07 December 2010

Ujian Allah

Tadi aku baru lawat Kak Aalia, pengunjung dari UK yang setia menyumbangkan trafik kepada blog aku, terbaca pasal entri ringkas pasal Mas Afzal. Pelajar perubatan yang brilliant, yang cemerlang serba-serbi tapi diuji dengan penyakit kanser. Khabarnya sekarang sedang bertarung dengan penyakit tu, so aku harap mana2 Muslimin & Muslimah yang terbaca entri ni turut sama mendoakan kesejahteraan beliau, sebagai salah sorang saudara seIslam kita.

Aku terbaca entri di blog Mas Afzal. Dia menulis, dah 26 tahun hidup, tapi sekarang dia masih bergantung pada mak dia disebabkan penyakit yang dihidapi beliau. Diceritakan tentang betapa tabahnya ibu beliau menghadapi dugaan bersama dengan beliau. Boleh lawat blog beliau di sini.

Hakikatnya setiap manusia yang hidup kat atas muka bumi ni sedang diuji. Yang sedang bersenang lenang diuji dengan nikmat kesenangan. Yang sedang sakit, ditimpa musibah ditimpa dengan kesusahan. Ujian Allah ke atas kita ni bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan oleh Allah tanpa sebarang tujuan atau alasan, sebab kalaulah Allah berbuat macam tu dah tentulah bertentangan dengan sifat Allah tu sendiri, iaitu yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Orang yang bersenang-lenang diuji Allah untuk melihat sejauh mana dorang mampu ingatkan Allah masa dorang senang. Orang yang menghadapi kesukaran diuji Allah untuk melihat sejauh mana dorang mampu redha dengan ketentuan Allah kepada dorang. Markah daripada ujian2 ni akan menentukan darjat kita, makam kita, di mana syurga yang bakal kita diami, kat neraka mana yang kita bakal duduki (Nauzubillah), neraca timbangan amalan kita nanti berat kat kebaikan atau kejahatan..Itulah antara tujuan ditimpakan ujian kepada manusia.

Biar apa pun ujian, sama ada kita sedar atau pun tak, perkara yang paling utama sekali buat Muslimin dan Muslimah sekalian ialah sentiasa ingatkan Allah. Segala yang di atas muka bumi dan langit ni kepunyaan Allah, kita tak lebih daripada hamba yang perlu patuh ke atas kehendak Allah kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik buat hamba Nya.

Firman Allah:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.” 

Surah Al-Ankabut ayat 2-3




Keindahan alam ciptaan Allah. Macam dalam lirik lagu Lukisan Alam daripada kumpulan Hijjaz, setitik derita melanda, segunung kurniaan Nya.

Malah kalau ada siapa2 pernah tengok filem Forrest Gump, cuba ingat balik scene di mana Forrest bercerita pasal setiap keindahan yang dia pernah tengok, macam mana dia tengok bintang-bintang kat langit masa bertugas di Vietnam, macam mana dia menikmati keindahan tasik, gunung masa dia berlari merentasi negara Amerika. 



Entri ni sebagai peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada pembaca semua.

6 comments:

Miss Izah Mohamed said...

semoga beliau terus tabah menghadapi dugaanNya...

karl said...

Amin..semoga kita semua juga sentiasa tabah berdepan dengan ujian Allah :)

aliaaroslan said...

kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan afzal.

karl said...

insha Allah kak Alia

Faithcraft said...

sangat menginsafkan...

karl said...

Dia dah meninggal dunia. Harap sedekahkan Al Fatihah buat dia.