09 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 29)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


 TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

SEBELUM tujuh juri membuat keputusan terhadap ketiga-tiga tertuduh
perbicaraan kes pembunuhan bekas Adun Batu Talam, Datuk idros @ Mohd
Mazlan Idris, Hakim Datuk Mokhtar Sidin menggulung kesnya.
Berikut antara petikan penggulung kesnya.


"TUAN-tuan dan puan-puan para juri.

Sekarang telah tiba masa bagi saya membuat penggulungan. Sebagaimana

yang disedia maklum, perbicaraan telah berjalan lebih daripada tiga bulan

sejak 12 September 1994, sungguhpun perbicaraan sebenar hanya 69 hari.

Pada 12 September 1994, juri berikrar untuk memberikan verdik

(keputusan) yang sebenarnya berasaskan keterangan yang telah diberikan di

perbicaraan ini.telah mendengar keterangan kedua-dua pihak iaitu pihak

pendakwa dan pembela.

Kini kita berada di peringkat terakhir di mana saya dikehendaki

menggulung perbicaraan ini.

Ini juga peringkat juri dikehendaki membuat pertimbangan keputusan dalam

perbicaraan ini.

Inilah masanya juri dikehendaki memenuhi kewajipan seperti yang

diikrarkan dulu.

Sungguhpun saya telah terangkan dengan ringkas
berkenaan dengan kewajipan juri dalam perbicaraan
setelah juri berikrar dulu, namun izinkan saya
terangkan tanggungjawab kita dengan lebih lanjut
lagi.

Kewajipan saya sebagai seorang hakim yang
membuat keputusan atau arahan mengenai
persoalan undang-undang.

Saya hakim dari segi undang-undang manakala juri
adalah hakim dari segi fakta.

Juri bertanggungjawab memutuskan sama ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT)

atau mana-mana daripada mereka bersalah atau tidak, berdasarkan fakta yang

dikemukakan di mahkamah dengan pertimbangan juri.

Untuk mendapatkan keputusan yang wajar, juri hendaklah pertimbangkan

hanya keterangan dan fakta yang dikemukakan di mahkamah.

Juri jangan dipengaruhi apa-apa perkara di luar mahkamah, laporan media

massa, komen di luar mahkamah atau apa cara sekalipun.

Juri adalah bebas untuk membuat keputusan, melahirkan pandangan serta

kesimpulan berdasarkan keterangan yang diberikan dalam mahkamah.

Sekiranya saya memberikan pandangan mengenai saksi, juri boleh mengambil

perhatian mengenai pandangan saya tetapi tidak terikat untuk ikut atau

bersetuju dengan pandangan saya.

Bermakna di sini juri bebas untuk membuat keputusan sendiri mengenai

apa-apa fakta atau keterangan tanpa dipengaruhi pandangan atau pendapat

saya.

Bagaimanapun, ingin saya ingatkan berkaitan
dengan soal undang-undang, juri adalah terikat
dengan apa yang saya kata atau putuskan.

Jika saya katakan bahawa sesuatu itu adalah
undang-undang, juri hendaklah terima kenyataan
itu sebagai salah atau betul.

Juri hendaklah menerimapakai (apply)
undang-undang itu kepada fakta dari

keterangan dalam kes ini.

Saya ingin menerangkan secara ringkas beberapa
prinsip undang-undang jenayah yang perlu diingatkan dan diterima pakai
oleh juri di dalam kes ini.

Adalah menjadi prinsip utama dalam undang-undang jenayah bahawa

seseorang itu dianggap tidak bersalah di sisi undang-undang sehingga

dibuktikan bersalah.

Undang-undang tidak memerlukan OKT (orang kena tuduh) membuktikan
yang ia tidak bersalah dalam mahkamah. Sebaliknya pula, undang-undang '
memerlukan pihak pendakwa membuktikan bahawa OKT adalah bersalah
seperti yang dituduh.

Kewajipan untuk membuktikan sesuatu di sisi undang-undang adalah
disebut sebagai beban (burden) membukti.

Beban membuktikan kesnya melampau sebarang keraguan yang munasabah
di dalam bahasa Inggeris `beyond reasonable doubt' adalah
dipertanggungjawabkan kepada pendakwa.

Undang-undang tidak memerlukan pendakwa membuktikan kesnya hingga ke

tahap 100 peratus sehingga tidak ada sebarang keraguan langsung.

Sekiranya juri setelah menilai semua keterangan
yang dikemukakan dalam perbicaraan ini, juri
masih khuatir sama ada OKT bersalah atau tidak,
maka itu adalah keraguan yang munasabah.

Ini adalah keraguan atau kekhuatiran yang wujud
dan bersemadi dalam pemikiran juri.

Keraguan yang munasabah ini ialah satu-satunya
keraguan yang serius yang menyebabkan juri
teragak-agak mengenai keputusan yang hendak
diberikan.

Keraguan ini hendaklah timbul dari keterangan
yang telah dikemukakan atau pun tidak
dikemukakan dalam mahkamah.

Keraguan inilah bukan keraguan yang tidak nyata
yang hanya wujud dalam fikiran juri yang tidak
ada keterangan yang memadai.

Sekiranya pendakwa telah menghapuskan semua keraguan dalam fikiran
juri, yang saya telah huraikan, maka barulah boleh dikatakan pendakwa
telah membuktikan kes terhadap OKT hingga melampui keraguan yang
munasabah.

Beban pembuktian pembela tidak berat. Kewajipan pembela hanya

menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap OKT.

Pendakwa tidak perlu meyakinkan juri mengenai kes ini.

Adalah memadai bagi pembela mengemukakan cerita OKT dan menimbulkan

keraguan yang munasabah serta mungkin benar. Berikan manfaat kesangsian

kepada pembelaan juri tidak pasti sama ada OKT bersalah atau tidak

berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pembela dan pendakwa.

Juri harus ingat bahawa juri bukan saja bertanggungjawab terhadap OKT

tetapi juga kepada masyarakat dan negara bagi memastikan OKT mendapat

perbicaraan yang adil.

Saya yakin juri dapat menjalankan tanggungjawab sambil menegakkan

keadilan.

Menurut Seksyen 300 Kanun Kesesakan ada lima pengecualian bagi

mengetepikan tuduhan membunuh dengan niat.

Bagaimanapun kelima-lima pengecualian ini tidak diterima pakai dalam kes

ini.

Sekiranya juri berpuas hati pendakwa membuktikan ada rancangan untuk

membunuh si mati (Mazlan) untuk ambil wang maka ia tidak mengambil kira

siapa yang melakukan pembunuhan itu.

Bagi membuktikan ada niat dalam pembunuhan itu pendakwa perlu

membuktikan unsur berikut:

* Bahawa Mazlan mati di antara 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah

malam 8 Julai 1993.

* Bahawa kematian si mati adalah disebabkan perbuatan ketiga-tiga OKT

atas niat bersama.

* Bahawa ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan dengan niat dan

pengetahuan bersama.

Unsur pertama - (antaranya) si mati kali terakhir dilihat berada bersama

OKT 2 berdasarkan keterangan saksi yang dikemukakan di mahkamah oleh

pendakwa.

Keterangan saksi menunjukkan si mati dilihat kali terakhir bersama OKT 2

pada 2 Julai 1993, jam 11 malam sebelum si mati dilaporkan hilang.

Unsur kedua - (antaranya) pendakwa berjaya membuktikan bahawa kematian

si mati berpunca daripada perbuatan ketiga-tiga OKT yang melakukan

pembunuhan dengan niat bersama.

Unsur ketiga - (antaranya) penemuan sijil saham si mati di rumah

tertuduh dan keterangan itu tidak dipertikaian oleh pembela.

Pemberian jam tangan si mati kepada abang OKT 2 menunjukkan OKT 2 berada

di tempat pembunuhan.

Tambahan pula dia sendiri mengaku meniru tandatangan si mati bagi

menukar hak milik si mati.

OKT 3 sendiri ketika dibawa oleh polis ke tempat kejadian pada pagi 22

Julai 1993 telah menunjukkan tempat mayat si mati ditanam dengan muncung

mulut di samping menunjukkan tempat beberapa barang kes ditemui.

Tempat penemuan mayat tidak dipertikaian oleh pembela kerana pendakwa

telah membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT tinggal di rumah berkenaan ketika

pembunuhan berlaku.

Mayat yang ditemui di rumah itu turut disahkan oleh isteri dan sepupu si

mati dengan keterangan sokongan pakar gigi.

Keterangan pakar forensik bahawa kemungkinan si mati ditetak dengan

kapak serta ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat si mati membuktikan

ada niat dalam kes ini.

Pendakwa juga membuktikan bahawa pembunuh si mati mahu wang si mati

kerana sebelum kematian si mati mengeluarkan lebih RM250,000 daripada

beberapa bank dan ini disokong oleh keterangan saksi.

Simpanan wang ketiga-tiga OKT ketika kejadian tidak banyak. Sebelum si

mati hilang mereka ada sekitar RM2,000.

Selepas si mati hilang Affandi dan Mona telah berbelanja besar lebih

RM200,000 dalam masa dua minggu. Juraimi turut dikatakan mendapat

RM15,000.

Kebanyakan not RM1,000 yang dibelanjakan oleh Affandi dan Mona mempunyai

hubungan dengan wang yang dikeluarkan oleh si mati yang kebanyakannya not

RM1,000.

Affandi dan Mona juga berusaha menjual kereta si mati sementara

keterangan saksi turut menunjukkan Affandi berusaha memindahkan harta si

mati dengan mendapat perkhidmatan peguam.

Keterangan keadaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi

turut perlu dipertimbangkan sewajarnya serta teliti. Percakapan beramaran

tidak boleh diambil kira oleh juri kerana ia hanya menyokong.

Juri juga jangan mengambil kira kejadian lain yang terkandung dalam

percakapan beramaran tertuduh kerana seperti yang saya katakan tadi

seseorang yang dituduh itu tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah.

Percakapan beramaran tertuduh tetapi keterangan pendakwaraya semata-mata

untuk menyokong kes mereka.

Juraimi dan Affandi memberikan keterangan membela diri lebih dua minggu.

Juraimi mengaku dia yang menetak si mati. Dia berkata dia tak sedar apa

yang dilakukan dan hanya ikut arahan.

Pembelaan Juraimi adalah tiada niat untuk membunuh si mati tetapi hanya

mengikut arahan. Juraimi berkata, ada rancangan dua minggu sebelum

pembunuhan berlaku.

Affandi berkata, dia menjual tongkat dan songkok kepada si mati dengan

harga RM2.5 juta di mana RM500,000 sudah dibayar manakala bakinya

dijelaskan secara ansuran.

Affandi berkata dia tidak tahu
mengapa Juraimi menetak si mati.

Dia berkata dia seorang yang
hidup mewah, pakai kereta mewah
tetapi

keterangannya tidak disokong.
Jadi timbul persoalan bagaimana
dia memiliki wang yang banyak.
Terpulang kepada juri untuk
membuat andaian mengenainya.

Affandi berkata dia ada simpan
RM400,000 sejak di Petaling
Jaya (pada 1992) tetapi saya hairan kerana adalah tidak logik wang
sebanyak itu dibawa ke sana kemari ketika hidup di beberapa tempat.

Walaupun dia kata ada wang sebanyak itu namun keterangan saksi

menunjukkan dia berhutang untuk membeli keperluan dapur.

Pembela juga gagal mengemukakan keterangan sokongan bagi menunjukkan

Affandi dan Mona hidup senang lenang dan memiliki kereta mewah sedangkan

semua itu dibuktikan dengan mudah sekiranya benar.

Malah dakwaan Affandi bahawa tongkat dan songkok yang dijual kepada si

mati berhikmat tidak disokong oleh keterangan yang diberikan saksi pembela

walaupun saksi pernah terbabit dengan penjualan benda itu kepada beberapa

orang.

Pembela juga mendakwa Affandi dan Mona menjual surat sokongan berharga

di antara RM2,000 dan RM3,000 tetapi gagal mengemukakan keterangan

sokongan bagi menyokong kenyataan itu.

Hanya isteri Affandi, Mona yang memberikan keterangan menyokong

suaminya. Tetapi keterangan itu tiada nilai kerana kebenarannya tidak

dapat ditentukan.

Mona pula memberikan dari kandang tertuduh menyebabkan keterangannya

tidak dapat diperiksa balas bagi membuktikan kebenarannya.

Juri boleh mengeluarkan keputusan berdasarkan tiga keadaan.

Pertama, sekiranya setelah menimbangkan semua keterangan yang

dikemukakan oleh pendakwa dan pembela, juri berpuas bahawa pendakwa telah

membuktikan kesnya terhadap ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT hingga

tidak ada keraguan yang munasabah maka juri hendaklah memberi keputusan

bersalah.

Kedua, sekiranya juri tidak berpuas hati atau berasa ragu-ragu yang

ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT telah melakukan kesalahan mengikut

Seksyen 302 Kanun Kesesakan tidak terjumlah kepada lima pengecualian maka

juri boleh menimbangkan keputusan kesalahan mengikut Seksyen 304 Kanun

Keseksaan.

Ketiga, sekiranya juri berpuas hati bahawa pendakwa telah gagal

membuktikan kesnya atau ada keraguan yang munasabah bahawa OKT yang

menyebabkan kematian si mati, maka juri hendaklah memberikan keputusan

tidak bersalah.

Seterusnya reaksi tertuduh ketika keputusan juri diumumkan...

No comments: