19 December 2010

Polymath, genius, child prodigy

Talent hits a target no one else can hit; Genius hits a target no one else can see
                                                                                                                Arthur Schopenhauer
Beberapa tahun dulu seluruh negara dikejutkan pasal kemunculan Adi Putra, seorang kanak-kanak yang memiliki kepintaran luar biasa dalam bidang matematik. Aku pernah tengok sekali budak ni muncul dalam rancangan AC Di Sini, tapi rancangan tu agak bangsat sebab setakat borak kosong, lepas tu ujian yang diberi pada budak ni macam bodoh je. Setakat suruh hafal nombor, tambah nombor ape jadah. Bagi la soalan trigonometri ke, vector ke, baru la boleh nampak setakat mana cerdik budak ni. Jadi sampai sekarang aku tak pasti setakat mana kebolehan budak ni. Tapi kalau dah sampai bagi lecture kat student univ, rasanya memang pandai sungguh la budak ni.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu-individu yang ada kebolehan luar biasa dari segi daya pemikiran, IQ atau pun bakat. Istilah-istilah tu yang aku guna untuk buat tajuk entri tu. Polymath, genius dan child prodigy.

Polymath merujuk kepada individu yang mampu menguasai beberapa bidang pengetahuan, senang cerita individu yang all rounded - bidang perubatan dia pandai, bidang kejuruteraan dia boleh buat, bidang sastera pun power. Contohnya macam Imhotep (doktor, arkitek,ahli agama dan jurutera zaman Firaun), Ibnu Sina (pakat perubatan, ahli kimia, ahli geologi, ahli fizik Parsi) dan Al Khwarizmi (pakar geografi, ahli matematik, ahli kaji bintang Baghdad). Bila dah banyak bidang yang dikuasai, sumbangan dorang pun secara logiknya banyak la terhadap masyarakat. Al Qanun fi al Tibb (Canon of Medicine), buku teks perubatan yang selesai ditulis pada tahun 1025 tulisan Ibnu Sina sebagai contoh, dijadikan sebagai rujukan di sekolah-sekolah perubatan Eropah sehingga ke abad 18. 700 tahun pakai buku yang sama, bayangkan..hahaha. Imhotep pulak engineer yang terlibat dalam pembinaan piramid Mesir.

Genius pulak, merujuk kepada individu yang menunjukkan kebolehan luar biasa, melangkaui pencapaian individu-individu lain yang turut mendalami bidang yang sama. Sebagai contoh yang mudah dan jelas, Albert Einstein, ahli fizik yang mengemukakan Teori Relativiti yang membawa kepada teori Big Bang (letusan besar yang membawa kepada kewujudan alam semesta).

Albert Einstein

Sehingga sekarang, terdapat 9 jenis klasifikasi genius yang dicadangkan oleh saintis iaitu : spatial (ruang), linguistik (bahasa), logik-matematik, kinestetik badan, muzik, interpersonal (kemampuan berkomunikasi dengan orang lain), intrapersonal (kemampuan mengenal diri sendiri), naturalistik (kemampuan berinteraksi dengan alam sekeliling) dan eksistensial (kemampuan menganalisis data menjangkaui batas yang boleh diukur secara kasar).

Child prodigy, contoh macam Adi Putra - individu yang pada usia yang amat muda tapi menunjukkan potensi dan kebolehan yang setanding atau melebihi orang dewasa. Child prodigy mungkin akan membesar dan menjadi seorang yang genius atau polymath, tapi tak mustahil jugak dorang bakal jadi sampah masyarakat.

3 comments:

ken said...

watched a documentary in child prodigies in music.. amazing!

karl said...

seriously i hope i'm one from these people

MATAHARI said...

seriously ur blog make my brain jogs