07 December 2010

Al Fatihah buat Atok rocker



IPOH: Pengasas kumpulan rock SYJ, Syed Yusuf Jamalullail, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manjoi di sini hari ini kerana sakit tua.  Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap selepas solat zohor hari ini.

Kumpulan SYJ yang ditubuhkan oleh Syed Yusuf pernah menggegarkan dunia muzik 80-an dengan genre rock keras.

Selain SYJ, kumpulan muzik yang pernah diuruskan Syed Yusuf ialah Ariwatan yang melahirkan penyanyi Aris Ariwatan.

Anaknya yang juga anggota SYJ, Syed Noor Eduat, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru. - BERNAMA 

SYJ, Sofea, Ariwatan...tiga nama berbeza, tapi diasaskan oleh seorang rocker yang sama - Syed Yusuf Jamalullail. SYJ dan Sofea, band yang aku sentiasa ingat sebab lirik2 lagu dorang yang mengkritik isu sosial secara terang-terangan melalui lagu mereka seperti Orang Timur yang bersemangat mengajak anak muda memajukan bangsa, Anak Liar yang mengkritik isu pergaulan bebas, Syurga Di Hujung Jarum pasal isu penagihan dadah dan banyak lagi. Kebanyakan lagu dorang banyak digam oleh RTM, sebab lirik-lirik dorang yang jujur.

Al Fatihah.

No comments: