03 December 2010

Cerita barang naik harga dan nostalgia zaman kecil

Malam ni harga petrol (RON 95), diesel, gula dan gas liquid petrolem dijangka naik. Petrol dan diesel akan naik sebanyak 5 sen untuk setiap liter, gas pulak 5 sen untuk setiap kilogram. Gula pulak bakal naik 20 sen sekilogram.

Aku ingat lagi zaman kecik dulu, sos Aminah Hassan masih berharga RM 1.20 sebotol. Nasi lemak bungkus 50 sen, air sirap 10 sen segelas. Zaman aku darjah satu. Masa tu Abah sedang belajar kat universiti, full time study. Gaji Abah dipotong separuh (sekarang kalau sambung belajar, still dapat gaji penuh), kalau tak silap gaji Abah tinggal RM 490+/-. Mak pun bekerja jugak, gaji lebih kurang gaji Abah rasanya. Tapi Abah cerita kat aku masa tu dia still dapat menyimpan jugak sikit2. Kadang2 bila cuti sem, aku nampak abah keluar pagi, pakai sarung tangan pastu naik motor tah ke mana. Dah lama lepas tu, dalam 4-5 tahun lepas tu baru aku tau masa tu abah kerja part time jadi kontrak worker buat rumah kat area perumahan Jeram Besu. Area perumahan tu betul2 menghadap sungai, yang jadi tempat popular di kalangan peminat sukan kanu.

Zaman tu jugak duit saku aku RM 1 sehari. Boleh la simpan jugak, dalam 30 sen sehari. Duit lebih aku simpan dalam tabung yang bentuk sama macam bangunan Tabung Haji. Hahaha. Nak merasa makanan best2 selalunya masa bulan puasa la. Air tebu sebungkus besar masa tu, baru 50 sen. Murtabak pun 50 sen sekeping.

Itu dulu. Sekarang dah bekerja. Abah pun dah naik gred gaji, tak lama lagi insha Allah naik gred 48. Mak pun, lepas sambung belajar, sekarang dah gred 41. Aku yang start kerja pun dah terus gred 41 sekarang. Gaji kami tiga beranak masing2 4 angka. Tapi bukan setakat pendapatan kami sekeluarga je berubah, banyak perkara lain yang melibatkan ekonomi pun berubah. Kalau dulu kuih 5 ketul RM 1, sekarang dah 5 ketul RM 2. Sos cili Aminah Hassan dah harga RM 2.90. Petrol, dulu RM 1.10 per liter, tak lama lagi RM 1.95. Diesel pun naik harga. Bila petrol, diesel naik harga, barang2 lain pun naik harga. Ada Kementerian yang konon jaga pengguna, tapi hakikatnya tak lebih daripada menjadi kementerian yang takde telor. Bila barang naik, dornag buat kempen berjimat-cermat, kempen pengguna bijak. Tak berani langsung nak sentuh peniaga, pengeluar yang ambik kesempatan naikkan harga. 

Nak mengharapkan harga barang, petrol sama macam 10-20 tahun dulu, tak logik la. Cuma dari satu perkara, semasa zaman mak abah aku bergaji sorang RM 500, barang2 masih lagi murah. Aku cuba bayangkan tentang rakyat marhaen yang lain, yang bergaji tak sampai 4 angka macam aku, yang gaji dorang sama macam gaji mak abah aku 20 tahun dulu. Serius aku yakin memang ada lagi orang yang bergaji RM 500 sebulan kat Malaysia. Dengan kenaikan barang yang bakal berlaku beberapa jam lagi, macam mana la kehidupan orang2 biasa. Yang kerja kampung. Yang kerja makan gaji, tapi kerja mengalahkan kuli. 

Harga barang naik. Tahun depan GST. Aku rasa sebelum pilihanraya, mungkin ada insentif @ sesuatu yang best akan diumumkan oleh kerajaan sekarang. Semakin lama, nampak semakin jelas yang kerajaan semakin tunduk kepada kuasa kapitalis. Banyak keputusan & perancangan lebih membawa untung pada kapitalis. Ambik contoh Menara Warisan 100 tingkat tu, siapa yang untung? Peraih ikan ke, penoreh getah ke, atau gov servant yang bakal membayar segala jenis cukai tiap2 tahun lepas sah jawatan nanti? Dah tentulah yang untung nanti kontraktor kelas A, orang2 yang ada kepentingan dalam pembinaan menara tu. GST (nanti aku cerita dalam post lain pasal GST ni), terang2 melindungi golongan korporat daripada cukai & membebankan pengguna. 

Macam tu la, aku setakat boleh menulis kat dalam blog ni. Akhirnya kita semua sekadar mampu mengeluh, kan?

4 comments:

Shafiq Rosli said...

Kte perlu lakukan perubahan utk PRU nnt..

karl said...

terus terang cakap, sebenarnya aku tengok parti pembangkang pun nampak serabut sebenarnya. Dalam pembangkang pun main duit masa pemilihan parti (kes Zaid & Azmin Ali dalam PKR). Dalam BN tak payah cerita la, it's an open secret. Seakan dah hopeless dah keadaan sekarang ni, hahaha

Shafiq Rosli said...

tu la,politik ni mmg kotor..
mmg xde yg bersih..
tugas kte skang ni adalah utk pilih yg kurg kotor..

karl said...

hahaha..politik yg kurang kotor..lama2 kotor teruk gak. pastu akan muncul golongan baru yg akan kutuk, tentang politik yg dah kotor tu. benda ni berulang2 macam cycle. x kisah la kan, manusia hidup bkn lama sgt pun, habes2 umur 80-90 dah xde ape nak risau dah.