03 December 2010

Goods and Sales Tax (Cukai Barangan dan Jualan)

Awal tahun ni rakyat Malaysia diberi perkhabaran tentang Cukai Barangan dan Jualan bakal dikuatkuasakan pada tahun depan. Cukai ni (atau lebih popular GST), sebenarnya sangat celaka dan bakal membebankan pengguna. Macam mana sistem cukai ni bakal dilaksanakan? Aku bagi contoh dan aku cuba sebaik mungkin untuk bagi pemahaman yang jelas pasal benda ni.

Katakanlah sekeping besi, nak dijadikan pembaris besi. Watak-watak yang berkenaan dalam proses pembuatan sampailah penjualan kepada pengguna ialah: pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli.

Katakanlah nilai cukai GST ialah 10% (takdela tinggi sampai macam ni tapi nak bagi senang kira, soaku bagi contoh 10%)

Pengilang memproses pembaris besi tu. Harga jualan kepada pemborong ialah RM10, tapi sebab ada cukai 10%, pengilang pun jual dengan harga RM11 kepada pemborong.Pengilang selamatlah, sebab harga RM 11 dah cover sekali dengan cukai, takde masalah time bayar cukai nanti kan. Pengilang akan serahkan sebanyak RM1 kepada LHDN.

Kemudian pemborong yang beli dengan harga RM 11, mestila nak buat untung. Katakanlah dia nak jual pembaris besi tu dengan harga RM 30, tapi sebab ada cukai 10% pemborong pun jual dengan harga sebanyak RM33 kepada peruncit. Jadi sekarang,

Harga belian                           : RM 11
Harga jual                               : RM 33
Cukai dibayar kepada LHDN  : RM3 - RM 1     = RM 2
Keuntungan selepas cukai        : RM 31 - RM 11= RM 20

Kenapa pemborong bayar RM2 je, padahal cukai 10%, patut bayar kat LHDN sebanyak RM3 la kan? Sebabnya dalam sistem GST, pemborong boleh tuntut balik nilai cukai yang dikenakan kepada dorang sebelum ni (kan dia beli daripada pengilang dengan harga RM 11, pemborong bayar harga pembaris tu berserta dengan cukai sekali). Jadi, nampak kan? Pemborong tak rugi walaupun cukai dikenakan pada dorang, sebab dorang boleh claim balik cukai yang dikenakan masa beli barang tu satu hal, pastu masa jual barang pun dorang boleh naikkan harga berdasarkan nilai cukai yang dikenakan (10%).

Kemudian peruncit tadi, beli dengan harga RM33 kan. Dia nak buat untung jugak, maka dia pun jual pembaris tu dengan harga RM 40. Woppps, ada cukai 10% so harga jualan kepada pembeli ialah RM 44.

Harga belian                          : RM 33
Harga jual                              : RM 44
Cukai dibayar kepada LHDN: RM4 - RM3      = RM 1
Keuntungan selepas cukai      : RM 43 - RM 33= RM 10

Macam tadi la..nilai cukai RM 4, tapi sebab masa beli daripada pemborong, si peruncit kena bayar harga barang + cukai. Maka peruncit pun..boleh claim balik nilai cukai yang dibayar masa pembelian daripada pemborong. Jadi dia ambik RM3, bayar kat LHDN sebanyak RM1 je.

Mungkin ada yang masih blur. Sekarang kita buat perbandingan:

Tanpa cukai GST (10%),

Pengilang jual kepada pemborong                    : RM 10
Pemborong jual kepada peruncit                      : RM 30
Peruncit jual kepada pembeli                            : RM 40

Harga dibayar oleh pembeli                              : RM 40

Dengan cukai GST 10%

Nilai cukai dikutip LHDN daripada pengilang    : RM 1
Nilai cukai dikutip LHDN daripada pemborong : RM 2
Nilai cukai dikutip LHDN daripada peruncit      : RM 1

Jumlah                                                             : RM 4

Harga yang dibayar oleh pembeli                      : RM 44

Pembeli tanggung cukai yang dikutip dikenakan kepada setiap pengilang, pemborong dan peruncit. Pembeli tak boleh claim cukai RM4 yang kena kat dorang, tapi pemborong boleh claim cukai yang kena kat dorang masa dorang beli daripada pengilang. Peruncit boleh claim balik cukai yang dorang termasuk dalam harga pembaris tu masa beli barang daripada pemborong. Pengilang tak payah claim apa2, sebab dorang dapat cover cukai dengan markup harga dengan cara memasukkan sekali nilai cukai.

Amacam, macam best atau macam celaka? Hahaha. Jadi agak2 tahun depan terlaksana tak GST ni? Wallahualam.

2 comments:

nottingham said...

kat sini pun VAT naik lagi 2011. memang boleh pengsan auntie bayar tax ni!

karl said...

saya faham auntie, all countries over the world ada masalah ekonomi sekarang. cuma apa yang saya nampak kat Malaysia ni macam terlalu banyak masalah dalaman, urus tadbir..kalau tak kita boleh maju setanding Singapore sebenarnya.

Saya pernah emel Prof Js Komo, dengan tone separa & selamba bergurau mintak dia balik Msia utk contribute pulihkan ekonomi. Dia cakap dia dah takde fungsi kat sini, pastu banyak sangat masalah dalaman kat Msia nih :S