02 December 2010

Hujan


 Merempit dalam hujan. Kalau helmet takde visor, alamat macam peluru la air masuk dalam mata

Sekarang musim hujan. Ada tempat yang hujan berterusan sampai banjir. Ada yang sekejap hujan, sekejap panas.

Bila hujan orang yang pakai motosikal susah nak keluar. Bila hujan nak jemur pakaian susah. Bila hujan sampai banjir, ternakan mati, kenderaan rosak, harta benda rosak. Ada seorang cikgu aku pernah cerita, kawan dia jadi penyemak kertas soalan sebuah peperiksaan awam, bila banjir melanda rumah dia, ada kertas jawapan yang rosak teruk sebab calon pakai pen dakwat cair. Banjir jadi sebab hujan.

Hujan bawa bala? Jangan fikir camtu. Hujan tu rahmat. Dan satu perkara aku nak emphasize kat sini dan harap2 sapa2 yang baca post ni amalkan la: Waktu hujan merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa. 

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Jadi bila hujan turun, rajin2 lah ambik wuduk, buat solat hajat. Insha Allah doa dimakbulkan.

Masa aku siap tulis posting ni dan2 pulak berenti dah hujan. Meh layan lagu Allahyarham Sudirman kat bawah nih, hehe.


Baru aku tau solo gitar dalam lagu ni Fauzi Marzuki yang goreng. Power gak dia bab2 goreng solo nih, heheh

No comments: