05 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 22)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

 
KITA telah mendengar keterangan pembelaan diri tertuduh pertama, Juraimi Husin dan tertuduh kedua, Mohd Affandi AbdulRahman dalam perbicaran kes bunuh Datuk Mazlan Idrisdi Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994.Juraimi sudah mengaku menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak yang menyebabkan kematian bekas Adun Batu Talam itu.Affandi pula memberitahu mahkamah Juraimi melakukan perbuatan itu sendiri tanpa arahannya. Dia dan isterinya, MaznahIsmail atau Mona Fandey tidak merancang atau terbabit dalampembunuhan Datuk Mazlan.

Bagaimana dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey?
Mengikut rakaman percakapan beramarannya dia mengaku
terbabit dalam pembunuhan Datuk Mazlan. Rakaman percakapan
beramaran itu diterima masuk sebagai barang kes
pada 21 November 1994.

Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, berkata bukan Juraimi
Husin saja terbabit dalam pembunuhan Mazlan di rumah tidak
bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, pada
malam 2 Julai 1993, malah Mona juga terbabit.

"Mona juga terbabit dalam pembunuhan itu melalui
pengakuannya dalam rakaman percakapannya.

"Itulah yang saya katakan ada rancangan bersama untuk
melakukan pembunuhan Datuk Mazlan pada malam itu," katanya.
Apakah keterangan pembelaan Mona atas tuduhan itu.

Berbeza dengan Juraimi dan Affandi, Mona memilih untuk memberi kenyataan dari kandang orang kena tuduh tanpa boleh dicabar oleh sesiapa di Mahkamah Tinggi Temerloh pada awal 1995. Kes ini berlarutan hingga 1995.




Mona memilih untuk memberi kenyataan dalam kandang orang
kena tuduh selepas jurubahasa mahkamah membacakan tiga
pilihan untuk membuat pembelaan kepadanya.

Mona berdiri di kandang tertuduh untuk memberi kenyataan.

HAKIM: Nama.

MONA: Nama saya Maznah Ismail atau Tengku Rohani Tengku
Abdullah dan satu lagi Mona Fandey.

GULAM: Cakap kuat-kuat sikit kerana hakim hendak mencatat.

MONA: Selamat berbahagia kepada juri-juri, Timbalan
Pendawaraya.
Saya tertuduh ketiga, Mona atau Mona Fandey dan suami saya,
Encik Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman), tertuduh ketiga.

HAKIM: Apa ceritanya.

MONA: Saya dan suami saya tidak merancang dan tidak langsung berniat atau apa-apa
sekalipun mengakibatkan
Datuk Mazlan (Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris) dibunuh.

Saya dan suami saya, hidup mewah,
apa dikatakan dalam
rumah tangga bahagia, yang mana
saya dan suami saya
bagaikan orang politik yang sanggup
bersusah payah, tanpa
pentingkan puji dan puja.

Saya katakan dalam politik kami
suami isteri, bertanggungjawab
sebagai warga negara Malaysia.

Kami sedia membantu negara. Apa
dikatakan rukun dan damai
dalam masyarakat berbilang kaum,
tak kira warna kulit atau
bangsa.

Itulah perjuangan saya dan suami saya, hingga titisan terakhir

sekalipun, penuh jiwa dan semangat.

MONA: Bacakan semula Yang Arif (Hakim Datuk Mokhtar Sidin
kemudian membacakan peranggan terakhir kenyataan Mona).

MONA: Di mana-mana saya dan suami saya hidup, kami
membantu dan apa juga sekalipun terpaksa bersusah payah
siang dan malam, seperti yang suami saya terangkan
(dalam mahkamah).

Yang mana kami duduk di Taman Sri Andalas, Klang dan buat
gelanggang silat serta kumpul anak-anak muda untuk kebaikan
kepada negara.

Semasa saya tinggal di Sri Andalas bersama suami dan anak
saya, kami membuka satu cawangan baru
Umno di Jalan Kebun Kelapa, Klang iaitu
Umno cawangan Kebun Kelapa.

Sebelum itu belum wujud lagi,
Allamdulliah telah berjaya.
Selepas itu datang Ketua Pemuda, Sanip
namanya di Kampung Teluk Gong suruh
kami pindah ke Teluk Gong seperti mana
apa yang dicakapkan oleh Encik Affandi,
begitulah seterusnya.

Saya berpindah ke Teluk Gong dan duduk
di Kampung Perajurit.
Mula-mula sekali kami buka gelanggang
di situlah kami kenal dengan Juraimi Husin
(Mona beberapa kali menyebut Juraimi
sebagai Julaimi).

Saya katakan Yang Arif, di mana-mana
anak murid seperti
suami saya kata, tiada pilih kasih semua adalah sama, tiada
anak emas atau anak perak.

Pada malam itulah saya kenal Juriami yang mana dia panggil
suami saya bapak dan saya ini ibu.

GULAM: Cakap perlahan-perlahan, tunggu Yang Arif habis catat
baru sambung.

MONA: Ya, Yang Arif, saya anggap semua yang panggil saya
ibu adalah seperti anak saya, saya ikhlas, tak tahulah anak itu
anggap saya sebaliknya.

Selepas Kampung Perajurit, kami pindah ke Kampung Nelayan.
Bagaimana suami saya terangkan itu adalah benar.

Juriami bukan duduk dengan kita orang, dia pergi balik, pergi
balik ke rumahnya, seperti guru dan anak murid, semua orang
datang.

Saya ada seorang anak perempuan bernama Mazdiana Affendy
binti Mohd Affandi.

Anak saya memang susah nak sayang orang atau dengan
sesiapa anak murid saya, kerana saya sebagai seorang ibu
mendidik dia dengan penuh tanggungjawab.

Anak saya menghormati sesiapa sekadar senyuman dan tegur,
tapi dia tidak mahu dekat walaupun dengan saudara kami,
abang dia, dia tetap dengan saya dan suami saya.

Saya juga hairan mengapa anak saya suka kepada Juriami. Yang
buat saya hairan, bila dia tidur selalu sebut nama Juriami, tapi
sebagai ibu yang menyayangi anak, kata orang kalau dah suka,
terpaksa ikut kemahuan anak saya.

Anak saya memang boleh dikatakan kanak-kanak nakal, masa
itu umurnya enam tahun, kalau tidak silap, enam tahun lebih,
belum sekolah.

Anak saya sudah biasa hidup mewah, shopping pilih tempat,
tapi sejak kenal dengan Gondrong (Juraimi) ais krim tepi jalan
pun dia makan.

Saya hairan anak saya, suka naik motor, tak pernah dalam
hidup dia, baik bapak, mahu pun saya sendiri naik motor.

Motor tu pulak dengan lampu tak ada.

HAKIM: Motor mana?

MONA: Motor dia (Juraimi), motor di tempat Juraimi tinggal.

MONA: Lesen pun tak ada, nombor plat pun tak ada. Bukan
saya pandang hina, tidak sekali-kali mahu menjatuhkan anak
angkat saya. Itu adalah kenyataan benar.

Sepatutnya dia (Juriami) kena fikir, macam Juraimi, apakah itu
tidak menyusahkan budak itu yang masih kecil dan tidak ingat
kepada ibu bapa dia.

Saya sendiri dan suami saya, sudah tentu bimbang dan risau,
yang mana saya sendiri tidak tahu bagaimana Juraimi layan
anak saya, maklumlah keadaan kanak-kanak.

Itulah kanak-kanak menyusahkan kita orang tua dan sebagainya.

Juraimi juga tahu, Mazdiana adalah buah hati pengarang jiwa
saya kerana dia yang bongsu.

Saya anggap anak saya seperti pelita hidup saya. (Jam dinding
mahkamah menunjukkan jam 10.55, air mata Mona bercucuran
ketika menceritakan kisah anaknya itu).

Ya sebagai ibu, Yang Arif dan sebagai bapak, dapat fahami
perasaan seorang ibu. (sambil mengesat air matanya dengan
sapu tangan).

Bagaimanapun, saya tetap tersenyum menerima apa yang
terjadi kepada anak saya. Saya tetap terima apa yang terjadi
pada saya.

Anak saya tidak pernah cakap bohong ketika dengan saya.
Kalau pergi shopping, saya dan bapaknya, bayar duit.

Tapi bila rapat dengan Gondrong, dia sanggup curi duit beri
kepada Gondrong.

Cuba Yang Arif fikir, budak itu bodoh, enam tahun, tiap-tiap
hari nak ke kedai, tak kira malam.

Yang Gondrong pun tak boleh fikir ke, kalau tak siang, malam,
walaupun kedai itu tak jauh, dalam kampung.





Begitulah, anak saya
sikapnya telah berubah.
Oleh kerana itu,
di situlah Gondrong
mengikut saya pergi
dengan alasan untuk
menuntut konon.

Selepas itu saya
pindah di PJ (Petaling
Jaya) di situlah Gondong
tinggal di rumah saya
dan Affandi.

Dia juga selalu
menelefon, Encik Affandi
selalu bekerja,
kadang-kadang nak
cakap dengan suami
saya pun susah.

Encik Affandi seperti
apa yang kita tengok
dalam mahkamah,
dia cakap lemah lembut,
dia tak banyak cakap.
Sepatah cakap,
kata orang kalau tanya
itu, itulah jawabnya.

Saya dah kahwin
dengan dia 10, 11 tahun.

Suami saya, semasa
di PJ, seperti apa yang
suami saya
terangkan di mahkamah adalah benar, kami ada RM400,000.
Kami sentiasa ada RM200,000 hingga RM300,000, hanya orang
mewah saja yang tahu (kehidupan kami).

Suami saya rajin bekerja seperti bomoh, masuk susuk dan (jual)
azimat seperti yang diterangkan di mahkamah.

Saya dan suami saya suka pergi hotel besar seperti Shangri-La,
Merlin (sekarang Concorde) dan Park Royal, Kuala Lumpur.

Walaupun kami ada rumah di mana-mana kami tinggal di KL,
kami tidak balik ke rumah, duduk di hotel bila-bila suka.

Kami cakap dengan orang yang berjaya, macam kami yang
banyak duit.

Seperti suami saya katakan, kami memiliki kereta mewah
seperti Jaguar (bernombor pendaftaran) BCP 98 warna kelabu
milik saya, Mercedes Benz 280 WBL 2556 berwarna hijau,
Trooper WBN 900 warna biru, BMW 5 siri dan 3 siri serta Station
Wagon dan banyak kereta lagi.

Saya tidak hairan siapa nak pinjam, siapa nak pakai, macam
Lawyer Latiff (saksi pendakwa ke-33 Abdul Latiff Ahmad) yang
kata hendak pinjam BMW tiga siri saya.

Kata nak pinjam sehari, tapi sampai sebulan hingga putus coil.
Coil BMW bukannya murah, tapi saya tiak kisah, boleh beli baru.

Walaupun yang pakai itu saudara saya, yang beli adalah suami
saya. Dia tidak boleh ceduk saya, saya bukan nak
buruk-burukkan saudara sendiri.

Saya maksudkan Lawyer Latiff yang beri keterangan dalam
mahkamah.

Suami saya Encik Affandi murah hati, tak kisah duit ringgit.
Begitu juga dengan kawan, rakannya, tapi saya selalu jaga
suami saya.

Kalau ada orang nak ajak Encik Affandi keluar, bukan saya tak
beri.

Saya beri, tapi tengok tengok keadaan, kalau sakit, demam,
kematian jemput ke majlis politik ke. Itupun saya pergi sama.
Di sinilah dikatakan Encik Affandi berlagak, dikatakan sombong.

Di sini saya katakan, ada yang kenal dia dan lebih faham dan
kenal dia (Affandi). Siapa tak kenal Encik Affandi, good couple in
the town (pasangan bahagia), kami hidup begitulah.

Yang Arif, saya katakan apa-apa juga keterangan suami saya
dari mula hingga hari ini (di mahkamah) benar belaka.

Pada 2 Julai 1993, hari itu adalah hari Jumaat, anak saya
sekolah. YB (Yang Berhormat) Datuk Mazlan datang menjemput
dan ambil Encik Affandi ke KL.
Pergi meeting (mesyuarat), buat kerja-kerja politik dan
sebagainya.

Yang Berhormat Datuk dan suami saya, apabila habis meeting
suruh saya siap. Datuk kata, nanti balik ambil kakak (Mona)
pergi KL, nak pergi rumah (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Najib
(Tun Abdul Razak).

Sebelah pagi, saya menunggu kepulangan suami saya dan
Datuk. Mereka balik ke rumah saya (di Kampung Peruas, Ulu
Dong, Raub) pada jam 11 malam.

Sampai di rumah, Juraimi buka pintu gate (pagar). Datuk
parking (letak) kereta di rumah yang belum siap lagi.

Saya menunggu ketibaan suami dan Datuk di muka pintu. Saya
bertanya Datuk, awat lambat balik, macam mana meeting.

Datuk jawab, dah selesai, dah beres.

Mereka pun masuk dan terus duduk. Saya tanya lagi, jadi ke KL
kita ni.

Jadi, kata Datuk.

Datuk dan suami saya duduk dan sembang-sembang. Dalam
sembang-sembang, Datuk kata, mengapa saya rasa lemah lemah
semangat. Saya rasa nak mandilah abang haji (Affandi).

Selepas itu kata suami saya kepada Datuk, ada bawa kain.

Biasanya bawa, Datuk kata lagi. Abang haji, tolong perasap
tongkat, songkok dan azimat ni, kata Datuk.

Yalah, kata suami saya. Suami saya kata, kepada saya, yang
pergi ambil bunga orkid. Suami saya panggil saya, sayang,
yang.

Datuk keluar dari kereta dan saya besama Datuk masuk ke
rumah. Tempat saya ambil orkid dekat dengan tempat Datuk
letak kereta, pasal pokok itu banyak dekat rumah saya.

Datuk masuk dan serahkan tongkat, songkok dan azimat itu
kepada Affandi untuk diperasapkan. Datuk juga bawa
briefcasenya sekali.

Kemudian Affandi suruh saya masuk dalam bilik dengan Datuk.

Datuk membuka jamnya dan beri kepada saya. Pakailah, kata
Datuk.

Saya gelak, pasal tangan saya kecil (sambil menunjukkan
pergelangan tangannya dan tergelak kecil). Gondrong pun ada
pada masa itu, keluar masuk dari dapur.

Datuk kemudian buka baju, pistol dia cabut keluar dan letak
di depannya. Atas carpet (permaidani).

Baju Datuk warna putih, lengan pendek dan Datuk kemudian
tukar kain.
Saya keluar (dari bilik) dan serahkan tongkat, songkok dan
azimat kepada Datuk.

Kemudian Datuk ambil dan letakkan atas organ. Datuk
kemudian ambil pistol dan azimat, masukkan dalam briefcase
dan tutup.

Datuk kemudian ambil songkok dan tongkat atas organ dan
letakkan pula atas briefcase itu.

Macam ini Yang Arif. (Mona mengambil sapu tangan yang
digunakan mengesat air matanya tadi dan diletakkan di atas
pagar kandang tertuduh. Dia kemudian membuka sapu tangan itu,
seolah-olah Mazlan membuka briefcase dan tutup semula.

(Kemudian Mona menunjukkan tongkat dan songkok yang
diletakkan oleh Mazlan di atas briefcasenya, di atas sapu tangan
itu.)

Ketika itu anak saya tidur. Suami saya kemudian suruh Juraimi
ambil besen.

Kami bertiga ada menunggu dalam bilik, tempat kejadian.

HAKIM: Kami bertiga itu siapa?

MONA: Saya, suami saya dan Datuk Mazlan.

MONA: Juraimi kemudian membawa masuk besen yang mana
barang-barang seperti sintuk, bunga orkid, keris, kapak biasa dan
parang diletakkan dalam besen itu.

Selepas itu Datuk Mazlan tidur mengiring, saya memasang
lilin 21 batang, apabila telah siap lilin dipasang, suami saya
tutup lampu.

Habis itu, suami saya suruh saya jirus kepala Datuk. Kali
pertama jirusan, suami saya kata, Rong ambil air, buang.

Ketika itu suami saya tunduk dan saya pun tunduk. Gondrong
ambil besen dan buang air.

Barang-barang seperti keris, kapak dan parang tidak buang,
suami saya keluarkan dulu, air saja dibuang.

MONA: Yang Arif baca balik.

MONA: Selepas itu Datuk tidur melentang semula. Encik Affandi
menguap-guap muka Datuk (sambil menggayakan dengan tangan,
cara Affandi meratakan air ke muka Mazlan), sambil mukanya
tunduk sikit.

Pintu keluar masuk bilik itu terbuka. Maaf tadi terlupa nak
cakap.

Selepas itu, dengan tibatiba ada satu bunyi, macam rupp. Benda
apa, saya tak pasti.

Tiba-tiba kapak besar itu, dengan cepat dan laju ke halkum
Datuk dua kali. Tetakan pertama, percikan darahnya terkena baju
saya sebelah kanan.

Saya tengok gigi Juraimi terkancing.

Begini Yang Arif, begini. (Mona menunjukkan cara gigi Juraimi
terkancing dengan badannya ke belakang).

Juraimi macam orang hilang pedoman. Matanya macam ini
(sambil membeliakkan matanya dan gigi diketap rapat. Aksi Mona
ini menyebabkan mereka yang berada di mahkamah ketawa).

Nak kata dia gila, tidak gila.

Suami saya terundur ke belakang. Saya tergamam. Saya
terketar-ketar, maklumlah saya orang perempuan.

Suami saya tanya kepada Jurami, awat jadi jadi macam ini.
Macam mana jadi macam ini.

Orang macam ini biar mampus, kata Juraimi.

Selepas itu, saya dengar suara anak saya menangis dan panggil
saya, mama, mama.

Juraim kata kepada saya, ibu, bapak bawa adik lari ke mana-mana.
Biar Rong yang tanggung.

Saya dan Encik Affandi keluar (dari bilik tempat kejadian) dan
Juraimi tutup pintu.

Sebenarnya saya hendak ambil terus anak saya, tetapi
memandangkan baju saya terkena darah, saya takut anak saya
nampak, saya tanggalkan dan biarkan atas lantai.

Kelam kabut malam itu, Tuhan saja mengetahuinya.

Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya
terkeluar dari umat Nabi Muhammad.

(Mona berhenti seketika, air matanya mula mengalir dan dia
mengesatnya dengan sapu tangan. Tiba-tiba Mona bersuara
tinggi dan memandang ke arah tempat duduk peguambela
Juraimi, Karam Singh Bhal dan Ikmal Hisam Idris di depan
tempatnya memberi kenyataan).

MONA: Jangan ada yang cakap saya tak cakap benar. Apa hek,
hek, hek (dirujuk kepada bunyi menyindir). Macam tak percaya
saya cakap.

Encik Ikmal pun sama, terhegeh-hegeh apa cakap macam itu.
Saya cakap betul, saya sedih.

(Peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan kemudian
menghampiri Mona dan menenangkannya).

MONA: Begitulah, kelam kabutnya kami pada malam itu.

Encik Affandi tidak salin (pakaian). Mana-mana yang boleh
ambil masa itu kami ambil, briefcase dia (Affandi).

Kami masuk ke kereta Datuk.

Sebelum keluar, kami terdengar bunyi dari jauh, sayup sayup,
tup, tup, tup.

Tak tahulah apa dia (Juraimi) buat, ketuk bantal ke? Saya tak
tahulah.

Kami masuk ke kereta, tak toleh kiri kanan dan terus
ke Hotel Plaza (Kuala Lumpur).

Tak cakap apapun, ketakutan.

HAKIM: Puan Mona, kita berhenti di Hotel Plaza dan sambung
semula Isnin ini.

Perbicaraan berhenti tepat jam 11.50 pagi dan akan disambung.

No comments: