nak cari kerja, tambahan pulak dalam keadaan ekonomi sekarang memang susah gak la. Walau camnepun aku harap rezeki aku murah la, dapat buat kerja part time masa cuti ni + dapat posting as what i should become after 4 years struggling for my 1st degree.

Hayatilah lagu Bahalol daripada XPDC, buat teman-teman dan pembaca yang sedang nak cari kerja sekarang. (Boss)

Bingkai Lagi Hidup Ini
Nak Cari Makan Susah Sangat
Mahu Ronda Kota Raya
Lepak Kejap Pasar Budaya

dan Tolehg Kanan Toleh Kiri
Nampak Batang Hidung Sendiri

Banyak Susah Cari Makan
Semuanya Ada Halangan
Orang Buncit Makan Daging
Yang Kurus Makan Ikan Masin

Apa Punya Bahalol Dia
Kasi Orang Pijak Kepala

Orang Putih Sudah Balik
Kini Tinggal Yang Hitam Putih
Biar Papa Asal Bergaya
Bukan Musim Bukan Action

Tak Tahu Bertanya
Sesat Jalan Nanti Meraba
Tepuk Dada Tanya Selera
Tutup Mata Pekak Telinga

05 May 2010

Nuclear plant in Malaysia?

Malaysia's proposed nuclear plant comes under fire

KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysian environmentalists and opposition leaders on Wednesday slammed the government's plan to build a nuclear power plant, calling it a risky venture and saying the country has sufficient energy output to meet future needs.

Energy Minister Peter Chin announced Tuesday the government has approved in principle a nuclear plant, which would start operating from 2021, as an efficient and cost-effective means to fuel economic growth.
Malaysia will join neighboring Thailand and Vietnam, which have unveiled plans to operate their first nuclear power plants by 2020, while Indonesia plans to build its own on Java island by 2015.

The opposition Democratic Action Party said there was no need for nuclear power because Malaysia has a 40 percent energy reserve margin, double the government's target of 20 percent reserves. Malaysia's power usage now stands at 14,000 megawatts, out of a total capacity of 23,000 megawatts.
In addition, it said, several large hydroelectric dams are being built on Borneo island to cater to future demands.

"Clearly Malaysia has more energy than it needs ... why then does Malaysia need a nuclear power plant?" the party's secretary-general, Lim Guan Eng, said in a statement.

He also expressed concerns for safety and the environment, citing the 1986 Chernobyl reactor explosion that sent a cloud of radiation over much of Europe and left some 2 million people ill.

Malaysian officials maintain the plan is crucial for the country's long-term energy security in view of a growing population and future economic expansion, but say they will conduct feasibility studies before deciding whether to proceed.

Malaysia uses coal and natural gas to generate most of its electricity supply, and the government has repeatedly warned the cost of relying on both commodities is expected to spiral in the decades ahead.
The Center for Environment, Technology and Development, a local think-tank, warned that nuclear power was capital intensive and risky because it generates radioactive waste that has to be discarded.

The center's chairman, Gurmit Singh, said there is a lot of energy wastage in the country because gasoline, diesel and electricity are subsidized. He urged the government to instead bolster energy efficiency and turn to other renewable sources like wind and solar power.

According to the International Atomic Energy Agency, there are more than 430 nuclear power plants operating in some 30 countries worldwide, accounting for about 15 percent of global electricity output.

------ AP

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah. Persoalan yang bermain dalam kepala hotak aku:

(a) Berapa banyak tenaga yang bakal dikeluarkan oleh janakuasa nuklear ni nanti? Adakah cukup untuk menampung keperluan seluruh Malaysia atau sebuah negeri/daerah je?

(b) Adakah jumlah tenaga yang disasarkan pengeluarannya tu cukup untuk menampung keperluan, adakah projection jumlah tenaga yang bakal diperlukan tu, dapat justify pembinaan nuclear plant ni nanti?

(c) Kepakaran. Siapa yang bakal mengendalikan nuclear plant ni nanti? Dah cukup kepakaran, atau nak import tenaga kerja luar?

(d) Kos penyelenggaraan, pembinaan loji nuklear + kos pelupusan sisa nuklear nanti, berbaloi tak dengan jumlah tenaga yang dihasilkan?

(e) Pembinaan tenaga nuklear. Macam mana kerajaan akan pastikan loji tenaga nuklear ni akan dibina mengikut piawaian keselamatan yang ketat, dan dibina secara telus tanpa membabitkan penyelewengan?

(f) Sanggup tak Malaysia menanggung risiko kemalangan seperti yang pernah berlaku di Three Miles Island dan Chernobyl dulu?

(g) Tak ada ke alternatif lain selain tenaga nuklear e.g biomass untuk menghasilkan tenaga, perlu ke pilih tenaga nuklear?

Pandangan peribadi aku: Sangat tak bersetuju. Carilah alternatif lain. (Boss)

Universiti oh universiti

Universiti, secara ringkasnya, tempat menuntut dan berkembangnya ilmu. Nampak kan? Ada dua fungsi, satu sebagai tempat nak belajar: belajar ilmu perubatan, kemanusiaan, sains, teknologi. Satu lagi sebagai tempat berkembangnya ilmu, maksudnya akan sentiasa ada pertambahan dalam ilmu sesuatu bidang kat universiti tu. Contoh kalau sesebuah universiti tu mengajar mahasiswa perubatan, kalau tahun ni dorang mampu atau ada kepakaran nak pindahkan jantung pesakit, at least sekurang-kurangnya 5,6 tahun nanti dah ada pulak kepakaran nak pindahkan paru-paru pulak. Atau kalau sesebuah universiti mengajar engineering, kalau kebiasaannya orang buat jambatan pakai konkrit 5 bulan, dalam tempoh beberapa tahun sepatutnya dorang mampu hasilkan method atau kaedah untuk bina jambatan dalam masa seminggu. Nampak tak? Sepatutnya ilmu berkembang di universiti? Kenapa ilmu perlu berkembang? Jawapannya sama dengan soalan: kenapa telefon bimbit perlu ada untuk gantikan telefon awam? Betul!! Untuk menjadikan kehidupan manusia lebih mudah.

Tapi kalau kita tengok zaman sekarang, mengapa setiap manusia kat atas muka bumi Malaysia ni nak masuk universiti? Kebanyakannya, termasuk aku, sebab bila belajar di universiti, lulus tiap2 kali peperiksaan, sijil,diploma,ijazah atau ape2 je skrol akan dikeluarkan dan diberi kepada kita. Bila ada sijil, boleh guna untuk mintak kerja. Senangkan? Itu jelah punca kenapa mahasiswa berada kat universiti. Dalam hal ini, nak salahkan sape? Pada aku takde sape yang bersalah. Kehidupan kita dah teratur semacam tu, dan jadi kemestian, pemikiran macam tu dah jadi hegemoni (penguasaan) yang merantai pemikiran kita. Memang betul pun, susah nak dapat kerja yang bergaji RM 2000+ kalau takde sijil.

Jadi akhirnya, universiti tak ubah jadi kilang untuk mengeluarkan graduan yang terdiri daripada mantan-mantan mahasiswa tanpa sebarang penambahbaikan kepada mahasiswa tu sendiri. Tak ubah macam kilang air gas Kickapoo, dari zaman aku kecik zaman la dah abes belajar, macam tu jugak design air botol tu. Ditambah pulak dengan dasar-dasar yang mengarut yang, sendiri mau ingatlah, malas nak cakap. Lagilah beku jadinya sesebuah universiti tu.

Aku bukanlah nak cakap universiti ni semuanya tak bagus. Asas tu dah ada, tapi prestasi tu kena dipertingkatkan lagi la. Tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan tu kena sentiasa ada dan sentiasa aktif. Salah satu kekurangan yang menyebabkan perkembangan ilmu ni, yela, bajet @ peruntukan. Dana semua datang dari kerajaan, nak harapkan industri pun, banyak mana sangat kat Malaysia ni. Tapi tu tak sepatutnya jadi halangan. Kalau bajet kecik, buatlah penyelidikan pada skala kecik, takyah la nak bombastic sangat. Lepas tu collaborate la dengan universiti-universiti luar. Tu satu, lagi satu pensyarah-pensyarah terlalu multi tasking, dialah nak mengajar, dialah nak tanda kertas exam, dialah nak jadi pengawas peperiksaan, buat research pun dia. Agih-agihlah tugas. Lecturer yang mengajar, ko mengajar jela, kalau nak buat research pun buat research pasal methodology pengajaran, macam mana nak bagi mahasiswa mudah faham. Yang nak jadi researcher, teruskan jadi researcher, pagi petang siang malam, baru boleh fokus. Banyak lagi benda sebenarnya tapi rasa dah malas nak tulis ahh. Oklah, semoga universiti2 Malaysia semakin maju, maju ke depan bukan maju ke belakang. Okeh, adios. (Boss)