10 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 31)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack



CERITAKU mengenai Mona Fandey hampir ke penghujungnya. Waktu itu adalah
hari-hari terakhir aku bersama Mona serta dua tertuduh lain - Juraimi Husin
dan Mohd Affandi Abdul Rahman.





Cerita dalam mahkamah sudah selesai. Juri memberi keputusan 7-0. Kalau
main bola sepak ni kata orang kena belasah teruk macam pasukan Malaysia.
Tugas aku tak tamat lagi, aku kena bekejar ke luar mahkamah kena dapat
kenyataan daripada ketiga-tiga tertuduh. Uh, mana dan aje le, hulur perakam
kaset. Nanti ada satu gambar, engkau orang nampak tangan aku saja.
Hasilnya : ""Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu," kata Maznah

Ismail atau Mona Fandey mengenai keputusan sebulat suara tujuh juri bahawa

dia, Affandi dan Juraimi bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Katanya, dia puas hati dengan keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan

di Mahkamah Rayuan.

"Saya menerima keputusan itu. Syukur Alhamdulillah.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat

Malaysia. Saya cintakan Malaysia," katanya ketika dibawa keluar dari bilik

mahkamah untuk ke trak polis.

Menjawab soalan, Mona berkata dia sangat sayangkan suaiminya, Affandi.

"I love Encik Fandi very much," katanya.




Ditanya mengapa sayang Affandi, Mona menjawab: "Affandi adalah hak saya,

hak saya juga adalah hak Affandi."

Mengenai anaknya Mona menjawab: "Anak saya tak kisah, kalau ada laki,

dapat anak."

Mona ketika ditanya sama ada mahu meminta maaf kepada keluarga Mazlan

seperti yang dilakukan oleh Juraimi, katanya:

"Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya."




Affandi pula ketika ditanya perkara yang sama pula menjawab:

"I only (saya cuma) minta maaf to God (pada tuhan). Pada isteri Datuk

pun tidak.

"I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he

the one who do it (tetapi dia yang melakukannya)."





Juraimi pula ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah, berkata dia

macam biasa dan tidak gugup ketika menunggu keputusan itu.

No comments: