22 December 2010

Amuk Si Bujang Senang

Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

- Lirik lagu Bujang Senang oleh kumpulan Wings
Hari Sabtu lepas berlaku serangan buaya di Samarahan. Allahyarham Sidi Samad meninggal dunia selepas dibaham buaya masa dia menjala udang secara bersendirian di Sungai Samarahan. Kejadian ni mengingatkan aku kepada Bujang Senang, legenda misteri yang pernah (atau pun mungkin juga masih) mendiami Sungai Lupar, di Bahagian Sri Aman.



Allahyarham Sidi Samad

Bujang Senang, kalau diikutkan dari segi maksud, bujang tu bermaksud belum berkahwin, tapi dalam konteks cerita ni merujuk kepada buaya tunggal, buaya yang takde pasangan. Senang pulak merujuk kepada nama sebatang sungai di mana buaya tu selalu orang nampak. Sungai Lupar tu sungai besar, dan ada beberapa branch sungai yang bersatu membentuk Sungai Lupar, salah satunya Sungai Senang. Jadi senang cerita, Bujang Senang tu bermaksud 'buaya tunggal Sungai Senang'.

Berdasarkan pengakuan saksi-saksi beberapa kejadian serangan buaya di Sri Aman sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, keterangan dorang konsisten berkenaan ciri fizikal buaya yang terlibat - bersaiz besar yang luar biasa dan mempunyai tanda belang putih di atas badan. Jadi secara langsung, serangan-serangan tersebut dipercayai dilakukan oleh Bujang Senang. Antara mangsa-mangsa yang terkorban akibat serangan yang berlaku adalah:

Bangan anak Pali       - serangan pada tahun 1982
Badong anak Apong  - serangan pada tahun 1984
Berain anak Tungging -serangan tahun 1987
Dayang anak Bayang  -serangan tahun 1992

Menurut tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun,beliau percaya buaya yang terlibat dalam serangan yang melibatkan Berain dan juga Badaong serta Bangan merupakan buaya yang sama yang membaham adik beliau, Inchi anak Tunchun pada tahun 1962. Dan yang lebih menakutkan lagi, keluarga beliau mempunyai pertalian keluarga langsung dengan kesemua mangsa-mangsa sebelum ini. Keadaan ini membuka kisah mistik sumpahan Bujang Senang.

Terdapat 2 versi berkenaan kisah sumpahan Bujang Senang ni. Ada yang berkata, Bujang Senang merupakan jelmaan seorang pahlawan Iban yang terkorban ketika cuba menyelamatkan isterinya yang diculik oleh pihak musuh. Ada juga yang mengatakan Bujang Senang merupakan buaya jadian, yang juga asalnya seorang pahlawan Iban yang kematian ahli keluarga, kemudian pergi bertapa sebelum bertukar menjadi buaya jadian untuk membalas dendam ke atas musuh-musuhnya. Ada persamaan dalam kedua-dua versi tu, iaitu melibatkan pahlawan Iban yang bertukar jadi buaya, kemudiaannya bertindak balas membalas dendam terhadap musuh-musuh dan keturunan musuhnya. Mungkin korang akan terfikir, ceh, kalau betul buaya ni nak balas dendam kat family dorang, apsal tak pindah je kat tempat yang takde sungai? Aku pun fikir gitu jugak dulu, tapi lepas datang bekerja kat Sarawak baru la aku tau - ada sesetengah tempat kat Sarawak unreachable by roads. Sebagai contoh, Bahagian Kapit misalnya, cuma boleh diakses melalui bot, kalau pakai bot off course la pakai sungai. Takde jalan darat nak menghubungkan Kapit dengan dunia luar..maksud aku, kalau korang nak pergi area lain macam Sibu, Kuching, Miri, Sarikei, korang kena naik bot, nak bawak kereta, lori..sorry. Kalau tak faham, aku bagi contoh lain. Bayangkan dari KL korang nak pergi Shah Alam, kena naik bot pasal takde jalan darat. Ha macam tu la. Fuck up kan? Hahaha

Sama ada betul ke tak, kalau nak diikut logik akal macam mana pulak orang dah mati atau pun orang yang bertapa boleh bertukar jadi buaya. Tak kisah la, tapi serangan yang melibatkan Dayang anak Bayang pada tahun 1992 tu sedikit ganjil sebab mayat Dayang ditemui dalam keadaan sempurna, mayat yang tiga orang mangsa sebelum tu memang rabak la kena baham, dalam kes Bangan contohnya, mayat beliau tinggal separuh je. Walau macam mana pun, serangan tahun 1992 ni membuatkan geng2 PDRM hangin la kot, sebab dah 10 tahun operasi cari Bujang Senang nih (sejak kes Bangan lagi) dok cari tak dapat-dapat, jadi kali ni PDRM bawak turun sniper, sekali dengan bomoh buaya. Err, agak ironic jugak, sniper kan dah terlatih nak tembak tepat, bawak bomoh buat ape lagi. Cari punya cari, jumpa la buaya bagak tu. Tapi tak mudah jugak la nak bunuh, 4 jam tembak, kejar baru mampus buaya tu. Fuh.. Lepas bawak naik ke darat, ada pulak orang yang claim, yang mati kena tembak tu bukan Bujang Senang. Hmm. 

Selepas Bujang Senang ditembak mati, sebenarnya masih ada lagi kes serangan buaya kat sekitar Sri Aman. Tapi serangan tu tak la berlaku tiap2 bulan, ada musim jugak, kadang ada kadang takde. Berkenaan dakwaan wujudnya great crocodiles Bujang Senang ni, kalau diikutkan sejarah, buaya ni dah wujud sejak zaman Dinosaur - macam mana rupa dia hari ni, zmaan Dinosaur tu pun begitu la jugak. Pada aku tak mustahil kalau ada buaya yang berumur 100 tahun. Pasal serangan buaya ni, sebenarnya pada pendapat aku la, sama gak macam kes serangan harimau contohnya. Benda ni susah nak dijangka, sebab selalunya binatang ni menyerang bila rasa terancam atau pun bila rasa lapar. Kita sebagai manusia yang ada akal, cubalah sedaya upaya ambil langkah berjaga-jaga untuk elakkan kejadian macam ni berlaku. Kecuali la kalau benda dah nak jadi, tak boleh buat apa la.

rujukan: vision of earth, arkib forum Cari, Sarawak Update, Berita Harian Online, Gazet Pemikiranku

6 comments:

Encik Ska said...

mcm tu rupanya cerita dia :)

karl said...

begitu la lebih kurang :D

KizZ said...

Wah panjang citernya..membuatkan kiz berkata..ooooh..oooh...sepanjang pembacaan..

Jom sini,
5 Cara Blogwalking cam besh

aliaaroslan said...

kalau buat siri penjelajahan ke sabah n sarawak, kne tukar2 naik kenderaan darat n air. mencabar tu. balik nanti insyaAllah nak buat. jom karl..

gua pon percaya ada buaya berusia lebih 100 tahun. kalau ada binatang lain yang berusia macam tu, tak mustahil buaya kan.

karl said...

luas Sarawak ni kak alia..kalau betul2 nak explore semua mau sebulan pun tak cukup, hehe

Breakeven said...

mu ore kelate ke?