31 December 2010

Setialah penyokong Malaysia!

Entri terakhir sebelum bercuti separuh gaji selama 14 hari, pulang dengan misi menjaga, mencari ikhtiar untuk mencari nurbisa buat mak, abah, Ashraf, mencari ikhtiar untuk percepatkan proses transfer tempat kerja ke hospital lain, mohon doakan segala urusan aku dipermudahkan semudah-mudahnya wahai pembaca sekalian, doa kalian amat aku perlukan saat ini.

 Sumber gambar: Berita Harian Online

Tahun Masihi 2010. Pertama kali Malaysia menang Piala Suzuki AFF. Dulunya Piala Tiger. Apa-apa pun tahun Masihi kali ni, meninggalkan kenangan manis buat peminat, baik yang lama mahu pun yang baru. Kepada yang baru menyokong, selamat datang ke kelab penyokong bola sepak Malaysia. Kepada yang lama dah menyokong, doa dan penantian akhirnya berbaloi juga kan? 

Sekarang pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia dijulang sebab berjaya membawa pulang piala kemenangan. Ramai yang mengucap tahniah, ramai yang memuji, ramai yang mula pakai jersi kebangsaan Malaysia. Kalau lah Malaysia kalah semalam, mungkin yang memuji pada waktu sekarang akan memperlekeh, mengeji, mengutuk kekalahan pasukan kebangsaan. Lumrah. Orang yang berstatus berjaya akan diangkat. Orang yang berstatus kalah, nasib kamu lah. Bukan dalam bola sepak je, dalam kerjaya, dalam akademik, dalam apa-apa je bidang. Orang yang berjaya disanjung sebab logiknya, mereka berjaya sebab berusaha keras, sebab mereka berjihad, bersungguh-sungguh. 

Logik akal mengatakan begitu. Tapi jangan sesekali lupa, kita semua kat atas pentas muka bumi ni tak lebih sebagai hamba yang bertuan. Tuan kita, Yang Maha Esa. Kita berusaha, merancang tapi rancangan Allah lebih sempurna daripada rancangan kita. Dan adakala rancangan Allah memerlukan kita berkorban, memerlukan kita kalah dan kecundang sesekali. Jadi wajar ke kalau kita melabel, orang yang kalah sebab dorang malas berusaha? Ada masa betul, tapi ada masa tak betul.

Kebiasaannya dalam kes pasukan Malaysia, yang selalunya kecundang sebelum-sebelum ni, selepas kekalahan dorang biasanya cemuhan yang dorang dapat. Sekarang dorang menang. Baguslah ramai yang sokong, tapi aku harap semua orang, yang mengaku peminat berterusan la menyokong dorang. Sokongan ramai sebenarnya doa buat dorang. Cemuhan dan kutukan pun satu doa jugak, tapi kita masing2 boleh faham sendiri kan, doa mana satu yang lebih wajar?

Sokonglah pasukan kebangsaan dengan sokongan tak bersyarat. Sebagaimana kasih seorang ibu yang tak bersyarat kepada anak2nya.

p/s Penangan sihir - mak aku tak kenal aku masa aku balik semula ke Sibu hari tu, aku tak dapat nak cium dia. Esok aku balik semula ke kampung, aku berharap sangat2 sebelum cuti aku 14 hari ni habis..mak dah pulih sepenuhnya.

2 comments:

aliaaroslan said...

doa dan ikhtiar banyak2. semoga semuanya dipermudahkan.

red said...

Proud to be Malaysian