03 December 2010

Senarai nama binatang yang dinamakan sempena nama selebriti

Tadi terbaca beritakat Yahoo! News, pasal sejenis spesis orkid baru hasil kajian oleh MARDI yang dinamakan sempena nama suami isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Rhyncholaeliocattleya Datin Seri Rosmah (wuk aloh, takleh blah panjang gila nama hahaha), itulah nama orkid baru tu. Gambar takde lagi dalam internet, tak lama lagi ade la tu. Pasni kalau nak mandi bunga, boleh la try pakai bunga nih, keh3.

Dalam sistem penamaan saintifik ataupun lebih dikenali sebagai Linnaean Taxonomy, setiap makhluk bernyawa atas muka bumi ni akan diberikan nama saintifik yang terdiri daripada dua bahagian nama: nama genus dan nama spesis. Cara penulisan nama pulak, sama ada ditulis secara italic atau pun bergaris. Contohnya: Oryza sativa ATAU Oryza sativa. Oryza sativa merupakan nama saintifik bagi padi. 


Anophthalmus hitleri, kumbang yang dinamakan sempena nama Adolf Hitler

Tak la pelik sangat nak bagi nama saintifik pada mana-mana binatang atau tumbuhan menggunakan nama orang. Malah banyak je binatang yang diberikan nama saintifik sempena nama selebriti, dan nama ni diberikan ikut suka hati para saintis yang buat kajian tu. Berikut merupakan contoh-contoh binatang2 yang dinamakan sempena nama selebriti dan tokoh popular:
  
Agathidium bushi         — George W. Bush
Agathidium cheneyi      — Dick Cheney
Agathidium rumsfeldi   — Donald Rumsfeld
Agathidium vaderi        — Darth Vader 
Agra katewinsletae       — Kate Winslet 
Anophthalmus hitleri     — Adolf Hitler
Aptostichus angelinajolieae  -  Angelina Jolie 
Eristalis alleni                — Paul Allen 
Eristalis gatesi               — Bill Gates 
Pheidole harrisonfordi   — Harrison Ford
Myrmekiaphila neilyoungi — Neil Young
Draculoides bramstokeri   — Bram Stoker

5 comments:

aliaaroslan said...

kne kawen dengan saintis ni, kalo nak nama dalam list serangga or pokok.. hah~

karl said...

hehe. tak pun kena jadi famous, tapi kadang2 dorang bagi nama ikut suka dorang jek :P

hans said...

hehehe
best la nama dimaktubkan dekat bunga

P/S : Lu Langsi Lu Mati

P/S : Review Filem : Ngangkung Boleh Tahanlah & Kutipan Filem 2 Alam Berapa Juta?

karl said...

tu la pasal, agak best la. tengah tunggu kot ade researcher yg buat baka baru kambing, pastu buat dajal letak nama orang utk nama saintifik kambing tuh, hahaha

hans said...

erk
kalau kambing xpayah lah
bunga mahu lah
hahahaha