31 October 2010

Kisah kejayaan tilik nombor



Tengah hari tadi masa aku, Fikri dan Philip nak balik ke rumah lepas Philip bawak aku dan Fikri pergi Delta Mall, Philip ternampak ada risalah diletakkan kat depan windshield kereta dia. Dia ambik, bagi kat aku. Aku rasa mungkin bagus jugak kalau aku kongsikan dengan korang semua.

(Diekstrak secara tulen tanpa penambahbaikan pada susunan ayat/ejaan)

Wat Pra Tang (ejaan tulisan Cina di bawah)


Saya Riched berumur 36tahun. Enam tahun yang lalu, Saya bersama rakan bekerja sebagai pelayan restoran di Jepun. Oleh kerana nasib tidak baik, saya telah ditangkap oleh kerajaan Jepun dan telah dihantar balik ke negara sendiri. Setelah balik dalam beberapa bulan saya dan rakan cuba menceburi diri dalam bidang perniagaan dan kami menjadi rakan kongsi dengan membuka sebuah kedai perabot. Hubungan kami sebagai rakan kongsi sangat baik dan perniagaan semakin hari semakin meningkat permintaan daripada pelanggan kami. Oleh itu saya sepenuh percaya kepada rakan saya itu.
Suatu hari kawan saya tidak datang ke kedai dan saya cuba hubungi beliau tetapi gagal. Saya mendapati daripada khabar angin daripada orang ramai menyatakan kawan saya telah banyak berhutang dengan orang luar dan dia juga telah melarikan wang syarikat sebanyak RM400 ribu matawang malaysia. Dengan kejadian ini saya mula berputus asa kerana tidak dapat membayar hutang-hutang kedai kerana duit saya telah banyak melabur ke dalam perniagaan saya sebelum memulakan perniagaan ini. Mula saat itu kehidupan saya mula tidak stabil dan takut dikerja pemiutang. Pada suatu hari, semasa saya berjalan di tepi jalan saya bertemu seorang kawan yang sudah lama tidak jumpa, saya telah menceritakan perkara malang kepadanya dan kawan saya menasihatkan saya berhubung dengan tok guru yang sudah berjaya memberi bantuan kepadanya menyelesaikan masalah. Dengan itu saya mengambil keputusan nasihat daripada kawan saya dengan menghubungi tok guru dan saya telah mendapat nasihat tok guru dengan membuat apa yang disuruhi, Tok guru memberi nombor ramalan kepada saya dan menang, Dengan itu saya dapat melangsaikan semua hutang dan dapat memulakan perniagaan semula, Dua minggu kemudian, rakan kongsi saya muncul semula dihadapan saya dan dia telah membayar semua hutang kepada saya. Saya bersyukur kerana perkara baik sering berlaku di sekeliling saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tok guru yang telah banyak membantu saya daripada pelbagai masalah.


Terima kasih. DENGAN PENGEDARAN 30000 RIB RISALAH TOK GURU DAPAT MEMBANTU ORANG RAMAI MENYELESAIKAN MASALAH


Dapatkan bimbingan percuma daripada tok guru. SMS nama penuh dengan tarikh lahir ataupun hubungi 
017-511 ****
019-518 ****

Aku pun cakap kat Philip, "Ini bomoh penipu ni, kalau betul senang je tilik nombor macam tu kenapa tok bomoh tu sendiri tak jadi kaya?"

Philip pun ketawa, "Itulah, saya pun pelik macam mana orang boleh percaya benda macam ni"

7 comments:

Zul Johar said...

Kisah benar berhubung dengan nombor ramalan ini saya paparkan dalam internet sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang. Sifat suka menolong mereka yang memerlukan menyebabkan dia disayangi penduduk setempat kawasannya tinggal.
Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ di kampong belahan tampok tersebut. Masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi member nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’. “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” katanya sambil pulangkan wang kertas merah note sepuluh yang mereka bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba dia dapat ilham :ayat akhir ustaz ialah “...ni kan duit ni, awak ambillah...” lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Kampung akhir dalam daerah batu pahat, bersempadan daerah Pontian. Projek lembu feedloat tersebut dibina berhampiran Dewan Warisan Seri Belahan dengan modal RM300 ribu tanpa meminjam sesen pun duit bank.
Pergi mencari dukun bertiga tetapi hanya ayah saya seorang yang mendapat rezeki terpijak dari duit loteri nombor ekor. Seorang kawan tidak memperoleh kerana hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat kedekut dan lokeknya dibawa-bawa.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.

Nik Azi said...

ustaz tu ada lagi tak skang?

Nik Azi said...

ustaz tu ada lagi tak skang?

Unknown said...

bole mnta no hp ustaz tu

Unknown said...

bole mnta no hp ustaz tu

Unknown said...

bole mnta no hp ustaz tu

ismail payamin said...

👉 *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..

Ada cara nk menang!!!
Marilah menang judi nombor bersama saya..

*Whatsapp shj 013 655 7 445*