13 October 2010

Mus, balik ke Semenanjung jugak kau akhirnya

Allahyarham Mustafa Kamal Nayan

Berbadan kurus, kulit sawo matang, first time aku bercakap dengan brader ni masa 1st day sampai ke Sibu. Waktu tu aku bertiga bersama sorang staff bernama Azizi ada dalam Pajero, tengah keliling kawasan perumahan Permai masa nak survey rumah. Aku tersilap call sebenarnya, aku ingatkan brader ni tuan rumah.

Mula bersua muka masa dia dah balik semula bekerja kat hospital. Peramah orangnya, berlainan ngan aku yang masih lagi membara jiwa rocker kat dalam (terpaksa cover, kerja punya pasal), sempat la jugak berborak beberapa kali, sempat jugak brader ni ajar aku teknik, prosedur kat tempat kerja. Pernah jugak dia cakap, dia risau pasal keputusan posting lepas tamat latihan siswazah. Aku cakap la, jangan risau la, insya Allah ko dapat balik semenanjung punya. Pak Lah, staff kat tempat kerja, merangkap ayah angkat Mus, tak habis2 bergurau, tengok la dia ni, sombong, nak balik ke Semenanjung. Beberapa kali jugak Pak Lah berlawak, cakap kat Mus, kau nanti posting kat Mukah.

Mus cakap kat aku, training masa clinical nanti susah. Bila aku tanya, apa yang buatkan training tu susah. Dia cakap, sebab aku sorang je Melayu. Betul, memang dia sorang je pelatih siswazah yang Melayu kat situ time tu. Kalau bercakap dengan pelatih lain & pengajar, selalunya dalam English. Pelatih lain & pengajar pulak, selalu bercakap dalam bahasa dorang. Persetankan 1Malaysia atau bahasa kebangsaan, kau ingat 1Malaysia ni pakai bahasa Melayu je ke? Tapi bukanlah masalah sangat pun, sebab Mus faham English, aku pun faham English.

Pagi Jumaat. Wong bagitau aku masa aku dalam washroom, Mus dah takde. Meninggal dunia sebab kemalangan. Hari ke-11 selepas first time bersua muka, rupanya 10 hari je Allah bagi aku berkenalan dengan dia. Aku sempat jenguk jenazah dia, usung troli ke bilik mayat. Sabtu tu aku dan kawan2 Muslim yang lain berjemaah mandikan jenazah, solatkan jenazah, iring keluarga Mus dan jenazah ke airport Sibu. Sempat berbual sikit2 dengan abang kedua dia, orang yang menggalakkan Mus belajar kursus farmasi. Balik daripada airport, naik kereta Pak Lah, aku nampak Pak Lah kesat mata. Takde air mata mengalir, aku tak nampak, tapi mata dia merah.

Pulang jugak Mus ke Semenanjung. Macam mana pulak aku, Khir, Fikri, dapat ke balik bekerja ke Semenanjung semula pas ni, dan macam mana kepulangan kami, tak tau lagi. Wallahua'alam. Al Fatihah buat Allahyarham Mus.

2 comments:

Anonymous said...

as salam... saya mengenali arwah dan amat terkejut dengan pemergiannya... kami berkenalan di usm namun akrab sedikit melalui fb... tiap hari dia akan bagitau yang dia stress dan setiap hari jugaklah dia akan bgtau, dia nak balik semenanjung. time tu saya posting di kuching. set satu hari nak jumpa whereby dia nak turun kuching. tunggu tunggu senyap..rupanya kembali padaNya..sedih...

karl said...

waalaikumussalam,

cerita lama dah ni. kalau ingat lagi kat dia, sedekah la Al Fatihah kat dia.