06 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 23)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

 
MAZNAH Ismail atau Mona Fandey memilih untuk memberi
kenyataan dari kandang orang kena tuduh tanpa boleh dicabar
oleh sesiapa di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Dalam keterangannya sebelum ini, Mona berkata dia dan
suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman kelam kabut pada malam
pembunuhan Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, 2 Julai 1993.

Menurutnya, mereka masuk ke kereta Mazlan bernombor
pendaftaran CAA 5115 dan terus ke Hotel Plaza, Kuala Lumpur




Mona meneruskan kenyataannya.
MONA: Sampai di Hotel Plaza, kami telefon abang Ku Yahya
(Tengku Yahya Tengku Abdullah).

Seperti mana suami saya (Mohd Affandi Abdul Rahman) telah
terangkan (di mahkamah), dari Hotel Plaza kami ke Pudu pada
keesokannya.

Selepas ke Pudu kami ke Melaka, seperti mana suami saya
terangkan.

Selepas itu kami bawa kereta (Mercedes Benz) MU 280 dari
Melaka ke Park Royal.

Selepas itu, kereta itu dibawa repair (baiki), tukar tayar baru,

dibersihkan. Kami berada di Park Royal seperti mana suami saya
terangkan di mahkamah ini.

Selepas itu, Tengku Yahya datang ke Park Royal. Seperti yang
suami saya katakan memang niat nak cerita, tak jadi nak cerita.

Selepas itu saya bersama abang dan anak saya (Mazdiana
Affendy) pergi shopping (membeli-belah) di Lot 10 (Kuala
Lumpur).

Selepas itu saya pun balik (ke hotel). Seperti mana suami saya
terangkan pada 8 hari bulan (8 Julai 1993) kami ke (Kampng
Peruas), Ulu Dong ambil surat beranak, surat nikah dan surat
peribadi saya.
Kami balik sekejap, lebih kurang 20 minit.

Kami dengan Tengku Yahya, semua.

Di Park Royal ke Hospital Tung Shin. Selepas itu kami sewa
di SUJ, USJ yang suami saya sebutkan. Sewa sebuah rumah.

Pada 20 dan 21 Julai 1993, saya ditangkap di rumah saudara
saya, Tuan Ibrahim, Komando Bukit Aman.

Saya, suami saya, anak saya Mazdiana Affendy, bekas Mejar
Azmi, abang ipar saya. Di mana suami saya telah terangkan
di mahkamah ini.

Kami dibawa ke Balai Polis Jalan Hang Tuah (Kuala Lumpur)
pada 21, 22 (Julai 1993).

Di situ seperti mana suami saya terangkan kami berpisah.





Pada malam itu, saya dibawa balik ke rumah saya (di USJ,
Subang Jaya) merampas segala barang saya.

Saya cakap pada Tuan Mahpop beg itu banyak barang penting.

Tuan Mahpop dan anggota lain membawa dua lori tayar besar.

Saya dibawa ke rumah saya, mula-mula saya tak tahu tujuan
dibawa saya ke situ.

Saya tidak tahu tujuan dibawa saya ke situ. Polis arahkan saya
duduk diam, suruh tengok-tengok saja, jangan cakap-cakap.

Saya kata, Tuan kalau nak ambil beg itu pergilah beritahu
suami saya, tangkap sama-sama kerana beg ini suami saya
punya.

Malam itu dia ambil semua barang-barang, langsir, walau
apapun.

Saya pun ada melawak, kenapa tak kopak simen dan bubuh
dalam lori. Dia orang diam aje.

Selepas itu saya pergi ke Bukit Aman, baru jumpa suami saya
dan anak saya, Mazdiana.

Saya dibawa ke (Balai Polis) Jalan Travers (Kuala Lumpur) pada
23 Julai 1993.

Saya memberi caution statement (percakapan beramaran)
kepada Idros Ayob, ASP (Penolong Penguasa) pada
jam 4.15 petang. Empat suku, empat lima belas minit,
serupakan.


Pada 24 Julai 1993, saya diambil lagi oleh orang yang sama.

Saya katakan Yang Arif, pada 13 Ogos 1993, saya tak bagi
caution statement kepada Tuan Takbir (Timbalan Penguasa
Takbir Ahmad Nazir Mohd).

Pada 13 dan 14 Ogos 1993 saya tidak memberi apa-apa
percakapan, walau apa juga.

Hanya saya hendak mengadu pada Tuan Takbir. Saya mengadu
bagai bapak dan anak.

Saya mengadu, jangan seksa saya dalam bilik gelap, bilik itu
kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, torture (dera) saya,
jika tidak silap ingatan saya dari 25, 26, 27, 28, 29, 30
(Julai 1993) sampai 10 Ogos (1993).
Tak tahu berapa lama, Yang Arif, tapi dia tak kesian dengan
saya.

Makan tak tentu arah, tidur di (Balai Polis) Jalan Travers.

Dengan sakit saya, saya berkali-kali cakap dan saya dibawa
ke Bukit Aman setiap hari.

Tiada off, penat macam mana, merangkak pun pergi.

Saya tak minta simpati dari tuan-tuan.

Saya katakan Tuan Takbir menganiaya saya. Takkanlah saya
nak sua leher saya ke tali gantung.

Saya tidak beri apa-apa pun percakapan kepada Takbir. Ini
libatkan semua tiga ekor. (Mona, Affandi dan Juraimi Husin).

Mentang-mentang dia ada besi atas bahu (pangkat). Dia tidak
ingat kita ini manusia, akan mati. Tiada orang tongkat langit,
Yang Arif.

Ada suatu ketika, saya tidak ingat hari bulan dan jam. Tuan
Takbir ambil kayu tiga kaki setengah.

Tuan Takbir ambil kayu itu dan tunjukkan kepada saya dan kata
aku tahu kau dan laki kau bunuh Mazlan.

Dia tengking saya, sampai saya terketar-ketar.

Adakah dia tahu kesopanan dan kesusilaan apa dikatakan
Rukun Negara tadi.

Saya kata, sebagai OKT seperti saya sudah tentulah Orang
Kena Tuduh, OKT, sama ada salah atau tidak itu bukan hak dia.

Saya kata inilah tempatnya (mahkamah), saya bercakap benar.

Saya rujuk keterangan saya, yang mana kata-kata kotor yang
dilemparkan atas muka saya.

Saya rasa tak payah sebut, masa saya angkat sumpah...

Yang Arif.

Affandi mana..., dia kata saya macam itu.

Hoi Mona, berapa banyak Menteri dan VIP dah kau...Dengarkah?
Saya terdiam, jangan cakap tengking-tengking dengan saya.
(Kali ini Mona dapat mengawal perasaannya daripada menitiskan
air mata, ketika sesi perbicaraan dalam perbicaraan Mona
menangis).

Dalam bilik itu, ada empat lelaki dan hanya seorang saja
perempuan, perempuan pun perempuan polis juga, termasuk
Tuan Takbir, enam orang semuanya.

(Mona berhenti seketika. Dia kemudian membuka cekak
rambutnya berwarna hitam, kemudian menyisih rambut
di bahagian hadapan kepalanya.

Kemudian dia membongkokkan kepalanya sambil menunjukkan
parut di bahagian itu).




Inilah masa saya sakit, ketua juri boleh tengok, dicucuk macam
kuih. Dah setahun maklumlah, tinggal parut.

Yang Arif sesungguhnya seikhlas hati saya memberi keterangan
ini. Saya mengakhiri saya tidak langsung rancang atau pakat
apa-apa sekalipun.

Oleh kerana gara-gara Juraimi, terima kasih.
Mona bukan saksi pembela, dia hanya memberi keterangan.
Jadi tiada soalan balas untuknya
Selepas itu, pendakwa serta penguambela tertuduh membuat
penggulungan kes. Tamat penggulungan kes - tujuh juri bersidang
untuk memutuskan sama ada Juraimi, Affandi dan Mona didapati
bwesalah atau tidak membunuh Datuk Mazlan.

No comments: