05 November 2010

Malaythbuster (I): Kisah perempuan mengandung anak tikus

Pasal cerita bodoh perempuan mengandung anak tikus tu, blogger aka troller Obe dah pun publish kat blog dia. Agak menggelikan hati gak la bila ada gak orang boleh percaya yang cerita tu ada kemungkinan terjadi, tapi aku faham, bukan semua orang belajar Biologi atau Sains secara mendalam, so tak pelik la kalau ada yang berasa mungkin cerita tu betul. Tapi selepas aku ternampak ada kawan aku yang jugak..ish, segan lak nak sebut mengaji course apa, tapi course pengajian dia memang 95% pasal Biologi, boleh terjebak dengan dalam kesesatan, jadi aku rasa ada baiknya aku bercerita sedikit la pasal sistem pembiakan manusia nih - secara spesifiknya sistem pembiakan perempuan (malas nak cerita panjang, penat balik kerja tak abis lagi)

Manusia yang tergolong dalam kelompok perempuan mempunyai beberapa organ yang penting iaitu faraj aka vagina, cervix, uterus, tiub Fallopian dan juga ovari. Senang sikit kalau ade gambar kan, so tengok gambar kat bawah


Fungsi organ-organ ni ialah

Vagina - tempat di mana air mani yang mengandungi sperma (sel pembiakan lelaki) disalurkan ke dalam tubuh perempuan semasa hubungan seksual dilakukan

Cervix - mempunyai otot yang boleh mengecut untuk membolehkan sel-sel endometrium yang gugur semasa proses kitar haid dikeluarkan daripada badan, dan juga bergetar semasa hubungan seks sebagai mekanisme untuk membawa masuk air mani masuk ke dalam rahim

Uterus aka rahim - tempat dimana bayi bersama uri melekat, sebagai pelindung kepada bayi dan juga sebagai pembekal nutrien kepada bayi semasa proses mengandung

Tiub Fallopian - memudahkan pergerakan ovum (sel pembiakan wanita) daripada ovari ke uterus

Ovari - kilang yang menghasilkan ovum (sel pembiakan wanita)

Proses pembiakan, kitar haid, persenyawaan akan menjadikan post ni sebagai subtopik yang membosankan yang terdapat dalam buku2 teks biologi, jadi straight away aku nak cerita pasal mitos perempuan mengandungkan anak tikus tu. (Boleh baca cerita tu dengan cara klik kat link pada frasa ayat tu)

20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit

Fakta : Mengandungkan anak tikus? Maksudnya anak tikus tu berada dalam rahim perempuan tu? Kalau berdasarkan penerangan berkenaan anatomi perempuan yang aku cerita kat atas, nampaknya sama ada pelajar tu dah dirogol oleh tikus, ataupun ada sepasang tikus tinggal dalam vagina atau uterus perempuan tu lalu beranak dalam uterus perempuan tu, lol. Tak pun, anak-anak tikus tu ada kat tuala wanita tu, dan dorang sikit2 masuk dalam faraj perempuan tu, hahaha. 

Sel pembiakan manusia dan haiwan takkan berjaya disenyawakan, sebab apa? Sebab setiap makhluk2 atas muka bumi ni yang membiak melalui sperma dan ovum, mekanisme pembiakannya macam ni. Untuk membolehkan persenyawaan berlaku, dua sel pembiakan (sperma dan ovum) yang mempunyai bilangan kromosom (bahan genetik) yang sama dan sepadan perlu bergabung. Manusia ada 46 kromosom, jadi padanan sel untuk persenyawaan ialah sperma yang mempunyai 23 kromosom manusia akan bergabung dengan ovum yang mempunyai 23 kromosom, jadilah 46 (lengkap bilangan kromosom yang diperlukan untuk membentuk manusia), dan dalam masa yang sama kromosom daripada lelaki adalah sepadan dengan kromosom daripada perempuan. Tikus ada 42 kromosom, jadi sel sperma tikus jantan cuma 21, dan kromosom dalam sperma tikus tak sepadan dengan kromosom manusia dalam sel ovum - jadi kalau perempuan tu kena rogol dengan tikus pun, dia takkan mengandung! Takkan la ada tikus tinggal dalam faraj perempuan tu pulak, memang tak logik langsung la! Ada anak tikus masuk dalam faraj perempuan tu? Faraj perempuan terdiri daripada satu saluran sempit sepanjang kira-kira 9 cm (dalam keadaan tak terangsang), jadi memang mustahil la kalau nak cakap anak tikus tu sekor2 masuk dalam faraj

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT

 Tikus merupakan mamalia yang tak bertelur, dan secara mudahnya, statement kat atas memang agak kurang cerdik ganda 23 (bunyi guruh). Tambahan pula, semasa perempuan haid, persenyawaan tak boleh berlaku sebab waktu tu takde ovum dikeluarkan oleh ovari. Ada faham?

Jadi kalau ada siapa2 yang masih lagi ragu-ragu dan takut nak pakai pad wanita, harap2 apa yang aku tulis ni membantu menjawab persoalan cerita ni. Okeh.

No comments: