25 December 2010

Kepada tak dapat straight A PMR atau takde A langsung

Aku nak tidur dah ni, esok flight pukul 925 pagi. Tapi kebetulan aku ternampak pulak entri nih. Zaman sekarang ni rasanya ramai je budak2 sekolah menengah yang dah ade blog, atau yang dah reti blogwalk. Teringat semalam result PMR keluar, adik aku pun calon PMR tahun ni. Result dia, ada jugak la A, aku tau kemampuan dia dan aku tau hala tuju dia so aku tak risau sangat. Lupakan pasal entri blog yang aku letak link tuh, meh baca ape yang aku nak berleter kat bawah.

Keputusan PMR tahun ni, 30 863 calon dapat straight A, bermaksud 408 593 calon tak dapat straight, atau pun mungkin takde A atau pun fail terus. 

PMR ni takla significant sangat, tak terlalu penting sangat la dalam nak mencorak laluan hidup. Pada aku PMR ni lebih kepada nak melihat komitmen korang bila belajar, serajin mana korang belajar, hafal notes dan sebagainya. Sebab mengikut logik, makin banyak A yang korang dapat, bermaksud banyak la jawapan yang korang dapat jawab dengan betul, bermaksud banyak la yang korang tau dan punca korang tau banyak, sebab korang suka membaca atau buat latihan. Tahap kerajinan korang ni akan menentukan sama ada korang senang nak pilih masuk kelas apa bila tingkatan 4 nanti - masuk kelas Sains atau kelas Sastera. Kalau nak jadi doktor mesti la kena masuk kelas Sains, sebab bidang perubatan tu bidang Sains, jadi orang yang dapat result yang bagus selalunya dipilih berbanding orang yang dapat result kurang bagus. Begitulah sistem pendidikan di atas muka bumi Malaysia ni.

Tapi katakanlah, korang punya result tak melayakkan korang untuk masuk bidang yang korang nak, korang masih lagi boleh sambung belajar. Kalau tak dapat kelas Sains, dapat masuk kelas Sastera atau Perakaunan. Kalau korang buat betul2 dalam bidang yang korang belajar, masa SPM pun still boleh dapat keputusan yang cemerlang jugak, boleh apply masuk universiti yang berprestij jugak, jadi kesimpulannya, janji korang rajin berusaha, mesti hasil dia setimpal macam yang korang usahakan.

Kepada adik2 yang dapat result selain daripada straight A atau takde A langsung, mungkin korang frust. Benda yang lepas usah dikenang, fokus pada hidup korang yang akan datang. Umur 15 tahun ni muda lagi, banyak lagi perkara2 yang korang boleh contribute untuk diri sendiri dan orang lain. Macam adik aku, dia tak dapat straight A, tapi dia ada kebolehan la jugak bab2 masakan, suka join geng2 katering time kenduri kendara. Dia minat bidang tu, so aku akan cuba sedaya upaya tolong supaya dia sambung belajar lagi dalam bidang katering, sebab bila dia dah minat dan ada motivasi dalam bidang tu, dia takkan stress dan seronok belajar dan akhirnya, harap2 dia dapat perform dalam bidang yang dia nak. 

Apa yang mak ayah, cikgu, kawan atau sedara mara berleter kat korang, pertama sekali korang dengar. Cuba ambik nasihat kalau dorang bagi nasihat, kalau dorang kutuk korang buat tak dengar je. Aku rasa korang boleh bezakan, yang mana satu nasihat, yang mana satu kutukan. Yang penting lepas PMR, cuba sedaya upaya cari bidang yang korang betul2 minat dan mampu perform - kalau minat jadi mekanik, belajar jadi mekanik. Kalau minat nak jadi banker, belajar cara nak jadi banker. Kalau minat nak jadi doktor, belajar cara nak cari doktor. Mungkin susah jugak korang nak tentukan minat korang, aku faham sebab aku dulu pun blur camne nak tentukan minat. Jadi cuba try pulak tengok keupayaan korang, korang suka membaca tak, korang suka mengira tak, korang suka bertukang ke apa..takkan la minat kebiasaan sendiri pun tak tau kot. Tak pun cari sesuatu benda yang korang tak berapa minat, tapi boleh buat. Kemudian berdasarkan minat korang, try tanya pada mak ayah atau cikgu kaunselor, apa jenis kerja yang sesuai dengan korang berdasarkan minat korang.

Lulus cemerlang exam satu perkara yang berbeza dengan kebolehan yang korang mampu buat. Korang tak pandai sangat, tak pick up sangat bab2 trigonometri, bab2 hafal nota sejarah, tapi katakanlah korang suka modified motor, tak pun suka cungkil tombol pintu sampai terbukak, jadi belajar la camne nak guna kemahiran & minat korang ke arah positif. Kalau suka modified motor, belajar la jadi mekanik, contohnya. Sebab menggunakan kemahiran yang ada pada korang tu la sebaik-baik cara untuk korang bekerja.

Mungkin seminggu dua ni sesi muhasabah diri dulu kot. Cuba fikir balik, apa yang korang nak dalam hidup sebenarnya? Jadi serius sikit okeh, pikir pasal masa depan, kemudian buat keputusan lepas bincang dengan orang lain dan lepas korang buat penilaian, mana yang baik untuk korang. Semoga berjaya di masa depan :)

Bill Gates tak ambik PMR pun, boleh je jadi kaya, kan? :D

3 comments:

Azuan said...

sangat betoi tue...pmr just satu exam aje...huhuu

aliaaroslan said...

itu la masalahnya bila sistem pendidikan malaysia semuanya exam-based. budak2 yang tak dapat A or tak dapat A langsung jadi tension dan fikir its the end of the world. patutnya mereka ni juga diraikan kerana lulus PMR dan boleh terus ke tingkatan 4.

zaira said...

but the reality is, once u get good result then u'll be taken into good schools.

budak2 MRSM faham lah benda2 ni.

kalau result tak elok tak leh proceed pegi bitara.