10 December 2010

Galeri Manusia dan Kemanusiaan

Father Alec Reid, seorang paderi berbangsa Irish membacakan 'last rite' kepada Korporal David Howes, tentera British yang diculik, diseksa dan ditembak mati oleh IRA. Pembunuhan ini antara episod kekejaman yang berlaku sepanjang konfrontasi di antara IRA dan kerajaan United Kingdom


Seorang lelaki Muslim Chechnya berdoa selepas solat dengan latar belakang pohon terbakar. Wilayah Chechnya didiami oleh Muslim Sunni, menjadi medan peperangan antara pihak pejuang kemerdekaan Chechen dan kerajaan Rusia. Chechnya menuntut kemerdekaan selepas USSR berpecah tetapi enggan dilepaskan oleh kerajaan Rusia kerana wilayah tersebut menjadi laluan penting gas dan minyak


Seorang ahli keluarga Sohaib Kadiah meratapi kematian beliau. Sohaib Kadiah, 13 dan ayahnya, Adel Kadiah, 40 terkorban ketika Angkatan Udara Israel melancarkan serangan udara terhadap penempatan Palestin di tebing Gaza pada 2006


Seorang anggota polis India memberikan tabik hormat di hadapan gambar salah seorang pegawai kanan polis yang terkorban semasa serangan pengganas di Mumbai pada 26 November 2008. Serangan tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 175 orang terkorban, membabitkan kematian anggota keselamatan dan orang awam.


Saat-saat terakhir Sarjan Leornard G. Siffleet sebelum dipancung oleh askar Jepun, Yasuno Chikao pada 24 Oktober 1943 di Papua New Guinea. Sarjan Leornard merupakan anggota M Unit, pasukan Komando Australia yang melakukan penyusupan di Papua New Guinea ketika Perang Dunia Kedua.


Darah merah membasahi lantai Masjid Al Furqan, Narathiwat Thailand. 11 jemaah masjid terbunuh setelah beberapa orang lelaki bertindak memasuki masjid dan melepaskan tembangan rambang menggunakan raifal automatik. Kejadian berlaku pada 1 Jun 2009.

No comments: