04 December 2010

Kantoi! (Kisah benar pasal kelebihan belajar bahasa asing)

Kisah 1

Diceritakan oleh kawan kepada abah aku sendiri, pengalaman dia masa belajar di United Kingdom. Sekitar tahun 80-an.

Dalam sebuah bas, kat bandar London. Sekumpulan student Melayu duduk kat belakang bas sambil bersembang. Biasa la, bila dah berjumpa ramai2 camni mestilah cakap bahasa Melayu. Sembang sambil mengumpat (orang laki pun reti mengumpat gak, bukan orang pompuan je pandai).

"Orang putih ni memang la, tiap malam pergi disko mabuk," salah sorang memulakan umpatan, ish2.

"Tu la, dorang ni perangai memang teruk, macam setan," dah ada yang start, yang lain pun on la. Bermula la sesi mengumpat orang putih. Umpat keji disusuli dengan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki Inggeris yang duduk tak jauh daripada dorang menoleh ke belakang. Lelaki tu pun menegur dorang,

"Janganlah hina kami macam tu sekali, kami pun ada maruah jugak," kata lelaki Inggeris tu. Dalam Bahasa Melayu! Peh, konyo masing2 geng2 student Melayu tu. Lepas tu baru la tau bila lelaki Inggeris tu bukak cerita, dia pernah bekerja lama kat Malaysia sebelum pulang ke United Kingdom.

Kisah 2

Kisah benar tentang pengalaman seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur.

Seorang pemandu teksi berbangsa Melayu mengambil dua penumpang berbangsa India, masuk ke dalam teksi. Kedua-dua penumpang duduk kat bahagian belakang.

"Datang dari mana encik berdua ni," pemandu teksi menyapa mesra kedua-dua penumpang tersebut.

"Kami dari Kajang, tempat yang kami nak pergi ni rumah kawan," jawab penumpang tersebut. Mereka bertiga mula berbual mesra. Sampai satu ketika lepas habis modal nak berborak, semua diam.

"Bang, masuk jalan simpang kiri tu. Shortcut," salah sorang penumpang mintak pemandu teksi tu masuk ke sebuah jalan yang agak sunyi dan jarang dilalui orang (pemandu teksi tu dah sedia tau yang jalan tu memang sunyi).

Beberapa lama selepas melalui jalan sunyi tu, kedua-dua penumpang tu berbual sesama mereka. Kali ni dalam bahasa Tamil.

"Kita berhenti nanti, masa pemandu ni nak keluarkan beg kita dari bonet, kita ketuk kepala dia sampai pengsan," kata salah seorang penumpang tu, dalam bahasa Tamil. Pemandu teksi yang terdengar berasa amat terkejut, kebetulan semasa sekolah rendah dulu dia banyak bergaul dengan kawan2 India, jadi dia faham la bahasa Tamil malah boleh bercakap bahasa Tamil. Tapi pemandu teksi tu stay cool, cuba cover perasaan terkejut dia tu.

"Ambik semua duit dan barang berharga dia nanti. Lepas tu kita ikat badan dia dengan batu, campakkan ke dalam lombong," balas seorang lagi penumpang tu. Mereka berdua kemudian ketawa berdekah-dekah.

Pemandu teksi dah cuak, rasa peluk sejuk dah start turun dari dahi. Kat dalam kepala dah terbayang anak bini. Dia menoleh ke cermin belakang, dan sekali lagi dia terkejut. Kedua-dua penumpang tu masing2 dah pakai spec hitam! 

Tengah sesak kepala pasal macam mana nak settle masalah, tiba-tiba dia dapat satu idea.

"Encik, saya rasa kita keluar dekat simpang tiga sana ye, sebab selalunya jalan sesak kalau waktu macam ni," pemandu teksi bercakap kepada kedua-dua penumpang. Kali ni dalam bahasa Tamil!

"Lagi pun lepas ni saya nak jumpa abang saya yang bertugas di balai polis Setapak,"sambung pemandu teksi, juga dalam bahasa Tamil, sambil pusing kepala ke belakang, nak tengok respon kedua-dua penyangak tu.

Pucat terus muka kedua-dua penumpang tu. Berubah terus muka lepas plan dah kantoi.

"Abang..tolong turunkan kami dekat depan tu jela," kata salah sorang penumpang, dalam bahasa Melayu.

Sebaik saja teksi berhenti, kedua-dua penumpang terus cabut lari macam tak cukup tanah. Pemandu teksi segera keluar,

"woi, tambang belum bayar lagi!!" teriak pemandu teksi, sebelum dia ketawa berdekah-dekah memerhatikan kecuakan kedua-dua penumpang tu yang lari meninggalkan beg dorang kat dalam bonet teksi dia.

Sampai kat stesen teksi, pemandu teksi tu bukak bonet teksi dan keluarkan beg yang dibawa kedua-dua lelaki India tadi. Takde apa yang berharga, kecuali batu bata kat dalam beg tu.

18 comments:

sayaDeyla said...

fuihhh. menakutkan cerita pakcik teksi tuh. =_="

karl said...

menakutkan, tapi dia terselamat. sebab Allah bagi dia idea tuk takutkan perompak tu, plus dia faham bahasa tamil :)

gabanMorka said...

aku teringin belajar bahasa cina.bez woah

karl said...

aku teringin nk blaja spanish, tp x start2 lg,hehe

Indiana Johnny said...

HAHAHA....mmg lawak la bro

karl said...

hehe..lawak seram..Alhamdulillah la pemandu teksi tu selamat

Indiana Johnny said...

hehehe...alhamdulillah...mana dpt cerita nie bro???

karl said...

majalah mastika, tapi cerita ni lama dah..dekat 10 tahun lepas kalau x silap

Puteri Iqa Izyan said...

kisah benar??
bhy tol psl pacik bwk teksi tuh..

latest entri : ingat aku pandai sangat main bowling? takkkkk....

karl said...

yup, kisah benar..tu la, mencabar sebenarnya bawak teksi ni

yanayo said...

fuh.. bhaya2.. sem dpan blaja bhasa asing, nk kne bg expert ni.. huhu..

karl said...

hehe..xpayah la takut pulak yana..cerita ni..just untuk share dengan semua orang pasal kepentingan ilmu ni, bukan setakat bahasa je..ape2 ilmu pun tak rugi kalau kita tau, mungkin ade masa berguna :)

yanayo said...

ahaa.. btol2.. just nak igtkan dri-sndiri je.. xrugi blaja bhsa lain kn... kalo skadar blaja tuk lulus je rugi la.. kte bkn tau bncne yg nk dtg.. hehe:)

karl said...

bila dah blaja bahasa lain, yg paling penting lepas tu praktis la, dah biasa, selalu praktis baru boleh mahir

Syamimi Nadia said...

haha, lawak ade, seram pon ade. selamat pakcik teksi tu tau bahase tamil.kalo tak.
arwah la dye. huh..mintak jauh la.

karl said...

tu la, ada hikmah rupanya dia blaja bahasa tamil ngan kawan2 dia masik sek rendah :)

Wan Gerrard said...

hmm bagus2 blaja bahasa lain, Gerrard faham bahasa cina sikit2 je..faham tapi xleh nak borak bahasa cina sangat..huhuhu

karl said...

takpe wan, dah ade basic, so boleh praktis + ambah skill tu lagi :)