06 November 2010

"You did what you did, because you need to feed your family"

Tajuk post kali ni merupakan petikan skrip filem Munich arahan Steven Spielberg, yang mengisahkan macam mana seorang perisik Mossad yang muda dan tak berpengalaman yan bernama Avner ditugaskan untuk menjalankan misi pembunuhan tokoh-tokoh politik Palestin yang didakwa sebagai dalang penculikan dan pembunuhan 11 orang atlet Israel semasa temasya Olimpik di Munich. Dialog tersebut diungkapkan oleh ayah kepada Louis (Louis merupakan pembekal maklumat kepada skuad Mossad dalam filem ini) kepada Avner, protagonist di dalam filem tersebut. Dalam filem tersebut, Louis meletakkan syarat bahawa maklumat yang dibekalkan tidak disalurkan kepada mana-mana agensi perisikan kerajaan, namun selepas beliau mendapati syarat tersebut dilanggar oleh Avner, beliau mempelawa Avner untuk bertemu ayahnya, yang merupakan pengasas kepada organisasi pembekal maklumat tersebut.

Secara peribadi, aku punya pendapat filem Munich ni cuba menyampaikan mesej, dalam isu konflik Israel-Palestin bukan salah orang Palestin atau Yahudi. Melalui skrip filem tersebut, terdapat beberapa mesej seperti "banyak lagi tanah ntuk orang Arab", atau "Rumah adalah segala-galanya " (diungkapkan oleh rakyat Palestin), di samping protagonist utama & juga ahli  kumpulannya berdepan dengan konflik dalam menentukan wajar atau tak misi mereka diteruskan. Di samping tindakan Perdana Menteri Golda Meir dalam filem tersebut yang menggambarkan beliau sebagai seorang yang protective dan sekadar mahu menyelamatkan negaranya daripada dihancurkan. Seakan-akan kedua-dua pihak sebenarnya berada dalam keadaan terpaksa untuk meneruskan survival dan demi memiliki tanah air/mendapatkan semula tanah air. Ok cukup, aku bukanlah nak bercerita pasal review filem ni panjang lebar, cuma nak membincangkan pasal ungkapan dalam filem tu, "You did what you did, because you need to feed your family"

Secara kasarnya memang senang cakap, maksud ungkapan tu menunjukkan seseorang yang berada dalam keadaan terpaksa melakukan sesuatu atas sebab untuk mencari rezeki bagi keluarga orang tu. Memberi makan minum tu merupakan satu tanggungjawab utama lebih2 lagi bagi ketua keluarga,dan selain memberi makan minum sesebuah keluarga juga perlukan pakaian, perlindungan, kasih-sayang dan sebagainya. Untuk memenuhi keperluan-keperluan tu, seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab akan pastikan segala-galanya mencukupi untuk menampung kehendak keluarga. Jadi kalau diterjemah dalam konteks yang lebih luas, seseorang akan melakukan sesuatu untuk keluarga dia - bukan setakat untuk bagi makan saja.

Mengambil contoh dalam filem Munich ni, Avner terpaksa meninggalkan isteri yang mengandung, menjelajah serata Eropah dalam menjalankan misi beliau - pada satu ketika selepas isteri dia bersalin, dia berkata pada isteri dia yang anaknya takkan jadi homeless atau pelarian, dan tugas yang dilakukan oleh dia pada masa tu akan memastikan anaknya tak hidup sebagai anak yang takde warganegara. Pengorbanan besar terpaksa dilakukan untuk keluarga dia - cari nafkah, untuk masa depan anak dia.

Dalam kehidupan kita pulak, ada sesetengah perkara yang kita kena lakukan, yang mana antara sebab kita buat perkara tu ialah untuk keluarga kita. Ada yang masuk universiti sebab dia jadi anak harapan keluarga, satu-satunya ahli keluarga yang bakal jadi doktor atau peguam. Ada yang kehilangan kerja, anak di rumah lapar sebab susu habis, maka dia terpaksa samun orang. Ada yang berdepan dengan persekitaran tempat kerja yang bahaya untuk cari rezeki buat keluarga, ada yang terpaksa berjauhan merantau ke tempat lain untuk cari rezeki dan bagi makan kat keluarga. Jadi ada beribu kes yang berlainan tapi matlamat yang sama - untuk keluarga mereka.

Jadi sebenarnya aku nak bagi komen pasal ungkapan tu. Walau apa pun perkara yang nak dibuat untuk keluarga, kalau sebagai Muslim, keluarga tu tak boleh diletakkan sebagai sebab utama. Sebaliknya, kena berniat, usaha yang dilakukan adalah untuk memperoleh keredhaan Allah kerana mencari nafkah dan rezeki untuk keluarga memang diwajibkan dalam shariah Islam oleh Allah melalui ajaran Islam yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Kemudian, matlamat tak menghalalkan cara. Merompak bank tetap berdosa, walaupun tujuan untuk cari duit untuk mengubat sakit ahli keluarga. Tinggalkan solat fardu atas alasan nak cari duit melalui kerja lebih masa, pun tak boleh. Islam dah letakkan batas melalui shariah tentang sejauh mana kita boleh berusaha untuk mencari rezeki. Hidup ni bukanlah semudah membujur lalu melintang patah. Ada peraturan yang kena dipatuhi walau sebaik mana pun matlamat yang nak dicapai.

No comments: