22 November 2010

Zaid Ibrahim, who's to blame actually?

Bila mendengar cerita Zaid Ibrahim keluar daripada PKR dan ada ura-ura untuk tubuhkan parti baru, membuatkan aku terfikir pasal sesuatu. Sistem vs manusia. Zaid Ibrahim berkata, alasan kenapa beliau keluar parti disebabkan meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti. Dan pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu tak lain dan tak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Semasa berkelintar di laman web dalam tempoh seminggu ni, memang ternyata old-timer lain dalam Pakatan Rakyat memandang pengunduran Zaid daripada pelbagai perspektif yang berlainan. Hishamudin Rais mencanangkan, memang Azmin Ali bermasalah. Sayuti Omar yang terkenal dengan falsafah politik 4C pulak pada satu ketika dulu membantu Zaid menepis tohmah/keji berkenaan isu "mabuk" semasa Zaid bertanding dalam Hulu Selangor, sekarang secara sinis mengatakan Zaid mabuk. Tapi secara umumnya, ramai yang di kem pembangkang mencela tindakan Zaid, manakala di kem BN, isu pengunduran Zaid dijadikan sebagai senjata baru untuk menghentam PKR sebagai parti yang songsang dan tak betul, bonus untuk BN memandangkan pilihanraya dijangka berlangsung pada tahun depan. 

Politik, rakan satu selimut pada hari ni boleh jadi musuh dalam selimut pada pagi esok. Memang jelas kejujuran dalam politik seakan tak wujud langsung.

Aku ni bukan la full time politician, jadi tak adil kalau nak memberikan analisis penuh tentang isu ni. Cuma perkara yang membuatkan aku tertarik dalam hal ni ialah penjelasan Zaid pasal sebab dia keluar parti - sebab meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti.

Meluat dengan pemimpin yang bermasalah dalam parti.

Semasa meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemudian dipecat daripada UMNO kerana menyertai perhimpunan PKR lalu kemudian menyertai PKR, Zaid berkata tujuan beliau menyertai PKR kerana beliau percaya parti tersebut mahu membela nasib rakyat. Pada pandangan aku dan rakyat2 lain yang melihat Zaid sebagai innocent dan baru bersih daripada dosa semasa dalam UMNO dulu, ok, ini bermaksud beliau percaya pada prinsip perjuangan PKR, nak tengok "keadilan" ditegakkan di kalangan rakyat Malaysia jadi sebab tu dia masuk PKR. Dan bila masuk PKR, dia akan memperjuangkan keadilan yang sepatutnya menjadi hak rakyat yang ditindas (maaf, aku bukan buta, aku tau apa maksud penindasan pada rakyat, macam mana rakyat tertindas tapi aku serahkan pada korang untuk memberi tafsiran sendiri tentang macam mana sebenarnya rakyat ditindas). Tapi sekarang dia keluar daripada PKR, disebabkan meluat dengan pemimpin yang bermasalah?

Di sinilah persoalannya. Zaid percaya PKR sebagai parti yang ada hala tuju yang jelas dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat, tapi akhirnya menggunakan alasan pemimpin bermasalah untuk keluar daripada parti. Kalau dah betul hala tuju dalam parti tu, stay aje la dalam parti tu. Kalau pun ada pemimpin yang bermasalah, bawa bersama penyokong2 yang sama pendapat, gulingkan semua pemimpin yang bermasalah. Kalau tak mampu nak buat macam tu, cubalah jadi pemimpin yang tak bermasalah, tunjukkan pada semua penyokong parti bahawa, aku betul, aku baik, aku cuba nak bawa kebaikan kepada semua - maka insha Allah orang akan berpaling pada kau untuk menyokong engkau. Memberikan alasan kecewa dengan pemimpin bermasalah untuk keluar parti samalah macam keluar daripada Islam atas alasan mufti negeri atau pun imam surau bermasalah. Ada seorang mufti teruk jugak dibantai orang, digelar sebagai ejen UMNO oleh seorang Tok Guru, tapi adakah orang2 yang bantai mufti tu keluar Islam? Tidak kan, sebab walaupun pada pendapat dorang mufti tu bermasalah, tapi prinsip dalam Islam tu benar, yang tak betul ialah mufti tu je.

Zaid Ibrahim nak tubuh parti baru? Hehe. Macam mana pulak dengan parti baru tu nanti, kalau semua ahli majlis tertinggi dalam parti baru tu pun bakal mengecewakan Zaid adakah parti yang ditubuhkan oleh beliau sendiri tu pun nak dibubarkan? Mungkin kalau jadi begitu, dalam lipatan sejarah nanti boleh la disamakan Zaid Ibrahim dengan apa yang berlaku pada Allahyarham Dato' Onn Jaafar dulu.

Baiklah, cukup. Tulisan kat atas tu, ditulis dari sudut pandangan mata hati yang tulus dan innocent. Apa pendapat aku sebenarnya pasal hal ni? Ada beberapa kesimpulan yang aku boleh bagi berdasarkan beberapa kemungkinan yang mungkin mencerminkan keadaan sebenar :

(a) Kalau Zaid Ibrahim keluar parti betul2 sebab kecewa dengan kepimpinan parti, tindakan ni menunjukkan beliau tak matang dalam berpolitik. Adat la dalam mana2 parti pun kalau kita nak ubah corak parti tu mengikut kehendak kita, kita kena sabar - perlahan-lahan daki ke atas, dah pegang jawatan baru la boleh buat ikut apa yang kita suka

(b) Kalau dia keluar sebab dah bajet kalah dalam pemilihan PKR, maka terpaksa la aku cakap - padan muka kau! Hahaha. Gelojoh sangat, merasa la ko.

(c) Kalau dia keluar selepas selesai tugas sebagai ejen UMNO dalam PKR - maka kesimpulannya, memang ada effect bila dia buat macam tu, terutama kepada warganegara yang innocent, tak tau apa2 pasal politik, yang atas pagar - golongan ni mungkin tertarik kepada UMNO sekarang atas kritikan beliau pada Anwar dan Azmin. Tapi kalau golongan2 warganegara yang aku sebut tadi terbaca blog aku ni, sia-sia lah usaha kau, tolong jangan marah saya, saya tulis pendapat saje ok, hahaha

Who's to blame actually? Sorry to say, tapi nampak macam salah sendiri. Walau macam mana busuk pun Anwar atau Azmin Ali, apa yang dilakukan terhadap mereka dulu pada zaman reformasi dulu tak ubah macam vaksin. Mereka tak mati sebaliknya jadi lebih kuat. Cuma yang sedikit menakutkan dan menimbulkan sedikit kegentaran dalam hati aku - adakah dorang jadi lebih kuat sebagai hero penyelamat, atau pun jadi lebih kuat sebagai raksasa pemusnah.

No comments: