30 November 2010

Kisah dongeng dan kehidupan sebenar

Kebanyakan kanak2 yang hidup dalam lingkungan keluarga yang sederhana atau pun mewah, malah sesetengah keluarga yang miskin pun selalunya pernah didedahkan kepada kisah2 dongeng. Kisah-kisah dongeng purbakala yang biasa diceritakan oleh ibu bapa, atau tok aki, nenek, wan, opah dalam lingkungan masyarakat Melayu selalunya cerita Sang Kancil, Lebai Malang, Pak Pandir, Singa & Tikus, Arnab dan Kura-Kura. Kalau budak2 yang mak ayah dorang moden sikit, selalunya cerita-cerita macam Sleeping Beauty, Beauty & The Beast, Aladdin, Little Red Riding Hood dan kisah2 lain yang berasal daripada Eropah. Zaman sekarang dah advance, mungkin budak2 pun dah tak layan cerita-cerita yang aku senaraikan tadi, sekarang kan zaman Harry Potter. Tapi biar apa pun kisah dongeng yang wujud kat atas muka bumi ni, memang wujud persamaan antara cerita-cerita tu. Pertama sekali, kisah-kisah tu betujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan dalam masa yang sama mengajar nilai-nilai positif kepada kanak-kanak - bertindak secara bijak, sedia berkorban untuk orang lain, hormat ibu-bapa.

Kebanyakan kisah dongeng, walaupun tak semua berakhir dengan pengakhiran yang gembira (happy ending), tapi kebanyakannya berakhir dengan penutup yang menggembirakan. Penting ke penutup yang menggembirakan dalam setiap cerita dongeng ni? Pada aku memang penting, sebab pada peringkat kanak-kanak, dorang perlu didedahkan sebanyak mungkin pada unsur-unsur positif, unsur-unsur kegembiraan, keceriaan. Perlu ke bercerita kisah yang menyedihkan, kisah yang menjatuhkan semangat atau yang boleh menyebabkan kanak2 menangis? Memang tak patut kan. Jadi seboleh mungkin kalau nak pilih cerita @ kisah dongeng untuk kanak2, pilihlah cerita yang happy ending, takpun yang ending kelakar. Kalau awal peringkat kehidupan kanak-kanak pun dorang dah didedahkan kepada unsur2 suram, kesedihan, macam mana la dorang bila besar nanti. Kesian dorang kalau zaman kanak2, takde cerita yang boleh jadi memori yang menceriakan dorang.

Kisah dongeng memang patut berakhir dengan happy ending, itu pendapat aku. Tapi macam mana pulak dengan kisah fiction rekaan untuk orang dewasa, adakah kita sentiasa perlu mengharapkan pengakhiran yang sempurna dan menggembirakan, sedangkan kita sedar hakikat kehidupan tak sebenarnya begitu? 

Masuk bab politik. Sebenarnya memang aku nak menulis bab politik pun, tadi mukadimah je. Sekarang kita boleh nampak jelas macam mana keadaan politik kat negara kita. Bolok, kata orang Kelantan-Terengganu, atau pun kucar-lanar, atau pun cacamarba. Mungkin tak nampak terlalu ekstrem sampai melibatkan pertumpahan darah atau pengisytiharan darurat, tapi suasana sekarang amat jauh berbeza berbanding suasana 20 tahun lepas. Keadaan kucar-lanar ni sebenarnya paling ketara wujud dalam masyarakat Melayu. Melayu yang sekarang dalam lingkungan 60% populasi rakyat Malaysia sekarang. Dalam politik, ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu DAP (apa kejadahnya masuk DAP, aku pun tak faham), Melayu KeADILan (a.k.a Melayu yang sokong Anwar Ibrahim aka Melayu bekas UMNO), Melayu Perkasa (yang aku tak faham kenapa perlu wujud persatuan ni), Melayu tak berpolitik, Melayu tak mengundi.

Melayu merupakan bangsa yang melankolik. Kalau buat lagu, kebanyakan lagu-lagu jiwang yang penuh dengan keasyikan. Kalau buat syair, gurindam, sajak - maka karya-karya ini kalau kisah sedih, sedih yang teramat. Kalau kisah gembira, gembira yang teramat. Malah dalam sejarah karya sastera Melayu pun, dalam banyak perkara Melayu suka berlebih-lebihan terutamanya dalam mencirikan sifat Raja-Raja mereka. Sifat melankolik dan juga reaktif orang Melayu ni memudahkan mereka dijadikan alat oleh orang politik. Sangat senang untuk memanipulasi orang Melayu. Suatu masa dulu, cara untuk membuatkan kebanyakan orang Melayu supaya senyap membisu ialah dengan cara mengugut dengan ISA. Kalau takut, takut yang teramat sangat. Tak ramai yang berani melawan pada zaman tu. Kalau nak buatkan Melayu marah, keluarkan statement, azan Subuh nyaring sangat, bising waktu pagi. Maka akan wujudlah group2 kat Facebook, kutukan lantang, atau pun perarakan mengutuk statement tu.

Nampak macam dua perkara yang langsung tak berkait. Tadi cerita pasal kisah dongeng, dengan tumpuan pada happy ending kisah dongeng tu. Kemudian bercakap pasal politik, lepas tu pasal Melayu, apa kejadahnya yang nak diceritakan oleh mamat Karl ni? 

Buat Melayu yang melankolik, 

Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai kisah, riwayat, rencana, rancangan yang nampak indah dan sempurna - selalunya daripada ahli politik. Ada ahli politik yang berkata, Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan memerintah. Oleh itu sokonglah mereka supaya kita dapat terus berkuasa. Ada ahli politik yang kata, Melayu dah lama ditipu, dirompak, dan kita tak pernah berubah walaupun dah lebih lima kurun merdeka.Oleh itu sokonglah mereka supaya keadilan dapat dilaksanakan, supaya kemakmuran dapat disuburkan ke segenap pelosok muka bumi ni.

Tak ada rencana atau rancangan yang semudahnya berjalan macam yang dirancang. Sokong ahli politik yang konon nak jaga Melayu,mungkin akhirnya mereka sekadar jaga perut mereka. Sokong yang konon nak sebarkan keadilan atas muka bumi, silap-silap bila dah di atas, sama je perangai dengan orang yang dikutuk-kutuk sebelum ni. Jadi walau siapa pun yang korang nak sokong, jangan percaya dengan penamat dan janji manis dijanjikan oleh siapa-siapa pun. Letakkan kepercayaan kamu semua pada nilai dan kualiti yang boleh diukur pada manusia yang berjanji tu - siapa dia, pernahkah dia berbohong, pernahkah dia merasuah atau ambil rasuah, macam mana prestasi dia sebagai pekerja, suami, atau sebagi siapa saja sebelum dia jadi calon parti politik yang berjanji pada kamu, mampu atau pun tidak untuk dia menunaikan janji2 happy ending pada setiap rancangan yang telah direncanakan, adakah dengan memilih dia akan membawa kemudahan atau membawa celaka kepada korang. Senang cerita - pilih orang yang betul berdasarkan merit dan rasional, bukan berdasarkan kepercayaan yang melambung pada setiap perkataan dan janji.

Sikap reactive dan melankolik ni, tergolong dalam sifat yang boleh merugikan kita. Cubalah, tolonglah cuba beransur-ansur, buang sikap melankolik dan reactive ni. Gunakan rasional setiap kali nak buat pilihan. Gunakan logik, gunakan model penyelesaian masalah, gunakan apa saja kaedah yang ada untuk buat keputusan. Jangan gunakan perasaan. Pepatah Melayu pun ada cakap, ikut hati mati, ikut rasa binasa (agak ironi sebab pepatah ni wujud dalam sebuah masyarakat yang melankolik). Jadi nak ikut apa? Ikutlah akal dan rasional.

* Entri yang akan disiarkan semula menjelang pilihanraya ke 13 nanti.

No comments: