22 November 2010

Banyak sangat makan babi, perangai pun macam babi!

Pernah tak korang dengar atau pun cakap ungkapan kat atas? Aku pernah je dengar orang cakap macam tu. Pernah gak cakap camtu bila time geram + stress dengan perangai sesetengah orang yang makan babi (dah tentu la bukan kat depan2 orang yang makan babi). 

Contoh anak babi, seperti yang ditunjukkan oleh model di atas

Babi merupakan binatang yang membawa stigma negatif di kalangan masyarakat Melayu Islam. Disebabkan pegangan akidah Melayu Islam menetapkan, babi sebagai najis mughallazah - kalau terkena apa2 pun benda yang berasal daripada babi, sama ada darah, daging, bulu, taik dan apa2 pun kena sertu (sesetengah orang cakap kena samak - sebenarnya istilah yang betulnya sertu). Sertu = menghilangkan najis yang terkena pada sesuatu tempat dengan cara membuangnya terlebih dulu, sebelum mencuci dengan air tanah sebanyak sekali sebelum dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali. Malah kalangan orang Melayu Islam menganggap perkataan sebagai perkataan mencarut, hingga dalam televisyen pun istilah babi tak digunakan dan diganti dengan istilah khinzir, iaitu perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada binatang babi tu la jugak. Satu lagi stigma masyarakat Melayu, perkataan Arab lebih sedap didengar dan sopan didengar berbanding bahasa Melayu. Amat menyedihkan jugak, bayangkan ada orang Melayu Islam bagi anak dengan nama Fasidah. Asal bunyi Arab je, jalan.. tak cari pun amenda maksudnya.

Baiklah, berbalik kepada cerita pasal "makan babi, perangai makan babi". Dalam Islam, setakat yang aku tau la, takde pun dalam hadis yang berkata, "makan babi maka perangai jadi macam babi". Ajaran dalam Islam menyeru supaya umat Islam memilih makanan  halal lagi baik, dan dalam masa yang sama dah diberikan garis panduan makanan yang halal lagi baik tu macam mana. Binatang-binatang yang halal dimakan dan disembelih mengikut syarak - akan menghilangkan darah daripada badan binatang tersebut. Kenapa darah perlu dibuang? Sebab darah merupakan tisu pengangkut yang membawa bersama bahan kumuh dalam darah seperti urea yang boleh menjejaskan kesihatan kalau dimakan bersama dengan daging. Ada pengecualian dalam Islam, ginjal, hati boleh pulak makan, padahal organ2 tu kaya dengan darah apahal pulak? Ginjal dan hati merupakan organ yang menghasilkan vitamin, jadi berbanding dengan darah yang berfungsi lebih sebagai pengangkut nutrien dan bahan kumuh. Tapi walaupun boleh dimakan, organ-organ dalaman sebenarnya tak digalakkan untuk dimakan oleh umat Islam.

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau, kalau ada orang tanya kenapa umat Islam tak makan babi, aku harap rakan2 saudara seIslam aku tak la bagi jawapan, kalau makan babi, nanti perangai jadi macam babi. Berikan justifikasi secara rasional sebab bukti memang ada - babi ni binatang yang jadi vektor kepada pelbagai penyakit merbahaya macam Japanese Enchepalitis, Selsema Babi, penyakit cacing pita/tape worm yang bahaya. Kuman-kuman dalam daging babi tak boleh dibunuh dengan kaedah memasak yang biasa. Bukan apa, kalau kia cakap perangai kita berdasarkan binatang yang kita makan - macam mana pulak kalau orang cakap, kau makan lembu, tu pasal perangai kau macam lembu. Kau makan ayam, sebab tu perangai kau macam ayam. Kau makan ikan toman, sebab tu perangai kau macam toman, makan anak sendiri. Jadi tak nampak logik @ macam mana kita boleh beri justifikasi pada sebab yang kita sendiri berikan. Islam ni ajaran yang berlandaskan ilmu dan hikmah, jadi kena la tunjukkan umat Islam ni berilmu dan berdakwah secara hikmah - barulah senang dakwah nak diterima orang.

No comments: