07 November 2010

Professional a.k.a...artist? Hmm

Dalam ramai-ramai artis kat Malaysia ni (penyanyi, pelakon, pemain muzik), terdapat juga artis yang mempunyai kelulusan akademik yang boleh dikatakan membanggakan mak bapak dorang, dan dalam masa yang sama melibatkan aktiviti seni sebagai bidang sampingan/sepenuh masa. Contohnya:

Allahyarham Sudirman Hj Arshad - menolak tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kemudian memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di Universiti Malaya.

Lisa Surihani - Sarjana Muda Undang-Undang daripada Help University College dan Aberystwyth University, UK

Azhar Sulaiman - Sarjana Muda Seni Bina daripada University of Newcastle Upon Tyne dan Sarjana Muda Seni Bina Lanjutan daripada University of Kingston Upon Thames London

Allahyarham Din - gitaris Cromok dan D'Cromok, Bachelor of Civil Engineering, University of Wollongong jurutera Petronas

Ibrisam Bin Akbar aka Betara Guru - gitaris kumpulan Langsuyr, pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Masters of Engineering (Civil) Universiti Teknologi Malaysia, Bachelor of Civil Engineering (Hons) ,Universiti Teknologi Malaysia

Apa sebab dorang semua kat atas ni memilih untuk involve dalam bidang seni? Jawapan yang lebih tepat tentu la jawapan yang datang daripada mulut dorang sendiri, tapi apa yang aku pasti, antara sebabnya ialah minat. Kerjaya profesional tu, iyela, kadang2 sebab mak ayah suruh belajar, atau pun sebab keluarga susah, jadi kena belajar sungguh-sungguh & berjaya dalam akademik dulu sebelum bergiat serius dalam bidang yang dorang minat, atau pun sebagai back up, kalau rezeki dalam bidang seni padam, ada skill lain yang boleh kita apply. 

Walau macam mana pun, berdasarkan list name kat atas ni, beberapa perkara yang mungkin berguna untuk dijadikan panduan oleh anak-anak muda sekalian, yang syok nak jadi artis Akademi Fantasia, Mentor ataupun MyStarz LG, dan juga kepada ibu bapa, guru-guru, guru besar, guru kecil, ketua kampung dan semua orang ialah:

- Kalau seseorang individu minat dalam aktiviti seni tak kisah, tapi at least kena ada jugak la kelulusan dalam bidang akademik, sebab katakanlah sampai satu masa nanti dah tak boleh cari makan melalui bidang seni, ada jugak bidang lain yang korang boleh buat berdasarkan kelulusan yang korang ada.

- Minat anak-anak remaja tak sama. Ada yang minat main computer game, ada yang minat main gitar, ada yag minat pakai tie, pakai kot pastu masuk pertandingan bahas piala Perdana Menteri, ada yang minat menyanyi...asalkan minat mereka tu tak menjauhkan mereka daripada agama, biar jela mereka dengan minat mereka. Cuma satu perkara, bimbingan kepada budak2 ni penting supaya dorang dapat perform jugak dalam bidang pelajaran, kalau tak dapat buat sampai PhD ada diplome, sijil pun jadi la.

- Kalau pun minat jadi artis, tak bermakna korang tak perlu ambik SPM semata-mata nak jadi penyanyi, okeh??

Nampak macam aku ni bias la pulak kan, macam, ohh, nak jadi artis pun nak tak nak kena belajar jugak. Macam mana dengan orang yang memang tak boleh gi dah, yang memang takleh masuk dah ilmu-ilmu dari langit ke dalam batu jemala dorang, takkan la tak boleh involve secara serius + 100% bergantung pada bidang seni? Jay Sean rilek je tak habiskan study dalam medicine kat University of London, jadik penyanyi, berjaya je.. Baiklah aku tau memang akan ade yang nak cakap camtu. Macam ni, cuba tengok Siti Nurhaliza - ada SPM je, tapi jadi penyanyi yang berjaya sampai duit juta-juta. Tapi aku nak tanya pulak, selain Siti Nurhaliza, berapa ramai lagi artis yang ada SPM yang jadi kaya macam dia? Yang keluar daripada AKademi Fantasia, Mentor tu semua jadi kaya macam Siti Nurhaliza ke? Tidak kan? So, nak tak nak kena terima hakikat, kelulusan akademik tetap jadi prioriti. Sebab apa? Sebab kita hidup dalam dunia yang macam tu. Selagi kita hidup, kita terpaksa akur dengan acuan sistem hidup yang sedia ada. 

p/s Brader Ben, kalau terbaca ni, sorry la guna nama brader, hahaha

No comments: