03 November 2010

Kali

"Kalau you tengok dekat patung Tuhan Hindu yang ada tangan banyak tu, itu bukan bermaksud dia banyak tangan. Itu menunjukkan dia boleh buat bermacam perkara, boleh jaga sama orang, boleh bagi rezeki, macam tu lah," Annette, seorang India-Katholik bercerita pasal knowledge dia pasal kepercayaan dalam agama Hindu.

"Ada satu Tuhan, nama dia Kali. Kali ni Tuhan penjaga di tanah perkuburan. Tapi tak ramai orang yang berani puja dia,"

"Kenapa pulak?" aku tanya dia.

"Susah nak jaga dia. Kalau nak jaga dia kena betul-betul komited, kalau you tengok dekat kebanyakan rumah orang Hindu, mereka tak berani nak simpan patung Kali sebab kalau nak simpan juga, kena pastikan patung dia sentiasa bersih, lepas tu banyak pantang kena jaga," jelas Annette. "Sebab lebih kurang begini lah, kalau you jaga dia baik-baik, dia akan jaga you baik-baik, tapi kalau tak jaga dia baik-baik, nanti masalah akan datang bermacam-macam dalam hidup,"

"Kalau nak tau, most Hindu don't like number 8. Sebabnya nombor 8 banyak berkait dengan Kali. Kali ni dilahirkan sebagai penjelmaan Tuhan dalam bilik penjara nombor 8, lepas tu dia adik beradik yang ke-8. Kalau ikut sejarah, adik beradik dia semua tak suka dia, itu yang buatkan dia bersendiri dan jadi Tuhan penjaga di kubur," Annette menambah penjelasan.

"Kalau nak puja dia, selalunya kena buat sacrifice darah, macam sembelih ayam ka, sembelih kambing ke, macam tu la. Dekat kuil, kalau macam ada hajat dan nak pergi mintak pada dia, orang lelaki saja yang boleh masuk dan puja, orang perempuan tak boleh"

"Cara dia bagi tahu hajat tu macam mana, dia bagi tahu melalui sami ke, menjelma ke atau dengar suara?" aku pulak tanya balik.


"Itu Annette tak tau, sebab memang Annette tak pernah masuk tengok,"

"Kenapa orang perempuan tak boleh?" Kak Law pulak tanya.

"Sebab mereka anggap perempuan kotor, sebab perempuan kan boleh datang darah haid."

"Bukan tiap-tiap masa datang darah haid pun," Kak Law cakap.

"It's like that. Memang la bukan setiap masa, cuma takut masa mereka datang, tiba-tiba keluar ke, macam tu la," Annette beritau kitorang.

"Masa puja untuk mintak hajat tu, Kali akan beritahu apa yang orang yang berhajat tu kena buat - contoh, Kali akan cakap, aku nak kepala! Jadi orang yang mintak hajat tu kena pandai2 la nak bagi kepala apa, dia cakap kepala saja, dia tak mintak pun kepala orang ke, kepala lembu ke,jadi masa nak buat tunaikan permintaan tu u must become clever," sambung cerita Annette.

"Lepas tu masa Kali beritahu hajat dia, dia akan una bahasa yang pelik la, sesetengah orang saja faham,"



Potret lukisan artis yang menggambarkan Kali

Begitulah pengetahuan yang aku dapat serba-sedikit tentang Tuhan sembahan Hindu ni. Aku dengar jela, takat nak tau pasal kepercayaan orang.

Lakum di nukum walia din.

No comments: