18 November 2010

Sayang sayang sayang...

(Memang tajuk entri ni macam bodoh, tapi aku takde idea, sorry lol)



Bercakap pasal sayang, aku teringat semasa ceramah sorang ustaz zaman aku muda remaja dulu. Camni la ayat dia lebih kurang,

Cinta ni sesuatu yang hebat, jadi jangan sekali-kali salah letak cinta kita pada sesuatu

Perkataan yang digunakan tu ialah cinta, tapi sayang dengan cinta walaupun berbeza tapi saling berkait, bak kata orang (tah sape cakap,mungkin aku sendiri reka kata ada orang cakap), mula2 sayang, lepas tu cinta. Sayang ni, keadaan di mana kita menghargai sesuatu dan tak nak kehilangan sesuatu, untuk describe perasaan sayang ni, ada sesetengah orang sayang laptop dia, ada yang sayang motor, ada yang sayang mak, ayah dia. Tapi bila bercakap tentang cinta, cinta ni merupakan perasaan sayang yang pada tahap lebih tinggi la, contohnya saya cintakan negara, saya cintakan bini, saya cintakan mak ayah saya (jarang pulak orang cakap depa cinta mak abah depa, dengan bini/suami boleh pulak cakap, pfft).

Kali ni aku nak bercakap pasal sayang. Sayang ni, memang suatu naluri yang diberikan pada manusia, bertujuan supaya manusia berbuat baik sesama manusia, menghargai alam, appreciate apa yang ada kat sekeliling dorang. Bayangkan manusia tanpa perasaan sayang, semua tak ada perasaan untuk appreciate apa2 pun dalam hidup dorang, tak kisah langsung pasal family, pasal kawan, pasal barang2 sendiri, pasal kehidupan kat sekeliling dorang..peh, haru kan? Jadi perasaan sayang ni penting. Teramat penting. Perasaan sayang ni kadang kala jadi pembeza antara binatang dan manusia.

Walaupun begitu, seperti jugak cinta, perasaan sayang ni perlu dizahirkan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kalau ade pakwe, nak tunjuk sayang, korang telanjang depan dia bagi dia rasa semua benda, sebab sayang punya pasal. Itu bukan sayang, itu bangang tahap ekponen kuasa infinity. Apasal bangang pulak? Sebabnya, bila buat macam tu, secara langsung korang mendorong pakwe korang masuk neraka sekali, sebab perkara tu ditegah dalam Islam. Korang mendorong pakwe korang buat maksiat, lepas korang bagi dia buat macam tu, dia akan ketagih, pastu mungkin dia akan cari orang lain, tutuh pelacur ke, tak pasal dapat penyakit AIDS. Kan baik, kalau korang syaang pakwe/makwe korang, korang elok2 ajak dia kahwin, buat anak, pastu bina keluarga bahagia. Lagi contoh aku nak bagi, korang sayang anak-anak atau adik beradik korang, korang pun janji nak belikan PS3 atau Xbox untuk dorang kalau dorang score dalam exam. Itu bukan sayang, itu pun bangang jugak. Sebab ape pulak bangang? Sebab elok2 dorang dah semangat dan boleh fokus pada study, korang bagi pulak racun, benda yang melalaikan dorang, yang ade harapan membuatkan dorang lingkup. Kan lagi baik korang janjikan sesuatu yang bakal bagi manfaat pada dorang, e.g bukak akaun ASB ke, bukak akaun simpanan bank tuk dorang, sekurangnya ada gak manfaat untuk masa depan dorang. 

Sayang tu sesuatu yang perlu, cuma bila disalah tafsir dan dizahirkan dengan cara yang salah - membawa keburukan la. P Ramlee pun dah bagi tau lama dulu, tengok dalam filem Anakku Sazali, macam mana kasih sayang yang tak bertempat dan tak betul cara menjadikan seseorang jadi jahat. Macam mana cara yang betul nak tunjukkan atau berikan kasih sayang? Macam aku orang Islam, memang dah ada panduan melalui Al Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W pasal macam mana cara nak menyanyangi orang. Kalau ada non Muslim terbaca ni, apa yang aku boleh bagitau, kalau sayangkan seseorang atau sesuatu, please make it in right way. Pastikan cara kita menunjukkan kasih sayang tu tak membawa bala bencana pada kehidupan kita atau pada siapa2 pun.