19 November 2010

Kisah Yakuza

Lupakan sebentar cerita samseng Melayu yang tau gaduh sama Melayu je (selalu keluar dalam majalah Mastika dulu) seperti Double Seven & Pekida. Dalam senarai Interpol, kumpulan jenayah terancang yang menjadi perhatian dorang bukan la samseng kampung yang lekeh, sebaliknya organisasi seperti Mafia, Triad Society (kongsi gelap) dan Yakuza.

Yakuza merupakan organisasi jenayah terancang yang berjalan sejak turun temurun di negara Jepun. Sebagai mana Pekida yang ada Ayahanda dan abang long, dalam Yakuza pun ada hierarki yang tersendiri, sebagai contohnya shatei (adik), kyodai (abang), wakagashira (orang kanan pertama), shateigashira (orang kanan kedua), oyabun (bos/ketua keluarga). Selalunya yang banyak kena buat kerja kotor yang geng2 pencacai dan orang bawahan ni la, ketua keluar perintah je. Bila bercakap pasal kerja, Yakuza bukanlah sebuah syarikat MLM yang jual gelang magnet ataupun penapis air teknologi nano, mereka mendapatkan keuntungan melalui kegiatan haram contohnya penjualan dvd lucah, pelacuran, penjualan/pengedaran dadah, jual barang2 cetak rompak. Pasal apa dorang involve dalam benda2 macam ni? Aku tak reti jugak nak jawab sebab apa tapi kalau tengok sekali imbas, bidang perniagaan yang dorang join tu kebanyakannya modal kecik, pastu untung berlipat ganda. Cuma agak pelik gak, takde pun kepala Yakuza yang masuk majalah Forbes dan jadi top 10 dalam senarai orang paling kaya kat dunia, mungkin sebab rezeki tak berkat kot. 

Kalau bercakap tentang kongsi gelap, tak sah kalau tak bercerita pasal ritual-ritual dalam organisasi ni. Korang ingat Freemason aje ke ada ritual, Yakuza pun ade gak. Antara ritual yang terkenal dalam Yakuza ialah yubitsume (potong jari) dan irezumi (buat tatu badan). 

Yubitsume ialah ritual yang dijalankan sebagai tanda permohonan maaf kepada bos besar - biasanya bila ade buat spoil/kesalahan besar. Logik pada pendapat dorang, bila dah potong jari, seseorang tu dah susah nak grip tangan dan susah nak buat jahat dah berbanding sebelum ni, so lepas kena potong jari dorang akan insaf dan terima cahaya kebenaran agar tak buat silap lagi. Heheh.



Pasal tatu kat badan, tatu ni macam simbol macho pada dorang, makin banyak tatu, makin takut orang lain kat dorang. Proses melukis tatu pada badan dilakukan secara manual menggunakan tangan - proses yang mahal, dan mengambil masa bertahun-tahun.



Walaupun dorang ni geng jahat, ada masa dorang ade gak buat amal (tapi dah tentu la tak cukup untuk cover kejahatan dorang). Sebagai contoh masa gempa bumi di Kobe pada tahun 1995, organisasi Yakuza iaitu Yamaguchi-Gumi menyalurkan bantuan secara besar-besaran kepada mangsa gempa bumi, dorang bekalkan barang keperluan harian dan makanan. Waktu tu kelam kabut dan bantuan rasmi daripada pihak kerajaan datang secara tak konsisten dan kacau bilau, jadi dengan pertolongan geng Yakuza ni sedikit sebanyak meredakan kesusahan mangsa gempa bumi.

Aktiviti Yakuza bukan setakat terhad di Jepun je, ada sesetengah aktiviti dorang melarat ke serata dunia. Dari satu segi, dorang memang lebih berjaya daripada kongsi gelap Melayu yang poyo lebih kan? Haha. Bak kata Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah, kalau buat jahat bukan kepalang, memang buat sungguh2. Walau macam mana pun, aktiviti dorang kebiasaannya dipantau oleh Interpol dan pihak berkuasa tempatan. Tengok nasib la, kalau ada point yang boleh buatkan dorang kantoi, kantoi la.

No comments: