31 October 2010

Menara Warisan dan hab hiburan malam - memahami yang tersirat

Pembentangan Bajet 2011 baru-baru ni, antara salah satu agenda kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan negara tersebut ialah pembinaan Menara Warisan - sebuah menara setinggi 100 tingkat, yang bakal dibiayai pembinaannya oleh Permodalan Nasional Berhad. Kos pembinaan dijangkakan sebanyak RM 5 bilion. Beberapa hari lepas terkeluar pulak cerita berkenaan Program Transformasi Ekonomi, di mana dalam rancangan transformasi ekonomi, antara transformasi yang bakal dilakukan ialah kerajaan bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam dan spa untuk menjana industri perlancongan.

Mana-mana kerajaan yang memerintah pun, bila melibatkan keputusan yang berkait berkenaan dengan ekonomi, selalunya memang keputusan yang bakal dilaksanakan tu akan bertindak sebagai serampang yang bercabang-cabang, maksudnya selain pelan tu bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara, kepentingan politik dan kepentingan peribadi pihak pemerintah pun akan diambil kira. (Masa post ni ditulis, aku masih tak dapat akses ke website kerajaan untuk cari maklumat lengkap Program Transformasi Ekonomi tu). Jadi, analisis dalam post ni terhad kepada dua isu yang jadi bualan hangat sekarang ni, pasal Menara Warisan & hab hiburan malam + spa.

Berkenaan Menara Warisan, memang tak dinafikan pembinaan menara tu bukan sekadar pembinaan menara, tapi lebih bersifat ke arah pelaburan. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan menara tersebut bukanlah atas arahan kerajaan sebaliknya dicadangkan sendiri oleh ahli lembaga pengarah PNB. Pembinaan Menara tu jugak dikatakan boleh membuka peluang pekerjaan kepada profesional dan tenaga kerja mahir sebab pembinaan Menara tu akan mengambil jangka masa panjang, dan dah tentu melibatkan banyak firma dan kontraktor pembinaan, jadi memang ada point la tentang peluang pekerjaan tu. Aktiviti ekonomi yang bakal berlangsung dan bakal dijana selepas Menara tu siap, ok, boleh diterima juga la. (maksud aku boleh diterima tu maksudnya ada logical flow, tapi ada logical flow tak semestinya kita perlu bersetuju dengan logical flow tu)

Baiklah, challenge time. Pembinaan menara tersebut bersifat pelaburan, memang boleh diterima cuma bila kita bercakap tentang pelaburan, dalam masa yang sama kita bercakap tentang untung dan rugi. Ahli perniagaan yang bijak akan melabur untuk untung, bukan melabur untuk rugi. Pelaburan pembinaan dan penyediaan prasarana Menara Warisan tersebut dikatakan melibatkan kos sebanyak RM 5 bilion, jadi pertama sekali, berapa pulangan yang dijangka bakal diperoleh lepas menara tu wujud, adakah RM15 bilion, RM 50 bilion, atau RM 5 trilion? Berapa jangka masa diperlukan untuk dapatkan target pulangan, macam mana cara nak dapatkan keuntungan yag disasarkan tu. Risiko kerugian, ada back up plan kalau kerugian bakal dialami? Aku percaya ahli lembaga pengarah PNB patut dah berfikir lebih banyak dan lebih jauh daripada aku sebelum cadangan tu dibentangkan, cuma kalau tak ada halangan yang memerlukan mereka merahsiakan strategi untuk mendapatkan keuntungan tu, sepatutnya para pelabur dan juga kepada rakyat Malaysia didedahkan secara ringkas tentang macam mana PNB nak buat untung melalui pembinaan menara tu. 

Tentang peluang pekerjaan. Memang betul, peluang pekerjaan akan sentiasa ada, semasa proses pembinaan dan selepas proses pembinaan. Cuma yang pentingnya, signifikan atau tak, tu je. Berapa banyak peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui pembinaan menara tu, selama mana pekerjaan tu akan long-lasting dan mampu menampung kehidupan pekerja-pekerja tu? Peluang pekerjaaan tu bermaksud peluang pekerjaan untuk rakyat asing atau untuk rakyat sendiri? Tu semua perlu dijelaskan.

Tentang nak mewujudkan hab hiburan malam dan spa. Berkenaan dengan spa, aku tak nampak masalah besar pun tapi bila melibatkan perkataan hiburan malam, frasa tu turut membawa konotasi negatif di kalangan rakyat Malaysia. Bagi aku sendiri, mewujudkan lubuk ekonomi daripada aktiviti macam ni tak ubah macam terjun dalam lubuk yang penuh ikan tapi akhirnya lemas akibat ditelan lubuk tu. Kalau dilaksanakan secara bersungguh, tak mustahil Malaysia boleh jadi hab hiburan malam terkemuka di Asia, sebagaimana Malaysia dikenali melalui kewujudan kasino di Genting Highland. Tapi masalah yang bakal timbul selepas tu lebih mahal harganya - keruntuhan moral, penyebaran penyakit berjangkit, lambakan warga asing. Pada aku lebih baik kalau pendapatan daripada industri perlancongan cukup kalau sekadar dioptimumkan dalam sub bidang macam perlancongan kesihatan, perlancongan sukan dan perlancongan riadah.

Sekarang ni, aku tak tau la sama ada government betul-betul nak teruskan rancangan yang tersebut, tapi selalunya apa pun keputusan yang dibuat, rakyat boleh buat apa selain daripada terima, betul tak?

No comments: