02 December 2010

Mohram - Sakti

MOHRAM membawa muzik melampaui garis geografi, ekspresi MOHRAM menjangkau muzik dunia yang terasnya muzik baru nusantara.
Istana Budaya, pengenalan kepada Mohram bagi Konsert Kembara Jiwa tahun 2003 


Sumber gambar: blog Hilang Gelap Timbullah Terang.

Cara aku bagi ulasan pasal sesuatu album adalah sangat teruk. Tapi ni kan blog aku, lantak la kan, suka aku la nak tulis apa pun, hahaha >:)

Mohram merupakan kumpulan duo dianggotai oleh Muhardiman Ismail, 44 dan Ramli Ab Hamid,43. Muzik yang mereka bawakan ialah muzik instrumental (kalau artis antarabangsa yang lain, contohnya macam Kitaro, Yngwie Malmsteen dan Kenny G). Instrument yang dimainkan oleh mereka berdua ialah seruling dan rebana, disamping adunan irama tambahan daripada instrument muzik seperti synthesizer, keyboard, gitar dan lain-lain.

Mohram pernah memenangi kategori kumpulan duo irama etnik terbaik di World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang diadakan di Amerikaaaaa (sebut dengan tonasi dalam filem Budak Kelantan) kira-kira 5 tahun lepas. Mereka juga kerap diundang untuk menjadi sessionist album2 artis tempatan dan bermain dalam konsert2 artis. Pernah mengadakan persembahan di Jepun. Aku pernah baca ulasan pasal persembahan dorang kat Jepun, ramai penonton yang emosi, menangis, terharu bila dengar muzik dorang (ok, aku betul2 serius pasal perkara ni, bukan aku saje2 tulis ok).Tapi rasanya korang yang baca post ni mungkin tak kenal pun dorang. Btw takpe, at least korang tau pasal kewujudan underrated artis yang hebat macam dorang kat Malaysia ni.

Ok, bercerita pasal album Sakti yang diterbitkan pada tahun 2005. Album yang memuatkan 8 buah lagu iaitu Galang Maya, Sakti, Manuk Dewata, Pawana Pawaka, Cahaya, Suluk Gerbang Kasih, Senandung Suralaya dan Lenggang Awang. Muzik dorang ni..memang sukar nak ditafsir dengan kata-kata, ceh..hahaha. Lagu-lagu dorang walaupun melankolik dan bisa menjadikan luka di hati jadi lebih parah kalau kena pulak dengar lagu yang mood sedih, tapi tak boleh dinafikan, muzik dorang memang best dan pada aku, aku lebih minat Mohram berbanding Kitaro sebab elemen Nusantara yang pekat dalam muzik Mohram, dan mungkin jugak sebab muzik Mohram lebih melankolik yang memberikannya roh dan menjadikan muzik dorang berhantu. Dari aspek teknikal, rakaman album ni cukup berkualiti adunannya (it's a lame statement,dah fully recorded dalam studio, lain la kalau rakaman konsert ataupun demo, hahaha tapi aku dah tak reti nak describe camne dah).

Trek pilihan aku: Galang Maya, Sakti dan Suluk Gerbang Kasih. Jangan salah faham, lagu lain best gak tapi favourite aku tiga buah lagu ni.

Nak try dengar? Nak download cari sendiri kat Google, kalau boleh support la dorang, beli album ori. Support our local talent k. Peace.

No comments: