09 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 30)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack



TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN

DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993.
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.




Reaksi tertuduh ketika keputusan penghakiman dibacakan

Tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh

Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika
ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin
bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri
menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar
Sidin.

Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempat

berbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat.

Selepas keputusan dibuat, Mona masih mampu tersenyum dan menjelirkan

lidahnya, sambil tergelak kecil memandang ke arah Affandi yang kelihatan

tenang.

"I am very happy (saya gembira)," katanya dalam kandang tertuduh ketika

di tanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukuman

terhadapnya.

Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan."

Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandang

tertuduh.

Hakim ketika membacakan hukuman itu berkata:

"Berikut adalah hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu satu

hukuman mandatori. Saya tiada pilihan untuk menjatuhkan hukuman itu

seperti berikut.

"Hukuman mahkamah terhadap kamu bertiga ialah kamu akan dibawa dari

mahkamah ini ke penjara yang sah dan kamu akan dibawa ke suatu tempat
di mana hukuman mati, iaitu gantung akan dijalankan."

Affandi, Mona dan Juraimi didapati bersalah membunuh Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Batu Talam itu dan dijatuhkan hukum mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun
yang sama.

Ketiga-tiga mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Hakim berkata, mereka berhak merayu secara automatik ke Mahkamah
Rayuan, walaupun Mona dan Affandi tidak membuat rayuan di Mahkamah
Tinggi Temerloh ketika itu.

Peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal yang membuat rayuan bagi pihak

Juraimi selepas Mokhtar membuat keputusannya, berkata Juraimi yang
berusia 23 tahun ketika melakukan pembunuhan itu tidak mendapat
pendidikan tinggi, setakat darjah tiga.

Katanya, Juraimi anak kedua daripada enam beradik juga tidak
mempunyai pekerjaan.

"Dia juga seorang yang jujur dan taat kepada ibu bapa serta tidak pernah

melakukan kesalahan jenayah sebelum ini.

Saya merayu kepada mahkamah untuk menimbang nasibnya dalam
kesalahan jenayah pertamanya," katanya.

Juraimi pula berkata: "Terpulang kepada jasa baik mahkamah."

Peguambela Mona dan Affandi pula berkata, dia diarahkan oleh Mona dan

Affandi untuk membawa keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.

Affandi dan Mona berkata, mereka menerima keputusan mahkamah

Pendakwa kes bunuh Datuk Mazlan Idris berjaya membuktikan Juraimi,
Affandi dan Mona atau Mona Fandey mempunyai niat untuk membunuh
bekas Adun Batu Talam itu.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin yang menggulung kes perbicaraan itu berkata,
tiga unsur yang menunjukkan pasangan bomoh itu dan pembantu mereka
mempunyai niat untuk membunuh Datuk Mazlan berjaya dikemukakan oleh
pendakwa melalui keterangan saksi.

Katanya, pendakwa membuktikan bahawa unsur pertama iaitu Mazlan mati di

antara jam 10 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah malam 8 Julai 1993 di

sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong Raub.

Unsur kedua kematian Mazlan adalah disebabkan perbuatan ketiga tertuduh

atas niat bersama, sementara unsur ketiga adalah semua tertuduh dengan

niat serta pengetahuan menyebabkan kematian Mazlan turut dibuktikan oleh

pendakwa, katanya.

Menurutnya, ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat Mohd Mazlan

seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala

Lumpur (HKL), Dr Abdul Rahman Yusof turut membuktikan Mohd Mazlan
dibunuh dengan niat.

Sebaliknya, katanya, pembela gagal mengemukakan keterangan sokongan

kepada fakta yang ditimbulkan dalam perbicaraan bagi mewujudkan
keraguan munasabah.

Menurutnya, Affandi berkata tongkat sakti dan songkok ajaib berharga

RM2.5 juta mempunyai hikmat tetapi gagal membuktikannya walaupun
memanggil dua saksi untuk memberi keterangan sewaktu pembelaan.

Mokhtar berkata, bukti juga tidak dikemukakan bagi menunjukkan bahawa

pasangan bomoh itu memiliki RM900,000 seperti didakwa oleh pembela
serta hidup dalam suasana mewah.

Sebaliknya, katanya, Mona dan Affandi berbelanja besar lebih RM200,000

selepas kematian Mohd Mazlan sedangkan pendakwa berjaya membuktikan
Mazlan mengeluarkan RM250,000 pada siang 2 Julai 1993.

Sedangkan, katanya, baki dalam akaun simpanan Mona dan Affandi tidak

banyak iaitu sekitar RM2,000.

Katanya, kebanyakan not RM200,000 yang dibelanjakan oleh pasangan
bomoh itu adalah not RM1,000 sama seperti not yang diterima oleh Mazlan
dari bank.

No comments: