14 December 2010

Inspirasi



Pernah sekali masa aku berlegar-legar kat Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam, aku terbaca profile salah sorang alumni fakulti tu. Mungkin lecturer la kot,aku pun tak berapa pasti kenapa profile dia dengan beberapa orang lagi ditampal kat notice board berpenutup kaca kat kawasan ruang legar fakulti tu. Aku ingat lagi kelayakan-kelayakan pada profile yang format dia ala-ala resume.

Pra Diploma
Diploma
Sarjana Muda
Master
PhD (in progress)

Brader kat dalam profile tu, mulakan langkah pertama dia ke alam universiti ni dengan program Pra Diploma. Pra Diploma ni, merupakan program persediaan untuk student yang keputusan SPM dorang tak layak untuk dipertimbangkan untuk masuk ke program diploma, dan kalau dorang lulus Pra Diploma tu dorang boleh la nak lanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Lepas Diploma, baru boleh sambung Sarjana Muda (1st degree), lepas tu Master, kemudian PhD.

Jom kita kira berapa lama brader yang aku cerita tu ambik masa untuk sampai ke tahap PhD. Katakan dia start masuk Pra Diploma pada umur 18 tahun (standard umur baru lepas SPM).

Pra Diploma         - 1 tahun
Diploma               - 3 tahun
Sarjana Muda      - 2.5 tahun (sesetengah program ijazah, kalau dah ada diploma, terus masuk sem 4)
Master                 - 1.5 tahun
PhD (in progress) - 3 tahun
Jumlah                  - 11 tahun

11 tahun + 18 tahun = 29 tahun

Umur 29 tahun..baru merasa dapat PhD. Fuhh..Dan pada setiap peringkat tu tak kira la Pra Diploma ke, Master ke even PhD, kemungkinan untuk fail @ gagal tu ada. @_@

Tapi 29 tahun dah ada PhD, ok ape. Aku ambik contoh Abah aku sendiri. Lepas SPM, disebabkan pengaruh rakan-rakan sebaya (haha, Abah aku sendiri cakap dia pergi interview sebab member-member dia ajak), Abah aku pergi interview untuk jadi cikgu. Masa tu teramat-amatlah senang nak jadi cikgu, masa interview orang yang interview tu tanya nak kerja kat mana, tu je lol. Lepas lulus interview, setahun belajar peringkat Sijil Perguruan kat Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, lepas tu terus jadi cikgu, hantar kat Felda Tersang, Raub. Tu pun ok ape, dapat tempat mengajar kat dalam daerah yang sendiri, tak macam aku ni kena hantar kerja kat oversea @_@. Lepas tu dah lama pastu baru la sambung Diploma, masa tu umur Abah aku dah dekat 30 kot. Kemudian tahun 1991, masa aku umur 4 tahun dan Abah pulak dah umur 31 tahun, barulah Abah register nama kat Universiti Pertanian Malaysia (haha, zaman old school nih, belum ubah nama jadi Putra lagi). Grad tahun 1996..umur 35 tahun, time tu barulah Abah aku dapat 1st degree. Mak lagi la, umur 43 tahun baru merasa dapat degree. Aku siap tolong mak buat assignment, pastu yang final year project lak..hehe, Abah la pulak macam nak pecah kepala buatkan untuk mak LOL.

Bila tengok balik Mak Abah aku sendiri, ditambah pulak dengan profile brader yang aku tengok tu..rasa macam takde maruah la pulak kalau aku takde PhD. Serius.

5 comments:

N said...

tapi phd2 pun kalau pemikiran kita cetek susah juga,belajar tinggi2 , teori kita power,pemikiran masih cetek.. lebih baik yg taraf spm je study. lagi satu. kita cari ilmu bukan sebab nak pangkat phd tu. kita nak cari ilmu sebab ilmu tu sendiri. betul kan niat dulu baru kena dengan pangkat kita. ye tak?

karl said...

:) betul tu ape yang sis tulis tu. memang betul, sepatutnya macam tu la. tapi kalau nak diikutkan, macam ape yang saya dah lalui dulu..saya belajar 1st degree dulu, terus terang saya cakap sebab kalau nak kerja, kena ada degree, baru peluang nak dapat kerja tu senang. di samping tu pengetahuan, pengalaman yang dapat masa belajar tu tak dinafikan memang invaluable.

rasanya dah lama kot..pencapaian akademik ni jadi alat untuk buktikan kemampuan diri, bukannya jadi platform untuk cari ilmu sangat. acuan kehidupan kita yang membentuk pemikiran macam tu..nak kerja, makin tinggi kelulusan, makin tinggi gaji + status..

princeduyong said...

kita takkan berhenti belajar...sampai ke liang lahad...

N said...

betul tu.. belajar itu mmg satu keperluan,sebab dalam ekonomi tidak menentu,semua naik,rumah nak stgh juta,itu semua perlus. btw, janji kita seimbangkan dunia akhirat ya. :) nice post

karl said...

princeduyong: dah tentu

N: insha Allah sis :)