06 December 2010

Berkhatan

Adik laki aku yang umur 11 tahun berkhatan hari ni. Sekarang kan musim cuti sekolah, memang musim budak berkhatan pun. Takde gambar, sebab aku nun jauh kat Sarawakskang (selamat ko Aiman, kalau tak mau masuk gambar ko dalam blog abang long ko nih, hahaha >:) ). Teringat pulak aku 11 tahun lepas, masa aku berkhatan dulu.

Aku dengan abah sampai ke klinik dalam pukul 2 petang. Kat dalam bilik doktor ada sorang budak tengah dalam proses berkhatan. Ade sorang brader, abang pada budak tu tengah rilek baca majalah Ujang kat ruang menunggu. Aku dengan abah aku lepak dulu la kat luar.

Kat dalam bilik doktor terdengar suara budak tu menangis. Kuat gak la, sebab tu aku boleh dengar. Peh! Psycho la jugak, yela tu la pun first time aku berkhatan, bukan pernah ade experience pun sebelum nih. 

"Peh, sakit gila ke.." aku bersuara, memang dalam hati dah cuak dah ni. Mana taknya, budak tu tak berenti-renti menangis. Ape kes, doktor potong abes ke ape, menangis tak sudah. 

"Takyah takut la, ada ubat bius tu nanti," Abah cakap kat aku.

"Tak benda nak takut dik, semua orang pun macam tu (berkhatan)," brader yang baca majalah Ujang tadi cakap kat aku. Tak lama pas tu dia masuk ke dalam bilik tu, try nak tenangkan adik dia.

Dekat setengah jam gak aku tunggu rasanya. Pastu sampai la giliran aku...

Prosedur-prosedur aku nak bersunat tu..takyah la cerita kot. Masa prosedur tu, memang suntik ubat bius. Tapi dalam setengah jam je kot kebas, time jahit luka tu, memang kaw2 terasa jarum + benang jahit tu masuk dalam kulit. Deng! Sakit doww..

Baiklah, cukup la bukak cerita pasal pengalaman sendiri. Sekarang pasal fakta. Amalan bersunat, atau dalam bahasa perubatannya circumcission surgical merupakan proses memotong sebahagian kulit yang menutupi forehead zakar. Forehead, dalam bahasa Melayunya..er, kepala takuk (aku tak tau kot ada perkataan lain yang lagi sesuai, sorry). Kepada sesiapa yang terbaca dan tak faham..bayangkan organ pembiakan lelaki ni seumpama cendawan yang ada payung dan batang. Cuma sedikit tambahan, bayangkan ada selimut/kain yang menyelaputi cendawan ti daripada bahagian payung sampai la ke batang..haa, proses berkhatan ni, di mana kain yang menutup payung cendawan tu digunting dan dibuang, okeh?

 ni la cendawan, kot kalau ade gak yg tak tau :P

Berkhatan ni bukannya amalan baru, zaman Firaun dulu pun orang lelaki dah berkhatan. Amalan ni turut diamalkan oleh penganut agama Yahudi, dan di kalangan umat Islam pun dah memang automatik kalau jadi lelaki, dorang akan melalui prosedur ni. Menurut statistik WHO pada 2007, 30% lelaki di seluruh dunia berkhatan, dan 68% daripada mereka merupakan Muslim. Malah di seluruh dunia praktis berkhatan ni merupakan salah satu komponen dalam kurikulum pelajar-pelajar perubatan. Bayangkan 30% lelaki kat atas muka bumi ni berkhatan..berapa banyak keuntungan yang diperoleh oleh tok2 mudim seluruh dunia..keh keh keh.

Apa kelebihan bila berkhatan nih? Zaman kecik dulu, abah aku cakap sebab satu, benda ni sunnah Nabi. Lagi satu, berkhatan ni bertujuan untuk memelihara kebersihan alat kelamin. Tak dinafikan, malah setelah tiga randomized controlled trial dijalankan di Afrika, para penyelidik perubatan mendapati lelaki yang berkhatan berisiko lebih rendah untuk dijangkiti HIV (human immunodeficiency virus) dan HPV (human papilloma virus) daripada pasangan wanita mereka. Berdasarkan keputusan kajian tersebut, WHO dan Program Bersama PBB berkenaan HIV/AIDS mengeluarkan kenyataan bahawa berkhatan merupakan salah satu langkah berkesan untuk mencegah jangkitan/penularan HIV. Malah dalam amalan perubatan, prosedur berkhatan akan dipertimbangkan sekiranya seseorang lelaki mengalami balanoposhitis (radang di bahagian kepala takuk dan kulit yang menutupnya) dan balanitis (radang di bahagian kepala takuk) yang berulang.

Oleh itu, berkhatan ni memang bagi benefit la, jadi kepada mana2 lelaki yang belum berkhatan..anda digalakkan untuk berkhatan :D Ada ke laki Islam yang belum berkhatan? Hmm susah nak cakap gak la, tapi ustaz yang mengajar aku masa sekolah rendah dulu pernah cerita pengalaman dia masa mengajar sekolah, dia pernah terdetect anak murid Islam yang berumur 17 tahun tapi tak berkhatan lagi. Tak la masalah sangat nak berkhatan umur berapa pun, cuma pada pendapat aku better buat masa muda. Bukan ape, kot nanti segan pulak kat depan tok mudim @ doktor kalau dah umur 30 tahun baru nak buat, :P

No comments: