15 December 2010

Steven Johnson Syndrome

Sebenarnya aku tak berapa rajin nak menulis pasal hal ehwal perubatan ni. Hahaha, sangat ironic pulak, aku yang belajar dan bekerja dalam bidang nih jadi pemalas pulak. Sebenarnya bukan apa, bila nak tulis sesuatu yang berkait dengan medical issue ni, satu perkara yang aku sangat2 concern ialah kesahihan dan kredibiliti fakta. Aku tak boleh suka hati tulis pasal benda ni ikut sedap rasa, fakta yang ditulis kena tepat dan betul sebab orang ramai baca, kalau silap bagi maklumat..mungkin boleh membahayakan nyawa :S So, jarang2 la aku tulis. Sebab tiap kali nak tulis, aku kena study :S But for this time, rasa rajin sikit so terbitlah entri ni :P

Steven Johnson Syndrome senang cerita la, merupakan salah satu jenis reaksi alahan (allegic reaction) sistem pertahanan badan manusia terhadap ubat-ubatan ataupun ejen jangkitan (virus atau bakteria). Reaksi alahan ni kalau korang takde idea pasal apa yang aku maksudkan ni, contoh macam mak korang sapu sampah + debu kat dalam rumah, debu-debu berterbangan ke udara kemudian korang yang pemalas, duk main PS je kat depan TV, tersedut debu-debu tu. Lepas sedut debu, korang pun bersin. Haa, itu lah contoh paling mudah reaksi alahan. Bila sesuatu benda asing (debu, ubat, bulu ulat bulu, plastik atau ape2 jela) masuk ke dalam badan korang, atau tersentuh kat badan korang, sistem imun badan korang akan detect benda2 asing ni. Sistem imun badan manusia boleh detect, yang mana satu benda asing dan yang mana satu sel-sel badan korang sendiri. Kalau sel badan sendiri, sistem imun kita tak buat apa2 la. Tapi kalau sistem imun badan detect sesuatu yang pelik, selain daripada sel atau pun komponen2 yang berasal daripada badan kita sendiri, sistem imun kita akan bertindakbalas dengan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang kemudian merangsang tubuh kita supaya bertindakbalas agar benda asing tu dihapuskan atau dikeluarkan daripada badan kita. Dalam kes mak korang sapu sampah tadi, tindakbalas badan korang ialah bersin, jadi dengan cara bersin tu benda asing tu dapat dikeluarkan daripada badan korang, ok?

Subjek immunology sangat memeningkan kepala, dan aku pun tak pernah dapat A pun subjek ni. Tapi untuk menceritakan tentang macam mana ubat-ubatan, kuman atau virus boleh menyebabkan Steven Johnson Syndrome, ceritanya begini. Sistem imun bagi setiap individu mempunyai tahap kesensitifan yang berbeza terhadap benda asing. Ada yang tak sensitif, ada yang hypersensitif. Yang hypersensitif, nasib mereka tak berapa baik la sebab ada kemungkinan mudah dapat masalah alergik, termasuk la Steven Johnson Syndrome ni. Dalam kes sindrom nih, sejenis bahan kimia yang merupakan komponen dalam sistem imun badan kita bernama antigen akan melekat pada molekul ubatan, kuman atau pun virus. Bayangkan sebuah seluar panjang yang dikelilingi kemuncup. Bayangkan seluar tu bakteria/ubat, dan kemuncup tu antigen. Kemudian, bayangkan seekor binatang yang lapar, nampak seluar yang penuh kemuncup tu, kemudian binatang tu telan kemuncup dan seluar tadi. Binatang yang telan seluar yang penuh kemuncup tu, boleh diibaratkan sebagai macrophage. Macrophage merupakan sel dalam badan kita yang berfungsi memakan benda-benda asing yang dah dikelilingi dan dilekati dengan antigen. Bila macrophage dah makan benda asing tu, benda asing tu akan tercerna kat dalam macrophage, jadi tamat la riwayat benda asing yang merbahaya kat dalam badan.

Tapi kadang2, macrophage tu tak banyak, tapi benda asing yang dah dilekati dengan antigen tu banyak melampau. Jadi gabungan benda asing-antigen tu akan merata ke seluruh badan, nak pulak kalau benda tu ada dalam darah kita. Gabungan benda asing-antigen tu kemudian melekat ke salur darah, atau pun terlepas ke celah-celah sel kulit. Akibatnya, bila dah melekat kat seluruh tempat dalam badan, sistem imun akan terangsang di tempat yang mana benda asing tu melekat dan mencetuskan pembengkakan kat bahagian badan tu (inflammatory response). Hasilnya macam kat gambar bawah ni..




Macam mana nak tau seseorang tu kena Steven Johnson Syndrome ke atau pun tak, berikut merupakan tanda-tanda yang kebiasaan terdapat pada seseorang yang mengalami sindrom tu:

- timbul ruam/bintik-bintik/lepuh berair kat kulit dan ruang mukus (lidah, hidung, tekak). Biasanya tanda2 ni meliputi ke seluruh badan

- demam, letih badan, sakit tekak. Tanda-tanda ni muncul sekali dengan tanda-tanda kat atas.

Macam aku cerita tadi, sindrom ni mungkin disebabkan jangkitan atau pun disebabkan ubat. Kalau disebabkan oleh ubat, antara ubat-ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni ialah:

allopurinol
diclofenac
etravirine
Isotretinoin aka Accutane
fluconazole
valdecoxib
sitagliptin
oseltamivir
penicillins
barbiturates
sulfonamides
phenytoin
azithromycin
oxcarbazepine
zonisamide
modafinil
lamotrigine
nevirapine 
pyrimethamine 
ibuprofen 
ethosuximide 
carbamazepine 
nystatin

Tak payah hafal, aku pun tak hafal, hahaha. Senang cerita, memang banyak ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni, tapi sebenarnya, ikut nasib sebenarnya. Kalau nak kena, kena la. Allergic reaction memang sesuatu yang kita tak boleh nak jangka melainkan kalau sebelum ni seseorang tu pernah mengalami sindrom alahan tu. Jadi senang cerita, kalau lepas makan ubat (tak kira la ubat daripada hospital, klinik atau ubat tradisional), dalam tempoh seminggu tiba-tiba badan tumbuh ruam + berair, demam, atau pun timbul tanda-tanda kat badan korang/sesiapa saja macam yang aku tulis kat atas, maka usahakanlah supaya dapat berjumpa doktor dengan segera. Steven Johnson Syndrome boleh menyebabkan kematian, jadi memang kena bertindak cepat la kalau timbul reaksi alahan untuk elakkan perkara yang tak diingini.

2 comments:

DrNotts said...

karl, awak ada dua blog ke? RX5 UiTM?

karl said...

RX5 UiTM tu blog batch saya, saya jadi co-author tuk blog tu. Kat situ kami update info pasal ubat-ubat/isu berkaitan dengan farmasi :)